Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, March 31, 2012

Ulfah Aliya di Mac 2012

    BismiLLah..
    Gambar2 Ulfah Aliya di Bulan Mac...


    "Dinner di Restoran Nasi Arab Bukit Katil.."


    "bulatnya mata anak ayah ni.. comel sangat..."


    "sedap ke jagung tu sayang ?? @ Secret Recipe Mesra Mall..."


    "baca buku masa tunggu makanan sampai @ Roti Tempayan Kerteh..."

      Friday, March 30, 2012

      terukir di bintang



        BismiLLah..
        terima kasih sayang.. memang hadiah ni sangat istimewa..

        untuk yang tersayang dan akan menjadi yang tersayang selama2nya, terimalah terukir di bintang...

          Thursday, March 29, 2012

          Aliya ziarah baby Fayyadh & baby Miqdad

            BismiLLah..
            hari ni kami se-famili jalan2 ziarah baby..

            mula2 ke Majlis Aqiqah baby Fayyadh, anak sulung kepada Ust Tajul Aarif.. Ulfah Aliya paling happy nak pegang baby..

            pastu kami ke Senggarang plak, ziarah baby Miqdad.. petang ni kami jenguk dua2 baby boy..dan Ulfah Aliya happy lagi..

            Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: ”Takutlah akan Allah dan berlaku adillah terhadap anak-anakmu.” Riwayat al-Bukhari dan Muslim


            "Aliya datang ke Majlis Aqiqah baby Fayyadh...."


            "tengoklah gelagat anak ayah tu.. laju jer tangan dia..."


            "ada orang dah tak sabar nak baby lagi ker ni.. hehe..."


            "yang ni baby Miqdad.. tak leh angkat, baby tengah bobok...."

              Wednesday, March 28, 2012

              sedap betul mee udang penang



                BismiLLah..
                Anda maseh lagi bersama kami dalam rancangan "JALAN2 CARI MAKAN !!".. hehe..

                Post kali ni nak cerita menu glamour kat Pulau Pinang, iaitu Mee Udang.. tapi ni bukan mee udang Sg Dua, tp lagi best.. Mee Udang Kak Eton, lagi sedap dari yang Sg Dua punya...

                terima kaseh kepada kawan2 yang belanja makan, mudah2an ditambahkan rezqi penuh keberkatan..

                sunnah pilihan: Dalam satu hadis dari Anas bin Malik bermaksud: “Rasulullah minum dengan tiga kali nafas. Baginda berkata: Hal itu lebih melegakan dan lebih menyihatkan.”


                "ni la rupa mee udang Kak Eton..."


                "sedap betul mee udang ni, mesti cuba yer...."


                "jalan-jalan cari makan edisi @spirasiku..."

                  Tuesday, March 27, 2012

                  Puncak Mutiara Cafe, Bukit Mertajam

                    BismiLLah..
                    Serius !!, memang tak tersangka begitu menariknya restoran ni, sebab jalan nak masuk ke restoran Puncak Mutiara Cafe, Kg Pelet Bukit Mertajam ni kecik jer... klik sini, dan sini juga

                    banyak sangat menu istimewa dan sedap2 kat sini, dan untuk menu 1st time ni, oder lamb chop dan kalamansi.. ramai yang nak tahu, apa benda kalamansi ni kan.. klik sini untuk tahu kalamansi

                    sesapa yang ke Penang, jangan lupa singgah Puncak Mutiara yer..


                    "restoran cantik ni betul2 sebelah kandang kambing..."


                    "lamb chop yg enak banget.. serius banyak kambing dia..."


                    "kami bersedia nak menjamu selera.. tak tertahankan !!."


                    "suasana restoran yang memang cantik..."

                    daripada Abdullh bin basar berkata, “Aku telah menghadiahkan kepada Nabi SAW seekor kambing. Nabi SAW makan kambing tersebut sambil duduk, menyebabkan seorang badwi bertanya, “mengapa duduk?” Mendengar kata badwi itu, Nabi SAW terus bersabda yang maksudnya; “Sesungguhnya Allah menjadikan aku hamba yang mulia, dan tidak menjadikan aku orang yang sombong dan degil..”

                      Monday, March 26, 2012

                      Berkampung di MRSM Kepala Batas, Penang

                        BismiLLah..
                        seronok rasanya dapat jumpa kawan2 di Mesyuarat Pemurnian Modul al-Itqan di MRSM Kepala Batas, dan paling best bila member lama, Ust Shahril pun ada sama...

                        seminggu kami berkampung di sini untuk mengemaskini semula modul al-Itqan yang sedia ada...

                        best sebenarnya belajar Bahasa Arab ni.. dan jangan sesekali anggap ianya susah ok.. jom belajar Bahasa Arab !!


                        "kami bermesyuarat meja bulat untuk modul al-Itqan.."


                        "bersama Timbalan Pengetua Hal Ehwal Akademik MRSM Pendang.."


                        "singgah bergambar sebelum balik ke hotel..."


                        "kami tengah tekun nak siapkan kerja lah..."

                          Saturday, March 17, 2012

                          bertemu famili Ust Din & Kak Da

                            BismiLLah..
                            kali terakhir bertemu dengan Ust Din dan Kak Da ialah sebelum berangkat pulang dari Jordan pada tahun 2005, dan selepas hampir 7 tahun, AlhamduliLLah dapat lagi bertemu dengan famili bahagia ni petang tadi..

                            banyak sangat cerita dan kegembiraan yang kami kongsikan tadi, macam tak puas jumpa.. dan InsyaALLah kalau ada kelapangan, memang nak datang lagi ke villa idaman famili Ust Din ni..

                            tak sabar nak tengok baby ke-empat Ust Din & Kak Da lahir, dan paling tak sabar, nak dapat peluang naik kuda.. hehe...

                            Rasullullah saw. Baginda bersabda yang bermaksud: “Dan siapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia mengeratkan kekeluargaan (silaturrahim)” (Hadits riwayat Bukhari) 


                            "bertemu lagi selepas hampir 7 tahun tak berjumpa..."


                            "terima kasih buat Ust Din sefmili, layanan 1st class..."


                            "Kak Da walaupun tengah tunggu hari, semangat sediakan hidangan untuk kami."


                            "semoga ukhwah ni terus kekal selamanya. kami seronok sangat petang ni.."

                              Thursday, March 15, 2012

                              baby Aishah binti Lokman

                                BismiLLah..
                                petang ni kami jalan2 ke Seremban, nak tengok kawan baru Ulfah Aliya, Aishah binti Lokman... baby Aisyah baru nak masuk umur seminggu..

                                Daripada Aisyah r.a, dari Nabi S.A.W baginda telah bersabda yang maksudnya:”Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka." (Bukhari, Muslim dan Tirmidzi) 


                                "kami sekeluarga bergambar ngan baby Aisyah."


                                "teringin nak ada baby kecik lagi la tu.. hehe..."


                                "ni baby Aishah binti Lokman... comel kan.."


                                "dan yang tersangat comel ni pastinya Ulfah Aliya Binti Mohd Tony.."

                                  Wednesday, March 14, 2012

                                  jamuan chicken chop menyelerakan



                                    BismiLLah..
                                    rasanya semenjak bersama2 minggu aktiviti kat Terendak, ni la kali pertama ada makan western food time Majlis Penutup Minggu Aktiviti... seronok gak sesekali tukar selera mcm ni...

                                    Rasullullah telah berwasiat kepada Abdullah bin Salam dengan sabdanya yang bermaksud: "Hendaklah kamu:
                                    (1) memberi salam kepada saudara islam yang kamu kenali atau yang tidak kamu kenali,
                                    (2) selain itu hendaklah kamu mengadakan jamuan dan menjalinkan silatulrahim.
                                    (3) Pada waktu malam ketika orang sedang tidur lena hendaklah kamu bangun mendirikan solat malam. 
                                    Dengan demikian orang itu akan masuk syurga dengan SELAMAT.."
                                     

                                    "amboi, berselera makan sampai tak nampak ust kat sebelah yer.."


                                    "semua cikgu2 pun dapat makan chicken chop..."


                                    "semua form 5 makan beradap kat Dewan Budiman ngan cikgu2.."


                                    "chicken chop siap dihidangkan utk dimakan..."

                                      Tuesday, March 13, 2012

                                      Program Minggu Aktiviti di Surau

                                        BismiLLah..
                                        bersempena minggu aktiviti sem 1 ni, kami Unit Agama Islam & Bahasa Arab dengan kerjasama BADAR menganjurkan beberapa aktiviti di surau..

                                        antara program yang hangat adalah pertandingan sufirama, pertandingan nasyed padang pasir, dan juga pertandingan "anda ada 30 saat"...

                                        walaupun persediaan yang kurang, tapi kami bangga dengan kesungguhan setiap rumah sukan yg telah berusaha dengan baik untuk menjayakan program2 ni... terima kaseh semua !!


                                        "bersedia untuk persembahan sufirama.. terbaik laa..."


                                        "Cikgu Haniza memberi komen selaku ketua hakim.."


                                        "kami berdua hakim anda ada 30 saat.. soalan senang2 jer..."


                                        "senaraikan jenis2 tawaf... tawaf ifadah dan tawaf rukun tu benda yg sama la Mus !! ."

                                          Monday, March 12, 2012

                                          Terendak Tuan Rumah MTQ 2012

                                            BismiLLah..
                                            kali terakhir MRSM Terendak dipilih menjadi tuan rumah untuk Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) bagi kawasan Masjid Tanah ialah pada tahun 1991.

                                            Dan selepas hampir 20 tahun, maktab telah diberi mandat untuk menjayakan MTQsekali lagi.. 3 acara dipertandingkan, syarahan agama, hafazan dan tilawah.. dan mereka yang menang akan dibawa ke peringkat Negeri Melaka...

                                            sebagai tuan rumah, macam2 persiapan yang kami kena sediakan.. dan AlhamduliLLah, MTQ berlangsung dengan jaya, bantuan dan kerjasama dari semua warga maktab.. terima kaseh semua !!!


                                            "di meja pendaftaran peserta, Ust Azari melapor diri selaku guru pengiring MRSM TDK.."


                                            "Pertandingan hafazan berlangsung di surau..."


                                            "Tilawah dan majlis penutup di Dewan Budiman..."


                                            "syarahan plak berlangsung di PSP..."


                                            "ada persembahan nasyed lagi.."

                                              Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...