Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, December 27, 2010

team building guru2..

    BismiLLah..
    walaupun budak2 akan kembali ke maktab minggu depan, tapi kami guru2 dah kena datang awal seminggu..

    macam2 la program berjalan sepanjang minggu ni, antaranya ialah "team Building" yg melibatkan semua guru2 kat maktab ni.. seronok juga bila sesekali beraktiviti mcm ni..

    abang fesy tu kata, "ust adalah peserta paling excited hari ni".. wow !! kalau ada hadiah utk peserta terbaik may be aku leh dapat ni. keh2...


    "aktiviti dalam kumpulan.. kami kumpulan muzik !!"


    "persembahan kumpulan yg menghiburkan"


    "memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan"


    "hasil kerjasama kami, kincir air straw.. terbaek la !!"

    Daripada Nu'man bin Basyir r.a., Rasulullah saw bersabda : "Gambaran kehidupan orang yang beriman dari segi kasih sayang, saling bersimpati dan saling mencintai, samalah seperti anggota tubuh yang jika salah satu daripadanya mengadu kesakitan, ia melibatkan seluruh anggota lain yang tidak tidur malam dan demam. "

      Friday, December 24, 2010

      Terenganu cuti di Hari Jumaat..



        BismiLLah..
        Lokasi: Masjid Jamek Saidina Ali, Bukit Katil, Melaka

        macam tak serius pun ada, bila Pak Khatib sebut tajuk khutbah hari ni "Kefardhuan Sembahyang Jumaat".. rasanya kat tadika PASTI, adik2 kat situ dah diajar cara melaksanakan dan betapa pentingnya Solat Jumaat ni.

        Jemaah semua berasa agak hampa bila sepatutnya kat sini dapat peluang untuk mendengar isu2 yang lebih utama dari mimbar.. tp tak mengapa, kita refresh semula ilmu kita yg sedia ada semenjak zaman kita kat tadika PASTI lg ni..

        cuma ada la segelintir yg WAJIB amik note, yg selalu ponteng Solat Jumaat.. tapi kalau dia ponteng, cam mana nak dengar kutbah hari ni kan.. harap2 dia baca la bingkisan khutbah ni.. hehe

        Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w, ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya: ”Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?” (Muslim)



        satu perkara yg tak disentuh Pak Khatib tadi adalah tentang lewat datang ke Masjid utk Solat Jumaat, kadang2 imam dah nak takbir baru ar golongan ni sampai..

        mcm2 alasan la diaorag ni bg, kata nak gi makan dulu la, nak berehat dulu lelapkan mata seketika.. kan bagus kalau ikut mcm Kelantan & Ganu, cuti pd hari Jumaat.. tiada lagi alasan LAMBAT utk gi Masjid lg lepas ni...


          Wednesday, December 22, 2010

          tilam vono....

            BismiLLah..

            tidur yang cukup adalah penting untuk menjamin kesihatan seseorang.. tapi kalau tidur lebih2 sangat pun tak bagus juga kan.. dan sebagai manusia biasa, pastiya kita menjadikan waktu malam utk berehat dengan tidur yang selesa...

            Pentingnya tidur dan waktu rehat itu diakui Allah dengan firman-Nya yang bermaksud: “ALLahlah yang membelah Subuh dan yang menjadikan malam untuk rehat dan menjadikan matahari dan bulan untuk menjadi sumber segala perhitungan. Inilah ketentuan yang Maha Kuasa dan Yang Maha Mengetahui.” (Surah Al- An’am ayat 96)

            tilam yang baik memainkan peranan penting utk memastikan kita mendapat tidur yang lena dan dapat menyokong tulang belakang..

            selain tu, atas tilam jugalah macam2 perkara boleh dilakukan, buat perjumpaan keluarga, perbincangan dua hala, membaca buku, bermesra2 dan banyak lagi la..hehe

            tp maha dahsyat la kalau tilam yang kita guna tu tak leh buat kita bangun awal pagi utk solat subuh..

            Dari Aisyah r.a katanya: “Nabi S.A.W itu berdiri untuk bersolat malam, sehingga pecah-pecah kedua tapak kakinya....." (Muttafaqun ‘alaih) ... semua ni nabi lakuan sebab nak lahirkan tanda syukur...

            mudah2an tilam Spinal Careyang kami baru beli ni dapat menambahkan rasa syukur kami dan terus menambah baik ibadah pd Yg Esa...

              Sunday, December 19, 2010

              bahagiakah aku kini ??



                BismiLLah..
                Lokasi: Masjid Jamek Kemasek, Kemaman.

                "mcm tahu2 jer Pak Imam kat mimbar tu, dia tahu la yg aku bahagia sekarang".... mungkin nilah bisikan hati sebahagian jemaah yg dengar khutbah hari ni. mendefinasikan erti kebahagiaan sebenar yg perlu dicari..

                dan pasti, bahagia tak leh nak diukur dari kekayaan, kejayaan, apatah lagi bentuk badan.. tp ianya bermula dari keimanan dalam diri.. mencari bahagia dunia & akhirat...

                hari ni jika ditanya, apakah impian sesebuah keluarga ?.. pasti jawapannya mereka inginkan sebuah keluarga yang bahagia, penuh dengan kasih sayang ALLah padanya...

                Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud: "apabila seorang suami memandang kepada isterinya dan isterinya memandang kepadanya, maka Allah akan memandang mereka dengan kasih sayang. Lalu bila suami memegang-megang tapak tangan isterinya, maka dosa-dosa mereka akan berguguran melalui jari jemari mereka" (Hadith Shahih)

                jangan pernah miss utk berdoa lepas tiap2 kali solat yer, doa yg ALLah ajar dalam firmanNya yg bermaksud: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka".. (Al-Baqarah : 201)

                  Thursday, December 16, 2010

                  jadi panel penemuduga di Ululalbab

                    BismiLLah..
                    Sepanjang minggu ni, geng2 ustat berkumpul kat MRSM Gemencheh utk sesi pemilihan calon pelajar tingkatan 1 Ululalbab... calon yg dipanggil seramai 1600 orang dan yang nak dipilih cuma 180 orang saja..

                    maknanya, kami perlu memlih yg betul2 layak saja.. yang kuat ingatan, betul2 minat nak menghapal Quran, bacaan Qurannya baik dan betajwid serta ada ciri2 pelajar cemerlang..


                    "calon2 Ululalbab sedang cuba menhapaz potongan ayat Quran"


                    "walaupun adik ni patah kaki, tp tetap semangat nak datang temuduga"


                    "antara panel penemuduga yg berkaliber.. ehem2.."


                    "Zihan pun ada juga kat sini"


                    " betul ke adik memang minat nak belajar kat sini?? "

                      Friday, December 10, 2010

                      cabaran tahun baru hijrah...


                        BismiLLah..
                        Lokasi: Masjid Tengku Zainal Abidin, Kerteh.


                        Amacam sedara? sehat ke hari ni.. mimbar Jumaat kat Kerteh hari ni cerita pasal cabaran2 di tahun baru hijrah..


                        Macam2 la yg Pak Imam sebut tadi, dari cabaran siaran2 tv yg lebih kepada hiburan sampailah kepada pergaulan anak2 zaman sekarang..


                        owhhh!! tahu apa kesimpulan yang pak Imam sebut di akhir khutbah.. beliau menyeru dirinya dan para jemaah agar insaf dan kembali ke jalan kebenaran..


                        sedara, setakat suruh insaf tak cukup, kerajaan yg memainkan peranan penting sebenarnya, kebenaran kelangsungan hiburan2 yg melampau ni datang dari mereka.. kesimpulan yg sebenarnya ialah, kita ubah kerajaan... hehe

                        sedara, hari ni cabaran paling hebat datang dari TV & internet.. siaran hiburan melampau2 ditayangkan, lagi2 kalau rumah ada pasang ASTRO.. tak boleh tidak, kita kena pantau apa yg anak2 kita tengok tu..


                        satu lg sedara, pasal internet ni.. memang tak leh nak halang anak2 melayarinya. lagi2 di musim cuti sekolah mcm ni.. susah nak cakap la, tp kita cuba la pastikan anak2 kita ni dapat maklumat2 dan informasi yg berguna utk diri mereka..


                        jom tengok iklan di stesyn TV Arab Saudi yg takda seumpamanya di M'sia

                          Wednesday, December 08, 2010

                          RETRO: ke Kota Jerash, Jordan

                            BismiLLah..
                            bertemu lg kita dlm "retro".. hari ni retro nak kongsi pengalaman semasa melawat sebuah Kota peninggalan Kerajaan Rum yg dianggap terlengkap selain di Itali.. & hari ni, Kota Jerash menjadi sebuah tapak arkeologi utama di Jordan...

                            pengembaraan utk menawan Kota Jerash ni dilakukan semasa penulis & kawan2 cuti final sem di Yarmouk Universiti.. rehlah anjuran "Persatuan Anak2 Perak" ni mmg menyeronokkan.. bayak lagi tempat yg kami lawati sebenarnya, & InsyaALLah kami akan paparkan di "retro" yg akan datang.. sampai jumpa !!!...


                            " kami di dpn Oval Plaza, salah satu peninggalan sejarah di Jerash"


                            "besar tak tiang batu ni.. tinggiiiii.."


                            "cantik kan suasana di Kota Jerash ni.."


                            "teringin utk ke Jerash lagi.."


                            "best sangat dapat sampai ke Jerash.."

                            lagi maklumat mengenai Kota Jerash: klik sini

                              Tuesday, December 07, 2010

                              keluarkan zakat pendapatan & salam maal hijrah



                                BismiLLah..
                                Lokasi: Masjid al-Amin, Markas Briged Tengah PGA, Cheras.

                                Mimbar di Masjid al-Amin minggu ni menyeru utk kita sama2 mengeluarkan zakat.. dan zakat yg difokuskan kat sini adalah zakat harta & pendapatan..

                                mudah jer bro, buat potongan gaji tiap bulan kat pusat zakat.. selain menyucikan rezqi yg kita perolehi, potongan tu juga boleh dituntut daripada bayaran WAJIB cukai pendapatan LHDN.. daripada bayar cukai LHDN tu, kan ke baik bayar zakat !! rujukan: klik sini

                                memang bro.. asal hukum zakat pendapatan (gaji) memang tak wajib. tapi ianya dibahaskan oleh beberpa ulama' ulung seperti
                                1. Yusuf Al-Qaradhawi, dlm kitabnya Fiqh az-Zakah, I/497; dan
                                2. Wahbah az-Zuhaili, dlm kitabnya al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, II/865;



                                yer bro, aku tahu.. mmg zakat pendapatan ni jadi konflik dlm masyarakat, ada yg kata wajib, ada yg kata tak.. mcm ni lah bro, ko pun bijak pandai, aku ni cuma cikgu biasa jer.. jadi ko buat kajian, selidik, dan pahamkan..

                                kalau tak paham gak, tanya ulama' ataupun tuan guru yg ko percaya utk mintak plak pandangan mereka..



                                Bro, kalau ko nak tanya kat Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yg dapat Anugerah Tokoh Ma'al Hijrah ni pun boley, dia tokoh bro, tokoh Maal Hijrah !!!..

                                apa agaknya kriteria nak dapat anugerah Tokoh Maal Hijrah?? kalau nak bagi gak anugerah kat Tan Sri ni, bagi lah anugerah tokoh ekonomi ker, tokoh 1 Malaysia ker.. korang pikir, kaji, selidik dan pahamkan yer..



                                Last but not least.. tahniah buat Ust Wahab Bin Salleh, kerana menerim tokoh Maal Hijrah peringkat Negeri Melaka.. cayalah Ustaz !!

                                petikan dari artikel di blog Ust Zuridan al-Teminie:
                                Majlis Fatwa Kebangsaan telah menfatwakan bahawa zakat pendapatan adalah wajib bagi mereka yang sudah memiliki nisabnya. Fatwa ini telah disepakati di dalam Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan pada 22 Jun 1997. Pada tahun 2001 jawatankuasa perundangan hukum syarak negeri Pahang turut memutuskan bahawa zakat pendapatan adalah wajib.

                                  Sunday, December 05, 2010

                                  di IKEA dgn famili Kak Nah

                                    BismiLLah..

                                    semalaman kami lepak2 kat rumah Kak Nah di Damansara.. dah lama nak menyinggah ke sini, tp hari ni baru berkesempatan.. tima kaseh buat Kak Nah sekeluarga sbb sudi terima kami berdua sebagai tetamu mlm ni...

                                    sebelum ke Majlis Respsi Syida & Dawos, kami sempat berjalan2 dgn Kak Nah sefamili di IKEA.. memang cantik sangat deko-deko kat IKEA ni.. nak cari ilham utk deko rumah baru nnti...


                                    " bergambar dengan Kak Nah sefamili "


                                    " adik manis dah tertawan dgn deko dapur serba merah ni.. hehe "

                                      Saturday, December 04, 2010

                                      semoga bahagia Syida & Dawos



                                        BismiLLah..

                                        dari smlm kami ada kat Cheras ni.. sama2 raikan Majlis akad nikah & Resepsi pasangan bahagia Syida dan Dawos.. kami doakan semoga kekal bahagia hingga ke Syurga..

                                        Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."


                                        " slps selesai majlis akad nikah "


                                        " adik manis dan kawan2 bergambar dgn pengantin"


                                        " tema majlis resepsi harini hijau daun "


                                        " semoga pasangan pengantin kekal bahagia selamanya "


                                        " pengantin dan kawan2 sepetronasnya.. "

                                          Thursday, December 02, 2010

                                          seharian di PMO Health Day

                                            BismiLLah..

                                            Hari ni kat Petronas Carigali ada program "PMO Health Day".. jadi kami pun join aktiviti2 yg dianjurkan.. mula dengan senamrobik, pastu sukaneka dan forum.. yang menariknya,moderator forum ni ialah pelakon terkenal, Que Haidar..

                                            Rasulullah s.a.w. menyebut dalam sebuah hadis yg bermaksud: “Permintaan yang paling disukai Allah daripada hamba-Nya ialah meminta dianugerahkan kesihatan yang sempurna.”


                                            " jom kekal sehat mcm kami "


                                            " bersenamrobik yg menghiburkan"


                                            " adik mans sedang gumbira bersukaneka "


                                            " berkenangan bersama Que Haidar "

                                              Wednesday, December 01, 2010

                                              infakkan yang tersayang



                                                BismiLLah..
                                                Lokasi: Masjid Jamek Kg Parit Othman, Pari Sulong.

                                                mimbar minggu ni menyeru agar kita selalu bersedekah, membantu golongan2 yg memerlukan.. tak payah tanya orang lain, tanya diri masing2.. dalam sehari berapa kali kita bersedekah?, dalam semingu? dalam sebulan? paling kurang masukkan la singgit dua kat tabung masjid hari Jumaat tu yer....

                                                cuma tak berapa setuju dgn aktiviti "tabung bergerak" masa jemaah dengar khutbah.. macam menggangu tumpuan.. kalau gerakkan sebelum khutbah ok rasanya.. bunyi roda tabung tu jer dah dengar dari saff belakang, tak ganggu ke namanya..



                                                sedekah yang palin utama adalah benda2 yang kita sayang atau setaraf dengannya, tp ni la yang paling susahkan... siapa kat sini tak sayang duit dia??

                                                firman Allah yang bermaksud: “Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi " (Ali-Imraan : 92)

                                                dan kalau susah sangat nak keluarkan $$ bersedekah, buatlah baik dan amal kebaikan yer.. mudah2an ALLah terima perkara tu sebagai sedekah kita...

                                                Rasulullah S.A.W pernah bersabda, “ Tiap-tiap perkara yang maaruf menjadi sedekah. Antara perkara yang maaruf itu hendaklah engkau (semasa) bertemu dengan saudaramu (sesame anak Adam) biarlah dengan muka yang manis dan (kalau ada yang meminta air) hendaklah engkau tuangkan timbamu ke dalam bekas air yang di bawanya.” (Riwayat Imam Ahmad).


                                                  Thursday, November 25, 2010

                                                  jalan2 Beijing [siri akhir] : kekal dlm memori

                                                    BismiLLah..

                                                    Percutian kami ke tempat asal Laksamana Cheng Ho ini pastinya akan kekal dalam memori.. InsyaALLah kalau ada rezki kami akan sampai lg ke sini.. Jom terus mengembara, menimba hikmah daripadanya.. sampai jumpa lagi dalam siri cuti2 yang akan datang..

                                                    info hikmah kembara: "Imam Hasan Al-Basri (11H) telah mengembara dari Basrah ke Kufah untuk menuntut ilmu"


                                                    "masa buat foot massage di Beijing"


                                                    " tradisi turun temurun China, minum pelbagai jenis teh"


                                                    "keunikan manisan buah2an di Beijing"


                                                    "kenang2an dari Beijing, sepasang cincin perak & emas putih bertatahkan batu nilam biru (sapphire)."

                                                      Wednesday, November 24, 2010

                                                      jalan2 Beijing [siri 5] : Dataran Olimpik & Akrobatik

                                                        BismiLLah..

                                                        [BIRDSNEST Stadium & BLUE CUBE]
                                                        Stadium sarang burung @ stadium besi yg terletak kat Dataran Olimpik ni mesti korang jenguk kalau ke Beijing.. lagi elok datang time malam, lampu2 dia memang tak hengat.. lagi2 persembahan lampu kat Blue Cube tu.. jom tengok video kat bawah tu..


                                                        " di dataran Olimpik.. kat belakang tu lah birdsnest "


                                                        "bue cube yg memancarkan warna warni ceria"



                                                        [AKROBATIK show]
                                                        China memang tekenal dengan persembahan Akrobatiknya.. dari persembahan lompat2, lenturan badan, baling2 pinggan mangkuk sampailah ke aksi motorsikal.. walaupun agak mahal, tp agak berbaloi la, sbb terhibur jugak.. kita tengok rakaman aksi motorsikal kat bawah ni...



                                                          Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...