Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, June 22, 2008

dinner Jubli Perak

    dgn kawan2 kat luar dewan MITC..

    BismiLLah..
    selepas letih menguruskan majlis perasmian pg tadi, mlmnya kami ke MITC untuk makan2 bersama ANSARA.. agak hebat juga majlis mlm tu, namun ada beberapa kekurangan yg rasanya perlu diperbaiki.. wat ever pun, trimas kpd ANSARA kerana sudi menjamu kami guru2 ni, (termasuk la guru baru)..

    budak nasyid maktab ada gak menyelit membuat persembahan, klu nak tahu, tali tai yg budak2 ni pakai kami beli minggu lepas kat Dataran Pahlawan, agak sedondon.. lihat sajo gayo mereko di bawah ni..

    agak mencapap sbb berlainan warna baju..

    terpasa menunggu makan yang dihidang step by step (gaya hidang orang cina).. mula2 pembuka mulut, sup, pastu ayam, pastu baru nasik, lepas nasik baru ikan, pastu udang.. mmm, leceh sungguh makan cara begini.. oleh kerana perut dah lapor, terpaksa menanti juga.. huhu..

    daripada hadis yang bermaksud: ...“Apabila hidangan makan malam telah datang (disediakan) dan solat sudah dibunyikan iqamatnya, maka mulailah dengan makan malam dulu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)....


    bila la makanan nak dihidang ni ??..

      Saturday, June 21, 2008

      ku kompangkan mu

        BismiLLah..
        MRSM Terendak tahun ni menyambut ulang tahun jubli perak (1983-2008), dan kemeriahan begitu terasa masa majlis perasmian sambutan perak yang berlangsung pagi tadi..

        ANSARA mintak tolong sediakan segerombolan budak2 kompang utk menyambut Timb Menteri Pertahanan yang datang dan time perasmian tugu jubli perak... AlhamduliLLah semuanya berjalan lancar dan ada la beberapa orang cikgu memuji, sedap paluan kompang kali ni, (tak sedap ke bunyi sebelum ni? hampeh jer..)

        seronok bila tengok ramai student2 lama datang, mana nak kenal kita ni, cikgu baru la katakan.. ada la beberapa ketul yang kenal, tu pun budak2 yg datang dari TGB dan SPM tahun lepas, pape pun, tima kasih buat semua budak2 kompang, you do the great job boys.. (rasa poyo pula berbicara omputih)....

        sebahagian budak2 kompang..

        ayuh.. pukul kuat lagi..

          Thursday, June 19, 2008

          kelab TaHa

            agak comel.. hehe..

            petang tadi MRSM Terendak di jemput oleh Lembaga Tabung Haji ke SMK Munshi Abdullah, Batu Berendam Melaka untuk menerima hadiah tempat pertama SHCSSM Zon Selatan..

            sekarang skim simpanan pelajar2 sekolah ni dah di tukar nama kpd Kelab TaHa, kemajuan setapak lagi untuk Tabung Haji.. pergi dengan budak2 BWP, agak letih sbb VIP tiba lewat.. ni la orang melayu, janji majlis mula 2.30 petang, tapi 3.30 baru mula..

            Oh ya, pagi tadi MRSM Terendak terima kunjungan dari guru2 dan pelajar IMTIAZ Kuala Berang, Terengganu.. Ahlan wasahlan, ingatkan ada member2 sebelajar yang datang, tapi takda.. huhu, kalau nak datang bagi tahu yer...

            posing gaya adik Shalini (kepala teleng)..

              Sunday, June 08, 2008

              tamatnya riwayat si dia

                memori DPLI MARA - UPSI sesi 07/08..

                BismiLLah..
                rasa mcm tak caya hari ni hari last kami kat bangi, maknanya tamatlah sudah riwayat DPLI, hoho.. tp seronok2 pun ada sedihnya:

                1) taklimat dgn UPSI kelamrin, kita orang tak leh konvo bln 8 ni sbb ada lagi markah yg tak key in.. paling cepat pun bulan 3 thn dpn, huhu.. sam2 lah doa biar dapat konvo bln 8 ni, cpt sikit dapat kompem.. dalam surah al baqarah ayat 186 Allah berfirman yg bermaksud: "..Aku mengabulkan permohonan orang2 yg berdoa apabila ia memohon kepada-Ku"

                2) susah ar nak dapat jumpa kawan2 sekelas ni after this, huhu, sedih lagi.. hadis yang diriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib menjelaskan "Barang siapa senang untuk dipanjangkan umurnya dan diluaskan rezekinya serta dihindarkan daripada kematian yang buruk, maka hendaklah ia bertakwa kepada ALLah dan menyambung silaturrahim" (HR at-Thabrani)

                3) masa kita orang dalam DPLI, bila dapt kerja kat sekolah cepat2 cakap tak leh sbb masih belajar, banyak assigment kena siapkan.. lepas ni da takda alasan lagi, melambak ar kerja dapat dan tak leh nak lari.. huhu.. Imam Hasan Basri pernah mengatakan: "sesungguhnya Allah memberikan kurnia nikmat kepada sesiapa saja yang Dia kehendaki. Apabila mereka tidak bersyukur meka Dia akan membalikkan nikmat tersebut menjadi azab"..

                ustaz2 yg akrab persahabatan..

                  Tuesday, June 03, 2008

                  kang ust marah, baru tahu !!

                    ustaz2 terendak yg tak pernah marah, hehe..

                    sepanjang 2 minggu cuti ni, kami2 yang diklafikasikan sebagai guru baru ni memang ada kat Bangi buat kali terakhir utk menamatkan sesi diploma Pendidikan MARA - UPSI.. kalau semua perkara berjalan lancar insyaALLah bulan 8 ni konvo, walhal exam final untuk semester ni belum lagi kita orang duduki..

                    salah satu kursus yg kami amik kali ni ialah "isu2 dalam Pendidikan Islam".. satu isu yang menarik nak kongsi kat sini: perlukah kita marah budak2 kat sekolah tu?.. bila ingat balik, takda la marah sangat, tapi hangin dan geram jer kat budak2 ni (marah jugak la agaknya ni).. mana taknya, suruh mengapal dia orang kata tak ingat, maghrib diaorang tak pergi surau, pergi kelas lewat, macam2 lagi laa .. rupa2nya kita tak perlu marah, tapi kena ada cara untuk mendekati mereka..

                    Anas Bin Malik menceritakan:.. pernah suatu hari Rasulullah menyuruh aku ke pasar, sebelum berangkat aku bermain dulu dengan anak anak lain dijalan, dan aku belum pergi ketempat yang disuruh Rasulullah. Dan ketika sedang asyik bermain, aku merasakan ada seseorang yang berdiri dibelakangku sambil memperhatikanku dan memegang bajuku, lantas aku menoleh kearahnya, dan ternyata Rasulullah S.A.W.

                    Sambil tersenyum baginda bertanya "kenapa belum berangkat, wahai Unais?. Maka sambil tergopoh gopoh akupun menjawab," ya, aku akan berangkat sekarang wahai Rasulullah", Demi Allah, sungguh aku telah mengkhidmahi beliau selama sepuluh tahun, dan belum pernah beliau mengatakan apa yang aku lakukan dgn kata2 "kenapa engkau lakukan ini", dan apa yang tidak aku lakukan "kenapa engkau tidak lakukan itu"..

                    dari kisah ni kita tahu bahawa Nabi tak pernah marah kepada anak-anak, sebab mereka masih budak lagi.. tapi hari ni budak2 bukan lagi seperti Anas Bin Malik atau seperti Saidina Ali, isu ni amat seronok kalau kita sama2 bincangkan secara ilmiah, mungkin kawan2 ada penyelesaian yang lebih baik lagi untuk mengatasi isu ini, kita lihat pro dan kontranya, sama2 lah kita fikirkan..

                    soalan untuk diri sendiri: bila balik ke maktab nanti boleh ke tahan hangin dengan budak2 ni? mungkin seminggu dua boleh tahan lagi sbb masih ingat kisah Nabi dan Anas Bin Malik td.. takut2 lepastu bara menjadi api, mati la budak2 ni.. kesimpulan: jangan buat ustaz korang ni hangin ok, tp dah namanya pun budak !!

                      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...