Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, September 28, 2009

macam bukan sambutan raya jer..


    "ni bukan baju raya, tapi baju kerja.. harap maklum"

    BismiLLah..
    tak tahu la apasal pihak pengurusan nak buat sambutan raya ni tergesa2.. hari pertama naik sekolah terus buat, jadi preparation agak kurang mantap dan rasanya sambutan raya tahun ni tak semeriah tahun2 sebelum ni.. tengok jer la pakaian cikgu2 kat atas tu, tak menunjukkan kat majlis raya pun..

    mungkin juga tanak ganggu budak2 yg nak start PMR minggu depan.. takpa la, yg penting budak2 ni tahu tujuan asal majlis ni diadakan.. selain mengeratkan silaturrahum, ia juga untuk menunjukkan rasa syukur kita sebenarnya..

    Jubair bin Nufair berkata : “Para sahabat Nabi saw apabila mereka bertemu sesama mereka pada hari raya mereka mengucapkan تُقُبَِّلَ مِنَّا وَمِنْكُمْ ". Ibn Hajar berkata : Isnad (riwayat ini ) Hasan. (Fath al-Bari : 2/446)


    "budak2 ni meriah jer pakai baju raya"


    "persembahan dari VOTE yg paling best dlm majlis ptg tadi"


    "Salam dan geng baru nak makan"

      Sunday, September 27, 2009

      rombongan dari melaka

        BismiLLah..
        Firman ALLah yang bermaksud “Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silatur rahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (Surah an-Nisaa’, 4: 1)

        bila sebut rombongan jer, mesti ada yg akan ingat tentang rombongan memingan kan, tak pun rombongan cuti sekolah.. tapi kali ni rombongan lain, rombongan berhari raya dari Melaka.. Ust Sharil sekeluarga, Firdaus dan Syeh Azari.. oh ye, smlm pun ada org melaka beraya ke rumah juga.. he2

        rombongan dari melaka ni sampai kat rumah dalam pukul 8 mlm, jadi semua terus tidor kat Parit Sulong mlm nie.. terima kasih sangat2 sbb sudi bertandang ke pondok buruk kami nih..

        mlm tu, sempat jugak ust Shahril belajar mcm mana nak hidupkan meriam tanah.. dan yg pasti, kami terus berborak2 sampai la ke pagi..


        "bergambar di halaman rumah.. suasana desa"


        "Ust Shahril sekeluarga bermemori bersama kami"

          Saturday, September 26, 2009

          ulang tahun kelahiran mak yang ke-60

            BismiLLah..
            Di dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh Muaz bin Jabal r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Setiap hamba di hari kiamat tidak akan dapat mengorak langkah menuju ke mana-mana selagi belum selesai disoal siasat tentang empat perkara; umur: di mana dihabiskan sewaktu di dunia dahulu, masa remaja: bagaimana dia menghadapi ujian pada waktu itu, tentang harta: dari mana diperolehi dan bagaimana dibelanjakan, dan tentang ilmu: apakah telah beramal."

            hari ni kami raikan ulangtahun kelahiran mak yg ke 60, kami anak2 doakan mak panjang umur dalam keadaan yg sehat, dipermudahkan dalam menjalankan ibadah, hati yg tenang dan sentiasa gembira bersama anak2 dan cucu2 mak..

            lepas subuh tadi mak nangis dengan telkung putihnya, bila ditanya kenapa? mak hanya diam tak berkata apa.. mungkin ada perkara yg mak pilukan, yg tak perlu diceritakan kpd anak2nya.. kami biarkan mak dengan telkung putih tu buat seketika...

            dan tadi, keluarga Pak Long dari Sabah juga sampai ke rumah, beraya bersama kami sekeluarga.. Pak Long ni baru kuar hospital sebenarnya, kena tahan kat wad 3 hari.. semoga kembali sehat yer Pak Long..


            "mak dan Irfan kami raikan.. ALLah selamatkan mak & Irfan"


            "Pak Long dan Mak Long dari Sabah"

              Friday, September 25, 2009

              maseh kami ingati..


                "Tini & Tina saaaaaayang Pak Teh"

                BismiLLah..
                kejap jer dah masuk raya ke lima hari ni, smlm kami sekeluarga beraya ke Kluang, ziarah sanak saudara kat sana.. dan pagi ni, kami bergerak beraya ke rumah wak2 dan golongan nenek2 berusia emas yg hidup berjiran dgn kami kat kampung nih..

                kami maseh bertuah lagi sbb dapat jumpa lagi generasi2 seusia nenek nih, dan paling bermakna apabila dapat bertemu dengan seorang nenek yg kini sudah menjangkau usia 115 tahun, mengikut riwayat yang sahih.. boleh panggil Guinness World Records nih, biar glamour kampungku yg tersohor lagi nan permai ini.

                Firman ALLah dalam surah as-Sajadah ayat 5 yang bermaksud: "Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepadanya dalam satu hari yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitunganmu"


                "kami kenalkan, Mbah Dasah, wanita berusia 115 tahun"



                "kami sekeluarga berkenangan dgn nenek 115 tahun"


                "Tok Nor yang semakin uzur, mudah2an cepat sembuh"


                "nenek ni kami panggil Tok yam, kakak kepada nenek kami"



                "Wak Nem, kakak kepada arwah ayah"



                "bersama Wak Hj Hasim, abang kpd Arwah ayah"

                  Wednesday, September 23, 2009

                  jemputlah masuk..


                    "bergambar dgn hakam dan nabil"

                    BismiLLah..
                    raya ke dua hari tu, ada bekas student masa kat Sekolah Tahfiz dulu datang beraya.. Hakam dan Nabil, ust sampai dah tak ingat nama korang tp terima kaseh sangat2 sbb maseh ingat lagi kat ust nih.. maklum lah, ust ni kan slalu hilang ingatan, hehe..

                    dan malam raya ke tiga plak, sorang lagi ex student datang beraya, Saiful Fahmi SPM 08 de MRSM Terendak.. banyak cerita dgn si fahmi nih, tp biarlah ia jadi ingatan gurau senda kita jer kan mie.. hehe.. yang keruh jadikan sempadan, yg baek jadikan teladan..

                    bagus la sekarang pun korang semua dah sambung belajar lagi, Hakam skrg asasi UIAM, nabil sambung blaja kat sekolah pondok de kelantan, dan Fahmi kat Politeknik Pasir Gudang.. Ust doakan semua anak2 didik ustat berjaya hingga ke menara gading sana..

                    teringat kata2 Profeser Hamka "Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan oarang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya"

                      Sunday, September 20, 2009

                      1 syawal 1430h



                        BismiLLah..
                        ALLahu akbar... ALLahu akbar... ALLahu akbar... waliLLahil hamd..
                        tiada kalimah yg lebih bermakna tibanya syawal ni, melainkan puji2an kpd Yang Maha Esa.. buat semua pengunjung aspirasiku.. Salam Aidilfitri diucapkan..

                        malam raya tahun ni semua berkumpul kat rumah, memang meriah la pagi raya tadi, apatah lagi dengan kehadiran anak saudara lelaki yang baru jer lahir seminggu.. jom kita tengok gambar2 raya kat bawah ni..

                        sebelum tu, nak ingatkan kawan2 & diri sendiri; Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1164 (Kitab al-Siyam, Bab disunatkan berpuasa enam hari dari bulan Syawal)]


                        "gambar kami sekeluarga de pagi raya"


                        "Abang Long & Kak Fiza bersama anak2nya"


                        "keluarga serba purple, Bang Ngah, Kak Mas dan anak2nya"


                        "Bang Da & baby boynya yg baru bersama famili"



                        "Kak Nah bersama Bang Asz dan keluarganya"



                        "bersama mak tecinta dan adek Indah"

                          Wednesday, September 16, 2009

                          kemuncak ihya' Ramadhan


                            "baju tema malam ni ialah jubah putih.. nampak suci kan kami.."

                            BismiLLah..
                            lepas asar tadi berlangsunglah majlis kemuncak program Ihya' Ramadhan tahun nie.. macam iklan syampoo tu, 3 dalam 1. gabungan majlis ceramah Nuzul Quran, diikuti Majlis Khatam al-Quran dan akhir sekali iftar jamie..

                            diakhir2 Ramadhan ni, budak2 dah tak fokus sangat pada belajar. masing2 sibuk dah nak ingat balik cuti raya.. yer lah, nama pun budak2, kita yg dah besar ni tak rasa sangat..

                            sewajarnya umur2 mcm kita ni, lebih fokuskan utk tingkatkan ibadah dalam mencari malam yg lebih baek dari seribu bulan.. lailatul-qadr. Firman ALLah dalam surah al-Qadr ayat 3-5 yang bermaksud: "malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. pada malam itu turun malaikat-malaikat dan Malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. malam itu (penuh) Kesejahteraan sampai terbit fajar."


                            "pelajar2 khusyu' mendengar caramah nuzul Quran"


                            "Ust Wahab mengetuai Majlis Khatam al-Quran"


                            "iftar jamie di Teres Teratai."


                            "geng warden bergambar ngan imam Makah.. cikgu kadir"

                              Monday, September 14, 2009

                              kami raikan anak2 yatim

                                BismiLLah..
                                Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 215 yg bermaksud: "mereka bertanya tentang apa yang mereka nafkahkan. Jawablah: "Apa saja harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibu-bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan." dan apa saja kebaikan yang kamu buat, Maka Sesungguhnya Allah Maha mengetahuinya."

                                mcm tahun2 sebelum ni, kami Unit agama akan mencari sumbangan untuk kami infakkan buat anak2 yatim dan pelajar2 yg datang dari keluarga miskin kat maktab nie.. dan tahun nie, kami bawa mereka semua ni berbuka puasa di sebuah restoran baru kat Kuala Linggi..

                                bukan makan jer mereka dapat, pihak restoran terapung tu juga berbesar hati beri hadiah dan duit raya, seronok la diaorang nie.. mudah2an usaha yg sikit ni, mampu menggembirakan hati2 muda di penghujung Ramadhan ni..

                                p/s: korang ingat lagi tak ngan segmen "taqribur Ramadhan"?


                                "juadah berbuka edisi tomyam thai.. memang best"


                                "gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.."


                                "bukti kami dah sampai ke restoran terapung"


                                "pihak restoran nak bergambar ngan kami.. nak letak kat wbsite mereka katakan"



                                "saya pun anak yatim juga."

                                  Friday, September 11, 2009

                                  berbuka bersama homeroom C2A

                                    BismiLLah..
                                    Daripada Sahl bin Sa`ad bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

                                    Hari ni kami sehomeroom, berkumpul untuk berbuka bersama.. aktiviti berbuka ni kita orang dah buat semenjak turun temurun.. kalau tak caya korang leh tanya Mat Nor, klik sini...

                                    kalau tahun2 sebelum ni kita orang buat kat cafe makcik ayang, tapi tahun ni kami buat kat rumah no 5 di Persiaran Warden.. kenyang betul dengan laksa, ayam KFC, martabak, kueh mueh dan 7 jenis air.. selamat berbuka semua yer..


                                    "penasihat homeroom yg best.. kata budak2 ni laa"


                                    "dah tak sabar nak berbuka la tu.."


                                    "jemput makan ustaz.. kata Acap, anak homeroom yg paleng kecoh"

                                      Thursday, September 10, 2009

                                      susahnya bila takda ayer..

                                        BismiLLah..
                                        firman Allah dalam surah Qaaf ayat 11 yang bermaksud "(Semuanya itu) sebagai rezeki bagi hamba-hamba Kami dan lagi Kami telah hidupkan dengan air itu bumi yang mati"

                                        dah seharian maktab takda ayer.. sampai mlm ni ayer mesih takda lagi, keadaan lebih kritikal sbb bukan maktab jer yg takda ayer, tapi seluruh Kem Terendak..

                                        begitu pentingnya ayer paip tu pada kita, sehingga menyebabkan sedikit kehuru haraan kat sekitar maktab, mana taknya, nak mandi ,nak cebok, nak berwudhuk, nak membasuh, semua tu kena guna ayer.. bukan sorang dua, tapi 670 orang penghuni asrama, bayangkan laaa..

                                        ayer pili bomba sampai kering, dah tak tahu nak sedut kat mana lagi.. last2 kami ke Melaka nak mintak ayer dari Syarikat Ayer Melaka.. tp hampa sbb lori tank takda lewat mlm camni.. bersabau jer la yoo, tak dapek den nak nolong lagi..


                                        "ust shahril sdg merancang strategi utk mencari sumber ayer"


                                        "ust Zaid terperanjat beruk sbb ust Shahril nak gali perigi malam2 buta ni"


                                        "bergambar walaupun kami dah ngantuk time ni.. hehe"

                                          Friday, September 04, 2009

                                          jom belanja ust berbuka..



                                            BismiLLah..
                                            Lokasi: Masjid Jame' Tanjung Bidara, Melaka..

                                            Jom kita tingkatan amal ibadah terutamanya sempena Bulan Ramdhan ni.. mcm tajuk khutbah hari ni iaitu "seruan memperbanyakkan amalan sunat"

                                            kalau nak senaraikan amalan sunat, memang la banyak betul.. tapi kalau kita tak buat amalan tu apalah gunanya.. buat la yer, dan yg penting biar istiqomah walaupun sikit kita buat..

                                            cerita pasal istiqamah ni, teringat cerita budak2 kesah lumba lari antara arnab dan kura2.. slow betul si kura2 ni berjalan, tapi kerana adanya istiqomah dalam diri dia, akhirnya sapa yang menang? si arnab yg lari laju tu ker atau kura2 yg berjalan pelan? semua tahu kan jawapannya.. itulah kelebihan beristiqomah..

                                            antara amalan sunat yang digalakkan buat dalam Bulan Ramadhan ni adalah bersedekah.. belanja berbuka member2 serumah ker, belanja keluar minum moreh lepas teraweh ker.. belanja apa pun, kami geng2 bujang ni mesti terima punya..

                                            Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersifat lebih pemurah dan dermawan sewaktu Ramadan. Dalam hal ini, Baginda bersabda yang bermaksud : “Sedekah yang paling afdhal (baik) adalah sedekah yang dikeluarkan dalam bulan Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

                                            terima kasih pada Ust Shahril yg selalu hantar makanan waktu sahur ke rumah bujang ni.. dan terima kasih pada Cikgu Aziz Baba yg belanja geng2 bujang berbuka kat Medan Ikan Bakar Duyong semalam..

                                              Tuesday, September 01, 2009

                                              bestnya dapat kad raya

                                                contoh kad raya..

                                                BismiLLah..
                                                skrg ni dah jarang org hantar kad raya, kalau ada pun tu utk yg betul2 istimewa jer kan..

                                                bila jadi cikgu ni, selalu gak dapat kad raya dari students.. bila dapat kan, rasa semacam perasaan yg best, tak tahu nak huraikan mcm mana.. seolah2 kita ni dihargai la, lebeh kurang camtu lah..

                                                dan semenjak rasa mcm tu, skrg dah tak pernah miss poskan kad raya buat cikgu2 di sekolah lama, terutamanya Sek Men (A) Arab Parit Sulong dan Maahad Pontian..

                                                wat kawan2 yg tak penah buat camtu, jgn la kedekut sangat utk poskan sekeping kad raya pada cikgu2 di sekolah lama.. pasti ada hati insan yang akan berbunga, percayalah !!! kerana kini, aku juga guru seperti mereka...

                                                dlm sebuah hadis yang bermaksud: “Salinglah kalian memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai (kerana Allah).” [al-Adab al-Mufrad, hadis no: 594 dengan sanad yang hasan]

                                                  Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...