Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, May 31, 2010

anugerah & hadiah hari guru

    BismiLLah..
    Bila dah 2 minggu takda kat maktab, pagi ni tak tahu nak mulakan kerja dengan apa... tertarik dengan tedy bear atas meja.. rupanya tahun ni lagi dapat anugerah sempena Hari Guru..lalala

    tahun ni, hampir semua guru2 unit agama dapat anugerah.. Ust Sharil dapat anugerah Guru Paling Kreatif.. Ust Zaid dapat anugerah Guru Paling Penyayang.. tapi ust tetap sayang kat korang juga... dan Ust Azari dapat dua anugerah, Guru Paling Mesra dan Guru Paling Aktif...

    dan buat semua yg bagi hadiah hari guru pada ustat, terima kaseh sangat2... yang penting awak semua sentiasa doakan ustat dan cikgu2 kat maktab ni yer...



    "salah satu hadiah dari bekas peajar.. terima kaseh..."

      Thursday, May 27, 2010

      jalan2 ke Penang



        BismiLLah..
        Inilah buat kali pertamanya dapat naik feri dan lalu jambatan terpanjang ke Pulau Pinang.. seronok juga walaupun tak dapat naik Bukit Bendera sebab tren tengah dalam proses pemulihan.. agak kesal juga la...

        sampai2 jer menjejak kaki ke pulau, pastinya kedai pasembok menjadi destinasi pertama... mahal gak harga dia, mentang2 kita orang luar...

        "jom makan pasembok..."





        Lepas kenyang makan, kami gi jalan2 ke Batu Ferenggi,, pastu pusing2 kat Padang Kota.. bergambar dan berborak2 gembira bersama kawan2 seinduksi..









        Malam tu sebelum gerak balik ke Melaka, kami sempat juga singgah ke USM... sembahyang jamak kat Masjid di situ dan begambar kenang2an.. bukti kami dah sampai ke USM...



          Wednesday, May 26, 2010

          induksi [siri 3] "kemeriahan majlis penutup"



            BismiLLah..
            hampir 2 minggu kami bersama, berkuliah, beriadah, menyiapkan assigment dan makan pun bersama.. akhirnya sampailah jua masa utk berpisah.. seronok dapat kawan dan kenalan baru kat sini..

            yg pasti kenangan berinduksi akan terus terpahat di memori.. dan malam tadi berlangsung majlis penutup yg penuh dengan warna warni kemeriahan..

            "ditugaskan sebagai pemimpin bacaan doa"





            Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: " Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya "

            "ni dia johan aktiviti LDK.. kump 8."



            "berkenangan bersama perasmi, Pengetua MRSM Transkrian "



            "geng induksi dr Terendak.. pasal enta tidur masa bergambar Zaid ?..dah ar senyum plak tu"



            "kat bawah ni plak team peminat char kuay teaw penang."

              Friday, May 21, 2010

              induksi [siri 2] " kuliah dan makan2 "

                BismiLLah..
                sepanjang di induksi ni, jadual kami dipenuhi dengan kuliah tentang perintah2 am dalam pentadbiran kerajaan dan banyak lagi la.. tak larat la nak ulang balik apa yg dah belajar kat sini, sbb banyak banget inputnya, sampai serabut kepala...

                selain tu kami sebuk juga dengan tugasan kumpulan dan individu.. mcm assigment lah lebeh kurang... sepanjang kat sini terasa mcm student maktab, terkejar2 dgn jadual yg agak padat, bersukan, makan, kuliah, LDK kumpulan...

                "dalam bilik kuliah dengar ceramah"



                "bersama geng kump 8 siapkan tugasan kumpulan..."



                cerita seorang kawan kami !!


                kat induksi ni kami ada sorang kawan yg agak kuat makan, tiap2 malam kami kena temankan beliau gi makan, tak cukup dengan char koay teow, dia bantai plak mee udang... tak caya tengok jer la gambar kat bawah tu...

                kataya kalau tanak temankan beliau makan, beliau akan merajuk dan tanak tumpangkan kami ke kedai dobi lagi utk basuh pakaian.. terpaksa la kami makan sama... bila dikira2, dalam masa 10 malam kami di induksi, 7 malam kami keluar utk temankan beliau makan char kuew tiow penang.. dahsyat kan !!

                "kedai ni char koay teow yg paling sedap.."



                "mula2 temankan beliau makan char koay teow "



                "pastu temankan plak makan mee udang... udah2 la tu makan yob !! "

                  Tuesday, May 18, 2010

                  induksi [siri 1] "pengalaman paintball"

                    BismiLLah..
                    mula2 agak sedeh gak sbb nama tak tersenarai utk induksi sesi kali ni, tapi AlhamduliLLah, di saat2 akhir, ILHAM call dan dapat ikuti juga kursus induksi di Jawi, Pulau Pinang selama 2 minggu kat sini...

                    pengalaman berpaintball di hari pertama pasti tak kan dilupa kerna ini adalah pengalaman kali pertama.. dapat la gak lebam kat lengan dan peha, tanda semnagat mempertahankan negara dari dijajah tentera musuh yg rakus nak rampas bendera..

                    walaupun kump kami kalah, tapi kump 8 adalah tetap yang terbaek dari ladang... ada masa kita boleh lawan lagi yer...

                    "panas badan sebelum mula berperang"



                    "ini dia ketua komando anda utk misi kali ni, hebatkan orangnya.."



                    "geng kumpulan 8 yg best banget.."



                    "kat dalam tu aksi tembak menembak tengah berlaku.."

                      Thursday, May 13, 2010

                      berbowling sempena Sambutan Hari Guru

                        BismiLLah..
                        petang tadi kami guru2 dari Terendak berbondong2 memenuhi Pusat Bowling Antarabangsa Melaka sbb nak beradu tenaga menjatuhkan pin2 bowling sempena Sambutan Hari Guru minggu depan..

                        pertandingan ni mcm sukaneka jer sebenarnya, bukan menang menjadi harapan, tapi ikatan ukhwah tu yg pentingnya... buat kumpulan yg menjadi johan, tahniah diucapkan.. yg kalah tu kita cuba lagi tahun depan..

                        Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Musa R.A, Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya: "Orang mukmin dengan orang mukmin itu adalah seperti sebuah bangunan, menguatkan antara sebahagiannya dengan sebahagian yang lain, kemudian baginda menyelang kuat di antara jari-jari baginda". (Hadis riwayat Imam al-Bukhari) ...

                        "posing ni mcm agak keterlaluan sebenarnya.. hehe"



                        "dengan geng2 bowling yg terer2 belaka"



                        "ini dia juara bowling tahun ni, cayalah Ust Shahril !!"

                          Saturday, May 08, 2010

                          Festival Nasyid kemuncak Nadwah Islamiah



                            BismiLLah..
                            AlhamduliLLah Nadwah Islamiah tiba ke kemuncaknya di mana Festival Nasyid berlangsung di Dewan Budiman dengan memperlihatkan persembahan kumpulan yang lebih menghiburkan...

                            apatah lagi dengan kemunculan johan Festival Nasyid 2008 dan 2009 iaitu "The Ficr" dan "VOTE" yg membuat persembahan live menyemarakkan lagi suasana festival tahun ni..

                            Antara aktiviti2 Nadwah yang telah berlangsung sebelum ni antaranya ialah Tilawah, Azan. Bercerita kisah Nabi, Pidato Agama, Rekacipta Replika Masjid, dan juga Hafazan... dan kemuncak pastinya Festival Nasyid... jom tengok gambar2 sepanjang malam festival nasyid berlangsung...

                            "antara kumpulan2 nasyid yang bertanding"







                            "hakim dan pengkritik yg over.. hehe"



                            "persembahan mantap gabungan The Ficr dan VOTE"



                              Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...