Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, April 28, 2008

kursus jenazah

    BismiLLah..
    Unit Pendidikan Islam baru2 ni ada anjurkan kursus jenazah untuk peljar2 form 3, program ni kami buat kat surau maktab jer, jemput penceramah luar bagi kursus, sebab nak suruh ustaz yg ada kat maktab ni belum mahir sangat, sbb tak selalu menguruskan jenazah, kita beri je lah pada yang pakar...
    ...

    sorang pelajar nak dimandikan..

    proses mengkapan jenazah..

    dan akhir sekali, kita sembahyangkan..

      Thursday, April 24, 2008

      budak rugby dan ustaznya

        BismiLLah...
        kelmarin budak2 rugby ke MRSM Muar, pesta rugby se MRSM peringkat kebangsaan.. sebenarnya tak tahu langsung pasal rugby ni, tapi kita bagi sokongan jer, "satu je pesan ustaz, main kang tutup aurat ok, kalau ustaz tahu korang tak tutup, ustaz koyakkan korang punya kulit peha" hehe....

        dan akhirnya mereka pulang sebagai Johan CUP, tahniah dan syabas sbb banggakan maktab.. semoga terus berjaya dan sukses selalu.....

          Sunday, April 20, 2008

          pembangunan modal insan

            BismiLLah..
            tak sempat nak update blog minggu lepas, agak sibuk dengan menanda kertas exam budak2... sebenarnya nak citer satu perkara yang menarik berlaku minggu lalu. Unit Agama Islam dan Bahasa Arab ada anjurkan sau program Majlis Perasmian Pembanguan Modal Insan Berteraskan Islam Hadhari..

            Macam2 program kami buat masa majlis tu, antaranya persembahan sufi rama dari budak2 form 3, persembahan nasyid kumpulan yg menjadi johan masa festival nasyid hari tu, tayangan slide aktiviti2 yang pernah kami laksanakan dan yang paling istimewa persembahan nasyid daripada guru2 unit agama.. malu je rasa, hehe...

            mudah2an dengan pelancaran majlis ni, dapat membuka mata warga maktab yang kami ni dah banyak buat aktiviti.. bukan nak bangga atau riak, tapi kekadang kita kena tunjukkan apa yg dah kita jalankan, biar orang tak mempertikai kerja yang sudah, sedang dan akan kita laksanakan...

            persembahan guru yang menghiburkan..

              Tuesday, April 15, 2008

              gi aquaria

                BismiLLah...
                hari ni Melaka cuti sempena sambutan Hari Bandaraya.. Bang Ngah pelawa ajak jalan gi KL, apalagi.. JOM ar..

                petang Isnin gerak gi KL, malam ni kita orang tidur kat rumah Kak Nah di Damansara.. lama dah tak pegi rumah Kak Nah ni, last pergi sebelum ke Jordan dulu.. lama tu...

                pagi Selasa gerak ke Rawang ziarah buyut tersayang yang skrg ni lepak kat rumah Pak Su.. lepas tu kita orang terus ke KLCC, mengidam lama dah nak masuk aquaria, akhirnya kesampaian jugak.. seronok juga menyelami kehidupan laut ni, tapi harga tiket mahal sgt ar.. kena kurang kan sikit haga tu rasanya, biar semua orang mampu utk masuk ke sana...

                bergambar kat rumah Kak Nah..

                belakant tu si jerung bergigi tajam..

                  Tuesday, April 08, 2008

                  anak wardah

                    BismiLLah...
                    ni adalah Sufiah Hayati.. anak sulung kepada Wardah dan suami, Ust Anuar... skrg Sufiah dah 3 bulan, cepat sungguh dia membesar kan..

                    gambar ni sufiah sendiri yg kirim [anne_wardah@yahoo.com], katanya khas untuk tatapan pakcik2 juga makcik2 yang selalu melepak di aspirasiku.. tima kasih uncle ucapkan buat Sufiah sekeluarga sbb sudi hantar email kat uncle ni, kita kongsi warna2 kegembiraan bersama...

                    sedikit nasihat untuk insan bergelar anak, Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.” Riwayat al-Hakim..

                    jadi kita kena tunaikan tanggungjawab sebagai anak kepada ibu bapa ketika hayat mereka di dunia apatah lagi di akhirat sana.. untuk si comel Sufiyah, jangan degil tau,dengar ckp ayah dan umi yer, kalau degil2 nanti uncle cubit pipi tu, hehe.. klik sini untuk memori...

                    sufiah hayati.. permata ayah bonda..

                      Saturday, April 05, 2008

                      kem kecemerlangan form 5

                        BismiLLah...
                        minggu ni tak dapat balik kampung sbb kena uruskan kem kecemerlangan anjuran Jabatan Sains Sosial untuk pelajar2 form 5 yg diadakan kat Tropical Fruit Farm Sg. Udang Melaka.. seronok budak2 ni dapat keluar dari maktab, hirup suasana baru seketika....

                        kena pegang Jawatankuasa Disiplin Pelajar, Alhamdulillah semua berjalan baik, bdk2 pun takda buat hal, cuma bising2 sikit jer, tu perkara biasa... dan untuk pengisian slot Agama, kami dedahkan bdk2 ni dgn teknik menjawab kertas SPM Pendidikan Islam.. mudah2an kami semua dapat manfaatnya..

                        sebelum balik, sempat ziarah haiwan2 ternakan yg ada kat tman ni, macam tak terbela jee binatang2 ni..

                        bergambar dengan burung unta..

                        Harus hukumnya memelihara binatang peliharaan seperti burung dan seumpamanya di dalam sangkar untuk melihat kecantikan atau mendengar kemerduan suaranya dengan syarat binatang tersebut diberi makan dan minum dan tidak dizalimi.

                        Di dalam sahih al-Bukhari dan Muslim ada riwayat tentang saudara Anas bin Malik yang digelar Abu Umair (أبو عمير) ada memelihara burung yang bernama al-Nughair (النُّغَيْرُ – seekor burung kecil). Suatu hari burung itu mati, lalu Abu Umair (masih budak) sedih dengan kematian burung kesayangannya itu. Lalu Nabi saw bergurau dengannya sambil bertanya: “Wahai Abu Umair, apa yang terjadi kepada al-Nughair.?”

                        Al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani ketika mensyarahkan hadith ini di dalam Fath al-Bari berkata:
                        “Hadith ini telah dijadikan dalil atas keharusan mengurung burung (memeliharanya di dalam sangkar), kerana Nabi saw tidak mengingkari perbuatan Abu Umair.”.

                          Tuesday, April 01, 2008

                          mama?

                            BismiLLah..
                            hujung minggu semalam turun JB, ada jemputan kawin member lama masa kat Maahad Pontian dulu, Azehar nama dia.. kat maahad kita orang panggil dia "mama"... sebenarnya lama sangat dah kita orang tak berhubung, tak tahu mcm mana ntah kta orang boleh berhubung semula...

                            bila dia jemput datang kenduri kawin, teruja plak nak pergi.. dan kebetulan Rahman Darom pun nak pergi.. kita orang jumpa kat JB jer ar.. Ijam tak dapat pergi sbb mak dia kena tahan wad, sama2 la kita doakan mak Ijam cepat sembuh..

                            berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim bermaksud: "Apabila seorang daripada kamu diundang menghadiri kenduri kahwin, maka hendaklah dia menghadirinya."

                            Imam Muslim juga meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: "Seburuk-buruk makanan (hidangan) ialah hidangan walimah (kenduri) yang dijemput orang kaya sahaja, sedangkan orang miskin tidak dijemput. Dan sesiapa tidak memenuhi jemputan (undangan), maka dia menderhakai Allah dan Rasul-Nya."

                            Buat Mama & Papa (yang mana Mama sebenarnya?).. semoga kekal bahagia hingga ke anak cucu...


                            hebat majlis mereka berdua ni..

                            dapat bergambar dengan kereta pengantin pun jadi lahh..

                              Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...