Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, October 31, 2010

Graduasi 2010 dirasmi..



    BismiLLah..
    Hari ni berlangsung Malis Graduasi utk pelajar2 tingkatan 3 & 5 yg layak utk grad.. Tahniah buat semua ust ucapkan.. semoga kalian terus sukses & berjaya dgn cemerlang pada masa mendatang..

    Kejayaan hari ni adalah berkat usaha keras kalian sendiri.. jangan lupa utk dampinginya dengan pujian kesyukuran.. dan teruslah kekalkan agama dalam diri kalian semua..

    Imam Nawawi pernah berpesan: "Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."


    " Saed dan kawan2nya siap utk masuk dewan "


    " barisan penerima anugerah penghormatan pengetua "


    " nampak sopan anak2 dara ni.... "


    " tahniah buat semua yg dapat bergraduasi "

      Saturday, October 30, 2010

      luangkan masa di Karnival Produk Malaysia

        BismiLLah..
        petang tadi kami berdua dengan geng2 dari Terendak meluangkan masa di MITC, berjalan2 sambil usya2 barang kat "Karnival Produk Malaysia".. seronok juga lah, sbb dapat rasa macam2 jenis makanan dan minuman terbaru khas produk buatan tempatan...

        sambil2 usya2 tu terserempak dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna, Datuk Ismail Sabri Yaakob yg baru jer selesai merasmikan karnival.. kawan2 yg takda apa2 nak buat petang2 tu, boley lah habiskan masa di MITC hujung minggu ni k..


        " kami berdua di tapak karnival "


        " YB Dato' tengah jalan2 melawat tapak "


        " Ust Shahril dan Ust Azari mencuba Kopi Hang Tuah.. "

          Friday, October 29, 2010

          sayangi warga tua..



            BismiLLah..
            Lokasi: Masjid Tanjung Bidara, Melaka..



            AlhamduliLLah.. hari ni sekali lagi dapat sama2 kita berjumpa di bingkisan khutbah, & minggu ni mimbar bercerita tentang satu topik yang dianggap menarik utk generasi muda macam kita ni, iaitu "sayangi warga tua"..

            warga tua yg paling rapat dengan kita pastinya nenek & datuk, emak & ayah... sebagai seorang anak, WAJIB hukumnya kita mentaati kedua ibu bapa selagi perintahnya tak bercanggah dengan syariat..

            Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.” Riwayat al-Hakim



            di hujung2 usia mcm atok kat atas ni, pastinya perhatian dari anak2 dan cucu sentiasa didambakan, lebih2 lagi kalau dia orang ni hidup sendirian... kalau tak dapat jenguk selalu pun, selalu2 kan lah telefon mereka, melepas rindu sambil bertanya khabar berita...

            Firman Allah maksudnya: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu menyekutukan-Nya dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa. (An-Nisa:36)

            sebelum berpisah, mimbar ada ingatkan satu pesanan untuk warga tua.. dua amalan yang perlu warga tua lakukan di usia emas ni..

            pertama: SELAU INGAT MATI.. bila selalu ingat mati, baru kita boleh jadi orang KAYA !! nak kaya tak ?? Ibn Mas’ud berkata, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Siapakah Mukmin utama? Jawab Nabi SAW: Yang terbaik budi akhlaknya. Dan Mukmin yang manakah yang terkaya? Jawab baginda: Yang banyak ingat mati, dan baik pula persediaannya.”

            ke-dua: SEGERA BERTAUBAT.. taubat kena betul2.. menangisi dosa2 yg dilakukan masa usia muda dulu.. mcm tokoh negarawan kat bawah ni.. waLLahua3lam...

              Wednesday, October 27, 2010

              family day MRSM Terendak 2010



                BismiLLah..

                Hai ni kami warga Terendak berkumpul kat Komplek Perahu Layar Hang Jebat, Pengkalan Balak bersama famili masing2 utk bergembira di "family day" 2010..

                tp yg sedihnya, wife tersayang tak dapat join sekali, al-maklum lar, Ahad kan hari berkerja kat Ganu sana.. terpaksa lar join geng2 bujang ni beraktiviti..

                walaupun hujan sesekali membasahi tepi pantai ni, tp program tetap berjalan meriah dengan mcm2 aktiviti utk kanak2 sampai la utk yang berpasangan.. jom kita terus kekalkan jalinan ukhwah persaudaraan ni sampai bila2.. terima kaeh semua !!


                " terpaksa ar join dengan geng2 bujang hari nie.. "


                " biar benar awak Im.. mana ada buaya kat pantai ni.. "


                " semua seronok buat istana pasir takashi.. "


                " masing2 berposing sbb tahu gambar akan masuk dlm @spirasiku "


                " best dapat naik bot membelah ombak lautan "

                  Saturday, October 23, 2010

                  jamuan akhir tahun Blok "B" 2010

                    BismiLLah..

                    petang tadi tergesa2 pulang ke makab sbb nak sama2 raikan Jamuan Akhir Tahun Blok B... sebenarnya dah terlambat utk ambik tempahan ayam golek.. sian budak2 ni terlewat makan..

                    tapi AlhamduliLLah, lepas tu majlis berjalan lancar.. bukan setakat ada ayam golek tp kentang bakar pun ada... jamuan blok ni dah jadi tradisi kat Terendak ni, dan malam ni jer, ada 3 jamuan blok.. mati kenyang la budak2 ni...

                    Diriwayatkan bahwa para sahabat berkata Rasulullah S.A.W:
                    نحن قوم لا نأكل حتى نجوع وإذا أكلنا لا نشبع
                    “Kita (kaum muslimin) adalah kaum yang hanya makan bila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang"... Maksudnya yaitu bahwa kita kaum muslimin itu hemat dan sederhana.


                    " ayam golek yang menyelerakan... sedap menjilat jari "


                    " budak2 happy lepas kenyang makan.. "


                    " warga Blok B tengah beratur ambik makanan yg lazat2... "


                    " adik2 form 1 kena tunggu kejap yer, bg abang2 amik makanan dulu "


                    " warden Blok B yg sempoi, yg penting korang clear blok awal gi surau.. "

                      Friday, October 22, 2010

                      pembuangan bayi; manifestasi pergaulan bebas...



                        BismiLLah..
                        Lokasi: Masjid Abidin Kuala Terengganu, Terengganu

                        suara Khatib yg baca khutbah tadi memang sangat best.. ditambah plak dgn persembahan Khutbah Multimedia yg menarik.. rasanya masjid2 kat Johor dan Melaka kena tiru apa yg qariah Terengganu buat, kreatif dan hebat..

                        hari ni mimbar sentuh pasal "pembuangan bayi; manifestasi pergaulan bebas dan lemahnya pegangan agama".. panjang betul tajuknya.. ap benda manifestasi ni? agaknya mimbar nak bagi tahu yg pembuangan bayi lah hasilnya bila berlakunya pergaulan bebas ni...



                        memang terkejut bila JPN bg tahu, tahun 2009, 17303 bayi didaftarkan sebagai anak luar nikah.. tu tak termasuk yg dibuang lagi.. maha dahsyat sekarang ni.. sebab tu dari zaman tadika PASTI lagi, anak2 dah didedahkan dengan "Jangan Hampiri Zina"..

                        mula dengan berSMS nak kenal2.. bila dah kenal konon nak belajar sama2.. "belajar tahi kucing" kalau duduk berdua2 jer.. pastu mula kuar makan, jalan kat taman, pegang tangan dan akhirnya ding dong.. dah mengandung..



                        buat semua terutamanya mereka yg pernah menjadi student2 ust.. jauhialah diri dari perkara2 yg disebut sebagai ZINA.. kita dah tahu dan faham hukum dan balasan, sekarang masanya utk kita praktikkan dalam kehidupan.. jadilah anak2 lelaki yg baik dan anak2 perempuan yg baik yer !!..

                        sekali lagi ust nukilkan.. janji ALLah dalam surah an-Nur ayat 26 yg bermaksud: "(lazimnya) perempuan-perempuan Yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki Yang jahat, dan lelaki-lelaki Yang jahat untuk perempuan-perempuan Yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan Yang baik untuk lelaki-lelaki Yang baik, dan lelaki-lelaki Yang baik untuk perempuan-perempuan Yang baik"...

                        tak tahu lah gambar2 baby kat dlm post ni ada kaitan tak ngan tajuknya.. tp suka sangat gambar2 tu, sbb comel kan... hehe

                          Saturday, October 16, 2010

                          "warisan merdeka",, elok sangat la tu..

                            BismiLLah..
                            macam biasa la, bila bajet dibentangkan jer, org2 gomen mcm kita ni tertunggu2.. ada bonus tak tahun ni?.. oh ada rupanya, bonus utk kita naik ke bangunan tertinggi 100 tingkat tahun 2015 nanti...

                            KLCC yg 88 tingkat tu pun tak berpeluang nak naik lagi.... sebab nak naik tu pun kena dapatkan tiket, pagi2 buta tiket dah habis.."warisan merdeka" nanti agaknya kita dapat naik bila2 masa jer..bonus la tu namanya kan...

                            Ini sedikit bait dari ucapan PM Najib di Parlimen ,"antara barang keperluan yang dikecuali duti import...pakaian malam, seluar dan seluar dalam serta wangi-wangian, termasuklah kelambu... pewarna rambut dan seluar dalam tidak dikena duti import" disambut gelak tawa barisan peminat seluar dalam...

                            terima kaseh PM Najib sebab bajet 2011 ni memang semua nanti2kan.. walau tak dapat bonus gaji 2 bulan mcm yg Cuepacs suarakan, tapi AlhamduliLLah dapat banyak lagi bonus2 sampingan... boleh la berbelanja sakan lepas ni, sbb akan banyak barang2 murah kat Malaysia ni...

                            jangan cakap aspirasiku tampilkan gambar lucah kat bawah ni.. cuma nak promosikan antara barangan murah yg PM Najib ulang2 cakap beberapa kali dalam bajetnya ptg semalam..

                              Friday, October 15, 2010

                              riba'.. jom beralih ke perBANKkan Islam



                                BismiLLah..
                                Lokasi: Masjid Jame' Saidina Ali, Bukit Katil, Melaka..

                                lama rasanya tak mengulas khutbah Jumaat yg didengar setiap minggu... bukan tanak, tp kadang2 Jumaat ni sibuk sikit, lagi2 lepas berumah tangga ni, nak travel jauh...

                                Salah satu daripada dosa2 besar yg perlu dijauhi adalah riba'.. perkara ni jelas disebut oleh ALLah dlm Surah al-Baqarah ayat 275 yg bermaksud: "Orang yg memakan riba' tidak boleh berdiri pada hari kiamat melainkan seperti berdiri orang yg dirasuk syaitan"..

                                mimbar tadi bg tahu yg riba' boleh meruntuhkan ekonomi negara.. tak payah nak runsing la pakar2 ekonomi semua, sbb Islam dah ada penyelesaiannya... dan hari ni, hampir disetiap bank dah ada sistem perbankkan Islam, tp kenapa nak pilih yg kovensional lagi...

                                bg yg guna kad kredit.. dinasihatkan supaya bertukar ke "ikhwan kad" atau apa2 lah kad yg bersistemkan Islam. InsyaALLah selamat dunia akhirat..

                                  Sunday, October 10, 2010

                                  10.10.10... hepy besday !!

                                    BismiLLah..

                                    tarikh hari ni memang sangat cantik, 10.10.10... agak banyak juga pasangan yg melangsungkan perkahwinan hari ni termasuk ar angkasawan negara yg gah majlisnya kat tv tu kan..

                                    tarikh ni juga merupakan tarikh lahir isteri tercinta, Syarifah Noor Rusydiah, "Sanah Helwah" semoga panjang umur dalam kesehatan, dilimpahkan rezqi dalam kebahagiaan dan menjadi ibu yang mithali.. ehem..ehem..

                                    Hadis diriwayatkan dari Imam Tarmizi,
                                    Seorang a’robiy bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah siapakah orang yang terbaik? Rasulullah saw menjawab: “Orang yang panjang umur dan baik amalannya”.


                                    " doakan kami terus kekal bahagia ke hujung usia "


                                    " mencuba Nasi Thai di Secret Recipe.. "


                                    " Kek pisang chese.. sedap sampai menjilat garpu "


                                    " mee kari seefood.. besar banget mangkuknya "


                                    " jemput makan semua.. terhibur lah..... "

                                      Saturday, October 09, 2010

                                      jumpa Nawal dan adik barunya



                                        BismiLLah..

                                        dalam perjalanan pulang ke Kerteh, kami singgah menunaikan kewajipan di Masjid Terapung.. dah lama tak sampai ke sini, dulu masa zaman muda2 pernah la jugak sampai ke sini..

                                        dari sini, kami terus ke rumah Norli dan Khirman.. ziarah kawan lama, lagipun Norli kan baru bersalin, maseh dalam hari lagi.. seronok rasanya bila dapat jumpa macam ni.. terima kaseh yer sbb sudi terima kunjungan kami..

                                        Norli, orang rumah ana cakap, mee goreng enti masak tu sedappppp banget...


                                        " Nawal dan adik barunya Najwa... comel sangat.. "


                                        " bergambar dengan Khirman, Norli dan anak2nya... "

                                          Friday, October 08, 2010

                                          memilih batik Terengganu

                                            BismiLLah..

                                            Hujung minngu ni kami jalan2 ke Kuala Terengganu, datang memilih warna warni batik yang ada kat sini.. bila dah sampai Pasar Payang ni, memang rambang mata.. dan pastinya kalau orang perempuan yang buat pilihan, kena la amik masa...

                                            lepas jalan2 di Pasar Payang, kami berdua pergi jalan2 ke Seberang Takir nak minum ayer buah gelas besar.. tapi hampa sebab kedai tu belum bukak lagi... huhu..


                                            " sedang memilih batik yang penuh warna warni "


                                            "setia menunggu adik manis memilih warna warninya"


                                            "wahhh.. meriah betul warna batik tu..."

                                              Sunday, October 03, 2010

                                              jalan beraya ke Shah Alam

                                                BismiLLah..

                                                miggu ni, kami balik ke Kerteh tak lalu jalan biasa Segamat - Muadzam, tapi ikut Karak Highway.. sebab kami jalan ke Shah Alam dulu untuk beraya, ke rumah pengapit perempuan (Nani) masa kami jadi pengantin hari tuh...

                                                tp agak kesal ar sbb tak dapat ke umah pengapit pengantin laki sekali, sebab beliau takda kat rumah, study utk exam kat UTP.. pada hal rumah beliau dekat jer dr sini..


                                                " bergambar bersama Nani sefamili "


                                                "adik manis dengan gengnya, Nani & Syidah."

                                                sebut pasal Shah Alam, sebenarnya teringin sangat nak gi ke Konsert Maher Zain kat Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 14 dan 15 Oktober depan.. nak gi dengan orang rumah tersayang.. tapi kesal bila dapat tahu tiket dah sold out hari ke-dua dijual.. kesal lagi...

                                                kan best kalau ada yang baik hati nak hadiahkan kami tiket ke konsert tu.. kepingin ar nak gi konsert best macam tu.. ada sapa2 ker yang baik hati ??


                                                  Saturday, October 02, 2010

                                                  solat hajat & doa restu PMR & SPM 2010


                                                    "kami ucapkan semua calon2 PMR & SPM berjaya cemerlang"

                                                    BismiLLah..

                                                    tinggal beberapa hari jer lagi, calon2 PMR dan SPM akan berjuang hebat untuk bertempur memerah keringat, mengejar impian yg diinginkan.. insyaALLah dengan usaha, doa serta azam yang kental, kami yakin anda mampu menghadiahkan sesuatu yg menggembirakan buat ibu ayah dan guru2...

                                                    jangan pernah putuskan tali perhubungan kita dengan ALLah, terutama di saat2 getir sekarang ni.. bertawakkalah kepada ALLah, mudah2an bantuanNya berterusan buat semua yg bertekad waja.. Firman Allah S.W.T.: 'Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah.' (Ali imran : 159)

                                                    Good Luck semua.. بالتوفيق والنجاح


                                                    "calon2 PMR dan SPM serta para ibubapa di surau al-Isyra' ."


                                                    "majlis dimulakan dengan bacaan yasin dan tahlil."


                                                    "antara AJK yg menjayakan majlis solat hajat ni....."

                                                      Friday, October 01, 2010

                                                      rewang potong lembu

                                                        BismiLLah..

                                                        esok akan berlangsung majlis Solat Hajat dan Doa Restu untuk calon2 PMR & SPM tahun ni.. acara wajib kat Terendak ni tiap tahun adalah rewang2 potong lembu dan masak2 kat belakang Teres Teratai ni..

                                                        tahun ni 2 ekor lembu tumbang nak masak "rendang tok"... mcm mana la agaknya rupa rendang ni yer, kita tunggu esok jer la time makan.. hehe..

                                                        ingat, berhajat & bermohon pada ALLah ni bukan time ada majlis mcm ni jer.. hari2 kena buat mintak & berharap.. kena buat secara istiqomah ok..

                                                        Firman Allah SWT: “Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tiada yang dapat menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dialah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu. (Al-An’am: 17)


                                                        "meratah daging dengan lahapnya ."


                                                        "ok, potong daging tu macam ust buat ni ok !!.."


                                                        "suasana rewang di belakang Teres... meriah...."


                                                        "daging dah siap sedia utk di masak rendang tok...."

                                                          Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...