Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, August 31, 2006

coretan malam merdeka


    malam ni terpaksa menghadiri majlis countdown merdeka... tapi yang bagusnya waktu countdown dicepatkan 2 jam (jam di dewan MRSM je yg dicepatkan, majlis mula jam 11, walhal waktu sebenar baru pukul 9 mlm)....

    pengisian macam biasalah, budak je lah yang buat persembahan, kita cikgu2 ni tengok jer la... tapi kalau diberi peluang, nak juga tunjukkan bakat sebenarnya.. hehehe..

    bagus la bila pihak maktab nak buat program macam ni kan... kalau kita tengok kat luar tu, macam2 benda yang berlaku pada anak2 muda bila malam merdeka mcm ni.. Tanpa disedari, “merdeka” yg diucapkan di bibir dan dilaungkan dengan suara yg lantang, membuktikan dengan jelas betapa hipokrit sesetengah warga Malaysia yg di mindanya, masih belum benar2 bebas dari mengagungkan budaya barat dan cara hidup negatif mereka.

    tepat jam 12 mlm (jam di dewan MRSM jer) maka beramai2 lah melaungkan kalimah "merdeka"... Selamat Hari Merdeka yg ke-49...

      Saturday, August 26, 2006

      gunung ledang lagi..

        biasanya cuti sekolah ni memang kita orang akan buat perjumpaan, semua budak2 dah cuba dihubungi tapi last2 4 orang jer yg dapat join... sapa lagi kalau tak Akmal, Bern, Helmi dan Tony... asyik2 muka2 ni jer lah...

        mana lagi tmpt yg nak dituju selain Gunung Ledang, rasanya ini jer la tmpt yg best nak pergi.. tapi cuti akan datang ingat nak buat kat Melaka plak, di Tanjung Bidara, dekat ngan MRSM Terendak...

        bila dah berjumpa ni, macam2 citer kuar, dari citer si duda Dato' K dgn siti tu sampai la ke cerita putus cinta, siapa yang putus cinta? biarlah rahsia, hehehe... Bern dah dapat pindah, dia akan mengajar di Sek Men Ag Kesang Tasik awal bulan 9 nanti, Akmal dan Helmi dapat temuduga KPLI pada 4 dan5 bulan depan.. cerita budak2 lain pun ada jugak, tapi biarlah rahsia, hehehe.

        mudah2an program akan datang lebih ramai lagi penyertaan, kalau dapat jumpa semua sekali kan best. time belajar dulu jugak la yg bestnya!!!....

          Monday, August 21, 2006

          cuti sekolah

            minggu ni adalah cuti sekolah, ni lah untungnya jadi cikgu, bila budak2 cuti, kita pun ikut cuti jugak..

            hari sabtu masa nak balik kampung tu singgah rumah Bern, adik dia kawin.. kira langkah bendul la tu, untung la si Bern, dapat sepersalinan lengkap (agaknya laaa).. Akmal, Hazwan, helmi dan Ijam pun ada, seronok bila dapat jumpa macam ni..

            masa cuti banyak habiskan masa kat rumah jer, bersih2kan rumah sikit dan ada la juga ke kebun, semenjak arwah ayah takda, kebun tu dah semak gila, nak patah pinggang jugak bile menebas pokok2 senduduk yang dah tinggi segalah tu....

            selama kat kg ni, banyak benda yang dipikirkan, lebih2 lagi bila tengok air muka mak... sebak, sayu, sedih, semuanya ada... doakanlah kami sekeluarga tabah dan diberi kekuatan dalam menghadapi ujian ni...

            memang ada cadangan nak pindah ke MRSM Batu Pahat tu, tapi buat masa sekarang ni belum ada rezki lagi, lagi pun baru sangat kerja dgn MARA ni, belum ada setahun, nak mintak pindah bukanya senang, macam2 prosedur nya.. tapi doakanlah yer, mudah2an dapat jugak pindah ke BP dlm masa terdekat ni...

              Thursday, August 03, 2006

              InnaliLLah wainna ilaihi roji'un

                AL-FATIHAH

                buat ayahanda tercinta, Allahyarham Hj Saidi Bin Podo..

                Ya Allah, semoga ruhnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 beriman dan para solihin....

                9 Rejab 1427h - 3 Ogos 2006
                (1939-2006)

                  Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...