Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, July 29, 2006

YDP muafakat

    BismiLLah...

    malam tadi ada majlis perpisahan Yang Dipertua MUAFAKAT (kalau kat sekolah biasa, dipanggil PIBG laa)... biasa je, bila majlis macam ni makan jer la yang sedapnya...


    sebagai membuka tirai majlis, kena baca doa... lepas doa terus makan la, apa lagi nak ditunggu, sambil makan, tetamu dihidangkan dengan persembahan dari Brig 9 PARA (tentera)...

    abis majlis terus balik rumah bang Ngah kat Batu Berendam sbb mak, ayah dan adik indah datang ziarah ke Melaka
    ...

    persembahan dari PARA 8..jom makan2..
    di antara VIP yang hadir, hehe..air pancut yang menghiasi dewan utama..

      Tuesday, July 25, 2006

      dunia kini


        Hizbullah beri tentangan sengit BEIRUT
        24 Julai – Pertempuran sengit meletus hari ini antara pejuang Hizbullah dengan askar Israel yang mara lebih jauh ke selatan Lebanon untuk memasuki satu lagi kubu kuat pergerakan itu....
        utusan online

        sampai bila ini harus berlaku? tanya pada diri sendiri, apa yang telah kita bantu untuk mereka? sebesar mana pengorbanan kita untuk agama?

        Firman Allah yang bermaksud:
        “Tidak ada doa mereka selain ucapan: “Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”
        ( Ali ‘Imran:147 )



        senyumlah & jangan menangis adik !!! ingatlah Allah telah berfirman yang bermaksud:

        “Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."
        (Surah At-Taghaabun; Ayat 11)

        Terjemahan Doa Qunut Nazilah
        Ya Allah, bantulah saudara-saudara kami para mujahidin di Palestin dan di semua tempat. Ya Allah, bantulah mereka dan janganlah Engkau membantu musuh melawan mereka. Ya Allah, bantulah mereka dan janganlah Engkau menolong musuh melawan mereka. Ya Allah, berilah mereka (cara membuat) makar untuk menghadapi musuh-musuhnya dan janganlah Engkau memberi makar kepada mereka.

        Ya Allah, tepatkanlah sasaran mereka dan kukuhkanlah kaki-kaki mereka serta berilah taufiq-Mu pada setiap langkah mereka. Ya Allah, satukanlah barisan mereka dan kumpulkanlah segala upaya mereka. Ya Allah, jadikanlah jihad mereka di jalan-Mu dan janganlah haramkan pahala jihad mereka atas kami. Ya Allah, tolonglah kaum muslimin yang dizalimi di Palestin dan semua tempat.

        Ya Allah, tolonglah mereka (kaum muslimin) dan perbaikilah hubungan mereka. Ya Allah, binasakanlah Amaerika dan sekutunya yang zalim, goncangkanlah dan hancurkan mereka. Ya Allah, cerai beraikan barisan mereka dan luluh lantakkan kalimat mereka. Ya Allah, janganlah Engkau memberikan kedudukan yang baik bagi mereka di muka bumi ini. Ya Allah, lemparkanlah rasa takut dalam hati-hati mereka. Ya Allah, hitunglah jumlah mereka, bunuhlah mereka dan jangan sisakan seorang pun dari mereka... amin Ya Rabbal 3lamin..



        Sumbangan boleh dilakukan melalui:
        Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
        Bank Islam Malaysia Berhad cawangan Taman Melawati
        nombor akaun: "1211 301 0005797".

          Sunday, July 23, 2006

          siti dan dato' k

            nak kawin jugak akhirnya Siti Nurhaliza, tapi kawin dengan siapa?, dengan duda anak 4...

            benda ni jadi topik perbualan hangat, tak kira laki atau pompuan, semua citer pasal Siti dan Dato' K.. (K untuk kerepot.. hehehe).. sepanjang minggu ni kat maktab sibuk cikgu2 bercerita, pergi kedai gunting rambut pun pakcik2 kat situ citer pasal benda ni jugak.. memang hangat betul laaa.

            lantak la ko siti, nak kawin dengan duda anak 4 ker, atau nak kawin dengan dato' kerepot ker... yang penting bahagia.. kita tunggu jer la kesudahannya macam mana..

              Monday, July 17, 2006

              tahniah wan..

                BismiLLah... Tahniah buat Hazwan.. sbb dah dapat jadi warga MARA hari ni..

                mula posting di MRSM Pontian, ok jugak tu, dekat dengan BP... tapi rasanya Melaka lagi dekat kot... wat ever pun, tahniah wan... kalau ada masaalah yang tak paham, boleh tanya abang senior kau ni, (maklum ler, dah kerja 3 bulan lebih awal) hehehehe

                  Saturday, July 15, 2006

                  hari Anugerah 2006

                    BismiLLah...

                    hari ni berlangsung Hari Anugerah dan Mesyuarat MUAFAKAT kat MRSM Terendak... masa Majlis Penyampaian Anugerah, kena jadi MC berduet bersama cikgu Putri dari Jabatan Sains... mencapap la kat depan pentas dewan tu. rasa agak glamour jugak laaa....


                    AlhamduliLLah, majlis berjalan baik, siap ada persembahan gamelan lagi.. agak letih jadi MC ni sebenarnya, lebih2 lagi bila ada maklumat baru dapat last2 minit, jadinya adalah silap sikit2 tadi.... tapi takpalah, biar terkena kotoran demi pengalaman (sesuai ker perumpamaan ni? lantak la, ni kan blog sendiri, suka hati la nak tulis apa pun kan)....
                    .......

                    persembahan gamelan dari Kelab Kebudayaan MRSM..bergambar selepas selesai menhendalikan majlis..
                    budak2 tengah sibuk bergambar di pentas utama..nak jugak la bergambar, hehehe..

                      Friday, July 14, 2006

                      minggu aktiviti maktab

                        BismiLLah...

                        sepanjang minggu ni maktab menjalankan bermacam2 aktiviti sbb namanya pun dah "Minggu Aktiviti".. agak sibuk jugak laaa....


                        antara program yang dijalankan, senam robik, perlawanan bola tampar, hari kantin, kem kecemerlangan (form 3 jer), akademi Terendak, hari matematik dan melambak lagi...

                        kem kecemerlangan dibuat kat luar maktab, kat Tropical Fruit Farm... jadiya terpaksa ikut sekali sbb warden la katakan... seronok jugak la, cuma budak2 ni ada la yang buat hal sikit2, biasa la tu kan...

                        masa hari kantin anak2 homeroom meniaga, lagi la sibuknya... berpuluh kali ulang alik ke pasar beli barang, budak2 ni pun satu, oder sikit2... nasib baik la ustaz korang ni penyabar orangnya, hehehhe....

                        Majlis penutup dibuat hari Jumaat pagi, ada persembahan2 dari pelajar2.. dia orang ni kreatif jugak laa. terhibur hati bila tengok persembahan diaorang ni..


                        bersama pelajar di kem kecemerlangan PMR..bdk2 ni tengah buat persembahan..
                        bergambar di kandang rusa..anak2 homeroom sedang bersiap nak masak..
                        pandai ker budak2 ni masak agaknya..di antara kedai2 yang turut menjual makanan..

                          Sunday, July 09, 2006

                          Lias dan Ayu - sejoli

                            BismiLLah...

                            Si Lias dan Ayu nak diraikan sekali lagi, kali ni besar2 besaran la sikit... bila dah dijemput ni nak jugak la datang, nasib baik ada rombongan dari Johor nak pergi, dapat la menumpang..


                            8 julai 2006
                            Rombongan dari Johor tiba di Melaka, 2 kereta lagi... kita orang jumpa kat rumah Helmi, walaupun si Helmi ni tak pergi tapi selamba bodo jer menonong ke rumah dia.. kalau datang rumah si Helmi ni, mesti mak dia masak best2, laksa, mee goreng dan yang pasti ada ialah ABC special Che' Long..

                            lepas tu kami (Zihan, Pauzan, Azlan, Sidah, Hawe, Dijah, Pizah, iemah dan diri sendiri laa) bergerak ke Damansara untuk menginap di Damansara Hill, nama tmpt tu macam best jer kan.... tapi hampeh sbb banyak nyamuk laa..

                            9 julai 2006
                            tiba di rumah Ayu jam 10 pg, awal gila.. last2 kita orang pakat nak jalan pergi Bandar Rawang dulu, tapi yang pergi satu kereta jer laa (Azlan, Sidah, Pau, Hawe dan Tony yang macho, hehehe).. sampai rumah Ayu semula, lebih kurang jam 12 lebih, memang time sesuai la ni, terus la melantak makan...

                            ramai jugak kenalan yang dapat jumpa, member2 lama, Abang man, Abang Em dengan isteri dan anak dia, Utz Solihin dengan isterinya juga si Samil yg montel... paling tak sangka ialah jumpa keluarga angkat Ayu dan Lias dari Pelabuhan Kuantan.. terus teringat semula pada keluarga angkat sendiri yg dah lama tak dihubungi... tak patut betul kan...

                            petang gerak balik dan Lan turnkan kat plaza tol Alor Gajah jer, nasib baik ada si Helmi yg berguna sbb dia nak ambik kat plaza tol tu, kalau tak mati menapak la jawabnya.... ok lah, untuk Ayu dan Alias, selamat menimang cahaya mata diucapkan.. hehehe...
                            ...

                            bila la aku pulak nak kawin agaknya..di antara member2 yang datang memeriahkan majlis Lias dan Ayu ni..
                            bergambar bersama si tembam Syamil dan si montel Abg Man..hehehe..dua pasangan sama cantik..
                            berkenangan bersama Utz Solihin dan keluarga..Abg Imran dan keluarga pun ada juga..
                            manja betul si Lias tu kan..memori bersama pasangan mempelai Ayu dan Lias..
                            Abg Imran dan keluarganya..ni la Marwan, comelkan.. comel mcm Bang Man..

                              Saturday, July 01, 2006

                              ingat ke tak ingat?

                                01st Julai 2006... tak ramai yang ingat sebenarnya tarikh ni, tapi tetap ada jugak yang ingat... mak dan ayah la orang pertama ingat sbb semalam lagi dia orang dah cakap, "esok hari lahir Ton yg ke 25 kan?"....

                                member2 ramai jugak yg wish, tima kasih bebanyak kepada yang hantar massage tu, agak terharu jugak sebenarnya sbb msh ada yg ingat.. tp ada member2 rapat yg tak message langsung, maybe dia org tu busy sangat dengan kerja agaknya, ataupun memang dah lupa dan tak ingat langsung...


                                persoalan – BID’AH ke menyambut BIRTHDAY ?

                                Setiap org boleh je mempunyai pendapat berbeza, berdasarkan dalil2 dan hujah masing2. menyambut birthday bukanlah bid’ah. birthday ini hanya sbg suatu “budaya” kita dlm pergaulan sesama kenalan. Cthnya, dgn mengingati birthday seseorang itu, maka sedikit sbanyak menunjukkan kita seorang sahabat yg prihatin dan peka terhadap tarikh2 penting dlm hidupnya.

                                waLlahu a’lam, ini cuma berkaitan dgn soal budaya dan adat dlm pergaulan masyarakat kita. Mmg terdapat beberapa ulama antaranya Dr Yusuf Qaradawi yg tidak begitu menggalakkan budaya ini, kerana birthday ini akan tiba juga setiap tahun utk setiap org, maka apa yg istimewanya ia disambut ? Benar, bagi diri ni, takda orang nak ingat pun takpa..
                                tp sedih gak kalau takda member yg ingat langsung.. huhu

                                utk menghukumkan ia sbg BID’AH secara total, rasanya tak tepat. Ia hanya satu tarikh, di mana berulang2 pada setiap tahun menunjukkan meningkatnya usia seseorang itu. Happy Birthday yg ke-25 buat diri sendiri

                                  Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...