Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, June 29, 2011

baby dicukur dan diberi nama

    BismiLLah..
    pada hari ke-7, baby kami dicukur rambut oleh Tok Abahnya... dengan penuh teliti rambut baby Tok Abah cukurkan... AlhamduliLLah baby dah takda rambut, ikut sepertimana yang Nabi kita sarankan...

    dan dengan rasminya, baby kami diberikan nama....
    "Ulfah Aliya binti Mohd Tony"
    Moga puteri kami, memahami utuhnya kasih sayang..
    Moga penyejuk mata kami, mengenal tingginya nilai persahabatan..
    Moga permata hati kami, menyemai semangat persepakatan..
    [Born on 22 June 2011, 3.41pm, 3.1kg at Pantai Hospital Melaka]
    -Result of our loves, Mohd Tony Saidi & Syarifah Noor Rusydiah-


    "Tok Abah mula mencukur rambut Aliya.."


    "Tok Abah, hati2 yer cukr rambut saya..."


    "owh.. Ayah pun cukur rambu Aliya jugak yer....."


    "Ulfah Aliya Binti Mohd Tony... "

    Sabda Rasulullah S.A.W yg bermaksud: "Hai Fatimah, cukurlah rambutnya dan bersedekahlah dengan perak kepada orang orang miskin seberat timbangan rambutnya." Riwayat ahmad dan Tarmizi.

    Sabda Rasulullah S.A.W lg yg bermaksud: "Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari kiamat dengan nama kamu dan nama bapa bapa kamu.Oleh itu hendaklah engkau mengelokkan nama kamu." Riwayat Abu Daud

      Tuesday, June 28, 2011

      petua kurangkan demam kuning (jaundis)



        BismiLLah..
        hari ke-dua baby dah kena amik darah dengan misi tua yg garang kat poliklinik Ayer Keroh, ni sebab misi yg datang rumah pagi tadi kata, baby kena demam kuning... apa benda demam kuning? klik sini...

        tapi AlhamduliLLah sebab paras kuningnya tak tinggi sangat, 10.6 saja.. paras tinggi ialah 15... pastu Makcik Yott (tukang urut) menggunakan petua tradisinya untuk demam kuning ni, mandikan baby dengan air suam+daun belimbing buluh+asam keping...

        AlhamduliLLah baby dah makin sehat !!! seram kot kalau baby kena masuk dalam oven kat sepital tu..


        "baby dimandikan dengan bancuhan air petua Makcik Yott"


        "baby dan nenek muda "


        "bergambar dengan famili Tok Su"


        "muda2 dah jadi Nek Su dan Tok Su..."

          Monday, June 27, 2011

          baby & ummi dah keluar hospital

            BismiLLah..
            setelah semalaman kami betiga bermalam di wad hospital, ptg tadi kami dibenarkan keluar... nak tahu, malam tadi adalah malam yang panjang beb...

            kami berdua berpandangan, senyuman diukirkan.. "macam tak percaya kita dah ada baby kan ? ".. Terima kaseh atas ucapan tahniah dan doa dari kawan2 semua !!

            Fiman ALLah yg bermaksud: "...Ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan di atas kelemahan dan menceraikan menyusu dalam 2 tahun...." (surah Luqman yat 14)





              Thursday, June 23, 2011

              kelahiran baby anugerah terindah



                BismiLLah..
                AlhamduliLLah, lepas baby di-tahnik kan malam tadi, baby terus buang air, doktor kata baby dan ummi dia boleh keluar wad esok..

                dedikasi istimewa buat isteriku tercinta..
                terima kasih atas pengorbanan besar megandungkan dan melahirkan baby ni, semoga ALLah terus berikan mu kekuatan untuk bersama2 ku menjadi ibubapa terbaik buat permata hati kita ni.. i love u forever !!! baby pun ayah sayang juga, alalala comelnya dia..

                Firman ALLah ang bermaksud: “Sesungguhnya jika Engkau memberi kami anak yang soleh, tentulah kami termasuk orang-orang yang bersyukur”. (aya:189, Al A’raaf).



                  Wednesday, June 22, 2011

                  permata hati pertama kami

                    BismiLLah..
                    sesuatu yang sukar diungkapkan, AlhamduliLLah petang tadi, lahir puteri sulung kami tepat jam 3.41pm.. penantian selama lebeh kurang 9 bulan menjadikan detik ini sukar kami lupakan...

                    serius, kalau ingat balik suasana time menyambut kelahiran baby di labour room bersama isteri, boleh buat jiwa syahdu.. sebab tu lah syurga kat bawah tapak kaki ibu...

                    hadis nabi yg bermaksud: "Tidak ada anak di dalam sesebuah keluarga melainkan mulialah keluarga itu." (Hadis riwayat Tabrani).

                    gambar2 baby di labour room selepas ayah dia azan dan iqamahkan:







                      Sunday, June 19, 2011

                      Nani & Busu.. Selamat Pengantin Baru

                        BismiLLah..
                        hari ni merupakan hari bahagia buat Nani, pengapit pengantin perempuan masa kami diijabkabulkan Julai tahun lalu... Nani dan Busu, kami ucapkan selamat pengantin baru.. semoga cepat dapat berita gembira seterusnya..

                        Firman ALLah yg bermaksud: "...dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi wanita yang baik pula." (An Nur: 26)



                          Saturday, June 18, 2011

                          Amali Jenazah edisi 2011

                            BismiLLah..
                            Hari ni kami Unit Agama anjurkan program Amali Jenazah... kami jemput Ust Rusli Siran dari Institut Latihan Kesihatan Angkatan Tentera (INSAN) sebagai penceramah.. klik sini..

                            pelajar2 didedahkan dengan maklumat dan pengetahuan dari tanda2 seseorang nak mati sampailah dikebumikan... paling mencabar bila pelajar2 diberi peluang untuk merasai proses memandikan dan mengkafankan jenazah..

                            Firman ALLah yang bermaksud: "Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu...." (Ali Imran: 185)


                            "seorang pelajar dipilih menjadi model untuk dikafankan"


                            "pelajar diberi peluang mengkafankan sahabat baik mereka"


                            "siap dah proses kafan pelajar"


                            "pelajar menyaksikan sendiri sahabat mereka dimandikan"


                            "giliran pelajar2 plak buat sendiri proses kafan"


                            "jangan usik, bangut mayat ni nanti !!! "


                            "siap disembahyangkan... kompem syahdu.."

                              Friday, June 17, 2011

                              Kuiz Bahasa Arab 2011



                                BismiLLah..
                                Kuiz Bahasa Arab merupakan salah satu aktiviti dalam Minggu Koperasi Maktab.. kuiz anjuran koperasi ni kami jalankan di Surau al-Isyra' melibatkan wakil dari setiap rumah sukan..

                                kehadiran Ust Wahab sebagai ketua juri menggamitkan lagi suasana surau malam ni.. bila sebut kuiz Bahasa Arab ni, kami terus teringat kat Ust Shahril...

                                mudah2an kuiz bahasa Arab ni dapat diteruskan saban tahun.. terima kasih pada semua geng2 Unit Agama sebab sama2 semangat memartabatkan Bahasa Arab di Terendak.....


                                "pelajar2 pun seronok malam ni berbasa arab."


                                "ustaz ceria mempengerusikan kuiz malam ni."


                                "juri2 berwibawa di kuiz bahasa Arab.."


                                "peserta2 kuiz Bahasa Arab tahun ni.."

                                  Thursday, June 16, 2011

                                  kem imtiaz PMR 2011

                                    BismiLLah..
                                    hujung minggu ni kami team Unit Agama agk sibuk mengurus kem IMTIAZ utk anak2 tingkatan 3 yg nak amik PMR tahun ni...

                                    antara pengisian utama kem ni ialah slot perkongsian ilmu mendapat A kertas Pendidikan Islam oleh Guru Cemerlang Pendidikan Islam dari SMK Bukit Baru, Ust Wan Cik... mudah2an tahun ni Terendak kembali ke ranking terbaik PMR seperti tahun2 sebelum ni..


                                    "team unit Agama tengah berbicang sesuatu."


                                    "ustaz2 memberi komen pembentangan pelajar."


                                    "Ust Wan Cik menerima cnderahati kenang2an..."


                                    "salah satu kupulan yang membentangkan hasil tugasan"

                                      Sunday, June 12, 2011

                                      selamat pengantin baru Tok Lat



                                        BismiLLah..
                                        sepetang kami berada kat tepi pantai Port Dickson, meraikan atok sedara kami yang baru diijab kabulkan, pasangan bahagia Tok Lat dan suami barunya...

                                        walaupun cuma majlis BBQ jer, tapi tetap meriah.. paling seronok anak2 sedare la, dapat berenang mandi manda kat tepi laut...

                                        Firman ALLah yang bermaksud: “Dan orang-orang yang berkata: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami)”. (Surah al-Furqaan: 74)





                                          Saturday, June 11, 2011

                                          baby Aisyah Humaira'



                                            BismiLLah..
                                            jangan gabrah okey... ni bukan baby kami, tapi baby kawan kami... nama baby ni Aisyah Humaira'... alala... comelnya....

                                            tengah hari tadi kami sempat ke Majlis Aqiqah baby Aisyah.. tak sabar nak ada baby sendiri rasanya... alamak, cam mana nak pegang baby ni... kekok semacam jer rasa... he4...

                                            Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Setiap anak itu digadaikan dengan aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuhnya, diberi nama dan dicukur kepalanya." (HR Ashabus Sunan)



                                              Friday, June 10, 2011

                                              peta lokasi Rantau Bukit

                                                BismiLLah..
                                                kami alu2kan kawan2 yg nak singgah ke Kerteh ni.. betul juga, kalau tak bagi alamat dan peta, mcm mana nak sampai ke Rantau Bukit ni kan... ok, mudah saja caranya, perhati dengan tekun peta kat bawah ni, insyaALLah boleh jumpa punya..





                                                dan sapa2 yg ada GPS kat kereta ataupun HP, masukkan jer koordinat kat bawah tu.. kompem boleh sampai ke depan teratak kami..

                                                mmm, tp kami takda kat Kerteh la dalam dua bulan mendatang ni, sebab baby dah nak lahir beberapa hari jer lagi.. sekarang dah di bulan ke-sembilan !!! kami menanti kelahirannya di Melaka...

                                                  Thursday, June 09, 2011

                                                  Bern singgah Rantau Bukit

                                                    BismiLLah
                                                    Seronok sangat tengahhari tadi sebab dapat jumpa si Bern ni, dia on the way balik ke Muor dr Jerteh.. Terima kaseh la Bern sudi singgah rumah kami kat Rantau Bukit ni, tetamu pertama dari kalangan geng2 Yarmouk...

                                                    walaupun Bern singgah tak lama, tp pertemuan ni dapat imbas kembali kenangan lama masa zaman muda2... kejap betul masa berlalu kan.. oh yer, happy anniversary Bern, kebetulan hari ni anniversary Bern & Su kali pertama...klik sini..


                                                    "kebetulan warna baju kami sama la, kawan baik la katakan..."

                                                    Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan."

                                                      Wednesday, June 08, 2011

                                                      Majlis Resepsi Husna & Afiq

                                                        BismiLLah..
                                                        Husna ni kawan lama masa belajar kat SMAP Kajang dulu.. hari ni kami berdua sempat ke Majlis Resepsi mereka kat Bukit Beruang... tak sempat nak tunggu pengantin lelaki sampai, dapat gambar ngan pengantin perempuan jer pun ok...

                                                        serius, pakcik DJ kat majlis Husna ni macam DJ radio IKIM... lupa la nak amik gambar beliau... Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Beritahulah kepada orang ramai akan nikah ini dengan pukulan gendang dan rebana". (riwayat Ibnu Majjah)


                                                        "pengantin perempuan dan bakal ummi baby..."

                                                          Tuesday, June 07, 2011

                                                          comelnya Ijat...

                                                            BismiLLah..
                                                            hari ni kami maseh lagi ke jemputan kenduri kahwin, anak sepupu kat Ayer Keroh naik pelamin..

                                                            dapat jumpa ramai sedara mara, anak sedara kami si Ijat ni pun ada la, comelnya dia.. posing sikit, Pak Teh nak amik gambar... hehe...




                                                            "Abang Da, Adik Indah dan Mak pun ada juga.."

                                                              Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...