Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, January 31, 2009

jalan-jalan lagi di Bandar warisan dunia, Melaka

    dgn Irawan dan Firdaus..

    eye on M'sia waktu mlm..

    BismiLLah..
    Hari ni sekali lagi berjalan-jalan ke Banda Hilir Melaka, jangan la plak korang anggap den ni nak gi berpoya-poya plak, tapi nak bawak jalan sorang ahli rumah kami yang baru, Firdaus namanya. dia ni baru posting sebagai guru Fizik kat maktab, dan memandangkan dia juga bujang, maka kami duduk lah serumah bersama-sama.. hehe..

    tetiba jer ramai plak cikgu2 yg dapat naik pangkat dan berpindah, pastu datang la cikgu2 baru yg nak mengganti, ramai gak, 7 orang tuu.. mudah2an gandingan kita guru2 muda dgn cikgu2 yg berpengalaman kat Terendak ni akan lebih menggemilangkan maktab utk tahun ni dan tahun2 mendatang..

    kalau selalu bawak orang berjalan kat Melaka ni, ada bagusnya kalau buat sykt travel kan... hehe, mcm ada masa jer nak buat semua benda2 tu.. tapi kalau kawan2 nak datang melaka, takda masaalah rasanya untuk cuba luangkan sedikit masa yg agak sibuk ni utk kita berjumpa dan bergumbira, ni bukan pasal sykt td tu tau, takda kaitan langsung, ni nak meraikan kawan2 namanya, hehe..

      Wednesday, January 28, 2009

      bawak Shahrin jalan-jalan Bandar Melaka

        tinggi betul eye on m'sia ni..

        bergaya bersama gondola..

        jom naik menara taming sari..

        BismiLLah..
        bersempena dgn cuti Raya Cina yg agak panjang ni, Shahrin datang ke Melaka untuk bercuti menenangkan minda katanya.. percaya jer lah, dan kesempatan petang cuti ni, bwak Sahrin berjalan2 ker Bandar Melaka, bandar yg diiktiraf oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia.

        ramai sungguh masyarakat kat Banda Hilir ptg ni, nak cari parking kerete pun susah.. dapat gak la menziarah eye on Malaysia, naik Menara Tamingsari, jalan2 di Dataran Pahlawan. tapi agak hampa sbb tak dapat menyusuri Sungai Melaka dgn boat, sbb orang ramai banget..

        Shahrin, ni jer la yg den dapat bawak jalan2, walaupun Helmi tidak dapat menerima kehadiran kau sebagai tetamu di rumahnya akibat kesibukannya sebagai bakal ayah, tapi semoga episod kita berjalan2 di bandar Melaka ni akan buatkan ko gumbira yer.. lain kali datang lagi tau, kita round Ayer Keroh dan cuba datang ke rumah Helmi skali lagi, hehe..

        kat dalam tamingsari..

        sahrin puas walaupun kena beratur panjang..

        kat tepi sungai melaka..

        hampa tak dapat nai boat..

          Monday, January 19, 2009

          rasa syukurku

            BismiLLah..
            mlm ni kita orang dinner makan yong tau fu, pastu oder air lai chi kang.. kira hebat gak menu mlm ni, maklum ar, baru gaji, hehe..

            bila kita tengok kat tmpt kita ni kan, makanan tak penahnya habis, sentiasa ada, mahal pun orang beli gak, asalkan puas makan.. syukurkan kita lahir kat lapangan aman mcm ni, cam ne la kalau tetiba bukak mata ada kat somalia ker, palestin ker, darfur sudan ker....

            korang jagalah perut tu yer, (sambil memandang perut sendiri yg six-pack nya semakin hilang.. haha).. kurangkan makan dan kena rajin berpuasa, hadith nabi yang bermaksud , "perut ialah rumah penyakit dan puasa adalah raja segala ubat"..

            ok la nak sambung makan lg ni, nampak sedap lai che kang kat bawah ni kan.. jom makan sama...

            dua bangsa yang berbeza namun akidah kita serupa..

              Monday, January 12, 2009

              ikhwan card, pilihan terbaik

                BismiLLah..
                petang tadi gi Maybank Masjid Tanah, tujuannya takda lain, nak tukar kad kredit yg diguna skrg kepada "Ikhwan Card".. kad islamik yg boleh kita gunakan, tak perlu pilih yg kovensional..

                napa tak pakai kad kredit Bank Islam? bukan tanak pakai, sebelum ni memang dah pakai, tp dah tutup akaun disebabkan penggunaan kad kredit bank Islam ni tak meluas utk buat pembayaran easy payment (0 %). kalau meluas, memang Bank Islam la pilihan utama sebenarnya..

                Buat kawan2 yg belum pernah memakai kad kredit, tak yah la guna kalau tak penting, sbb kalau dah reti guna susah nak tinggalkan tabiat menggunakan kad kredit, hehe..

                buat yg dah ada kad kredit, tukarlah ke islamic card.. Ikhwan Card tidak boleh disebut kad kredit, kerana ianya Ikhwan card, bukan kredit card..

                kad2 yg ada dlm wallet ku..

                  Monday, January 05, 2009

                  harapan daripada yuran

                    BismiLLah..
                    pagi ni budak2 mula mendaftar, dan dah beberapa tahun ni, memang bila time waktu pendaftaran, kena jaga kaunter MUAFAKAT, kutip duit yuran dari mak ayah budak2...

                    buat anak2 didik ku, bukan sikit wang yg dikeluarkan utk bayaran yuran ni, mcm2 kena bayar, hampir RM500 lebih bagi setiap sorang, tu ta termasuk duit buku2 latihan lagi.. ustaz dapat lihat pelbagai riak wajah bilamana mak ayah awak menghitung duit kat depan ust masa proses pembayaran tu, ada satu harapan yg mereka inginkan..

                    tidak sama sekali duit yuran tu perlu di bayar balik kat mak ayah, ia bukan pinjaman, ia bukan hutang, tapi satu harapan agar ianya dibayar dgn kejayaan. berusahlah, hanya dgn kecemerlangan yg pasti akan membuatkan hati mak ayah gembira di atas penat lelah pengorbanan...

                    di kauter kutipan yuran..

                    berusahalah hingga berjaya..

                    Rasulullah SAW telah bersabda di dalam hadis sahih yang maksudnya:
                    “Hak anak ke atas ayahnya ialah memberinya nama yang baik, mengajarnya menulis, mengahwinkannya apabila sudah cukup umur dan mengajarnya al- Quran” (Riwayat Al-Hakin dan Ad-Dailami)

                    Sabda Nabi saw:
                    "Semua anak yang dilahirkan ke dunia ini dalam keadaan yang suci bersih. Maka kesalahan ibubapalah menjadikan mereka yahudi, nasrani atau majusi."

                    Sabda Nabi:
                    "Apabila mati anak Adam, maka putuslah segala amalannya kecuali 3 perkara: sedekah jariah (sedekah berkekalan), ilmu yang dimanfaatkan dan anaknya yang soleh yang mendoakan."

                      Thursday, January 01, 2009

                      tahun baru dalam kepiluan

                        takbir !!..

                        BismiLah..
                        terima kasih buat kawan2 dan pengunjung yg masih sedia menantikan post terkini kat aspirasiku, memang banyak nak cerita, tapi entah kenapa bagaikan tak terluang masa nak mencoret kat blog ni..

                        tahun baru kali ni memang kita sambut meriah, benda ni dah terbukti dengan majlis2 keraian yang gilang gemilang hampir kat setiap pelusuk negara, kalau korang tak caya, tanya lah dengan Pak Lah, sbb dia pun join sekali majlis tu...

                        sekali lagi umat Islam diuji sensetivitinya apabila bumi Gaza diserang rjim zionis, kepiluan melanda seluruh dunia Islam. apa yg hanya mampu kita lakukan? jom sama2 berjihad !! tak kiralah samaada dgn doa, bantuan kewangan ataupun gesaan agar penindasan ni dihentikan.

                        walaupun kita tak mampu angkat pedang mcm para sahabat dulu, tp biarlah usaha kita yg sedikit ni mampu utk menjadi saksi yg kita juga sebenarnya ingin berjuang.. takbir !! ALLahu Akbar...

                        klik sini !!..

                          Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...