Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, February 22, 2009

jalan2 ke JB

    BismiLLah..
    hujung minggu ni tak balik kampung, tp bergerak ke JB utk jalan2 jumpa Sahrin dan Ijam.. tp dapat jumpa Sahrin kejap jer, dia ada kem dengan students2 dia kat Ulu Tiram..

    TRIMAS IJAM..
    Tanks to Ijam sbb sudi intertent bawak jalan2 kat JB ni, paling best dapat makan ABC kat Kg Melayu tu... Jam, bila blog hang nak di rasmikan? tak sabar nak tengok hasil kerja tangan hang, hehe..

    BERN PINDAH KE GANU..
    oh yer, utk pengetahuan kawan2, Bern dah pindah ke Intitut Perguruan Kuala Terengganu. memang la sebelum ni beliau di Batu Pahat, namun atas sbb2 tertentu, sekarang Bern ada di Ganu.. sapa2 yg nak jumpa beliau, boleh la call dia yer..

    Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Teman yang baik dan teman yang tidak baik itu diumpamakan seperti pembawa kasturi dan peniup api, maka si pembawa kasturi mungkin memberikan kasturi itu kepada kamu atau kamu dapat membelinya, atau kamu dapat mencium baunya yang wangi. Bagaimanapun peniup api mungkin membakar pakaianmu atau kamu dapat mencium baunya yang busuk.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)..

    Sabda Baginda lagi : “Seseorang itu berada atas cara hidup kawannya, maka perhatikanlah tiap seorang daripada kamu, siapakah yang didampinginya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud)...

      Friday, February 20, 2009

      suara merdu de azan

        BismiLLah..
        minggu lepas kami Unit Agama dengan kerjasama BADAR telah menganjurkan satu lagi program yg ala2 mcm program realiti, program ni bertujuan untuk mencungkil suara2 merdu muazin yg ada kat maktab ni..

        sebenarnya ramai peserta yg nak join pertandingan mlm ni, tp masa yg diperuntukkan terlalu singkat, lain kali kita akan buat lebih hebat lagi, maybe kita panggil mana2 kumplan nayid untuk buat persembahan selingan, amacam? hehe.. sapa2 yg teringin nak belajar lagu2 merdu azan, boleh la jumpa Ust Zaid, sbb dia amat terer bab ni....

        Rasulullah S.A.W yang maksudnya: “Wahai Bilal! Berdirilah engkau dan serulah untuk sembahyang.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)..

        Rasulullah S.A.W: Maksudnya: “Hendaklah azan untuk kamu daripada orang yang terpilih di kalangan kamu dan hendaklah yang mengimamkan kamu itu orang yang ahli dalam membaca (al-Qur’an).” (Hadis riwayat Abu Daud)....

        jadi penonton jer mlm ni..

        Ust Zaid dan Ust Azari jadi juri..

        penonton yg begitu ramai..

        antara peserta2 yg bertanding..

          Sunday, February 15, 2009

          merentas desa 2009

            bersama budak2 form 3..

            garisan permulaan..

            BismiLLah..
            hujung minggu hari tu berlangsung program Merentas Desa kat makab, macam biasa la, bila ada program mcm ni, mestilah cikgu2 yang paling sibuk. kena uruskan peserta, catat masa, check point, teknikal dan macam2 lagi laa..

            dan yang pasti, rumah sukan Alauuddin membesar bagai johan.. sebenarnya bukan la kemenangan ni yang cikgu2 harapkan sangat, tp semangat berlari tu yang penting.. Go Go Alau !!

            dengan geng2 cikgu..

            budak2 rumah Alau..

            Bukhari tempat pertama dan Acap kedua..

              Saturday, February 14, 2009

              Bonda Akmal Hakim kembali ke RahmatuLLah

                BismiLLah..
                setiap yang hidup pastinya akan mati, seperti mana yg difirmankan oleh ALLah dalam surah al-anbiya' ayat 35 yang bermaksud: "Tiap-tiap yang berJiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan"..

                IBU AKMAL HAKIM MENINGGAL 13/02/09..
                buat makluman kawan2, ibu kepada Akmal Hakim (Presiden Permai 04/05) telah kembali ke RahmatuLLah pada waktu jemaah menunaikan solat Jumaat semalam. Takziah buat Akmal dan keluarga.. malam tu kami (termasuk Sahrin, Ijam, Zihan, Hazwan dan Bern) sempat juga meluangkan masa menziarah keluarga Akmal di Muar.. Semoga ruh al-Marhumah diletakkan bersama2 para anbiya'..

                IBU AISYAH ZAINAL ABIDN MENINGGAL 14/02/09.
                dan pagi tadi dapat mesej bagi tahu yang ibu kepada Aisyah ibu juga telah kembali ke RahmatuLLah.. sama2 lah kita berdoa agar ruh2 mereka damai dan aman diletakkan bersama orang2 yang soleh..

                ALLah berfirman dalam surah al-Ankabut ayat 57 yang bermaksud: "Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan".

                JUMPA KAWAN2..
                lepas kami beredar dari rumah Akmal semalam, Zihan belanja makan, bukan senang nak jumpa macam ni, semoga ukhwah kita yang terbina ni kekal abadi selamanya.. rindu ngan suasana Jordan mcm dulu2...

                Zihan belanja kami makan..

                Ijam dan Bern yg semakin matang..

                  Friday, February 13, 2009

                  malam budaya

                    BismiLLah..
                    malam ni berlangsungnya Malam Budaya kat Dewan Budiman, program anjuran Unit Bahasa ni mengenengahkan pelbagai persembahan budaya melayu untuk2 warga maktab..

                    kira ok gak persembahan budak2 ni, dan yang paling best adalah persembahan dikir barat daripada budak2 Kelantan. nak tahu sapa jadi tukang karutnya? pastinya penampilan istimewa, cikgu Irawan.. sungguh sporting Irawan sbb sudi buat persembahan menghiburkan untuk kami, cayalah !!...

                    bdk form 5 buat persembahan puisi lagu..

                    dengan zaid menantikan persembahan Irawan..

                    kak dib dan bala tenteranya..

                      Thursday, February 12, 2009

                      "pirates of Terendak" - BADAR

                        pelajar yg berjaya melepasi halangan..

                        BismiLLah..
                        bersempena Minggu Akiviti ni, BADAR (Badan Agama Dakwah dan Rohani) dan Unit Agama ada buat beberapa aktiviti utk pelajar2 maktab. dan kebanyakan aktiviti tu, budak2 BADAR jer yg kendalikan, kita cikgu2 ni pantau jer.. yg penting semua budak dapat joint, apa guna kalau buat program tp takda penyertaan, tul tak?..

                        PENASIHAT BADAR 2009..
                        pada asalnya, tahun ni sepatutnya jadi penasihat Persatuan Agama Islam (PAIM) yg dah pun ditukar nama kpd PRISMA (Persatuan Remaja Islam Maktab) tahun ni.. nama ni dah dilulusan dalam mesyuarat senat, perubahan nama ni adalah utk menjitukan dan menghuraikan kekeliruan di kalangan pelajar tentang beza BADAR dan PAIM tu sendiri..

                        namun apa yg berlaku, perubahan guru mendadak telah terjadi dan akhirnya tahun ni kena jadi penasihat MPP dan fokus utama kepada BADAR.. InsaALLah tugas ni akan cuba dilaksanakan sebaik mungkin bg memastikan organisasi BADAR dapat berjalan dgn baik..

                        PIRATES OF TERENDAK..
                        ptg ni, BADAR buat satu aktiviti utk pelajar2 tingkatan 2. objektif utamanya adalah utk membina jatidiri sebagai warga maktab yg peka dgn perubahan dan bekerjasama dalam menjalankan amar ma'aruf dan nahi mungkar di maktab ni..

                        InsyaALLah lepas ni, BADAR akan cuba utk bergerak dgn lebih baik dlm membina persekitaran yg lebih berakhlak dan bersahsiah madani...

                        bdk2 form 2 yg dah berjaya sampai ke check point terakhir..

                        pelajar yg didenda sbb tak jaga barangamanah..

                          Wednesday, February 11, 2009

                          ahlan wasahlan buat pelajar2 baru tingkatan 1 dan 4

                            BismiLLah..
                            hari ni bertambah la lagi warga maktab sbb budak2 ting 1 dan 4 mendaftar diri pagi tadi.. tapi pendaftaran kali ni berbeza, agak meriah dgn pelbagai aktiviti. semenjak berada kat Terendak ni, rasanya ni la kali pertama hari pendaftaran pelajar dibuat agak grand..

                            KUTIP DUIT.
                            kali ni merupakan kali terakhir kutip duit yuran MUAFAKAT pelajar, sbb tahun ni merupakan tahun terakhir pegang jawatan bendahari MUAFAKAT, nak bagi peluang kat cikgu2 lain plak rasa jadi bendahari dan kutip duit ni..

                            sebenarnya mudah jer nak kutip duit ni, tp ada ketikanya kita terasa lain macam jer pungut duit ni. paling tak tahan bila lihat air muka mak ayah yg mengira duit kat dlm beg masa nak bayar tu, pengharapan yg begitu besar pada pihak sekolah dan anak2 utk mendambakan satu kejayaan.. tapi ni la tanggungjawab sebagai ibu bapa, memberi pendidikan yg terbaik utk anak2..

                            sila bayar makcik.. hehe..

                            kaunter pendaftaran yg agak sibuk..

                            MEJA JUALAN..
                            disamping sibuk mendaftarkan anak2, mak ayah juga berpeluang utk membeli mcm2 makanan dan juadah kat gerai2 jualan homeroom tingkatan 3, mmg hapening la.. budak2 yg jadi mcm salesman pun ada, walhal dia orang ni jual biskut jer.. hehe...

                            antara budak2 yg open table jualan..

                            DISAMBUT DGN LAMBAIAN SELAMAT DATANG..
                            dan paling istimewa pendaftaran kali ni, setiap keluarga yg datang akan disambut dgn lambaian daripada adik2 tingkatan 2 ni. kalau nak tahu, budak2 ni la sukarelawan yg tolong angkut beg2 besar student2 baru.. pesanan buat korang, buat kerja tu biar ikhlas ok..

                            Dari Abu Hurairah R.A berkata, RasuluLLah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak mlihat kepada jasmani kamu, akan tetapi melihat hati-hati kalian" - dan baginda menunjuk ke dadanya.. (riwayat Muslim)...

                            sukarelawan melambai damai ..

                              Tuesday, February 10, 2009

                              tibanya perpisahan

                                BismiLLah..
                                Dalam meniti kehidupan, pastinya pertemuan dan perpisahan tak leh nak di elakkan.. teringat plak pd kawan2 lama yg dah lama terpisah, apa cerita agaknya si Azuran, Cek Pah, Abd Hadi, Normah Dollah dan yg lain2..

                                GURU BERPINDAH..
                                awal tahun ni, ramai guru2 yg berpindah, ada yg pindah ikut isteri dan suami, pindah sbb naik pangkat, dan ada gak yg berpindah saja2.. mudah2an perpisahan kita ni akan memberikan hikmah yg besar. dan salah satunya, bila ada yg berpindah pastinya ada pengganti cikgu2 baru. dah tentu dia orang jadi junior, hehe..

                                27 PELAJAR PINDAH KE BITARA..
                                tahun ni tak ramai sangat pelajar ting 4 yg dapat pindah ke MRSM Bitara, cuma 27 orang jer. kalau dilihat dari perkembangan ni, InsyaALLah Terendak boleh gemilang SPM lepas ni, sama2 lah kita berdoa yer..

                                dan ramai la budak2 yg sibuk nak bergambar di hari2 terakhir di maktab ni, pastinya budaya bitara berbeza dgn budaya kita, tapi kecemerlangan boleh dibina di mana2 pun, yg penting usaha dan kesungguhan.. akhir kata: "Kan kuutuskan salam ingatanku, Dalam doa kudusku sepanjang waktu, Ya Allah bantulah hamba-Mu" - Brothers...

                                Za'aba dan Zainul yg akan ke TGB..

                                Hilmi pun nak pindah sama..

                                  Monday, February 09, 2009

                                  "Air Mata Palestin" - HALUAN

                                    ni la Ust Khalid al-Walid..

                                    BismiLLAh..
                                    Bersempena Minggu Aktiviti sem 1 ni, kami Unit Agama menganjurkan satu program khas utk mengingati saudara2 kita di palestin dlm prog "Air Mata Palestin" yg disampaikan oleh Ust Khalid al-Walid yg merupakan seorang peguam dan salah seorang aktivis HALUAN.

                                    banyak perkara yg didedahkan oleh HALUAN ni, dari sejarah Masjidil Aqsa sehinggalah penubuhan negara Israel.. mudah2an pendedahan ilmiah seperti ini akan membuka mata hati pelajar tentang perjuangan mujahid2 Islam di bumi palestin..

                                    Kesucian Masjid al-Aqsa sudah jelas melalui surah al-Israk, ayat 1.
                                    “Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”...

                                    pelajar2 yg hadir sama..

                                    mendengar dgn penuh tekun..

                                      Thursday, February 05, 2009

                                      jadi pengadil badminton MSSM - Masjid Tanah Melaka

                                        BismiLLah..
                                        macam tak percaya jer bila dapat surat pelantikan sebagai Pengadil badminton MSSM, Masjid Tanah Melaka. pertandingan ni berlangsung dari 3 sampai la 5 haribulan, jadinya selama 3 hari takda kat maktab, tapi jadi pengadil yg berkaliber kat Dewan Kolej Matrikulasi Londang, Melaka..hehe

                                        tapi malangnya team maktab tak dapat menonjolkan diri dengan baik, yg single bawah 15 dapat no 2, double bawah 18 no 4, dan yg lain2 semuanya bungkus.. tp budak2 ni kalau kat maktab kira paling hebat laaa, apa kata orang tu, "jaguh kampung"..

                                        tapi takpa la, paling penting pengalaman menyertai pertandingan mcm ni, menang kalah adat permainan, tak gitu?? apa yg penting?? "kerjaaaasama !!"..

                                        bersama team MRSM Terendak..

                                          Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...