Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, October 29, 2011

Annual Dinner PMR 2011

    BismiLLah...
    dulu masa zaman kita belajar, jamuan akhir tahun kita buat kat kantin sekolah jer kan, oder nasi goreng telur makan ramai2, pastu buat tukar2 hadiah..

    tapi zaman dah berubah, sekarang budak habis PMR cikgu2 uruskan utk bawak gi dinner kat hotel, dapat door gift, dapat hadiah cabutan bertuah lagi.. hebat sangat laa.

    tapi kami tak harapkan balasan pape2 pun, cukup la dengan kejayaan cemerlang masa result PMR diumumkan akhir tahun nanti...


    "kami cikgu2 duduk kat meja VIP.. terbaik !!.. "


    "budak2 happy dan tak sabar nak makan... "


    "potong kek tanda makan malam bermula.. "


    "anak2 dara ni sibuk nak bergambar dgn ustat hensemnya."


    "bergambar dengan ustat hebat, Ustat Zaid.... "

      Friday, October 28, 2011

      Team Building guru & staf 2011



        BismiLLah...
        banyak aktiviti menarik kami jalani sepanjang program "Satu Pasukan" hujung minggu ni.. team building ni melibatkan guru2 dan staf, membina semangat kerjasama dan dlm masa yg sama, mengeratkan silaturrahim..

        petikan lirik lagu Wonder Pets [Versi Melayu] "Apa Yang Penting Kerjasama"
        Wonderpets, wonderpets, kami datang
        Membantu anak haiwan dalam kesusahan
        Kami tak besar dan kami tak kuat
        Bila bekerjasama semua jadi mudah....


        "kami berkomplot pilih Muhammad jadi ketua.. "


        "ni aktiviti memupuk semangat pasukan.. "


        "outdoor aktiviti menceriakan perut kami.. haha "


        "angkara abg Leman dan Izwan kami tewas permainan huhu haha.. "


        "ni terlepak lepas kalah.. huhhh "

          Thursday, October 27, 2011

          Amal Islami MIGTY 2011

            BismiLLah...
            salah satu aktiviti dalam program MIGTY yang budak2 lepas PMR ni kena jalankan adalah slot Amal Islami... dan dalam slot ni, kami Unit Agama dah susun beberapa aktiviti untuk mereka..

            tugasan pertama adalah menganjurkan forum perdana.. dan aktiviti2 menyusul pastu ialah amali solat jenazah, wirid dan surah hafazan, ceramah, dan juga malam kebudayaan Islam...

            dan penceramah yang kami undang malam ni ialah Ust Nazim, Pegawai Kanan Agama, PETRONAS Penapisan Melaka (PPM)...




            "ahli panel forum sedang menghuraikan topik mukmin cemerlang"


            "kami ustaz2 pantau dari belakang jer...hehe "


            "pelajar sedang mendengar ceramah de surau.."


            "bergambar bersama penceramah, Ust Nazim dari PPM.."

              Wednesday, October 26, 2011

              kami raikan Zaid & Azari

                BismiLLah...
                bulan ni, dua orang ustaz meraikan ulangtahun kelahiran, Ust Zaid 11 Oktober manakala Ust Azari plak masa cuti Depavali, 26 haribulan....

                kami raikan dan doakan semoga panjang umur dan dilimpahkan rezqi dan terus kekal menjadi ustaz yang cemerlang... terbaik !!!


                "kami sama2 nyanyikan lagu selamat utk Ust Azari "


                "semoga Ust Azari cepat dapat jodoh.. ameen.. "


                "kami raikan besday Ust Zaid di bilik guru"


                "gaya seorang ust yang hebat.."

                Firman ALLah dalam surah an-Nahl ayat 70 yang bermaksud: "Dan Allah Yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada); kemudian ia menyempurnakan tempoh umur kamu; (maka ada di antara kamu Yang disegerakan matinya), dan ada pula di antara kamu Yang dikembalikannya kepada peringkat umur Yang lemah (peringkat tua kebudak-budakan), sehingga menjadilah ia tidak ingat akan sesuatu Yang telah diketahuinya; Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa"

                  Monday, October 17, 2011

                  angin kencang ke bumi terendak

                    BismiLLah...
                    Tanya sama pokok... apa sebab goyang..
                    Jawab angin yang goncang...
                    (petikan lirik lagu pokok - Meet Uncle Hussain/ Hazama)

                    terlalu banyak kisah angin ALLah nukilkan dalam al-Quran, ada angin pembawa rahmat, ada juga angin yang didatangkan sebagai balasan, dan ada juga perumpamaan2 yg dikaitkan dengan angin...

                    petang tadi, dalam sekelip mata, angin kuat telah menumbangkan banyak pokok2 dan memusnahkan harta benda kat maktab.. sesungguhnya ALLah Maha Berkuasa...


                    "dua batang pokok menghempap kiosk PUM.. "


                    "laluan susur gajah yg punah.. signboard istigfar kekal kukuh.."


                    "pandangan dari udara.. "


                    "laluan masuk ke maktab terputus dek pokok tumbang "


                    "maktab dipenuhi dahan2 dan ranting2 pokok yg patah.. "

                      Friday, October 14, 2011

                      Ulfah Aliya mula meniarap

                        BismiLLah...
                        salah satu detik penting dalam perkembangan bayi adalah meniarap.. dan hari ni merupakan hari ke-tiga Aliya pandai menggulingkan badannya.. dan Aliya berjaya meniarap !!

                        Aliya tengah kemaruk nak meniarap tu, pantang letak jer terus dia try utk meniarap... Aliya kata, meniarap ni hadiah istimewa utk birthday ummi... terbaek !!


                        "step 1: percubaan mengiringkan badan, nak mula mengguling "


                        "step 2: amik motivasi dengan cara hisap jari.. come on Aliya !! "


                        "step 3: berjaya mengguling.. tgh try nak keluarkan tangan yg tertindih "


                        "step 4: senyum sebab anak ayah dah berjaya.. comel lah anak ayah ni !! "

                          Thursday, October 13, 2011

                          happy birthday cute mommy !!

                            BismiLLah...
                            tanggal 10.10.11: selamat ulang tahun kelahiran yg ke-25 buat isteri tersayang... smg panjang umur dan dilimpahkan rezqi... terima kaseh kerana jadi isteri dan ibu yg penyayang kepada kami..

                            you 4 ever n ever....

                            "Aliya pun cayang kat ummi juga, cayang sangat !!" ... yer, kita semua saling sayang dan menyangi kan....

                            Dari Abu Hamzah Anas bin Malik, dari Nabi S.A.W beliau bersabda yg bermaksud: "Tidaklah seorang dari kalian sempurna imannya sampai mencintai untuk saudaranya sesuatu yang ia cintai untuk dirinya” Hadits ini dikeluarkan oleh Iman Al Bukhari dalam Shahih-nya, kitab Al Iman, bab Min Al Iman An Yuhibba Li akhihi ma yuhibbu linafsihi, hadits no. 13


                            "kami raikan besday ummi dgn pink colour.. "


                            "Aliya dan ayah sayang ummi !! muahhh 2X.. "

                              Wednesday, October 12, 2011

                              Ulfah Aliya & Maryam Ameena

                                BismiLLah...
                                dalam perjalanan pulang ke Kerteh hujung minggu lepas, kami sempat singgah ke rumah kawan Aliya, Maryam Ameena, anak kepada pasangan bahagia Aznizan + Munzir...

                                terima kaseh sbb belanja kami makan nasi ayam.. dan Aliya paling happy sebenarnya, sebab dapat kawan baru.. sama2 doakan Aliya & Amena jadi anak yg baik dan solehah...


                                "pasangan kawan baik sepanjang zaman.. "


                                "siap nak pegang tangan tu, memang kawan baik betul ni.. "


                                "doakan kami berdua jadi anak yg beraklak baik yer.. "

                                Nabi bersabda yang bermaksud: "takutilah Allah dimana sahaja kamu berada, ikutilah kejahatan dengan kebaikan, kerana kebaikan menghapuskan kejahatan, dan berakhlaklah sesama manusia dengan akhlak yang baik" (HR al-tarmizi & al-hakim)

                                  Tuesday, October 11, 2011

                                  rewang Majlis Solat Hajat Doa Restu 2011

                                    BismiLLah...
                                    petang tadi kami bergotong royong berewang utk program besar esok, "Majlis Solat Hajat & Doa Restu" utk pelajar2 PMR dan SPM...

                                    mcm biasalah, tahun ni 2 ekor lagi lembu tumbang.. nak masak daging palembang, sedapppp... seronok bila sesekali buat kerja ramai2 mcm ni, ukhwah menjadi padu..

                                    Terima kaseh kepada semua AJK rewang & semua yang sama2 meriahkan suasana rewang petang tadi.. kalian memang terbaek, ALLah jua yg mampu membalas jasa...


                                    "yang berat sama dipikul... silaturrahim guru dan pelajar... "


                                    "Abang2 form 5 tekun memotong daging.. "


                                    "tulang2 gear box ni memang utk cikgu2 punya... "


                                    "perut utk buat masak lemak rebung + perut.. "


                                    "anak2 dara form 3 yg turut sama menyumbang tenaga.. "

                                      Monday, October 10, 2011

                                      Mesyuarat Guru Kanan Bahasa Arab 2011

                                        BismiLLah...
                                        dari 26 sampai 28 hb hari tuh, kami guru2 kanan Bahasa Arab seluruh MRSM Se-Malaysia berkumpul di Gold Course Hotel Klang untuk hadiri mesyuarat...

                                        Selain perbincangan mengenai masa depan Bahasa Arab di MRSM, kami juga didedahkan dengan slot2 ilmiah dan bermanfaat utk memantapkan PnP Bahasa Arab di maktab2..

                                        paling seronok, dapat jumpa geng2 dari maktab2 lain...


                                        "KPP Pendidikan Islam n Bahasa Arab, Ust Mazlan. "


                                        "dengan member baik, Ust Hazwan... "

                                        dari Umar ibn Yazid bahawa Umar telah menulis kepada Abu Musa Al-Asha'ari dan berkata yang bermaksud : "Pelajarilah Sunnah dan belajar bahasa arab; pelajarilah Al-Quran di dalam bahasa arab, maka sesungguhnya ia di dalam bahasa Arab"

                                          Thursday, October 06, 2011

                                          family day MRSM Terendak 2011

                                            BismiLLah...
                                            seronok kami warga maktab hari ni, bersilaturrahim dan bergumbira kat family day 2011.. tahun ni family day dibuat kat Army Officer Beach Club (AORC) Kem Terendak...

                                            banyak aktiviti dan hadiah disediakan... kami yang serasi bersama ni cuba nasib untuk pertandingan "isi air laut dalam botol" dan "baling2 sayang"...

                                            jangan jeles ok, kami berdua johan acara baling2 sayang... dan untuk acara isi air laut dalam botol, johan tahun lepas, pasangan ust Zaid dan isteri mengekalkan kejuaraan...


                                            "amboi, seronoknya anak ummi ni... "


                                            "Aliya, tenung apa tuh ??... "


                                            "sapa budak comel ni... geramnya tengok... "


                                            "diharap jeles dengan hadiah ni.. hehe.. "

                                              Wednesday, October 05, 2011

                                              jumpa kakak Arfa dan Abang Azraai'



                                                BismiLLah...
                                                hari ni ayah dan ummi bawak Aliya pergi beraya ke rumah kakak Arfa dan abang Azrai' di Pengkalan, Alor Gajah..

                                                terima kaseh buat uncle Helmi dan Untie Hawe yg sudi terima tetamu larut malam ni.. kami doakan uncle Helmi sekeluarga happy dan ceria2 selalu...

                                                Daripada Abu Syuraih Khuwailid bin 'Amru al-Khuza'i RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang beriman kepada Allah SWT dan Hari Akhirat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya dan memberikan haknya." Mereka bertanya, "Apakah haknya itu, hai Rasulullah?" Sabda Rasulullah SAW, "Layanan sehari semalam dan hak tetamu tiga hari. Maka selepas itu hanyalah sedekah ke atasnya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)...

                                                  Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...