Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, December 31, 2011

jaga baby ulfah di swiss garden

    BismiLLah..
    dua hari ni kami sefamili lepak2 di Swiss-garden Resort & Spa, Kuantan..ummi Ulfah Aliya ada kursus kat sini, jadi ayah lah kena jaga baby Ulfah...

    baby Ulfah memang tak nak duduk kat bilik jer, dia suka jalan2 dan ambik angin kat sini.. tengok pantai, ketawa2 dgn budak2 yg mandi kolam dan juga naik buaian kat playground..

    okey, baby Ulfah dah tertidur kat pangkuan ayah ni... boleh la ayah online nak update status FB dan update blog.. hehe


    "dengan baby Ulfah yg comel sangat ni.."


    "baby Ulfah bergambar dgn ummi plak.. senyum sikit jer la dia...."


    "doakan kami terus kekal bahagia yer...."


    "baby Ulfah temankan ayah berenang kat kolam.. lalala..."

      Thursday, December 29, 2011

      android applications di galaxy S Plus kami.



        BismiLLah...
        AlhamduliLLah, syukur sebab kami berdua baru tukar HP baru, kalau sebelum ni kami selalu pegang NOKIA E71 & NOKIA E66, tp sekarang SAMSUNG Galaxy S Plus yg kami bawa...

        kali pertama menggunakan HP touch screen menjadikan kami teruja, apatah lagi dgn application android yg mudah dan senang nak dapat dari market...

        ni nak kongsikan beberapa application yg kawan2 boleh download dan kami berdua juga sedang gunakannya..


        1. i-Quran Pro
        dimana2 dan bila2 masa, dengan satu sentuhan kita dah boleh baca dan memahami isi kandungan al-Quran, takda lagi alasan.. nak ataupun tak jer..

        2. My Azan
        masuk saja waktu solat, azan akan berkumandang di HP ni.. ubah lokasi setiap kali kita bermusafir ke tempat lain...

        dan macam2 lagi applications yg sedang kami gunakan, Facebook for Android, Kaspersky Mobile, ToDo List, Flashlight, PAPAGO, Mobilekini dan beberapa game yg mencabar minda... hehe

          Wednesday, December 28, 2011

          aktiviti di MRSM Gemencheh

            BismiLLah..
            maseh lagi cerita berkisarkan MRSM Gemencheh, tp nak citer pasal aktiviti2 santai kami sepanjang kat sini..

            di Pekan Gemencheh, sempat kami nikmati durian "musang king".. wawooo, terbaik... dan pastinya tiap2 malam kami keluar gi minum dengan cikgu Kadir, Timbalan PengetuanHEP sini.

            paling meriah, bila dapat dengar bunyi pasangan angsa yg kuat pagi2.. angg..anggg !!! angsa datang, lariiii !!!...



            "nikmat durian musang king.."


            "lepak2 dengan cikgu Kadir makan durian....."


            "pasangan romasntis, sehati sejiwa lagi tuu...."

              Monday, December 26, 2011

              Panel Temuduga MRSM Ululalbab Gemencheh 2011

                BismiLLah...
                hampir seminggu berkampung di MRSM Ululalbab Gemencheh, dilantik sekali lagi menjadi panel temuduga untuk adik2 yg nak masuk belajar di MRSM ni..

                calon ada lebih kurang 1300++, dan tempat untuk mereka hanya ada 180 sahaja.. memang semua yg datang temuduga hari ni dapat 5A dalam UPSR, tp kami nak cari adik2 yg betul2 dekat dan sentiasa melazimi dirinya dgn al-Quran..

                Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: “Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa’at kepada pembacanya”.(Hadith Riwayat Muslim)



                "bersama salah seorang calon yg ditemuduga.."


                "kami berlima menginap kat rumah cikgu Kadir, HEP sini.."


                "calon dikurantin untuk menghafaz potongan ayat al-Quran."


                "dgn kawan2 penemuduga di hari terakhir.."

                  Thursday, December 22, 2011

                  Ulfah Aliya naik monorail KL

                    BismiLLah...
                    dua hari ni kami ada kat KL.. Ummi Aliya ada meeting kat Renaissance Kuala Lumpur Hotel.. jom kita sama2 jaga Aliya..

                    petang mcm biasa la kami jalan2.. 1st time bawak Aliya naik monorail.. untung la kalau dukung anak naik monorail, ramai orang baik ofer bagi tempat duduk.. yeyey !!!..

                    Daripada an-Nawwaas bin Sam’aan r.a, daripada Nabi s.a.w. baginda telah bersabda ; “Kebajikan itu ialah akhlak yang baik dan dosa itu ialah sesuatu yang diragu-ragukan oleh dirimu dan kamu benci manusia melihatnya". [ Hadis riwayat Imam Muslim] 


                    "Aliya siap sedia tunggu monorail sampai.."


                    "sian anak ayah ni, sampai tertidur sbb penat berjalan yer....."


                    "ramai cakap muka Aliya mcm ayahnya....."

                      Sunday, December 18, 2011

                      kacang pul balai bomba JB

                        BismiLLah...
                        malam ni kami bermalam di JB, ingatkan dapat jumpa uncle Zainizam... rupanya dia sibuk buat persiapan.. kita tunggu jer la kad jemputan majlisnya.. hehe

                        bila dah sampai JB ni, kami mesti la nak cari tempat makan yg best, dan kali ni kami nikmati kacang pul haji, kedai ni dekat jer ngan Balai Bomba.. rasa orang JB semua tahu tempat ni..

                        memang sedap tahap jilat mangkuk punya... sapa2 ke JB, jangan lupa cari kacang pul yer..


                        "ni la rupa kacang pul yg sedap sangat.."

                        "siap tambah oder semangkuk lagi tu.. mesti cuba.."


                        "kalau ke JB mesti nak pekena kacang pul ni..."

                          Sunday, December 11, 2011

                          ke majlis walimah di Johor Bahru

                            BismiLLah...
                            dari Kerteh kami bergerak ke Johor Bahru untuk meriahkan majlis walimah sepupu.. seronok bila sesekali berkumpul ramai2 dengan famili kat JB ni..

                            tahniah buat Leri dan isteri serta Kak Suwi dan suami, mudah2 dua pasang mempelai ni berjaya membina keluarga bahagia hingga ke akhirnya.. doakan kami juga begitu yer !!..


                            "Aliya paling comel kat sini.. hehe.."


                            "kami bukan pasangan pengantinnya, tp nampak sejoli kan..."


                            "geram la ngan anak ayah ni.. gigit dia..."


                            "salah satu pasangan pengantin..Kak Suwi dan suami.."

                              Monday, December 05, 2011

                              balik ke Perlis [4]: gambar candid Ulfah Aliya


                                "senyum sampai senget2 budak comel ni.."

                                BismiLLah...
                                dan untuk edisi terakhir post balik ke Perlis kali ni, jom tengok gambar2 Ulfah Aliya yang Pak Su Naim candid masa kami bercuti di Perlis..

                                dari Kerteh kami ke Utara, pastu balik ke Pantai Timur semula, dan hujung minggu ni, kami akan ke Selatan tanah air pula.. nantikan post2 akan datang yer..


                                "muka pasrah kena gigit dengan ayah..."


                                "Ulfah Aliya dan ayah di rumah mak tok..."


                                "sayang anak ayah ni.."

                                Imam Syawkani & Ibnu Hajar mengatakan puasa ‘Asyura ada tiga tingkatan. Yang pertama puasa di hari ke 10 saja, tingkatan kedua puasa di hari ke 9 dan ke 10 dan tingkatan ketiga puasa di hari 9,10 dan 11. Ganjarannya diampunkan dosa2 setahun yang lalu dan yang akan datang (dari hadis sohih Muslim) sumber: Zaharuddin.net

                                  Saturday, December 03, 2011

                                  balik ke Perlis [3] Aliya di rumah moyangnya

                                    BismiLLah...
                                    Ulfah Aliya merupakan cicit pertama mak tok, jadi gembira sangat mak tok bila cicitnya datang menziarahinya.. InsyaALLah jika ada rezqi dan kelapangan, Aliya akan datang lagi ziarah moyangnya di sini...

                                    hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, At-Tirmidzi dan Al-Hakim dari Abu Hurairah R.A, dari Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud : "Belajarlah tentang nasab-nasab mu sehingga kamu boleh menyambung silaturrahim. Karena sesungguhnya silaturrahim adalah (sebab adanya) kecintaan terhadap keluarga (kerabat dekat), banyaknya harta dan bertambahnya usia"...Al-Musnad, no. 8855, 17/42


                                    "kami di depan rumah mak tok.."


                                    "suka Aliya bila diangkat tinggi mcm ni..."


                                    "ketawa sampai nampak lesung pipit, perasan tak ??.."


                                    "memori manis di halaman rumah mak tok.."

                                      Friday, December 02, 2011

                                      balik ke Perlis [2]: seronok balik kampung


                                        "kami bergambar bersama mak tok..."

                                        BismiLLah...
                                        perjalanan ke Perlis mengambil masa hampir 9 jam dari KB.. banyak MRSM kami lalui utk sampai ke Beseri ni, antaranya MRSM Baling, Besut, Grik dan yg pasti MRSM Beseri lah, sbb MRSM ni depan rumah mak tok jer..

                                        hampir semua rumah sedara mara di sini kami ziarahi, maklum ajer lah, dah ada anak baru dapat sampai ke sini.. hoho, tak lupa bershoping di Padang Besar !!..

                                        Imam Ahmad dan Abu Dawud meriwayatkan dari Ali r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud: "Apabila seseorang telah menziarahi saudara se-Islamya, sebenarnya dia telah berjalan-jalan memetik buahan syurga sehinggalah dia duduk...... "
                                        (المسند (612، 22273)، وأبو داود (3098، في معناه)، وابن ماجه (1442)، انظر "السلسلة الصحيحة" (1367


                                        "salah seorang saudara mak tok yg sempat kami ziarahi.."


                                        "dalam perjalanan utk bershoping di Padang Besar.."


                                        "Aliya dengan Pak Tam, Mak Andak dan Mak Uda nya.."

                                          Thursday, December 01, 2011

                                          balik ke Perlis [1]: singgah bermalam di KB

                                            BismiLLah...
                                            Sempena cuti sekolah yg panjang ni, kami bertiga bersama ummi dan adik2 bergerak ke Perlis utk ziarah mak tok di sana..


                                            "adik2 yg happy sangat sebab nak balik ke Perlis.."

                                            ni la kali pertama nak menjejakkan kaki ke bumi Beseri.. dan lagi best bila Ulfah Aliya kami bawa bersama untuk jumpa moyangnya..

                                            kami bergerak meninggalkan Kerteh dah agak sore, jadi tiba di KB hampir jam 9 malam.. kami bermalam di rumah Cikgu Pandi, Guru Pakar Matematik, MRSM Tumpat.. esok kami sambung semula permusafiran..


                                            "bersama Cikgu Pandi, MRSM Tumpat.."


                                            "famili ceria n bahagia..."


                                            "berkenangan dengan keluarga Cikgu Pandi.."

                                              Wednesday, November 30, 2011

                                              santai di Felda Hotel, Terengganu

                                                BismiLLah...
                                                semalaman kami sefamili bersantai di Felda Hotel Kuala Terengganu.. sebenarnya Ummi Aliya ada meeting kat hotel ni esok..

                                                Minggu depan kami nak balik kampung di Beseri Perlis pula, tunggu post akan datang yer...


                                                "ummi dan Aliya berposing cantik.."


                                                "sempat lagi posing dalam lif Felda Hotel.."


                                                "gambar ala2 retro... hehe.."

                                                Daripada Abu Said al-Khudri R.A dan Abu Hurairai R.A, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: "Tidak menimpa seorang mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan, dan kesedihan malah kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya" [Riwayat al-Bukhari & Muslim]

                                                  Monday, November 28, 2011

                                                  anak sapa comel sangat nie??

                                                    BismiLLah...
                                                    hari ni kami sekeluarga happy jalan2 ke majlis kahwin.. makan2 dan berposing2.. sebenarnya kami on the way nak berhujung minggu di Kuala Terengganu...

                                                    Salam Maal Hijrah buat semua..


                                                    "anak sapa comel sangat ni ??"


                                                    "Ulfah Aliya Binti Mohd Tony.."

                                                      Thursday, November 24, 2011

                                                      semoga berjaya de SPM 2011

                                                        BismiLLah...
                                                        malam ni adalah malam terakhir bersama geng2 tingkatan 5, mereka ni semua masih stay kat asrama sbb SPM tak habis lagi.. selamat meneruskan perjuangan !!

                                                        dan lepas solat maghreb tadi kami sempat berkongsi sedikit pengalaman kat surau, mudah2an ianya menjadi kenangan indah kita bersama kat Terendak ni..





                                                        Sabda RasuluLLah S.A.W yang bermaksud : “Seseorang itu berada atas cara hidup kawannya, maka perhatikanlah tiap seorang daripada kamu, siapakah yang didampinginya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud).

                                                          Tuesday, November 22, 2011

                                                          Ulfah Aliya dan baby walker

                                                            BismiLLah...
                                                            hari ni 1st time Ulfah Aliya beraksi dengan walkernya.. hohaaa, anak ayah dah besar ni, comel plak tu.. geram la ayah tengok...

                                                            Aliya, nanti ucap terima kaseh pada Abang Ijad yer (sepupu Aliya), Abang Ijad lah yg bagi walker ni pada Aliya.. Abang Ijad dah pandai jalan sekarang ni...





                                                            Firman ALLah dalam surah al-An'am yang bermaksud: "Katakanlah (Wahai Muhammad): "Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah Bagaimana akibat buruk (yang menimpa) orang-orang Yang mendustakan (Rasul-rasul) itu."

                                                              Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...