Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, October 24, 2007

pengalaman kali pertama

    BismiLLah..
    mula jer naik sekolah, maka bermulalah kerja.. kerja ni sampai bila pun tak kan habis punya, asyik ada jer nak kena buat..bermula dari hari Isnin yang lalu, ditugaskan sebagai fasalitatir untuk kursus "team building" pelajar2 selepas PMR, seronok gak layan budak2 ni, macam2 program kita orang buat..

    paling best masa buat abseling, tinggi mencecah sama ketinggian 5 tingkat bangunan.. masa buat tu memang la takut, gayat pun ada, maklum la first time.. tapi nak tunjuk kat budak2 yang kita pun boleh buat, terpaksa kawal diri jadi seorang hero.. hehe, walhal kecut semacam......

    team building..

    first time buat abseling..

      Friday, October 19, 2007

      jalan-jalan beraya

        kat depan rumah helmi..

        BismiLLah..
        Raya ke 5: hari ni bersama Akmal, Bern, Gangster dan Zamri beraya area Batu Pahat dan Kluang. mula2 gi rumah Azlan Bunasir. masa kat rumah Lan la kita orang tahu yang si Zihan nak nikah lusa ni, tahniah dan selamat pengantin baru, tapi kenapa kita orang tak dapat kad jemputan lagi? belum sempat hantar lagi kot, kami tunggu yer..

        dari rumah Lan, kita orang ke rumah Dayat, Tepu, Jack, Rajai dan meneruskan ekpidisi beraya ke Kluang rumah si Hawa.. ingat nak pergi rumah dia jer pastu dia ajak beraya ke rumah Junaidah dan Pizah Noh.. macam2 cerita kita orang dengar dan bincangkan, maklum lah, bukan selalu jumpa macam ni.. on the way balik singgah rumah Zamri.

        Raya ke 7: malam tadi Ijam dan Sahrin sampai kat rumah, memang niat nak gi beraya.. pagi2 lagi kami dah bergerak ke rumah Akmal, dari sana terus ke rumah Bern.. pastu ajak sekali Bern gi rumah Helmi, tapi dia ada hal, lagi pun abang angkat dia nak datang rumah, jadi tak dapat la ikut..

        sampai je rumah helmi macam2 mak dia sediakan makanan utk kita orang, ABC dah semestinya ada... kepada kawan2 yg lain, sori sbb tak dapat datang rumah korang untuk beraya, lain kali lah yer.. tahun depan kalau masing2 dah kawin, dah tak tahu nak ajak sapa gi beraya...... to Gangster: selamat bertunang

          Saturday, October 13, 2007

          raya lagi

            BismiLLah..
            1 Syawal menjelma lagi dan tibalah masanya semua bergembira menyambut hari raya.. tak, tahulah, tahun ni macam biasa je sambut raya, may be sbb dah meningkat dewasa kot..

            untuk semua, selamat hari raya diucapkan, mintak maaf atas segala silap dan salah, ada masanya mata silap memandang, telinga salah mendengar, lidah terlanjur berkata, fikiran khilaf mentafsir, hati silap menduga... Hanya Allah saja yang tahu...

            malam raya ni kita digalakkan untuk banyak bertakbir dan memuji kebesaran Allah, jangan plak tersasar dengan hiburan2 yg entah hapa2 jer kat tv tu k..

            “Hendaklah kamu menyempurnakan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah (bertakbir) atas petunjukNya yang diberikan kepada kamu, mudah-mudahan kamu mahu bersyukur”. (al-Baqarah 2: 185)....

            bersama bonda dan adinda..

            bergambar masa marhaban ke rumah kawan2 sekampung..

              Tuesday, October 09, 2007

              berbuka bersama

                BismiLLah..
                ptg tadi berbuka dengan anak2 homeroom, maklum lah, tahun ni adalah tahun terakhir diaorang semua kat maktab ni, lepas SPM semua pasti ke haluan masing2, entah ingat ker tak agaknya dengan bapak homroom diaorang lepas ni...

                macam2 budak2 ni beli untuk juadah berbuka, ayam KFC, otak2, laksa, martabak sampai tak larat nak makan. mudah2an ukhwah yang terbina ni tak berakhir di sini jer, biarlah sampai ke akhir hayat.. biasalah bila bersama diaorang ni, satu soalan jer yang asyik ditanya, "bila ustaz nak kahwin?" ... hehehe, tunggu jer lah yer.

                bersama anak2 homeroom..

                  Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...