Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, November 25, 2010

jalan2 Beijing [siri akhir] : kekal dlm memori

    BismiLLah..

    Percutian kami ke tempat asal Laksamana Cheng Ho ini pastinya akan kekal dalam memori.. InsyaALLah kalau ada rezki kami akan sampai lg ke sini.. Jom terus mengembara, menimba hikmah daripadanya.. sampai jumpa lagi dalam siri cuti2 yang akan datang..

    info hikmah kembara: "Imam Hasan Al-Basri (11H) telah mengembara dari Basrah ke Kufah untuk menuntut ilmu"


    "masa buat foot massage di Beijing"


    " tradisi turun temurun China, minum pelbagai jenis teh"


    "keunikan manisan buah2an di Beijing"


    "kenang2an dari Beijing, sepasang cincin perak & emas putih bertatahkan batu nilam biru (sapphire)."

      Wednesday, November 24, 2010

      jalan2 Beijing [siri 5] : Dataran Olimpik & Akrobatik

        BismiLLah..

        [BIRDSNEST Stadium & BLUE CUBE]
        Stadium sarang burung @ stadium besi yg terletak kat Dataran Olimpik ni mesti korang jenguk kalau ke Beijing.. lagi elok datang time malam, lampu2 dia memang tak hengat.. lagi2 persembahan lampu kat Blue Cube tu.. jom tengok video kat bawah tu..


        " di dataran Olimpik.. kat belakang tu lah birdsnest "


        "bue cube yg memancarkan warna warni ceria"



        [AKROBATIK show]
        China memang tekenal dengan persembahan Akrobatiknya.. dari persembahan lompat2, lenturan badan, baling2 pinggan mangkuk sampailah ke aksi motorsikal.. walaupun agak mahal, tp agak berbaloi la, sbb terhibur jugak.. kita tengok rakaman aksi motorsikal kat bawah ni...



          Tuesday, November 23, 2010

          jalan2 Beijing [siri 4] : kami panjat Great Wall

            BismiLLah..

            [GREAT WALL keajaiban DUNIA]
            mungkin semua orang nak pergi ke salah satu tempat dari 7 benda Ajaib dunia.. kalau semua nak tahu, Great Wall adalah benda ajaib dunia ke-3 yang penulis dah pernah sampai selepas Piramid di Mesir dan Kota Petra di Jordan..

            InsyaALLah jika ada kesempatan @spirasiku akan postkan cerita ke Piramid & Kota Petra kat sini dlm segmen "retro".. ..


            "di salah satu pitstop kat laluan Great Wall"


            "berlatar belakangkan Tembok China yg hebat.."

            [Bejing SUMMER PALACE]
            Summer Palace adalah kawasan Istana Maharaja yg dibina khas utk musim panas satu ketika dulu.. kawasan yg dingin & damai ni mmg cantik menjadi kawasan tarikan untuk dilawati....

            « اطلبوا العلم ولو بالصين ، فإن طلب العلم فريضة على كل مسلم »

            “ Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China, karena sesungguhnya menuntut ilmu sangatlah wajib atas setiap orang muslim”.

            walaupun ini adalah hadis dhoif, tetapi menurut imam al-hafidh al-Mazi : karena hadits ini memiliki banyak jalan (sanad), maka dari dhoif naik ke derajat hasan lighoirihi.





              Monday, November 22, 2010

              jalan2 Beijing [siri 3] : Masjid2 de Beijing

                BismiLLah..

                [Masjid Nan Dou Ya]
                sepanjang 6 hami kembara kami di bumi Beijing ni, kami sempat beriktikaf di tiga masjid utama yang terdapat di sini.. Masjid pertama adalah Masjid Nan Dou Ya, bangunannya masih lagi mengekalkan seni ukiran China, unik dan menarik utk dihayati..


                "beberapa snap di Masjid Nan Dou Ya "

                [Masjid Niujie]
                Masjid ni memang menunjukkan yg kita sedang di China, seni binaan dan ukirannya memang sangat memukau.. untuk bacaan lanjut tentang Masjid Niujie ni, anda boleh baca klik sini.. kat bawah ni ada beberapa gambar yg sempat di snap semasa berhenti solat di sini..




                "di luar kawasan Masjid Niujie"

                [Masjid Jambatan AN HUA]
                dan ini adalah masjid terakhir yg sempat kami ziarah semasa kat Beijing hari tuh.. Dari Abu Qatadah r.a. berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Kalau sekiranya salah satu di antara kalian masuk ke dalam masjid maka dilarang untuk duduk di dalamnya sebelum mengerjakan solat dua rakaat (solat Tahiyatul Masjid)"



                  Sunday, November 21, 2010

                  jalan2 Beijing [siri 2] : Forbidden City


                    " bersiap di depan hotel utk ke Forbiden City "

                    BismiLLah..

                    [FORBIDDEN CITY peninggalan MAHARAJA CHINA]
                    satu tempat yang mesti dilawati di Beijing ni adalah "Forbidden City" sebuah istana lama Maharaja China yg kini menjadi sebuah muzium sejarah dan kawasan tarikan pelancng.. diceritakan istana Maharaja ni ada 9999 buah bilik.. dan bilik2 tu menempatkan gundik2 Maharaja ni, banyak tuuuu...

                    malas nak citer banyak, jom tengok gambar2 kat bawah ni.. jumpa dalam siri 3 nanti yer..


                    "Dihadapan pintu masuk Gerbang Selatan Istana Maharaja.. "


                    "gerbang ke singgahsana Maharaja"


                    " kami sefamili tak lepaskan peluang bermemori "






                    " ni lah pasangan bahagia di Beijing.. "


                    "jumpa warga China muslim..tapi tak leh speaking "

                      Saturday, November 20, 2010

                      jalan2 Beijing [siri 1] : sejuk & makanan muslim


                        " jom ikuti kisah percutian kami ke Beijing.. "

                        BismiLLah..

                        [BEIJING sekarang MUSIM SEJUK]
                        AlhamduliLLah, kami selamat sampai ke Beijing.. nak kata gi honeymoon pun boleh la, buat kali ke-dua.. hehe... masa kami sampai ke Tianjin Airport, cuaca amatlah sejuk.. terus teringat musim sejuk masa belajar kat Jordan dulu..


                        "kami sampai di Tianjin Airport.. "


                        "siap nak naik bas ke Bijing.. perjalanan 2 jam"

                        [TIANJIN AIRPORT takda SURAU]
                        puas kami pusing2 kat airport tu, tp memang takda.. akhirnya kami satu kumpulan bersembahyang jamak takhir kat bawah tangga.. macam tak percaya tp inilah realitinya.. sesapa nak ke Beijing, jangan lupa bawa sejadah mcm kami yer..


                        "kat sinilah kami bersembahyang... bawah tangga"


                        " kiblat kami tentukan berpandukan kompas di HP "

                        [MENU MAKAN yg HAMPIR SAMA]
                        pakej percutian 6 hari ni adalah pakej muslim, jadi makanan tak menjadi masaalah sbb kami dibawa ke restoran halal food.. tp menunya hampir sama setiap hari..sup telur, telur dadar, daging bebek.. tp yg pasti, teh tampa gula mesti ada..... bersambung ke siri 2..


                        "koleksi gambar2 di restoran muslim Beijing "


                        " manisan halal di musim dingin begini.. sedappp "

                          Wednesday, November 17, 2010

                          Aidiladha 1431 hijrah


                            " Bersama Datok dan Nenek di Semabok.. "

                            BismiLLah..
                            Allahu akbar.. Allahu akbar.. Allahu akbar..waliLlahil-hamd..
                            Pagi Aidiladha tahun ni kami raikan bersama famili di Melaka.. lepas sembahyang raya di Masjid Bukit Katil, kami ke Semabok untuk sambung makan2 kat sana... khutbah raya? syahdu beb.. ayuh kita terus bertakbir.....

                            Diriwayatkan dari ‘Ali dan ‘Ammar r.a. yang menceritakan; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. bertakbir bermula dari hari ‘Arafah (selepas) solat subuh dan memutuskannya (yakni berhenti bertakbir) selepas solat asar hari terakhir Tasyriq”. (Riwayat Imam al-Hakim. Menurut Imam al-Hakim; hadis ini sanadnya soheh)..

                            keputusan UPSR dah pun keluar.. Tahniah buat "adik Hapiz".. kerana berjaya capai 5A.. kami tumpang gembira.. Piz, kena redy utk duduk asrama lepas ni yer..


                            "siap dapat anugerah tokoh murid tu... cayalah Piz !!"

                              Tuesday, November 16, 2010

                              berdugong di kolam Akuatik

                                BismiLLah..
                                berenang merupakan salah satu aktiviti sukan yg terbaik.. dan berenang juga digalakkan dalam Islam.. Petang tadi kami berlima sempat berdugong di Pusat Akuatik Hang Jebat.. cuma 3 ringgit utk 2 jam.. puas sangat..

                                tp kolam renang ni akan ditutup sampai awal tahun depan sbb ada beberapa acara sukan berlangsung lepas ni.. antaranya Sukan Paralimpik.. InsyaALLah mulai tahun depan, nak cuba gi berenang selalu.. jom sapa2 yg nak join.!!!


                                " lepas penat berenang.. perut rasa lapar.. "


                                " teka.. sapa paling hebat berenang antara kami berlima."

                                  Monday, November 15, 2010

                                  pengorbanan satu kemestian..



                                    BismiLLah..
                                    Lokasi: Masjid Pengkalan Balak, Melaka.

                                    Bertepatan dengan Aidiladha yng akan kita sambut Rabu ni, mimbar Jumaat minggu ni menyentuh tentang pengorbanan.. rasanya, Tok Imam tak perlu lagi ceritakan kisah Nabi Ibrahim yang menyembelih anaknya Nabi Ismail, sebab kisah tu amat la popular kat tadika PASTI.. hampir semua orang dah tahu...



                                    sewajarnya mimbar mengingatkan para jemaah tentang orang2 sekeliling kita yang dah banyak berkorban sampai la kita boleh berdiri hari ni:

                                    1; pengorbanan mak dan ayah.. memang tak siapa dapat sangkal pengorbanan mereka, sampai mereka menghembuskan nafas terkahir pun belum tentu kita anak2 ni dapat membalasnya.. janga lupa sentiasa doakan mereka...

                                    2: pengorbanan guru2.. Ust amat yakin ramai tak perasan tentang perkara ni.. tp percayalah, pengorbanan guru2 juga begitu hebat sebenarnya untuk melihat setiap anak didiknya berjaya... jangan lupa berterima kaseh pada mereka...

                                    3: pengorbanan diri sendiri.. ANDA perlu banyak berkorban utk berjaya !! korbankan sedikit masa tidur utk stay up study.. korbankan sedikit masa main utk membuat ulangkaji.. korbankan waktu ber facebook utk membuat latih tubi...



                                    akhir kata, kami di @spirasiku mengucapkan Salam AidilAdha.. lakukanlah sedikit pengorbanan utk memastikan kita berjaya di masa hadapan.. berkorban utk dakwah & juga agama..

                                    Ditanya kepada Rasulullah s.a.w. berhubung puasa pada hari Arafah, maka Rasulullah s.a.w. bersabda; “Berpuasa pada hari Arafah menghapuskan dosanya setahun sebelum dan setahun selepas”. (riwayat muslim)

                                      Sunday, November 14, 2010

                                      Annual Dinner Form 5 - 2010

                                        BismiLLah..
                                        Malam ni sekali lagi kami ke Everly Hotel utk Annual Dinner Form5 plak... walaupun venuenya sama, tp menu makan mlm kali ni berbeza..

                                        paling touching bila budak2 ni pasang slide show.. klik sini.. dari zaman budak2 ni kecik2 lagi masa form 1, sampai la jadi senior otai kat maktab sekarang.. Ust harapkan agar kita dapat jaga persahabatan ni. percayalah!! zaman belajar di maktab adalah memori terbaik zaman anda semua...

                                        Ustat sayang korang semua... Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: “Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya" (Riwayat Abu Daud)


                                        " bergambar dengan Syuk dan kawan2nya.."


                                        " mcm biasa, kami duduk di meja VIP kat depan."


                                        " jom bergambar dengan ust !! "


                                        " semua happy sebab dah kenyang makan."


                                        " Saed dan kawan2 gembira sungguh mlm nie.."


                                        " cikgu Kadir pun bergambar sama"

                                          Saturday, November 13, 2010

                                          lepak2 kat Pantai Kuala Abang



                                            BismiLLah..
                                            hujung minggu lalu , kami jalan2 ke Kuala Ganu, teringin nak makan ikan celup tepung.. serius memang sedap makan kat Pantai Batu Buruk tu.. pastu ada macam2 pilihan utk dimakan...

                                            masa on the way balik ke Kerteh, sempat jugak kami lepak2 ambik angin kat tepi Pantai Kuala Abang.. sekarang ni cuaca tak membenarkan aktiviti berenang, ombak agak kuat memukul pantai...

                                            Firman ALLah yg bermaksud "Ia biarkan air dua laut (yang masin dan Yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;di antara keduanya ada penyekat Yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya; maka Yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, Yang kamu hendak dustakan?" (surah ar-Rahman ayat 19-20)






                                              Thursday, November 11, 2010

                                              dedikasi buat calon PAI SPM 2010 Tdk

                                                BismiLLah..
                                                seperti biasa, sebelum calon2 PMR mahupun SPM menduduki peperiksaan, kami guru2 unit Agama & Bahasa Arab akan jumpa semua calon2 dan berikan nasehat2 terakhir sebelum semua ke dewan periksaan..

                                                tp hari ni, hanya kami bertiga jer (Ust Wahab, Ustazah Adibah & Ust Tony) dapat bersama dgn calon2 PAI SPM 2010... jadi kami pun rakam la ucapan dari geng2 ustaz yang lain.. Kami sentiasa mendoakan kalian berjaya cemerlang dan mencipta sebuah sejarah gemilang...

                                                  Tuesday, November 09, 2010

                                                  ulangtahun kelahiran ustaz2 & ustazah2

                                                    BismiLLah..
                                                    bulan ni kami raikan ulang tahun kelahiran ustazah Adibah & Ustazah Rus.. buat kecik2 jer, potong kek kat bilik guru.. semoga panjang umur dan dilimpahkan rezqi yer...

                                                    bulan lepas pun kami hadiahkan kek pada Ust Zaid & Ust Azari.. maseng2 lahir pada bulan yg sama..

                                                    Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : “Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang)”. (Bukhari)


                                                    " Ust Azari dan Ust Zaid lahir bulan lepas "


                                                    " Ustaza Adibah dan Ustazah Rus lahir di bulan November "

                                                      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...