Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, August 27, 2009

sms pertanyaan

    BismiLLah..
    dari awal puasa Sabtu lepas sampailah hari ni ada terima beberapa sms pertanyaan, dan kita kongsikan di sini untuk panduan bersama:

    SMS ke-1;
    askum, zan, kawe nak tnye mu, klau kwe cmpur dgn istri kwe mlm td, pastu kwe lewat'n mndi junub smpi wkt sbuh, pas sbuh bru kwe mndi , mcm mane pose kwe, sah dok. - tlg jwb ust tony
    sms kiriman: foward from Fahzan Jaya

    jawapan: SAH PUASANYA
    Ia dikira sah walaupun belum mandi hadas.

    Al-Khatib al-Syarbini menjelaskan:"Dan jika suci perempuan yang haidh pada malam hari dan berniat puasa, seterusnya berpuasa atau berpuasa orang yang berjunub tidak mandi terlebih dahulu, maka sah puasanya..." (Lihat Mughnil Muhtaj, vol. 1, hal. 436)

    Katanya lagi:"Ada hadis sahihain (Bukhari & Muslim) yang mengatakan bahawa Nabi s.a.w. berpagi-pagi (subuh) dalam keadaan junub dari jima', bukan kerana mimpi, kemudian baginda mandi dan berpuasa."
    _______________________

    SMS ke-2;
    assalamualaikum ustaz tony, maaf mengganggu, sy ex tdk f5 thn lepas.sy ada 1 soalan ni klau malaikat dr nur, syaitan drp api n manusia drp tanah. Jin pula drp apa ustaz?
    sms kiriman: nurul asykin bt abu samah

    Jawapan: DARIPADA API
    Firman ALLah dalam surah al-Hijr ayat 26-27 yang bermaksud: "Dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat Yang kering, Yang berasal dari tanah kental Yang berubah warna dan baunya. Dan jin pula, Kami jadikan Dia sebelum itu, dari angin api Yang panasnya menyerap ke liang bulu roma."
    _______________________

    SMS ke-3;
    Ust. sy nak tanya skit, suami isteri klu sentuh batal wuduk tak?
    sms kiriman: jejaka henchem (ye jer henchem.. )

    jawapan : BATAL
    menyentuh atau bersentuhan antara lelaki dan wanita (termasuk suami dan isteri) memBATALkan wudhu dalam apa keadaan sekalipun, samaada sentuhan itu beserta syahwat ataupun tidak. Inilah pandangan mazhab al-Imam al-Syafie R.H.

    Ulamak Syafi'i berdalilkan, firman Allah Taala :"Atau jika kamu (lelaki) menyentuh (laamastum) perempuan." (al-Maidah:6)
    Mereka menafsirkan laamastum (mulamasah) pada ayat di atas- dengan maksud bersentuhan (al-lams)
    _______________________

    SMS ke-4;
    Ust, nk tny leh? klu kte amik gas lelah, batal lah kn puasa?
    Ust.. klu kt lelah.. then kt gi amik gas kat hospital, batal puasa tak?
    sms kiriman: jejaka henchem dan aweknya

    Jawapan: BATAL. --> KLIK COMMENT UTK FATWA TERBARU
    pada bulan Julai 2007, Persidangan Majlis Fiqh Antarabangsa di Putrajaya ada membincangkan isu penyembur gas utk pesakit lelah. Menurut kajian terperinci bantuan para doktor, mendapati gas semburan itu punyai jisim-jisim putih yang jelas kelihatan jika di sembur di atas kertas.

    selain itu, hampir 90% darinya akan terus masuk ke tekak dan melekat di esophagus dan terus ke perut. ini bermakna ianya jisim-jisim gas itu masuk ke perut setiap kali semburan. Justeru sudah pasti ia memBATALkan puasa.

    keadaan ini sama dengan pengambilan gas lelah jenis hidu melalui hidung, ia juga memBATALkan puasa kerana ia akan masuk ke bahagian kepala.


    KLIK COMMENTS UTK FATWA BARU HUKUM PENYEMBUR GAS PESAKIT LELAH

    rujukan: Majalai I - Ogos 2009 / Zaharuddin.net / soaljawabpuasa.co.cc / AliasNaim

      Monday, August 24, 2009

      terima kaseh kapten2 blok/dorm asrama putera

        warden blok B..

        BismiLLah..
        post kali ni adalah penghargaan terhebat dari kami pihak warden lelaki kepada semua kapten2 blok dan kepten2 dorm asrama putera yg dah banyak bantu kami dalam urusan dan kawalan pelajar di asrama..

        tanpa kalian kami tak mampu untuk melaksanakan pengurusan asrama dengan baik.. buat Ajul, Amie dan Tat, walau korang dah takda kat Terendak, tapi ust tetap tampal gambar korang semua kat board warden sebagai mengenang jasa.. terharu tak?.. huhu

        Hanya ALLah yg mampu membalas jasa korang semua, ustat akan cuba bg tahu Cikgu Irawan biar maktab dapat keluarkan sijil penghargaan utk korang..

        BLOK A..

        BLOK B..

        BLOK C..

        BLOK D..

        Firman ALLah dalam surah al-Ahzab ayat 72 yang bermaksud:
        "Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya; dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan Yang ada padanya) sanggup memikulnya..."

          Saturday, August 22, 2009

          Habiburrahman Auf - Halimah & Zaidy

            adik Habiburrahman Auf ..

            BismiLLah..
            Selamat berpuasa diucapkan kepada semua, mudah2an inilah Ramadhan paling bermakna bagi hidup kita, manalah tahu tahun depan menyambut Ramadhan tak sebagai orang bujang lagi.. hehe

            ok, kali ni giliran anak Iemah Hambali dan Ust Zaidy plak kita kenalkan.. namanya Habiburrahman Auf bin Muhammad Zaidy. lahir pada 3/7/09 yg lalu dgn berat 2.95 kg jam 4.58 petang.. tima kaseh Iem sudi kongsi ngan kawan2 kat sini..

            tahniah Iem dan Ust Zaidy atas kelahiran permata hati sulong ni.. seronok bila komuniti kita makin ramai.. lepas ni kalau jadi la re-union ikip yarmouk tu (Ijam sebagai pengerusi.. semua sokong yer.) mesti meriah riuh rendah.. bestnya..

            Rasulullah s. a. w. bersabda dalam sebuah hadis yang dinwayatkan oleh Ibnu Mas’ud: Maksudnya: “Saya bertanya kepada Nabi s. a. w. Apakah amal yang paling disukai oleh Allah Taala? Beliau menjawab: Solat pada waktunya. Saya bertanya lagi: Kemudian apa? Beliau menjawab: Berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya lagi: Kemudian apa? Beliau menjawab: Berjihad (berjuang) di jalan Allah”. Riwayat Bukhari & Muslim

              Thursday, August 20, 2009

              insan bernama kekasih



                saya tak tahu nak cakap apa..
                saya ungkapkan segalanya dalam lirik lagu ni..
                "insan bernama kekasih"..
                kita amik masa utk lebih mengenali,
                terima kaseh ye

                umpama rembulan jatuh ke riba,
                mendengar khabaran darinya,
                padaku kau memendam rasa..


                  Tuesday, August 18, 2009

                  Majlis APC 2008 MARA Melaka

                    dgn ex student di TGB..

                    BismiLLah..
                    Pagi tadi ada kat MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin utk hadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang APC 2008.. bukan terima anugerah, tapi nak raikan kawan2 dan terpilih untuk membaca doa di pembukaan..

                    Tahniah kepada semua yg dapat APC, bukan terima sijil jer, tp dapat cek RM1K.. jadi jangan lupa nak open table, terutamanya enta tu Ust Shahril...

                    budak2 ni sebuk nak jumpa kat luar dewan, rindu kat ust katanya.. yer jer korang ni, tp ust pun rindu kat korang gak sebenarnya.. apa ada pada Terendak? "hanya mereka yg dah keluar dari Terendak saja tahu, apa istimewanya kami di bumi tentera ni"...

                    duduk di meja VIP..

                    bergambar dgn Abg Zack..

                    Cikgu Bakar, Timb Pegetua HEA MRSM Gemencheh..

                    Ust Zaidi - MRSM Alor Gajah..

                      Saturday, August 15, 2009

                      ziarah Yunos @ Atok

                        BismiLLah..
                        ptg tadi mmg set masa utk ziarah atok kat rumah dia di Sri medan.. gerak dari kampung dgn Ust Ajim, sambil borak tentang memori lama kat maahad dulu..

                        SIAPA ATOK ?
                        kami bersama semenjak di Maahad Pontian, serumah dgn Atok masa amik SPM di rumah ADO, pastu masa amik SMA serumah lagi ngan Atok kat Lorong Setia..

                        di Maahad Johor, kami adalah rakan seangkatan calon STAM pertama, dan berpisah bila maseng2 meneruskan haluan mencari gulungan Ijazah di universiti..

                        namun kami selalu berhubungan, dan kalau ada majlis kawin kawan2, pasti jumpa dgn Atok ni.. dulu berkaki dua, tapi hari ni hilang sudah yang sebelah kiri..

                        sedeh tul bila mula2 jumpa dia tadi, dari wajahnya kami lihat, atok mengharapkan harapan dan sokongan kawan2.. bayang kalau benda ni berlaku kat kita!!!

                        sama2 kita doakan atok..

                        8 TAHUN TAK JUMPA..
                        lama betul kita tak jumpa kan Nuar, bila kira2 tadi dekat 8 tahun tak pernah jumpa, gila lama... tapi AlhamduliLLah, hari ni kita dapat jumpa semula, kalau ada Bahrin dengan Enal ni, lengkap la kita geng Lorong Setia..

                        sehat tul badan ko Nuar, cam belon.. (eleh mengata orang, tengok la badan sendiri tuuu).. hehe.. seronok bila jumpa mcm ni, lagi2 bila ada Ajim, macam2 cerita lama keluar.. dari bab memasak, ketuk syiling, basikal, kekasih lama, selempat, dan mcm2 lagi laa..

                        TABAH YER TOK !!..
                        tak tahu Atok dapat semangat dari mana, kami doa kau cepat sembuh Tok, pasni leh gi ngajar lagi.. anak2 murid ko mesti dah rindu tu.. kami kawan2 sentiasa bagi sokongan..

                        jangan ko ulang ayat "sapa la nak kat aku ni lagi, dah takde kaki" ni Tok.. pasti ada solehah menanti, ko tunggu saat manis tu tiba k, lagi pun yg hilang kaki, yang tu kan maseh boleh beroperasi, hehe..

                        Firman Allah dalam surah Al-Insan ayat 12 yg bermaksud: "Dan kerana kesabaran mereka, mereka dibalas oleh Allah dengan syurga dan (persalinan dari) sutera"

                          Thursday, August 13, 2009

                          geng bujang camping di Gunung Ledang

                            sensasi maskulin..

                            BismiLLah..
                            susah nak ceritkan pengalaman bercamping kali ni.. hangin, hebat, mencabar, gerun, takut, seronok, gembira, happy, penat.. semua ada..

                            LAMBAT MACAM SIPUT..
                            lambat betul budak bertiga ni nak sampai ke Sagil, kata 4.30 ptg nak sampai, ni dah puku 6.00 tak sampai lagi, bukan jauh sgt melaka ke sini.. tiba2 dapat call dari Ijam, dia ada kat Sagil? mcm tak caya boleh jumpa Ijam kat sini..

                            rupanya Ijam ada kursus kat Chalet Gunung Ledang, memang dah jodoh la Jam kita jumpa kat sini.....

                            bersama Ijam..

                            MALAM YANG MENGGERUNKAN..
                            malam tadi merupakan satu mlm yg panjang, bagai terlalu lama subuh menjelma.. kalau cerita balik kat sini, mesti lepas ni korang tanak pegi camping lagi.. paper pun yg terjadi malam tadi, kehidpan perlu kita teruskan..

                            "cepat masak sarapan, lepas tu boleh kita gi mandi".. Pejal bersuara, berlagak mcm ketua la pulak budak ni...

                            goreng jemput2 edisi gunung ledang..

                            bersiap utk mandi..

                            sejuknya air ni..

                            metrosexsual..

                            BALEK DENGAN PENGALAMAN..
                            ni la aktiviti yg pasti tak kan dilupakan.. biar apa yg kita lalui ni, jadi pengalaman utk diceritakan pada anak2 dan cucu satu hari nanti..

                            oh yer, masa kat atas gunung jumpa student2 medic Kaherah yg bercuti, dan sebahagian mereka adalah bekas budak2 MRSM.. dan jumpa Aimran (Akerm) yg nak turun bersama2 kawan2nya...

                            nak gerak balik..

                              Sunday, August 09, 2009

                              MRSM Terendak ditutup - Happy Holiday H1N1 !!

                                BismiLLah..

                                Mulai hari ni (9/8/09) sampai la Ahad depan maktab ditutup dek virus demam yg menyerang budak2 asrama kat sini..

                                hampir separuh budak demam, dan pihak hospital akhirnya mengistiharkan yg maktab kena tutup, asrama perlu dikosongkan dan guru2 boleh la bercuti, tapi ingat, tak leh nak gi berpoya2, sbb dikurantin.. duduk rumah jer ok..

                                Trial PMR yg sepatutnya mula esok ditangguhkan ke minggu hadapan. Happy holiday H1N1.. maktab tutup jangan buku pun korang tutup k, dikurantin tp tetap masih boleh study..

                                  Saturday, August 08, 2009

                                  KONSIS - Naqib & Naqibah

                                    BismiLLah..
                                    dari pagi sampai ptg tadi, satu kursus untuk membantu dlm proses pembentukan naqib dan naqibah yg baik telah berlangsung..

                                    kredit dan terima kasih buat Bang Man, Syeh Bakri, Bro Taufiq, Bro Sufian, Bro Amin dan geng2 yg sudi berkongsi pengalaman dan idea dalam menjayakan program ni.. kami sentiasa mengharapkan bantuan dr antum semua....

                                    bersama Syeh Bakri n the gang..

                                    masa aktiviti LDK..

                                    membaca sajak PISANG..

                                    sedikit cnderahati dari kami..

                                      Friday, August 07, 2009

                                      amali haji - prog paling grand minggu aktiviti

                                        amali haji..

                                        BismiLLah..
                                        semalam kami Unit Agama menganjurkan satu program yg dianggap paling hebat sepanjang minggu aktiviti ni iaitu amali haji untuk pelajar2 form 4 dan 5.. kita memang buat sama macam pergerakan haji di Tanah haram, siap pinjam peralatan dari Tabung Haji lagi..

                                        kita sorot aktiviti amali ni dengan gambar2 kat bawah ni ok..

                                        bergerak dari Arafah..
                                        "jemaah haji bertolak ke Muzdalifah dari Padang Arafah"

                                        kutip batu..
                                        "kutib batu di Muzdalifah"

                                        di Mina..
                                        "jemaah masuk ke bumi mina"

                                        melontar..
                                        "melontar jamrah pada 10 hb dan hari tasyriq"

                                        di Makkah..
                                        "ingin memulakan tawaf rukun"

                                        tawaf..
                                        "jemaah mengelilingi kaabah di BaituLLah"

                                        saie..
                                        "berjalan menunaikan ibadah saie dari safa ke marwa"

                                        berposing..
                                        "selepas bercukur"

                                        selesai lah sudah ibadah haji yang dilakukan, mudah2an amali yg kita lakukan hari ni akan memberi sedikit gambaran bagaimana ibadah haji dilakukan.. dah hebes, sekarang masa untuk kita bergambar.. jom..

                                        budak2 nasyed..

                                        bergambar kenangan..

                                          Thursday, August 06, 2009

                                          lawatan dua pegawai JAKIM

                                            BismiLLah..
                                            Petang smlm bumi Terendak bergegar kerana lawatan mengejut dari dua orang pegawai JAKIM, Zamri dan Shiham.. sebenarnya dia orang ni ada kursus kat PD, biasalah JAKIM, berkursus jer lah kerjanya..

                                            terima kaseh yer sudi jenguk kawan2 kat Terendak ni, laen kali kalau datang kena bagi tahu awal, baru leh plan makan2 kat Pantai Puteri, ok... pegawai2 agama ni mmg suka makan, tengok jer la badan si Zamri tu.. hehe

                                            dgn Zamri dan Shiham..

                                            shiham yg dah nak kawen..

                                              Wednesday, August 05, 2009

                                              aku dah ada sijil kawen

                                                sijil kawen..

                                                BismiLLah..
                                                AlhamduliLLah.. pagi ni dah sehat.. tinggal tekak jer gatal2 unta.. dan kesannya suara jadi garau bak Ella penyanyi rock tu.. huhu.

                                                masa bersiap nak pergi kerja tadi, bukak balik fail kursus kelmarin dan baru tengok sijil kawen ni, sbb kan masa kursus tu demam, tak ambik tahu pun pasal sijil ni, hehe.. aku dah pass kursus kawen, yahoo!!

                                                  Monday, August 03, 2009

                                                  Tioman anganku musnah

                                                    BismiLLah..
                                                    sepatutnya sekarang ni ada dengan budak2 kelab Rekreasi kat Pulau Tioman, berkemping sambil menjelajah mencari keagungan tuhan kat sana. tapi apa kan daya, kita merancang ALLah yang tentukan segalanya..

                                                    perancangan dah buat hamper sebulan dulu, kerja2 semua dah setel, tinggal nak pergi jer, tapi takpa lah, ada banyak hikmahnya... Lagipun doktor pesan, jangan keluar rumah, nanti berjangkit kat orang laen, skrg ni musim demam..

                                                    insyaALLah laen kali la sampai Pulau Tioman tu, may be masa bulan madu nanti ker, hehe.. tima kaseh ust Azari yg sudi ganti tempat ana utk iring budak2 kelab ke sana ok.. jasamu ku kenang..

                                                    Rasulullah Saw pernah bersabda, “Dua nikmat yang sering tidak diperhatikan oleh kebanyakan manusia: kesehatan dan waktu lapang.” (HR. Bukhari).

                                                      Sunday, August 02, 2009

                                                      sekali ni jer kursus kahwin

                                                        hari pertama kursus kawen..

                                                        BismiLLah..
                                                        AlhamduliLLah, akhirnya dapat juga sijil kursus pra perkahwinan ni, macam2 halangan nak habiskan kursus ni, naseb baik ada kawan2 serumah ni, pemberi semangat utk habiskan kursus ni..

                                                        hari pertama kena migrain, mintak kebenaran dgn urusetia pergi farmasi beli ponstan.. dapat telan dua biji ok sikit rasa.. dapat bertahan sampai habis hari pertama ni..

                                                        hari kedua lagi hebat cabarannya, badan diserang demam panas secara mengejut, kepala pening ting tong nak tumbang, mintak izin sekali lagi utk keluar, nak pergi klinik panel, dapat cuti dua hari sbb badan panas yg agak tinggi, dekat 40'c..

                                                        hoho, ni baru kursus kahwin dah mcm2 cabarannya, lagi la kalau nak kahwin nanti.. doakan la semoga tabah yer.. nak rehat sebab badan tak sehat lagi. bye..

                                                          Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...