Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, July 31, 2008

sains dan al-Quran

    BismiLLah..
    pagi tadi kami warga maktab menyambut sambutan Isra' dan Mi'raj dgn ceramah yg diiktiraf mengkagumkan dari pensyarah UKM, Dr Arif Kasmo.. setiap inci perkara yg diterangkan dikaitkan dgn al-Quran, dari bidang sains sampailah ke bidang matematik.. memang kagum..

    tak sangka ada manusia yg mengkaji setiap angka yg terdapat dlm al-Quran, mmg tak dapat dinafikan bahawa al-Quran adalah mukjizat agung yg tiada tolok bandingnya...

    backdroop yg sempat disiapkan.. ok kan..

    berkenangan dgn Dr Arif Kosmo..

      Wednesday, July 30, 2008

      the operations of chicken run

        BismiLLah..
        sempena minggu aktiviti yg berlangsung sepanjang minggu ni, Unit Pend Islam dan B. Arab menganjurkan satu program yg diiktiraf paling best.. hehe, iaitu amali sembelihan utk pelajar2 form 4 dan 5 sajo.., kami iklankan ianya sebagai "the operations of chicken run".. mcm pernah dengar jer nama ni kan..

        dalam aktiviti ni, ada beberapa fasa yg pelajar kena lalui, mula2 operasi sembelihan.. lepas semua ayam disembelih (4 ekor jadi bangkai sbb sembelih tak ikut syara') pelajar2 kena buang isi perut dan cabut bulu.. pastu potong mengikut citarasa yg digemari, perap dgn rempah BBQ yg disediakan dan buat bara api...

        lepas isyak kami semua bersama2 membakar ayam yang enak hingga menjilat jari jemari.. terima kasih kepada semua pihak yg bersama2 memeriahkan program ni...


        " ramai2 cabut bulu ayam.. "


        " geli ar ustaz nak cabut bulu aym ni... ngada2 betul "


        " korang jangan malas yer.. pergi cepat tangkap ayam tuh.. "


        " Bob dan kawan2 sibuk mengangkat periuk... "

          Saturday, July 26, 2008

          hari anugerah 08

            jangan asyik dipandang..

            BismiLLah..
            Hari ni sekali lagi kena jadi MC untuk majlis Hari Anugerah kepada pelajar2 cemerlang.. bukan budak2 je dapat, cikgu2 pun ada yang dapat gak. hehe..

            paling tak tahan ada sorang tetamu VIP yg jumpa dan cakap "suara u ni sedap mcm suara ustaz la".. memang ustaz laa, cakap dalam hati jer ar, nanti orang kata kita bangga pulak.. tapi paling best dapat jumpa bekas2 pelajar sini tahun lepas yg dah pindah ke TGB, PC dan Taiping.. seronok sakan dia orang dapat jumpa kawan2.. petang ramai2 main bola tampar dan futsal..

            tengah tunggu gambar dari budak2 ni, nanti klu dapat akan cuba di post lagi kat sini...

            bersama akmal, nass dan nuar..

              Friday, July 18, 2008

              kem imtiaz form 5

                BismiLLah..
                dari 18 sampai 19 hb kami unit Pend Islam menganjurkan satu kem khas untuk pelajar2 ting 5 yang dipanggil "Kem Imtiaz".. kem ni adalah julung kali dibuat utk memberi pendedahan berkaitan teknik menjawab soalan SPM kertas agama, bengkel jawi dan kuiz..

                masa hari pertama dah hangin dgn budak2 ni sbb datang lambat, penceramah dah sampai tapi dia orang ni masih terhegeh2 jalan macam penagih.. tak pasal2 kena murka dgn suara halilintar ustaz dia orang ni, rasakan korang semua..

                tapi terus terang cakap, Kem Imtiaz untuk tingkatan 3 hari tu lagi ok daripada budak2 ni, budak2 form 5 ni kerjasama kurang, main2, tak tunjuk minat.. mmm, korang dah besar, patut dah boleh pikir semua benda2 ni.. kami dah cuba buat yang terbaik, kalau korang tanak cuba utk berubah, siapa lagi yg nak ubah??..

                Allah berfirman dalam surah ar-Ra'du ayat 11 yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri..".

                mencari hati untuk dicintai..

                  Tuesday, July 15, 2008

                  ke rumah zaid

                    BismiLLah..
                    demi menghapdet blog yg dah berhabuk ni, saja letak gambar masa pergi rumah zaid hari tu, dia baru dapat baby girl.. tahniah beb, teruskan usaha utk menambahkan zuriat, hehe...

                    bergambar dengan para bapa..

                      Monday, July 14, 2008

                      minggu bahasa MRSM se-Malaysia

                        berjalan2 di sekitar pendaftaran minggu bahasa..

                        BismiLLah..
                        dari 11hb Julai sampai la tadi, MRM Terendak menjadi tuan rumah Minggu Bahasa peringkat Kebangsaan se-Malaysia kali ke 24.. budak2 Terendak cuti tapi cikgu2 semua kena gi kerja walaupun hari ahad melanda.. huhu..

                        mcm2 pertandingan berjalan, tapi paling istimewa minggu bahasa kali ni, setiap pengumuman yg baca, dibuat dalam 3 bahasa, melayu, english dan ARAB.. ramai gak cikgu2 teruja, sbb diaorang kata ni la kali pertama minggu bahasa ada guna bahasa arab.. hoho, amat bangga.. buatkan teks jer, pastu suruh budak baca.. esok cuti peristiwa, yahoo !! kat bawah ni beberapa gambar sepanjang minggu bahasa.....

                        dgn Ajie masa tengok Drama Fest..

                        di majlis perasmian..

                        kat kaunter pendaftaran peserta..

                          Sunday, July 06, 2008

                          Dijah ke jinjang pelamin

                            mcm biasa, amik berkat pengantin..

                            BismiLLah..
                            hari ni berlangsung satu lagi majlis penuh meriah dan bermakna terutama buat pasangan yg baru di ijab kabulkan, Dijah dan Ajmal.. Selamat pengantin baru, semoga kalian berdua sentiasa di bawah payung rahmatnya, melayari alam perkahwinan dengan bahagia hingga ke akhirnya...

                            semalam dari Kem Ayer Keroh terus ke JB naik bas sbb nak jimat, minyak mahal beb.. mlm berjalan2 sambil bersantai dgn Ijam dan Sahrin, menghirup udara hiruk pikuk bandaraya.. pastu tido rumah Ijam yang berwibawa menjadi pengapit suami Dijah ptg tadi..

                            masa kat rumah Dijah, sempat la jugak berjumpa dgn beberapa org kawan lama termasuk pasangan pengantin yg agak baru, si Helmi dan Hawe.. lepas asar Akmal hantar ke Larkin, namun hampa dan duka sbb tiket habis, terpaksa naik bas tambahan yg harganya dua kali ganda dari biasa, waduh2 !! bisa pokai poket jika begini pak...

                            bagai merpati sejoli..

                            geng teruna yang kian berusia.. huhu..

                              Saturday, July 05, 2008

                              kem kecemerlangan form 3

                                belakang tu tempat budak2 ni kena berkubang lumpur..

                                yg ni plak menyebrang sungai yg penuh pacat.. hiii, geli...

                                BismiLLah..
                                semenjak smlm kami dah berkampung kat Hutan Simpan Ayer Keroh Melaka utk prog Kem Kecemerlangan pelajar2 ting 3.. hasrat nak bagi semangat kat diaorang yg dah tinggal beberapa hari jer lg nak exam PMR..

                                mcm2 aktiviti kami buat, dan slot untuk subjek agama kami buat ala2 tresure hunt (betul ker ejaan ni?).. setiap chek point pelajar kena buat sesuatu sebelum dapat soalan dan klu utk ke chek point seterusnya.. budak2 ni hangin bila sampai chek point yg ust Tony jaga, sbb semua kena masuk lumpur.. haha, padan muka korang..

                                sebenarnya jawapan tu tak penting, tp nak tgk semangat dan kerjasama budak2 ni dlm kumpulan.. mudah2an apa yg kami buat hari ni, akan membiaskan semangat bara korang utk menghadapi exam nanti.. paling penting, biar benda ni jadi memori dlm album kenangan korang nnti.. babai.....

                                gembira bermain lumpur..

                                ni gambar real, selepas bdk2 ni masuk lumpur...

                                  Tuesday, July 01, 2008

                                  dulu ku masih kecil, tapi kini...

                                    BsmiLLah...
                                    pelbagai perkara telah di lalui dan hari ni sekali lagi tarikh keramat tiba untuk beberapa kalinya, memberi tanda usia semakin tua.. perjalanan masih terlalu panjang, dan azam untuk usia kali ni agak mencabar, mencari sesuatu yang ingin dimiliki, namun tak pasti kat mana nak di temui...

                                    nak kenalkan kat korang dgn si Aznan (adik Khirman). dia ni dah duduk dgn kita orang berbulan, menumpang sbb praktikal kat Hospital Terendak (mcm tak sopan plak sebut menumpang)... mlm ni dia berkenan nak belanja kita orang serumah makan sbb Khamis ni hari terakhir dia kat sini.. bertepatan dgn sambutan besday boy, kita orang makan besar mlm ni, sup gear box beb..

                                    ramai gak yg wish besday, dan dapat disimpulkan wish2 tu dalam serumpun ayat berikut: "smg panjang umur, murah rezki dan cepat dapat jodoh".. mudah2an doa ni Allah perkenankan.. amin ya Rabbal3lamin...

                                    lambatnya makanan ni nak sampai..

                                    Aznan (paling kanan) berserakah melihat hidangan..

                                      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...