Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, December 31, 2005

selamat tahun baru

    dah akhir tahun? pergh... macam baru semalam jer sambut tahun baru 2005... esok dah tahun baru 2006...

    apa azam tahun baru? tak yah la nak tanya sbb azam yang lama pun belum terlaksana lagi.. ingat nak cuba laksanakan azam tu tahun baru nanti... daoakan lah yer..

    oh yer, ni ada peluang kerja untuk mengajar sementara sebagai guru di Sekolah Agama Taman Anggerik, Johor Bahru.. bagi mereka2 yang belum bekerja dan ingin mencari pengalaman, jangan lah lepaskan peluang keemasan ini yer... jika berminat, siapa lagi yang anda perlu hubungi jika tidak Mohd Tony Saidi, di hotlink: 012-787 1945...

    lagi satu, bang Man tengah sibuk mencari mereka2 yang mengajar di sekolah menengah untuk dijadikan rakan perniagaannya.. betul tak bang Man? jika anda ada kaitan dengan sekolah menengah, tak kira lah guru ker, pengetua ker, pemandu sekolah ker, tukang kebun sekolah ker, hubungilah Bang Man... wal hal, sebenarnya tak tahu pun kenapa Bang Man berios nak mencari guru yang mengajar di sekolah menengah.. adakah Bang Man ingin mencari calon isteri yang mengajar di sekolah menengah? mungkin juga.. tapi Bang Man dah kawin ke belum sebenarnya skrg ni?....


    akhir kata, Selamat Menyambut Tahun Baru 2006.. Semoga tahun hadapan akan memberikan kehidupan yang lebih bermakna buat kita semua dalam meniti perjalanan menuju negeri yang abadi..

      Thursday, December 29, 2005

      lalat

        masa minum sarapan dengan ayah pagi tadi, ada satu perkara yang menarik berlaku dan terpanggil nak cerita kat sini...

        lalat.. memang dia binatang kotor, jijik.... apatah lagi kalau terjatuh dalam teh tarik gelas besar yang baru di minum dengan sedikit... hangin jer rasa...nak tanak, terpaksa benamkan lalat tu dan terus di campak keluar, tak kan lah nak buang air tu, sayang jer kan.. tapi bila minum terbayang2 kekotoran lalat tu (mungkin dia baru hinggap tahi ayam yang basah, tak pun tahi kucing yang lembik...yek).. dan terus terberhenti selera untuk minum...

        kenapa jadi begini Tony? tak yakin ker dengan tunjuk ajar nabi yang disebut dalam hadis baginda yang bermaksud: "Jika seekor lalat jatuh ke dalam minuman kamu, maka benamkanlah (lalat itu sepenuhnya dalam minuman itu) dan kemudian buanglah (lalat) itu. Kerana sesungguhnya pada sebelah sayapnya terdapat penyembuh manakala pada sebelah yang lain terdapat penyakit."
        Sahih: Hadis daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, dikeluarkan oleh Ahmad, al-Bukhari, Abu Daud, al-Nasa’i, Ibn Majah dan lain-lain, lihat Sahih al-Bukhari – no: 5782 (Kitab Tibb, Bab Apabila lalat jatuh…………).

        may be iman dah tak kuat, dah hampir hilang keyakinan kebenaran ajaran dan tunjuk ajar nabi, insaf sungguh... ini semua angkara lalat, lalat kau memang binatang yang menjijikkan, tapi kau juga mampu menggugat keimananku...

          Sunday, December 25, 2005

          Utz Ajim & Utzh Muzalifah

            lepas balik dari majlis perkahwinan Lan dan Sidah, malam tu terus bersiap untuk hantar rombongan nikah member baik kat kampung, Utz Mohd Nazim Samanon (Ajim) dan pasangannya Utzh Muzalifah Sya'ban....

            Alhamdulillah, akad nikah sekali lafaz jer, majlis akad nikah berlangsung di masjid, lepas tu majlis pertukaran hadiah dekat rumah pengantin perempuan plak, siap berbalas pantun lagi...

            buat Utz Ajim dan isteri, Selamat Pengantin Baru dan semoga perhubungan suami isteri akan terjalin kekal abadi selamanya...amin.


            Firman Alllah S.W.T yang bermaksud: "…Dan bergaul mesra dengan mereka ( isteri ) secara baik. Jika kamu bencikan mereka ( janganlah kamu terburu-buru menceraikan ) kerana kemungkinan kamu bencikan sesuatu sedangkan Allah menyediakannya dengan kebaikan." ( Surah an-Nisa' : Ayat 19 )
            ...

            Majlis akad nikah yang berlagsung di Masjid Jamek Pt Laman... Utz Ajim membacakan lafaz ta'lik di hadapan isterinya yang baru sahaja dinikahi sesi menyarungkan cincin...
            sukanya dia orang berdua ni.. tunggulah mlm sikit kalau nak bergurau pun... hehehe hadiah2 dari pihak pengantin lelaki dan perempuan, banyak sungguh... bergambar bersama pengantin untuk mendapatkan tempias2 keberkatan perkahwinan

              Saturday, December 24, 2005

              Lan & Sidah

                pada hari ni maka termetrailah perjanjian sehidup semati, pasangan mempelai, Mohd Azlan Bunasir dan Rashidah Mokhdal..

                bertolak dari Muar bersama2 akmal, zam dan jugak Bern (yang amat bergaya spt menteri besar).. sampai rumah pengantin dekat pukul 2, time pengantin nak diarak... ramai jugak member2 yang datang, tapi satu perkara yang tak patut ialah, si Dijah merayu2 pada kita orang suruh bawak bunga manggar.. kita orang ni jemputan VIP, tak kan lah nak bawak bunga manggar tu cik Djah oiiii.....

                meriah jugak lah majlis tu, ustaz Solihin dan keluarga pun ada sama.. kita ni bila dijemput majlis walimatulurus mcm ni terpaksalah datang kan... wajib hukumnya, tp kalau uzur lain citer lah.....
                Daripada Abu Hurairah r.a telah berkata, bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang meninggalkan jemputan (walimatulurus) maka sesungguhnya dia telah ingkar perintah Allah dan Rasul-Nya."

                ni lah peluang dapat jumpa kawan2 lama, seronok banget (bahasa indon yang bermakna: sangat)... paling best ialah bila dapat bersama dalam sesi bergambar, tapi hangin sbb kameraku kehabisan beteri disaat2 penting... amat sedih wooo.

                sorang demi sorang kawan dah kawin, perasaan takut ada jugak, takut2 perkahwinan menjadi penghalang persahabatan yang utuh sekian lama, runtun di mamah usia... mudah2an itu tak terjadi... tapi kita pun akan kawin jugak kan, masanya akan tiba jugak nanti...
                Firman Allah yang bermaksud: “ Wahai manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang menjadikan kamu daripada diri yang satu ( Adam ). Dia ( Allah ) menjadikan daripada diri Adam dan isterinya dan mengembang biak daripada kedua-duanya ramai lelaki dan perempuan….”

                lagi pun perkahwinan adalah suatu ibadat dan sunnah Rasulullah s.a.w. yang merupakan perlaksanaan terhadap tuntutan fitrah manusia, betul tak?
                Sabda Nabi yang bermaksud: Daripada Anas r.a, katanya telah bersabda nabi S.A.W bahawa "perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku".

                apa2 lah ni... yang penting Lan dan Sidah dah selamat, tak tahu giliran sapa lepas ni? mungkin akmal, atau Bern, atau mungkin Tony.. hehehehe
                :)...

                antara tetamu istimewa yang sempat ditemui di majlis tu, Utz Solihin dan keluarga si Dijah yang sdg sibuk mencari siapakah yang ingin membawa bunga manggar gubahannya lan dan rombongan mula diarak dengan paluan kompang menuju ke rumah pengantin pompuan
                Ijam dan Alias antara yang menyibuk mengarak pengantin... paluan kompang bergema seluruh alam, meraikan pasangan mempelai Sidah dan Lan perarakan pengantin lelaki terberhenti seketika kerana jalan yg agak jem
                akhirnya mereka disatukan jua, tapi agak tak logik sbb pengantin berhenti lama di tepi jalan raya persandingan di tengah laman rumah... pencak silat pengantin menyerikan lagi majlis
                Lan dan Sidah juga pengapit2nya nak mula makan, tak pelawa ker? biasanya pengantin bersuap2an kek, ini bersuap2an air minuman... hebat!! antara kawan2 yang turut sama hadir di majlis meriah ni..

                  Thursday, December 22, 2005

                  iklan !!!

                    adakah anda ingin membina karier sebagai guru di Tahfiz Al-Quran (Lelaki) Darul Tuba, Batu Pahat Johor?

                    عَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَعَلَّمُوا الْعِلْمَ وَعَلِّمُوهُ النَّاسَ تَعَلَّمُوا الْفَرَائِضَ وَعَلِّمُوهُ النَّاسَ تَعَلَّمُوا الْقُرْآنَ وَعَلِّمُوهُ النَّاسَ فَإِنِّي امْرُؤٌ مَقْبُوضٌ وَالْعِلْمُ سَيُقْبَضُ وَتَظْهَرُ الْفِتَنُ حَتَّى يَخْتَلِفَ اثْنَانِ فِي فَرِيضَةٍ لَا يَجِدَانِ أَحَدًا يَفْصِلُ بَيْنَهُمَا.

                    Dari Ibnu Mas'ud ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Pelajarilah ilmu-ilmu agama dan ajarkanlah dia kepada orang ramai; - pelajarilah perkara-perkara yang difardukan dalam Islam dan ajarkanlah dia kepada orang ramai; pelajarilah Al-Qur'an dan ajarkanlah dia kepada orang ramai; kerana sebenarnya aku seorang yang akan mati (seperti makhluk-makhluk yang lain) dan ilmu juga akan diambil (kembali oleh Tuhan dan hilang lenyap) dan akan lahirlah berbagai-bagai fitnah kekacauan sehingga akan berselisih dua orang dalam satu perkara yang difardukan, yang mereka tak dapat seorang pun yang boleh menyelesaikan perkara yang diperselisihkan itu". (Diriwayatkan olh ad-Darami dan ad-Daraqutni)
                    rujukan hadis: klik sini

                    kelayakkan:
                    + seorang hafiz dan mempunyai sijil @
                    + seorang hafizah (dengan syarat suami juga ingin mengajar di sekolah berkenaan) dan mempunyai sijil..

                    rumah guru disediakan (rumah 3 bilik), persekitaran sekolah yang mempersonakan, padang bola dan lain2 lagi....
                    gaji pun boleh tahan jugak.....

                    jika berminat, sila hubungi:
                    Mohd Tony Saidi - 012-7871945 @ Ustzh Fauziah - 013-7402567
                    p/s: hebah2kan lah iklan ini pada kengkawan yer

                      Tuesday, December 20, 2005

                      anak mami kembali

                        dah tengok dah cerita "Anak Mami Kembali".. kira ok lah filem ni, ada gak la part2 yang boleh buat orang tergelak.. cerita ni pun pasal kawin gak.. kawin... kawin... kawin...

                        sekarang ni kat mana2 ada majlis kahwin ( agaknya skrg ni musim mengawan kot..hehehehe...). Bagi kawan2 yg dah sampai jodoh tu, jangan lah lambat2, nanti masuk angin.. jangan la lupa nak menjemput plak yer (sambil teringat kat Bang Man, adakah dia dah kawin skrg tanpa menjemput diriku ini?..)

                        pertanyaan: adakah anda tahu fakta sirah nabi yang mengatakan umur Siti Khadijah ketika berkahwin dgn Nabi, iaitu 40 tahun adalah fakta yang tidak benar.. klik sini untuk kajian lanjut

                          Sunday, December 18, 2005

                          Bachok & Oja

                            tadi pergi jemputan ke Sanglang Pontian, member lama jadi pengantin, Saiful Norazmi (nama glamour dia masa kat Ma'ahad Bachok) dan pasangannya Oja....

                            bergarak dari Pt Sulong dengan Mursid (walhal dia tak dijemput, tapi diajak gak sebagai teman), sampai Senggarang terus ke rumah Bahrin Basiron (my best friend masa kat ma'ahad)... lama gak kat situ, siap makan tengahari dulu, ingatkan nak menolak sbb kejap lagi pun nak ke jemputan, tapi bila maknya Bahrin dah betul2 mempelawa, tak elok plak rasanya nak menolak..

                            kereta parking kat umah Bahrin, sbb ke Pontian naik kereta Myvi baru dia, orang dah kerja mampu la nak beli kereta, best gak Myvi ni, dlmnya agak luas dan selesa. kereta baru lah katakan...

                            sampai rumah pengantin dlm pukul 3 ptg, makan lagi... berborak dgn Bachok dan isterinya, rasanya dah hampir 5 tahun tak jumpa dia (semenjak abis kat ma'ahad dulu). Bachok kata member2 lain dah datang tadi, sayang betul tak dapat jumpa dgn dia orang... pape pun, slmt pengantin baru, smg kekal ke anak cucu.. amin.
                            :)...

                            Bahrin sdg asyik memandu dan tak menyedari gambarnya telah diambil bergambar bersama pengantin selamat dah bachok ni kawin, mudah2an dapat tempias berkatnya, hehehe
                            ni lah Mursid (berios sungguh gayanya) dan Bahrin bersama Bahrin Basiron (my best friend masa kat Ma'ahad) dan kereta Myvi barunya

                              Friday, December 16, 2005

                              kawan mak ayah

                                hari ni ke Muar sbb mak dan ayah ajak pergi rumah kawannya yang akan mengadakan kenduri perkahwinan anaknya.. sepatutnya kenduri tu hari Ahad ni, tapi Mak nak ke Rawang esok, tu yang datang dulu tu...

                                mak siap buatkan kuih bahulu gulung ( entah berapa banyak la, tapi memang bergulung2 ) dan kerepek pisang untuk dibagi pada kawannya ni, persahabatan yang sungguh inteam... terharu, huhuhu.. kita sebagai anak ni, kenalah juga berbuat baik pada kawan mak ayah kita, betul tak. semoga ukhwah yang terbina ni kekal selamanya..

                                rupanya anak kawan mak yang nak kawin ni duda, dapat anak dara plak tu, untung betul... sebut pasal kawin terus teringat Bang Man (yg digembar gemburkan dah nak kawin)..

                                  Wednesday, December 14, 2005

                                  Aisyah & Imad

                                    riuh sikit rumah bila Bang Da dan Kak Lia balik, anak dia org Nur Siti Aisyah dan Nur Muhammad la yang buat bising, nangisnya, merengeknya, ketawanya... seronok pulak rasa...

                                    tak sempat lagi nak tengok cerita "Anak Mami Kembali" yang Kak Lia bawak dari JB, dia kata ceritanya best gila.. adik pun mengiyakannya sbb dia dah tengok.. nak tengok jugalah kalau sempat nanti (rasa terpedaya) hehehe..
                                    ...

                                    ni lah Aisyah, cute kan.. imad (adik Aisyah) yg comel..geramnya.. sukanya dia...

                                      Monday, December 12, 2005

                                      jalan Melaka

                                        ptg tadi baru jer sampai dari Melaka, berjalan2 dgn mak, ayah dan adik sambil cari makan kat rumah abang... kat sana semalam jer, sbb ayah takut anak2 ayam serama yang dibelanya mati kelaparan kerana telah ditinggalkan semalaman... kagum sungguh pada ayah yang bersungguh2 cuba membiakkan anak ayam serama secara kecil2an..

                                        setibanya kat rumah abang, arahan terus dikeluarkan supaya menolongnya membakar ikan dan kerang, walhal cuma 4 ekor ikan dan segelintir kerang.. tapi akak masak best, ikan siakap 3 rasa dan kailan ikan masin, masyaAllah enak sungguh bagai tak terkata...

                                        lepas makan malam, abang ajak keluar jalan2 kat bandar Ayer Keroh, tapi sindrom yang pernah dialami oleh Paez tlh melanda jiwa, iaitu kealpaan untuk membawa kamera bersama, sungguh kesal sbb tak dapat amik gambar..huhuhuhu

                                        setelah hampir 24 jam di Melaka, kami pun bergerak pulang, singgah jap kat Muar amik angin pantai... sampai jer rumah ayah terus mengecek anak2 ayam seramanya, alhamdulillah semuanya belum menjadi arwah, hehehe :)...


                                        baru nak bertolak pada Ahad petang.. kena jadi driver pemandangan jambatan Muar 2 yang dilalui semasa dlm perjalanan inilah ikan dan kerang yang sedang dibakar
                                        bergambar kenang2an di hadapan rumah sebelum bertolak balik mak nak bergambar dengan cucunya yang agak nakal dikirakan... ni kat tanjug Muar.. mak kata air laut agak berbau longkang, mmg yer pun bau...
                                        muka yang agak letih selepas memandu lbh kurang 2 jam haaa, ni lah anak ayam serama sebanyak 4 ekor yang dibela dgn rapi oleh ayah ni pulak baka ayam serama (bapak anak2 ayam serama tu lah)

                                          Friday, December 09, 2005

                                          undangan perkahwinan

                                            tadi Azlan datang rumah, ingat ada apalah, rupanya dia hantar kad jemputan perkahwinannya dengan si Shidah... wangi semerbak kadnya, InsyaAllah akan datang ke majlis tu nanti jika panjang umur dan ada rezki..

                                            sedikit petikan ayat dalam kad jemputan tu:
                                            Dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Encik Mohd Tony Bin Saidi suami/isteri serta keluarga untuk merasmikan tambatan janji, izin berwali, ijab bersaksi antara dua hati anakanda kami... Shidah & Azlan...

                                            semoga berbahagia dan kekal abadi hingga ke anak cucu.. amin.

                                              Wednesday, December 07, 2005

                                              demam ni..

                                                tekak sakit, batuk2, selsema lagi, badan pulak sengal2 jer rasa.. mungkin ni semua adalah rahmat dari Yang esa..yer laaa, time sakit macam ni lah baru terasa betapa nikmatnya sihat...rasanya semenjak balik dari oversea, ini lah demam paling teruk kena...malam sampai tak tidur lena, mungkin jugak rindu kat Jordan...

                                                bila sakit kena lah jumpa doktor.. pagi tadi pergi klinik kerajaan kat pekan tu, nasib baik tak ramai orang...doktor kata, demam biasa jer ni... iyer lah doktor...

                                                persoalan: kenapa pesakit selalunya mendengar cakap doktor? suruh nganga, kita menganga.. suruh baring, kita pun baring... suruh tarik nafas, kita pun tarik nafas...musykil betul...

                                                  Monday, December 05, 2005

                                                  cosmo Muar lah..

                                                    pagi tadi pergi ke Muar sbb nak daftar cosmopoint Muar, akmal call kelmarin, dia kata Muar pun nak bukak kelas BI awal Januari nanti, nak amik kat Muar je lah sbb dekat sikit..

                                                    lagi pun asrama murah... rm30 je, kalau kat jb rm50.. boleh la jimat sikit nanti..

                                                    lepas daftar jalan2 tanjung ketapang nak tengok monyet, tapi sayang monyet tak keluar pagi.. lepas tu zamri belanja minum cendol dan rojak, dan terus balik...
                                                    ....

                                                    bergambar di tepi pantai.. nyaman sungguh udaranya kalau ke Muar, jangan lupa singgah di Tanjung yer..

                                                      Saturday, December 03, 2005

                                                      mee kari

                                                        tadi masa potostat sijil kat pekan terjumpa pulak member sekampung, Ustz Ajim..dia amik tempahan kad jemputan majlis perkahwinan nya.. dah nak kawin dah, bagus laa.. sekarang ni pun tengah musim pengantin, kan cuti sekolah ni...

                                                        siap jer photostat, kita orang minum kat kedai tepi sungai, dia nak belanja makan, oder mee kari.. sedap betul mee karinya, rasanya mee kari paling sedap cuma ada kat Parit Sulong ni jer... kalau nak rasa mee kari, jemputlah datang sini...

                                                        terima kasih yer Jim, terima kasih daun keladi, lain kali boleh la belanja lagi... hehehe

                                                          Wednesday, November 30, 2005

                                                          cosmo JB

                                                            hari ni pergi JB dengan Zam, Akmal dan juga Helmi. Sahrin yang dah kat rumah aku 2 hari pun tumpang sama balik, kita orang naik kete Zam...

                                                            bukannya pergi JB sesaja, tapi nak daftar kelas BI kat Cosmopoint, pembelajaran percuma malahan dapat elaun RM500 sebulan, tp skim ni untuk siswazah yang belum bekerja lagi lah...Hazwan pun daftar jugak cuma dia kirim borang jer, dia tak dapat ikut sama sbb ada hal dengan keluarga katannya. Paling sedih sbb Bern tak dapat join sama, ada hal yang menyebabkan dia tak dapat sama mendaftar saing kita orang..huhuhu.

                                                            budak2 lain dah daftar kelmarin, Zihan, Pau, Ijam dan jugak sahrin.. nasib baik tadi Sahrin ada sama, boleh la dia tunjuk jalan, kita orang ni bukannya paham sangat jalan kat JB ni... ptg tu terus balik batu pahat, akmal dan helmi tidur rumah sbb sampai batu pahat dah magrib, lagi pun hujan kan.....


                                                            bergambar di depan Kota Raya, lepas solat dan makan berlatar belakangkan bangunan lama di Johor Bahru Akmal dan Helmi nak berkonvoi balik selapas semalaman kat rumah

                                                              Sunday, November 27, 2005

                                                              kabel putus

                                                                dah lebih 10 hari ( dari 27 Nov hingga 7 Dis ) rumah takda line telefon, ni semua disebabkan oleh kabel telefon di depan kampung putus akibat tersangkut lori tinggi...bukannya tak report, dah siap pergi office TM kat pekan tu, tapi tindakan susulan begitu lambat dibuat, hangin betul...

                                                                bila takda line telefon, bermakna tak boleh la nak online.. tak tahu kenapa TM mengambil masa yang terlalu lama nak menyambung kembali kabel yg terputus tu.. pape pun sekarang semuanya dah selesai diuruskan..Alhamdulillah


                                                                  Friday, November 25, 2005

                                                                  jalan2 cari makan

                                                                    pada 23 dan 24hb, bersama Akmal, Bern dan Helmi telah pergi berziarah raya ke sekitar Johor. seronok juga dapat jumpa kawan2 ni, sambil jalan2 cari makan, sbbnya perut sentiasa kenyang, ada saja hidangan yang disediakan, rezeki jangan di tolak...

                                                                    hari pertama: ketibaan Akmal, Bern dan Helmi di rumah. Kemudian bertolak ke rumah Ijam di Kulai. Lepas tu Ke Johor Bahru untuk ke rumah Sahrin, Najib (student Mesir) dan juga Khatijah Jesa, dari sana terus ke Felda Air Tawar 2 untuk beraya dan bermalam di rumah Zihan.

                                                                    hari kedua: lepas sarapan bertolak ke Kluang, rumah Wahidah dan Fizah Noh. kemudian balik ke Batu Pahat dan dalam perjalanan singgah ke rumah Hidayat (UKM), Rizal Manaf (KUIM) dan akhir sekali rumah Zamri. sampai rumah lebih kurang jam 8.30 mlm.

                                                                    budak2 terus balik ke Muar, ajak tidur rumah tanak, sbb masing2 ada kerja lain esok... semoga ukhwah yang terbina kekal abadi selamanya. kat bawah ni ada beberapa keping gambar yang sempat diambil:....



                                                                      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...