Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, February 18, 2011

Mesyuarat Bahasa Arab di Klang



    BismiLLah..
    pengalaman kali pertama menggubal dan mengedit soalan adalah satu pengalaman baru semenjak bekerja di MRSM ni..

    selain dapat menimba ilmu dalam pembinaan item2 bermutu, bekerja dengan guru2 otai yang banyak pengalaman adalah sesuatu yg tak akan dilupakan..

    Seminggu di sini menjadikan badan semakin berisi, makan tak berhenti.. hehe


    "bersama rakan2 tekun menggubal soalan"


    "pengalaman baru bersama orang2 lama di MARA"

      Thursday, February 17, 2011

      bercahaya di i-city Shah Alam

        BismiLLah..
        lama dah teringin nak tengok lampu2 cantik kat i-city, biasa tengok kat tv jer, tp mlm ni kami dapat bermandikan cahaya warna warni.. meriah sangat...

        saja jalan2 lepak kat sini malam2.. malas nak citer panjang, jom tengok gambar2 menarik yg sempat di snap masa kat i-city...

        Nabi S.A.W pernah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang mengajak manusia ke jalan hidayah (kebenaran), dia akan memperolehi ganjarannya seperti ganjaran orang-orang yang mengikutinya. Tidak dikurangkan sedikit pun daripada ganjaran pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kesesatan, maka dia akan memperolehi dosanya seperti dosa orang-orang yang mengikutinya dengan tidak dikurangkan sedikit pun daripada dosa mereka."(Hadith riwayat Muslim – no.6980)




















          Wednesday, February 16, 2011

          ke MRSM KKB jumpa Ust Judin

            BismiLLah..
            Satu Malaysia sambut Hari Kelahiran Nabi Junjungan hari ni, tapi kami di Goldcourse ni kena gak sambung bermeating setengah hari... petang lepas berehat, kami ke MRSM Kuala Kubu Baru, nak jumpa sahabat lama, Ust Judin..

            Ust Judin bau pindah ke KKB, dari MRSM Pengkalan Hulu.. ingat lagi kenangan masa di Jordan dulu, Ust Judin la yang banyak membantu kami geng2 IKIP-Yarmouk ni, terutamanya menguruskan penempatan..


            "bergambar di depan MRSM KKB...."


            "bersama dengan ketua warden KKB & Kuala Klawang."


            "Ust Judin kekal besar mcm dulu lagi.. hehe..."

            pernah juga bertugas dengan Ust Judin masa Minggu Silaturrahim kat Jordan dulu.. Ust Judin kami imort dari Mu'tah jadi pengarah program kat Irbid..

            bila dah berjumpa mcm ni, banyak benda kami borakkan.. dari cerita2 lama sampai la masaalah budak kat asrama.. seronok leh kongsi2 pengalaman mcm ni..

              Tuesday, February 15, 2011

              pekena cendol Klang, semenjak 1972

                BismiLLah..

                bermula dari semalam sampai la Jumaat ni ada meating kat Goldcourse Hotel, Klang... susah gak nak cari Hotel ni sebenarnya, tp dengan berbekalkan GPS di nokia E66 ni, akhirnya destinasi dituju mudah ditemui..

                Lepas selesai meating hari pertama, kami gi pekena cendol Klang.. terkenal semenjak tahun 1972.. sapa2 yg sampai ke Klang, msti kena try cendol ni yer...


                "Ust Shah & Ust Jaa tak sabar tungu cendol sampai"


                "Cendol campur dan cendol ais krim... sedappp"


                "jemput tengok semua.. kelazatan cendol Klang."

                  Friday, February 11, 2011

                  "Yang Terpuji" perlu diikuti..



                    BismiLLah..
                    Lokasi: Masjid Jamek Tanjung Bidara, Melaka

                    rasanya minggu ni, semua mimbar membicarakan topik yang sama bersempena sambuatan Maulidur Rasul 15 haribulan ni.. Kasih sayang dan cinta kita kepada seorang insan "Yang Terpuji".

                    dan kasih sayang ni takda kaitan langsung dengan Hari Kekasih yg dah difatwakan haram menyambutnya bagi umat Islam oleh Majlis Fatwa Kebangsaan ok.. semua dah maklum kan..

                    Nabi bersabda yang bermaksud: "Tidak dianggap sempurna Iman seseorang daripada kamu sehinggalah aku lebih dicintainya daripada anaknya, bapanya dan sekalian manusia." (riwayat al-Bukhari dan Muslim)



                    jika minggu lepas kita bincang pasal bapa yg menjadi role model kepada anak2nya.. dan kali ni kita nak jadikan insan "Yang Terpuji" ini sebagai role model dalam segenap perkara.

                    kisah Baginda mashur sebagai pemimpin wibawa kepada umatnya, sebagai sahabat baik kepada teman2nya, suami tersayang buat isteri2nya, ayah terhebat pada anak2nya...

                    mimbar meningatkan pd pendengarnya yg benar mencintai Baginda, agar tidak meninggalkan kedua2 amalan ni:
                    pertama: sentiasa mengamalkan selawat buat Baginda..
                    اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

                    kedua:
                    amalkanlah sunnah2 Baginda dalam amalan seharian, mula dari bangun tidur, sampai lah kita nak tidur semula...

                      Thursday, February 10, 2011

                      minggu silaturrahim homeroom baru

                        BismiLLah..
                        Minggu ni pelajar2 baru ting 1 dan 4 melapor diri, dan kami menerima seorang ahli homerom yang baru, Syukur namanya... Syukur pun budak MARA juga, cuma sebelum ni dia belajar kat MRSM Kuala Klawang...

                        dan sempena Minggu Orientasi ni, homeroom Casio 4A bergabung dengan homeroom cikgu Ridwan, Cikgu Khairul dan homeroom Ust Zaid.. kami buat kelainan dalam aktiviti.. kami buat sukaneka dan lawatan ke Pengkalan Balak..

                        objektif untuk saling kenal mengenali, mengeratkan silaturrahim dan bergembira bersama homeroom tercapai.. nampaknya ada homerom lain yg jeles la... hehe


                        "ahli2 homeroom casio 4 A 2011.. penasihat Ust Tony la.."


                        "Syukur diminta memberi ucapan d majlis penutup.."


                        "antara homeroom yg bersama kami..."

                          Wednesday, February 09, 2011

                          jamuan penghargaan PMR & SPM 2010

                            BismiLLah..
                            lepas solat Jumaat kat Batu Berendam tadi, terus siap2 nak pergi jamuan kat Ancasa Hotel, MITC.. Kelab Guru buat jamuan raikan cikgu2 PMR dan SPM tahun lepas..

                            walaupun keputusan PMR 2010 tak dapat top ten, tp penghargaan mcm ni buatkan hati semua cikgu berbunga2... macam2 makanan ada, kenyang.... gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati...


                            "bersama al-hafiz & al-muqri' Terendak"


                            "Pengetua beri ucapan yg hebat2 belaka"


                            "cikgu2 semua gembira sbb kami memang suka makan.."

                              Saturday, February 05, 2011

                              tanggungjawab seorang bapa !



                                BismiLLah..
                                Lokasi: Masjid Jamek Kampung Parit Othman, Parit Sulong.

                                AlhamduliLLah, dah lama sangat rasanya tak bersembahyang Jumaat kat kampung.. Masjid pun dah nampak makin cantik, dinding dah dipasang tile.. namun, suasana tenagnya maseh kekal mcm dulu lagi..

                                Pak Khateb hari ni bercerita tentang tanggungjawab seorang bapa.. beliau macam tahu2 jer yg aku dah nak jadi "bapa" tak lama lagi...

                                Pak Khatib kata, bilamana seorang lelaki berumahtangga, maka terpikul lah dibahunya tanggungjawab dan amanah.. menjadi ketua keluarga dan bapa kepada anak2nya... dan tanggungjawab kepada ibubapanya tak pernah hilang walaupun telah berumahtangga...



                                beberapa point penting yang Pak Khatib sebutkan di mimbar tadi:...

                                1) role model: bapa menjadi role model kepada anak2nya, nak menjadi role model yg baik, kena hebat luaran dan dalaman dimata anak2 kita...

                                2) pendidik & murabbi: bukan suatu perkara yang mudah kerana untuk mendidik, seorang bapa pastinya wajib mempunyai ilmu pengetahuan.. tak tahu kena belajar bro..!!

                                3) teman & sahabat: sekali sekala perlu menjadi teman dan kawan kepada anak2.. dengar dan fahami cerita mereka.. makan, main, berjalan2, biar macam kita dan kawan2.. dalam keakraban, ada santun yang kita ajarkan...



                                aku berdoa untuk menjadi seorang "ayah" yang terbaik kepada anak2ku nanti.. doa ku begitu juga utk kalian yg sama membaca bingkisan ni...

                                al-fatehah buat arwah abah: "Hj Saidi Bin Podo".. Abah terbaik dunia dan akhirat...

                                  Friday, February 04, 2011

                                  dukong Irfan Nawfal - anak Zamri


                                    "Zamri dan anak sulungnya, Muhammad Irfan Nawfal."

                                    BismiLLah..
                                    pagi tadi kami berdua sempat ke kampung Zamri, nak tengok baby sulungnya.. Zamri dan isteri nampak happy betul sekarang ni.. maklum la, dah jadi "abi" & "ummi"...

                                    minggu lepas masa majlis aqiqah Irfan ni kami tak dapat datang, sebab kebetulan tak balik kampung time tu.. besar tul baby Zamri ni, macam dah baby 6 bulan, walhal baru masuk 2 bulan ni.. ikut baka bapak dia la ni agaknya.. hehe

                                    tahniah dari kami.. Allah berfirman dalam surah Ali-Imran ayt 38 yang bermaksud: "Wahai tuhan kami kurniakanlah kepadaku dari sisimu zuriat keturunan yang baik, seseungguhnya engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan."


                                    "rasa kekok pegang baby ni.."


                                    "alalalala, baby dah nangis nak kan ummi dia..."

                                      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...