Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, August 25, 2013

warna warni Aidilfitri 1434H

    BismiLLah..
    HIJAU, BLACK & KUNING.. warna2 pilihan keluarga kami tahun ni.. hijau takda kaitan dengan Parti Islam Semalaysia, black pula takda kaitan dengan BLACKOUT 505.. dan kuning takda kaitan langsung dgn BERSIH 3.0.. hohoooo !!!

    Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga, mudah2an kita masih dapat meneruskan & beristiqamah melakukan amal ibadah yang telah kita amalkan dalam Madrasah Ramadhan yang baru kita lalui.. dan jangan lupa merebut ganjaran hebat puasa 6..

    Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata: Rasulullah saw bersabda:
    (( مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ)) . 
    Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih Muslim hadis no: 1164]. 

    Jom tengok gambar2 raya di kampung...




      Wednesday, August 07, 2013

      Berbuka di Restoran Terapung Port Supai

        BismiLLah..
        Hari ni kami sekeluarga berpeluang ke Kuala Linggi untuk berbuka puasa bersama anak2 yatim dan pelajar miskin MRSM Terendak di Restoran Terapung Port Supai...

        Majlis Mahabbah ni merupakan aktiviti tahunan yang Unit Pendidikan Islam anjurkan bersempena dengan Program Ihya' Ramadhan.. Terima kasih kepada semua penyumbang yang terdiri dari guru2, staf2 dan tak ketinggalan bekas2 pelajar melalui ANSARA Terendak.

        tahun ni Majlis Mahabbah kami gabungkan dengan jamuan berbuka Unit Pendidikan Islam sekali.. Unit dapat untung banyak jual buku hafazan, tu yang boleh belanja kami sefamili makan besar malam ni..hehe..

        "bukan main lawa lagi senyum tu yer.. manis je.."

        "malam ni kami berbuka di Restoran Ikan Bakar Terapung Port Supai"

        "kami berdua pun sebahagian famili Unit Pendidikan Islam.."

          Tuesday, August 06, 2013

          Ulfah Aliya Menjadi Ahli Falak

            BismiLlah...
            Hari ni ayah bawak Ulfah gi tengok proses mencerap anak bulan Ramadhan.. Ulfah seronok sangat, dapat jumpa abang, kakak dan kawan.. dan yg paling best dapat naik bas.. hehe

            Ayah kata, kat Malaysia ni kaedah "rukyah & hisab" digunakan untuk tentukan awal puasa & awal hari raya.. maksudnya, kalau anak bulan nampak petang ni, maka esok puasa & kalau tak nampak, maka dicukupkan bulan tu ke 30 hari...

            wohaa!! Ulfah dapat ilmu & pengalaman baru hari ni...
            "Seronok sangat anak ayah ni dapat naik bas"

            "tengoklah, Ulfah meneroka semua kawasan kat balai cerap ni"

            "Ulfah, ni la alat moden utk tengok anak bulan"

            "pemegang mohor besar raja2 cilik..hehe"

              Sunday, August 04, 2013

              Solat Teraweh bersama Dr Hani dari Palestin


                BismiLLah
                AlhamduliLLah, tahun ni kami berpeluang sekali lagi untuk solat teraweh bersama dengan imam dari Palestin,  Dr Hani yang merupakan seorang pensyarah di Universiti Gaza Palestin..

                dan malam ni, kami warga MRSM Terendak berjaya mengutip RM 2718.00 untuk disalurkan ke tabung kebajikan HALUAN bagi membantu saudara2 kami di Palestin dan juga Syria..

                Semoga bantuan yang sedikit ini dapat diterima oleh Allah sebagai ibadah disisi-Nya...


                "Memori bersama Imam Palestin dan HALUAN"


                "Dr Hani berkenan utk bergambar dgn anak2 didik Terendak"


                "Pengetua menyerahkan kutipan dan menerima cenderahati dari HALUAN"


                  Friday, August 02, 2013

                  Majlis Khatam al-Quran, Ceramah Nuzul & Iftar Jamie 2013

                    BismiLLah
                    Kemuncak Ihya' Ramadhan di MRSM Terendak kami raikan dengan Majlis Khatam al-Quran, Ceramah Nuzul al-Quran dan juga Iftar Jamie yang berlangsung di Surau al-Isyraq..

                    Terima kasih kepada penceramah jemputan, Ustaz Khairul Nizam dari MRSM Alor Gajah yg mampu menyuntik semangat Lailatul Qadar kepada kami semua..

                    Firman Allah yang bermaksud: "Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan." (3: Surah al-Qadar)

                    "Ustaz Wahab mengetuai Majlis Khatam al-Quran"

                    "Suasana tenang di dalam Surau al-Isyraq"

                      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...