Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, March 27, 2009

dua kursus dalam satu minggu

    BismiLLah..
    Minggu ni ada dua kursus kena pergi.. mcm malas nak tinggalkan kelas, tp pikir benda ni untuk ilmu, nak tambah pengetahuan dan pengalaman baru..

    KURSUS PENYELEWENGAN AKIDAH

    kursus mcm ni sebenarnya dah pernah pergi dulu, masa kat UTHM (klik sini). lebih kurang jer perkara2 yg di dedahkan.. cuma kat seminar ni, penekanan pasal isu2 yang berlaku kat malaysia ni di ketengahkan.. pasal ajaran sesat, yoga, pengkid dan benda2 yang boleh merosakkan akidah. dan yg paling penting jangan sampai timbul huru hara kat negara ni...

    seminar..

    KURSUS PEMANTAPAN P&P BAHASA ARAB

    dan selang dua hari, pergi ke satu lagi kursus anjuran Pej. Pelajaran Negeri Melaka yang dibuat kat Kolej Komuniti Jasin.. kursus ni memang best sbb dari mula sampai la habis tiada bahasa lain yang digunakan selain bahasa arab..

    teruja dgn salah seorang penceramah yg didatangkan dari Persantren Guntur Indonesia, bahasanya tersusun rapi dan mudah difahami.. ustat ni terangkan mcm mana nak mengajar bahasa arab kepada budak2 dengan teknik berkesan dan efisyen. yg paling penting, jangan mengajar guna kaedah terjemah.. tp kita fikirkan cara paling kreatif untuk bagi budak2 faham.. semoga berjaya...

    ustat daripada Guntur Indonesia..

      Saturday, March 21, 2009

      cendol dan karipap

        BismiLLah..
        hujung minggu ni ada kat JB sbb hantar mak gi buat pemeriksaan kat HSA.. mak kena tahan kat wad satu malam sbb buat pembedahan kecil..dan AlhamduliLLah mak sekarang dah sehat dan boleh beraktivti mcm dulu lagi, kalau tak sebelum ni mak akan tak sedar diri bila lambat makan sikit..

        ingatkan nak jumpa Sahrin dan Ijam, tapi masing2 ada urusan.. kebetulan abang Ijam baru jer eksiden, dan dia ada kat Kulai time tu..

        lepas semayang jumaat kat Masjid Abu Bakar, nak terus tengok mak kat wad, tapi waktu melawat lambat lagi, tu yang duduk lepak2 kat depan masjid.. terasa mcm nak minum cendol dan ternampak plak orang jua karipap. besar betul karipap tu, tapi mahal gila, ada ker makcik tu jual satu seringgit..

        lepas habis minum cendol dan makan karipap yg mahal tu, baru terperasan yg si penjual cendol tu rupanya mualaf yang kawin dgn melayu dan makcik jual karipap tu ada anak yang cacat dalam kete kancil dia.. ni la namanya kehidupan..

        kalau hari ni kita susah dan tak sehat, pastinya ada lagi insan2 yg lebih sengsara dan derita.. dan kalau hari ni kita senang dan gembira, jangan dilupa yang tak punya apa...

        kat depan mesjid Abu Bakar..

          Tuesday, March 17, 2009

          konvokesyen de UPSI

            dgn mak dan adik indah..

            BismiLLah..
            Syukur.. dgn berkat doa mak, keluarga, dan kawan2 akhirnya berjaya gak sempunakan diploma pendidikan UPSI.. ptg td raikan kejayaan dgn berkonvokesyen di Tanjung Malim bersama kawan2 yang lain..

            Memang nak sangat rasa berkonvokesyen kat m'sia, dulu masa kat Jordan tak macam majlis konvo, dengn siul dan pekikan orang2 arab kat sana menjadikan majlis konvokesyen macam majlis kenduri kahwin plak.. dan paling best kali ni, family ada sama meraikan kejayaan ni..

            Tahniah buat semua !!

            kenangan de upsi..

            tahniah semua..

              Sunday, March 15, 2009

              apa nak dikata ?

                BismiLLah..
                Akhirnya hari yg dinanti oleh calon2 SPM tahun lepas telah pun tiba, apa lagi nak di kata kalau keputusan dah keluar? "tahniah dan jangan sedey".. tu jer la yg ust boley cakap kat korang.. tahniah buat yang cemerlang, dan jangan sedey buat mereka yg tak dapat apa yang diimpikan..

                SPM TERENDAK ?..
                tahun ni kami dapat markah penuh, kedudukan ke 34 dari 34 MRSM seluruh negara, kira markah penuh la tu kan, hehe.. cuma 3 orang dapat strait A, banyak gak subjek yg merudum, tapi PAI masih lagi stedy sbb peratus yang dapat A melebihi 95%. biar ranking ni menjadi pembakar semangat utk memperbaiki result SPM tahun ni, insyaALLah..

                INILAH USAHA KITA
                jangan la bersedey yer, apa yang kita perolehi hari ni memang sepatutnya dengan usaha yang kita buat sebenarnya. tak caya korang tepuk dada dan tanya diri masing2.. sejauh mana usaha untuk mendapat strait A? Firman ALLah dalam surah al-A'raf:
                dua bangsa yang berbeza namun akidah kita serupa..
                Maksudnya: “dan Sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.”..

                SEDEH KISAH MADIHAH ?
                rasanya semua dah tahu tentang kisah kejayaan Nik Nor Madihah ni kan, kekurangan keluarga bukan halangan untuk cemerlang.. jadi, pelajar2 ku sekelian, tiada lagi alasan untuk berjaya dengan cemerlang sebenarnya...

                rumah keluarga Madihah..

                  Saturday, March 14, 2009

                  MTQ Masid Tanah

                    BismiLLah..
                    Semalam berlangsung MTQ (Majlis Tilawah Quran) peringkat Masjid Tanah, dan kami juga tidak ketinggalan untuk menghantar peserta ke acara-acara yang dipertandingkan..

                    berikut adalah keputusan pertandingan:
                    Syarahan (lelaki) ---> naib johan
                    Syarahan (perempuan) ---> johan
                    Hafazan (lelaki & peempuan) ---> naib johan..

                    tapi untuk peserta tilawah takda rezqi tahun ni, insyaALLah tahun depan kita cuba lagi k. Jangan la terus mengalah atau putus asa bila tak berjaya, menang kalah tu soal lain, apa yang penting adalah semangat dan pengalaman baru yg korang dapt..

                    Firman ALLah dalam surah Yusuf ayat 87: maksudnya "dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan ALLah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan ALLah itu melainkan kaum yang kafir"...

                    peserta2 MTQ MRSM Terendak..

                    peserta syarahan..

                      Friday, March 13, 2009

                      memori Pesta TYPE III

                        bersama Patol dan Afiq..

                        BismiLLah..
                        AlhamduliLLah, dan tahniah buat Patol dan Afiq kerana berjaya dinobatkan sebagai johan kategori rekacipta dalam Pesta Type III tahun ni.. ust agak bangga, maklum la ust ni kan guru penasiat kumpulan korang, dapat la rasa tempiasnya sikit.. hehe

                        dan kalau semua ingat lg, tahun lepas pun kumpulan SEM di bawah kelolan Ust Tony menjadi johan, tak caya klik sini.. tapi sebenarnya ust tak buat pape pun sbb ust ni cuma penasihat, jadi kena bagi nasihat jer la.. yang buat kerja tetap korang jugak, haha..

                        dan hari ni juga satu sejarah dicipta, sbb UTEM (Universiti Teknikal Melaka) telah memetrai perjanjian MOU dgn MRSM Terendak dalam projek kajian para pelajar.. buat anak didik ku, ambil lah peluang ni sebaik mungkin yer.. good luck utk semua..

                        MOU dgn UTEM..

                          Sunday, March 08, 2009

                          hari tamat latihan 09

                            dgn skuad PKBM..

                            dgn budak2 BOMBA..

                            BismiLLah..
                            hujung minggu ni berlangsung acara tahunan maktab iaitu Hari Tamat Latihan untuk badan2 uniform, mcm biasa la cikgu2 yang bukan penasihat pun kena turun padang, paling kurang jadi hakim, tak pun jadi penonton jer la..

                            HAKIM MASAKAN
                            tak selera tengok hasil masakan rimba budak2 ni, apatah lagi nak kena rasa.. tapi sebagai seorang hakim berwibawa, tugas digalas sebaik mungkin..

                            cuma cadangan utk tahun depan, tak yah la buat pertandingan masakan rimba, buat jer pertandingan memasak, boleh la budak2 ni masak sedap sikit, sambal petai ke, siakap 3 rasa ker, baru la best jadi hakim.....

                            penuh teliti utk menilai..

                            kena rasa betul2 ni..

                            JADI PENONTON JER..
                            ketika budak2 kepanasan kat padang berbaris dan buat persembahan, kita orang apa lagi berposing kat bawah khemah la, hehe.. ada sapa2 lagi yang nak bergambar ngan ust ker ??.....

                            geng kaca mata..

                            lepak2 sambil berehat.. boley??..

                            PERSEMBAHAN PDRM MELAKA..
                            dan istimewanya tahun ni, ada persembahan aksi lasak dari Polis DiRaja M'sia, menggunakan satu senjata yg baru diperkenalan kat M'sia.. kata dia orang, benda tu di buat guna besi kapal tebang, caya jer lah.. kang tak caya kena masuk lokap plak nnti.. hehe..

                            aksi abang2 dan kakak polis..

                            kanak2 tidak dibenarkan meniru aksi ini..

                            JOM, TENGOK SEBAHAGIAN PERSEMBAHAN BUDAK2 NI...

                            PUTERI ISLAM - tari gadis merah jambu..

                            RANJER PUTERI - tari nenek kebayan..

                            PENGAKAP - sibuta dan tongkat ajaib..

                            BOMBA - menari sambil main air pili..

                              Saturday, March 07, 2009

                              moga panjang umur Ust Shahril & Ust Wahab

                                ust shahril yg begitu happy..

                                BismiLLah..
                                hari ni kita orang cikgu2 kat sini sambut besday kelahiran Ust Shahril dan juga Ust Wahab yg kebetulan sama2 lahir bulan Mac ni.. sementalahan tu, jabatan pun buat majlis makan2.. Doa kami buat ust Shahril dan Ust Wahab "semoga panjang umur dan murah rezqi"..

                                INGAT BESDAY KAWAN2..??
                                tak tahu napa, rasa bila dapat wish "happy besday" kat kawan2 ni, rasa mcm puas plak, rasa mcm kita menghargai dia orang sesangat.. kekadang tu pakai msg jer, yg rapat sikit kita call, dan yg lebih istimewa kita sebut dalam doa lepas semayang..

                                memang nampak mcm simple jer, tp hakikatnya bila time besday kawan2 kita ni la, baru kita nak berSMS dgn dia sebenarnya. Nak sms saja2 jer mcm tak praktikal la plak, tp bila kita wish besday kawan kita ni, dapat la mengeratkan lagi simpulan persahabatan ni kan..

                                  Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...