Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, September 26, 2011

terpikat pada seyum manisnya

    BismiLLah...
    Dari Abu Dzar ra., Rasulullah SAW bersabda : "Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah" (Riwayat Bukhari dari Kitabul Adab)

    "Sesungguhnya, Senyum itu akan terasa berat dilakukan bagi jiwa yang belum dibiasakan dengan kebaikan…." (Muhammad Qutb)

    Kacak luar, Kacak dalam, Kacak dengar sini..
    Kalau saya senyum, Awak mesti senyum sekali..
    Kalau kita senyum, Semua orang berjangkit..
    Bila semua orang senyum, Dunia tiada penyakit
    ..
    (lirik lagu senyum, Malique featuring Najwa)

    comelnya Aliya senyum......



      Friday, September 23, 2011

      jalan2 di office ummi

        BismiLLah...
        petang ni Aliya ada di "open house raya" kat tempat kerja ummi, PMO Petronas.. macam2 jenis makanan ada, char kuew teow, satey, rojak buah, ayam goreng KFC, sata... sampai tak larat Aliya nak makan...

        syukur AlhamduliLLah, makanan melimpah ruah kat tempat kita ni kan... kena banding & renung nasib mereka di Somalia, apa punca kebuluran di Somalia ?? Firman ALLah dalam Surah an-Nahl ayat 112 yang bermaksud:

        "Dan (berhubung Dengan hal kaum Yang kufur ingkar) Allah memberikan satu contoh:
        sebuah negeri Yang aman damai dan tenteram, Yang didatangi rezekinya Yang mewah dari tiap-tiap tempat, kemudian penduduknya kufur akan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan Yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa Yang mereka telah lakukan"


        "Aliya di meja tempat ummi kerja"


        "hohooo, Aliya dah pandai buat belon kat mulut.."


        "Ayah pun ada temankan Aliya kat office ummi"

          Thursday, September 22, 2011

          kami di Mum n Baby Fair MITC

            BismiLLah...
            seperti yang kami plan minggu lepas, hari ni kami bertiga jalan2 ke "mum n baby fair 2011" di MITC...

            seronok dapat tengok pameran2 dan jualan kat sini.. pastinya Aliya lah yang paling happy bila datang sini, ummi belikan banyak barang untuk Aliya tadi kan...


            "bergambar di booth drypers.."

            tahukah kita?
            di dalam syurga, akan dihidangkan sejenis minuman yg tiada di dunia.. ZANJABIL..
            Firman ALLah dalam surah al-Insan ayat 17 & 18 yang bermaksud: "Dan mereka Dalam syurga itu, diberi minum sejenis minuman Yang campurannya dari "Zanjabil", Iaitu sebuah matair Dalam syurga, Yang disebutkan sifatnya sebagai "Salsabil".

              Wednesday, September 21, 2011

              Aliya pertama kali ke Majlis Walimah

                BismiLLah...
                hari ni Aliya jalan2 sampai ke Segamat utk sama2 meriahkan walimah kawan ummi, auntie Fatin... ummi kata, untie Fatin sama belajar dengan ummi masa di UTP dan pergi practikal di German mcm ummi juga...

                kami doakan untie Fatin kekal bahagia hingga ke akhirnya..

                Firman ALLah dalam surah Hudd ayat 108 yang bermaksud: "Adapun orang-orang Yang berbahagia (disebabkan imannya dan taatnya), maka di Dalam Syurgalah tempatnya. mereka kekal di dalamnya selagi ada langit dan bumi kecuali apa Yang dikehendaki oleh Tuhanmu sebagai pemberian nikmat Yang tidak putus-putus."


                "kami sekeluarga bergambar dengan pengantin.."


                "ramai kawan2 ummi nak bergambar dengan Aliya yg comel sangat ni !!.."

                  Tuesday, September 20, 2011

                  Ulfah Aliya dah mula hisap jari

                    BismiLLah...
                    masa duduk2 dengan Aliya petang tadi, tiber2 terperasan, Aliya mula hisap jari jemarinya.. wow... anak ayah dah makin besar laa...

                    mula2 hisap jari kanan, pastu hisap jari tangan kiri plak... comellll sangat la anak ayah ni... tapi Aliya tak boleh hisap jari selalu la yer, nanti kalau jadi habit, susah nak hilangkan tabiaat ni..

                    jom tengok gambar Aliya hisap jari...








                      Sunday, September 11, 2011

                      hujung minggu bersama Aliya

                        BismiLLah...
                        hujung minggu ni Aliya duduk dengan ayah kat rumah, ummi pagi2 lagi dah keluar gi kerja...

                        macam2 aktiviti kami berdua buat pagi ni lepas ummi gi kerja tadi, kita orang borak2, ketawa2 sampai la tiba2 Aliya buat muka meneran.. ohoooo, Aliya buang air besar !!!!

                        lepas mandi, Aliya mintak susu dan terus tidur... tidur je baby Aliya ni la... apa ayah nak buat skrg ni? last2 ayah pun tertidur sama...


                        "Aliya dengan kecomelannya.."


                        "ramai kata muka Aliya macam ayah laaa.."

                          Saturday, September 10, 2011

                          Ulfah Aliya in pink

                            BismiLLah...
                            hujung minggu ni kami maseh lagi pergi beraya, menggunakan waktu bersama dengan sebaiknya.. maklumlah, dapat jumpa time2 hujung minggu mcm ni jer...

                            oh yer, minggu depan ada "mum n baby fair 2011" kat MITC, Melaka...kami rasa macam nak pergi la, nak bawak Aliya jalan2... klik utk tahu lanjut..


                            "ni posing kat salah sebuah rumah yg kami datang beraya.."


                            "Aliya nampak comel sangat dalam gambar ni kan.."

                              Friday, September 09, 2011

                              sambutan Aidilfitri MRSM 2011

                                BismiLLah...
                                hari ni kami warga MRSM TDK meraikan sambutan Aidilfitri.. meriah maktab dengan warna warni baju raya.. dan macam2 makanan terhidang, sampai tak larat nak makan..

                                Rasulullah s.a.w. bersabda daripada Anas r.a. maksudnya: "Hiasilah kedua-dua Hari Raya kamu iaitu Hari Raya Puasa dan juga Hari Raya Korban dengan Takbir, Tahmid dan Taqdis (Menyucikan Allah SWT) "


                                "baju salah seorang pelajar yang hampir sama, johor juga tuu.."


                                "dengan sebahagian pelajar tingkatan 5 di hari raya...."


                                "kami seronok menjamu selera di sambutan raya...."


                                "model2 baju raya... sapa paling hensem yer ??...."

                                  Thursday, September 08, 2011

                                  Ulfah Aliya balik Kerteh

                                    BismiLLah...
                                    Aliya, hari ni kita bergerak pulang ke Kerteh, ummi dah nak start kerja hari Ahad ni, selepas bercuti hamper dua bulan.. tapi rasa macam kejap jer kan...

                                    Aliya duduk dengan ummi kat Kerteh yer, ayah kena balik Melaka... nanti hujung minggu ayah datang Kerteh lagi...

                                    Aliya kena jadi anak yang baik, bijak dan dengar cakap ummi tau.. kami sayangggggg Aliya, muahh muahhh !!!!


                                    "gerammmmm sangat ayah dengan pipi Aliya ni.."


                                    "sepanjang perjalanan Aliya tidur lena atas pangkuan ummi..."


                                    "bulu mata Aliya yang makin canteqq......"

                                      Wednesday, September 07, 2011

                                      BBQ di rumah Tok Nyang

                                        BismiLLah...
                                        malam ni kami sekeluarga berkumpul di rumah nenek, bakar2 ayam, kambing, ikan dan ada satey...

                                        walaupun maseh dalam mood kuih raya, tp BBQ malam ni memang best sebab kami dapat kumpul ramai2 macam ni..


                                        "makcik2 dan pakcik Ulfah Aliya..."


                                        "ummi dan abah tengah sebuk bakar kambing BBQ.."


                                        "amboi.. anak sapa comel sangat ni...."

                                        “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
                                        1. Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah,
                                        2. dan orang-orang yang menahan kemarahannya,
                                        3. dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang.
                                        Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik” (Ali Imran : 133-134)

                                          Tuesday, September 06, 2011

                                          kawan lama datang beraya

                                            BismiLLah...
                                            petang tadi Zamri sefamili, Wak Lan sekeluarga dan Zainal Dahlan datang beraya ke rumah, seronok la dapat jumpa macam ni...

                                            Zamri dan Enal kawan lama dari tingkatan 1 dulu.. AlhamduliLLah ikatan ukhwah kami maseh disuburi bunga2 kasih persahabatan...

                                            Wak Lan plak, kami semua kenal masa kami belajar kat Maahad Pontian dulu.. menjadi saudara dan kawan baik dengan hikmah air soya...


                                            "Aliya dengan keluarga Irfan Nawfal...."


                                            "Wak Lan yg semakin hari semakin hensem tuuu...."


                                            "kami baru ada sorang anak.. kena lawan syeh Zamri ni...."


                                            "ukhwah persahabatan kekal selamanya..."

                                              Monday, September 05, 2011

                                              beraya di Parit Sulong dengan opah

                                                BismiLLah...
                                                raya ke-dua, Aliya dah ada kat kampung Parit Sulong, nak beraya dengan opah plak... seronok opah bila cucu2nya berkumpul kat kampung..

                                                dalam semua seronok berhari raya, jangan lupa utk berpuasa enam yer..

                                                Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud.: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1164 (Kitab al-Siyam, Bab disunatkan berpuasa enam hari dari bulan Syawal)]


                                                "kami sekeluarga di laman rumah opah.."


                                                "amboi maksu dan kak nita, berposing raya tuu...."


                                                "kami semua sayang opah...muahhhh...."

                                                  Friday, September 02, 2011

                                                  Aliya mula dapat duit raya


                                                    "bergambar dengan Tok Cik dan Nek Cik..."

                                                    BismiLLah...
                                                    hari ni ummi pakaikan Aliya baju cantik, ummi kata hari ni ialah hari kemenangan bagi umat Islam selepas sebulan berpuasa.. kena la pakai baju cantik2..

                                                    lepas ni, ummi dgn ayah nak ajak Aliya beraya ke rumah saudara mara, bermaaf2an dan mengeratkan silaturrahim..


                                                    "Aliya rasa ayah Alia paling hensem dlm gambar ni, hehe."


                                                    "Aliya berziarah raya di rumah Tok Cik..."


                                                    " gambar kenang2an raya dengan nenek dan atok...."


                                                    Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya: “Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hari raya (Aidilfitri dan Aidil Adha) dengan penuh ikhlas hanya kerana Allah, hatinya tidak akan mati pada hari matinya hati” Hadis riwayat Imam Ibnu Majah no. 1782.

                                                      Thursday, September 01, 2011

                                                      Aidilftri 1432h @ Bukit Katil, Melaka

                                                        BismiLLah...
                                                        كل عام وأنتم بخير
                                                        AlhamduliLLah dipertemukan sekali lagi dengan lebaran mulia tahun ni, kami sekeluarga ucapkan Selamat Hari Raya buat semua.. mohon maaf atas segala silap dan salah yer...

                                                        tahun ni, Hari Raya kami tambah meriah dengan kehadiran cahayamata pertama, Ulfah Aliya... jangan lupa bagi duit raya utk Aliya yer.. hehe

                                                        Jubair bin Nufair berkata : “Para sahabat Nabi saw apabila mereka bertemu sesama mereka pada hari raya mereka mengucapkan تُقُبَِّلَ مِنَّا وَمِنْكُمْ ", Ibn Hajar berkata : Isnad (riwayat ini ) Hasan. (Fath al-Bari : 2/446)


                                                        "tema colour tahun ni maroon, comelnya Aliya..."


                                                        "Aliya bergambar dengan datuk dan nenek ..."


                                                        "Aliya bergambar dengan Nekyang juga.. sayang semuanya..."


                                                        " dan ni famili besar belah ummi Aliya.."

                                                          Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...