Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, October 30, 2008

ambil angin petang

    terapung di atas air.. hehe..

    BismiLLah..
    masa kat PD ni, waktu petangnya kami habiskan masa bersama berjalan2 kat tepi laut, menghirup udara segar kat tepi pantai.. tak mandi pun, cuma sempat naik pelampung pisang yg ditarik bot laju tu ke tengah laut, memang best laa, mcm naik kuda.. hehehe..

    zihan pun ada sama kat kursus ni, dia dah nampak mcm bapak orang skrg ni.. memang dah jadi bapak pun kan.. tak tahu bila lagi ada kursus mcm ni, tunggu akhir tahun depan la agaknya, tu pun kalau ada budget yg tak habis guna, baru nak bagi kat orang2 Pendidikan Islam ni, kalau tak, hemmm, jangan harap la yob !!..

    bersama geng bas sekolah - MRSM Terendak..

    dgn si zihan the worior..

      Wednesday, October 29, 2008

      kursus di Ancasa Hotel Port Dickson

        BismiLLah..
        Balik je dari Ganu, terus packing barang untuk ke Kursus Pemantapan Proses Pembelajaran & Pengajaran Pendidikan Islam MRSM Zon Selatan kat Port Dickson..

        memang terkejar2 dgn masa, sbb ptg tadi sampai dari Ganu dalam pukul 4 ptg, pastu nak kena chek in sebelum jam 3 ptg.. nasib baik la penyelaras boleh bertolak ansur sikit, maghrib baru chek in dan slot ptg tadi dah terlepas.. huhu..

        sepanjang 3 hari kami kat sini, mcm ilmu yg kami dapat dari penceramah2 hebat dari UKM, UTEM dan ILHAM sendiri.. paling best mesti la bab makan, kejap2 dah makan, mana tak best yer tak?... time kursus mcm ni la dapat kenal ustaz2 dan ustazah lain yg mengajar kat MRSM lain, tukar2 ilmu dan pandangan, bantuan dan juga harapan..

        last nak kongsi, buat semua teman2 warga pendidik sekelian... ikhlas la dgn kerja yg kita lakukan skrg, insyaALLah ada balasan kebahagiaan yg akan datang masa kita hidup ni ataupun setelah kita mati nanti..

        Di dalam buku hadis 40 umpamanya, imam Nawawi meletakkan hadis ikhlas sebagai hadis yang pertama kerana pentingnya keikhlasan dalam amal ibadat sebelum ia diterima.

        Umar bin Abd Aziz pernah berkata: "Sesiapa yang beramal tanpa ilmu, dia lebih membawa keburukan dari kebaikan" (Sirah dan Manaqib Umar bin Abd Aziz - Karangan Ibn Al Jauzi)

        Sabda rasullulah s.aw: "Seorang yang faqih (faham) lebih digeruni oleh syaitan daripada seribu ahli abid" (At Tirmizi) ...

        kat koridor hotel..

        buat aktiviti berkumpulan..

        bergambar dgn ahli kumpulan yg best..

          Sunday, October 26, 2008

          IMTIAZ kuala berang

            cenderahati utk pengetua IMTIAZ..

            bukti dah sampai ke IMTIAZ..

            terima kasih, keropok kuala berang..

            BismiLLah...
            memang tujuan asal ke Terengganu hujung minggu ni adalah untuk membuat lawatan ke IMTIAZ Kuala Berang, sebagai membalas lawatan mereka ke MRSM Terendak beberapa bulan yg lalu.. kami tertarik dengan program hafazan yg dilaksanakan kat sini, kalau jiwa pelajar dah ada al-quran, insyaALLah budak2 ni takda la buat hal dalam akademik mahupun disiplin kat sekolah..

            harapan dapat jumpa dgn Marini dan Norli, tapi masing2 takda.. Norli dah over due utk bersalin, dan AlhamduliLLah dah selamat bersalin dan dapat baby girl.. Marini plak MC hari tu, ingatkan nak buat suprise kat dia orang ni, sekali tu tak menjadi laa..

            utk pengetahuan, bila Idris Jusoh dilantik sebagai Pengerusi MARA yg baru, MRSM Kota Putra akan ditukar sistem menjadi perintis kepada MRSM Ulul Albab untuk melahirkan generasi yg menghafal Quran tetapi bermindakan sains.. mudah2an usaha ni dapat diteruskan ke seluruh MRSM..

            Abu Umamah al-Bahili r.a. meriwayatkan dengan katanya: "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Bacalah Al-Quran, kerana sesungguhnya ia akan datang di hari Kiamat memberi syafaat kepada pembacanya"..

            Sabda baginda s.a.w. bermaksud: "Sesungguhnya orang yang tidak ada sesuatu daripada Al-Quran di dalam dirinya adalah seperti rumah usang, buruk dan hampir runtuh" Hadis riwayat Tarmizi...

            masa dengar taklimat dari pengetua sana..

            posing di IMTIAZ..

            norli dan marini..

              Saturday, October 25, 2008

              jalan2 cari makan - Ganu

                BismiLLah..
                hujung minggu ni memang agak terhibur sbb dapat menjejakkan kaki ke bumi terengganu.. kesempatan yg ada kat sini, kami gunakan utk menikmati makanan2 yg jarang jumpa kat tempat lain mcm sata, kopok losong, air gelas besar dan teristimewa ais krim goreng..

                tapi agak sedey sbb tak dapat jumpa kawan2 yg ada kat Ganu ni, masing2 sibuk dan ada hal lain, nasib baik ada si Jaa, ustaz kat MRSM Kuala Terengganu, seronok dapat jumpa dia.. ptg sebelum balik, kita orang singga sembahyang kat Masjid Kristal, lawa sungguh masjid ni, tak sempat nak masuk taman warisan tamadun Islam sbb dah agak lewat petang.. lain kali nak datang lagi....

                tak tahu nak citer banyak, korang tengok sendiri ar gambar2 ni k, mesti teruja dan tak sabar nak ke Ganu lagi....

                ni la 4 orang ahli rombongan ke Ganu..

                tak habis minum air buah gelas besar..

                depan rumah Ust Wahab kat kampungnya..

                ni sata, bukan sate tau..

                kopok lekor tengah di rebus..

                tak tahu nak pilih yg mana, rambang mata..

                lepas shoping kat pasar payang..

                bila la aku nak dirikan masjid mcm ni??..

                nak pilih ust Shahril ker @ pilih kopok lekor?..

                bergambar dgn si Jaa..

                ni la rupa ais krim goreng..

                  Thursday, October 23, 2008

                  beraya ke rumah anak homeroom

                    BismiLLah..
                    "kan masih raya" tu lah alasan yg paling lojik bila nak ziarah ke rumah orang skrg ni.. memang yer pun masih raya, dan dikesempatan bulan mulia ni, kami se-homeroom beraya ke rumah salah seorang ahli homroom cassi A kat Bukit Rambai..

                    macam2 ada, nasi lemak ada, siakap bakar ada, udang bakar pun ada.. memang best la.. kami bertolak ke rumah keluarga Affin lepas asar dan balik ke maktab dalam pukul 10 lebih. mudah2an aktiviti mcm ni dapat kita teruskan di masa2 akan datang.

                    1484 - Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa yang menginginkan rezekinya dimudahkan dan usianya dipanjangkan, maka hendaklah dia menyambung silaturrahim....

                    anak2 gadis homeroom ku..

                    budak2 boy menolong bakar ikan..

                      Tuesday, October 21, 2008

                      kem mighty form 3 2008

                        BismiLLah..
                        malam ni ada program bersama budak2 form 3 yg dah habis PMR, sebagai mengisi aktiviti might selepas exam ni, maktab anjurkan kem untuk budak2 ni, dan tadi berlangsung slot LDK, bagus budak2 ni sbb masih boleh bagi komitmen walaupun dia orang dah takda kelas akademik lagi..

                        satu je harapan ustaz pada korang, jangan anggap bila dah habis exam ni, korang bebas nak buat sesuka hati jer yer, selagi berpijak di bumi Terendak, selagi itu juga korang WAJIB mematuhi peraturan dan undang2 yg telah ditetapkan, kang tak pasal2 kena tindakan disiplin, ni adalah ketetapan dari ulil amri..

                        sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah An Nisaa' ayat 59 tafsirnya :"Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada Ulil Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu".

                        kata orang tua2, kalau takut terkena ombak, jangan berumah di tepi laut, kalau takut kena tindakan, jangan berani2 langgar peraturan...

                        bersama budak2 form 3 yg otai..

                        menjadi hakim pembentangan kumpulan..

                          Saturday, October 18, 2008

                          jemputan open house raya

                            bandingkan, siapa lagi berisi.. hehe..

                            BismiLLah...
                            tiap2 tahun semenjak masuk ke terendak ni, bulan raya jer mesti meriah dgn jemputan open house, hari ni jer ada 5 jemputan, sampai dah tak larat nak makan lagi..

                            jemputan pertama rumah Cikgu Siti Hajar kat Melaka, pastu ke rumah Bob (student) yg agak montel kat atas tu.. dari situ kami ke Ayer Molek rumah Cikgu Bakar.. rumah ke-4 tak dapat pergi sebab serentak dgn majlis rumah terbuka anjuran Badan Wakli Pelajar kat sekolah malamnya...

                            percayalah, perut memang dah tak leh isi lagi masa majlis malam tadi, rasa macam nak tidur kat atas katil jer, bak pantun lama, gendang gendut tali kecapi, kenyang perut sukanya hati.. esok ada 2 rumah lagi nak pergi, huhu...

                              Friday, October 17, 2008

                              1945

                                BismiLLah..
                                seperti mana yg semua ketahui, no hp untuk menghubungi En Mohd Tony ialah 012-787 1945... tahu tak korang peristiwa2 sejarah yang berlaku pada tahun tu.. kat bawah ni ada beberapa kronologi 1945 yang dapat ditemui...

                                15 Ogos 1945: Tamat Perang Dunia Kedua, berakhirnya pendudukan Jepun di Malaya. Bermulanya British Military Administration (BMA) di Malaya dan Singapura

                                3 Sept 1945: Tentera British mendarat di Penang

                                10 Okt 1945: British umumkan Rancangan Malayan Union. 9 negeri Melayu dan 2 negeri Selat disatukan di bawah Malayan Union. Singapura dijadikan koloni berasingan

                                18 Okt 1945: Sir Harold MacMichael tiba di Malaya untuk mengutip tandatangan 9 Raja-raja Melayu bagi menyerahkan kuasa pemerintahan negeri-negeri Melayu kepada British30 Nov 1945Kongres Pertama PKMM di Ipoh, Perak

                                21 Dis 1945: Setiap Raja-raja Melayu telah memeterai perjanjian baru dengan British untuk membentuk Malayan Union..

                                jika anda ada makluman lain mengenai sejarah yang berlaku pada tahun 1945.. sila berikan komenan selamba anda untuk dikongsi bersama yer...

                                  Saturday, October 11, 2008

                                  fairus selamat diijab kabulkan

                                    BismiLLah..
                                    Selamat Pengantin Baru buat member serumah, Mohd Fairus Bin Jamil yg dah selamat menjadi seorang suami kepada isterinya Hanom.. mudah2an berkekalan hingga ke anak cucu, sabor2 sikit nak tunggu malam pertama tu.. hehe..

                                    kami bertolak dr Melaka pukul 9 pg, pastu terus ke Masjid Saidina Othman kat Bandar Tun Razak tempat Fairus akad nikah, lepas makan2 kat rumah pengantin kami pun gerak ke Shah Alam untuk ke open house raya.. hari ni habis berjalan2 sajo...

                                    Isteri-istei kamu adalah seperi kebun tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah kebun tempat kamu bercucuk tanam itu bagaimana sahaja yang kamu kehendaki." (Al Baqarah: 223)...

                                    fairus yg dah tak tahan nak nikah..

                                    bergambar sebelum meninggalkan pengantin..

                                      Tuesday, October 07, 2008

                                      majlis jamuan PNG 3.5 ke atas

                                        BismiLLah..
                                        hari ni pihak maktab buat majlis makan2 kat Medan Ikan Bakar PNK Kuala Sungai Baru untuk meraikan pelajar2 yg mendapat pointer 3.5 ke atas sem lepas.. biasa la, tak kan la bdk2 jer yang menjamu selera, cikgu2 dia orang ni pun tumpang sekaki.. hehe, yg penting amat kenyang ptg ni..

                                        bagus gak jamuan mcm ni, boleh beri perangsang pada students utk naik kan pointer, dapat makan siakap, sotong, ikan bakar, memang best.. kalau tiap2 sem ada jmuan mcm ni memang best banget, dan yg paling penting kena jemput guru2 yg mengajar sekali yer...

                                          Monday, October 06, 2008

                                          gi beraya dengan mak

                                            BismiLLah..
                                            hari terakhir kat rumah masa cuti raya hari tu, sempat gak pergi beraya dengan mak ke beberapa rumah jiran2 warga emas yg ada kat kampung, biar gambar2 ni jadi memori dan dapat tunjuk kat ana cucu siapa atok-atok mereka...

                                            wak potinem..
                                            ni Wak Potinem, kakak kepada arwah ayah..

                                            atok Mariam
                                            mak bergambar dengan Atok Mariam, yg merupakan kakak kepada nenek..

                                            Wak Sitin..
                                            ni plak Wak Sitin, isteri kepada abang arwah ayah, Wak Satimin.. wak Satimin dah takda masa ana lahir..

                                            Mbah Jariah..
                                            dan yang ni, embah Jariah, anak sepupu kepada nenek...

                                              Sunday, October 05, 2008

                                              selamat pengantin baru iem

                                                BismiLLah..
                                                Selamat pengantin baru buat iem dan suaminya ustaz Zaidi... semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.. jauh gak felda Selancar ni, penat punggung duduk dalam kereta.. lepas ni iem kena doakan kami yg bujang2 ni biar cepat sikit bertemu jodohnya yer..

                                                Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat"...

                                                Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu." ..

                                                Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Beritahulah kepada orang ramai akan nikah ini dengan pukulan gendang dan rebana". (riwayat Ibnu Majjah)..

                                                bersama iem dan suami..

                                                  Saturday, October 04, 2008

                                                  jalan2 beraya gi rumah kawan2

                                                    beraya di rumah hazwan..

                                                    Mohd Alif Hanan Bin Khairul Hazwan..

                                                    BismiLLah...
                                                    macamm biasa la, tiap2 tahun ni la aktiviti kita orang bila time raya. beraya rumah kawan2.. tahun ni kita orang round area muar jer.. tak tahu tahun depan dapat beraya lagi ntah tak, yer la, masing2 dah nak kawin.. yer ker? hehe...

                                                    mula2 tunggu Ijam sampai dari Kulai pagi2.. sahrin dah sampai semalam sbb dia datang dari kampungnya kat senggarang.. lepas tu kita orang gi rumah Hazwan, dah besar anak dia sekarang ni...

                                                    dari rumah Hazwan kita orang beraya gi rumah Akmal, dapat jumpa abg Sahril, abangnya si Akmal yg sama2 belajar kat Jordan dulu.. dah berisi badan dia sekarang, (sama jer mcm kita orang).. hehe.. pastu terus ke rumah Bern.. lepas semayang kami gerak ke Segamat nak ke Majlis walimah Iem..

                                                    malamnya Ijam dan Sahrin tidur kat rumah, sbb pagi tu kami nak ke rumah Zamri.. mcm2 kami borak kan bila dah berjumpa ni, lagi2 si Ijam yang mulutnya tak pernah berhenti bercakap.. tahun depan nak tunggu kawan2 lain plak datang rumah.. selamat hari raya....

                                                    beraya di rumah Akmal..

                                                    beraya di rumah Bern..

                                                    beraya di rumah Zamri..

                                                      Thursday, October 02, 2008

                                                      marhaban dgn kawan2 di desa

                                                        BismiLLah..
                                                        laporan raya ke-dua: hari ni pergi marhaban dengan kawan2 kampung yg memang jarang jumpa, sbb ramai gak yg kerja kat luar, ada yg kat kluang, melaka dan KL, time raya ni la kita orang dapat jumpa.. tp agak letih sbb bila baca doa jer ustat gak yg kena baca, walhal budak2 ni pun boleh baca.. takpa la, yg penting kita dapat teruskan tradisi ziarah menziarahi ni...

                                                        dengan kawan2 kampung..

                                                          Wednesday, October 01, 2008

                                                          salam Aidilfitri

                                                            dengan adik indah..

                                                            semua yang ada kat rumah di pagi raya..

                                                            BismiLLah..
                                                            Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin, buat semua pengunjung aspirasiku.. walaupun tak dapat nak hantar kad raya, namun sebenarnya hati tetap mengingati semua kawan2 di luar sana..

                                                            daripada Abu Ayyub al-Ansari bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa berpuasa sepanjang Ramadan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari Syawal, maka seakan-akan dia berpuasa selama satu tahun." (Hadis riwayat Muslim, Abu Dawud, An-Nasa'i dan Ibnu Majah)..

                                                            hari raya pertama duduk rumah jer, layan tetamu, sampai petang tak berhenti orang datang.. sesapa nak duit raya datanglah rumah yer...

                                                            Bang Long sefamili..

                                                            Bang Im dan familinya..

                                                            bersama mak tersayang..

                                                              Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...