Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, May 29, 2006

bercuti di kampung

    cuti ni lepak kat kampung jer, banyak jugak aktiviti dapat dibuat cuti kali ni, bungkus cempedak, menabur baja, petik kuini, bersihkan laman rumah, dan jugak merewang (gotong royong majlis kawin) ...

    walaupun cuti sekolah 2 minggu, tapi dapat cuti seminggu jer sebab minggu depan budak2 tingkatan 3 dan 5 ada kem bistari... kena balik cepat la, malasnya.....


    petang tadi pergi bandar jumpa Bahrin dan Ajim (kawan2 baik masa kat ma'ahad dulu).. belanja diaorang kat KFC, takpa la sekali sekala kan... bukannya selalu dapat jumpa diaorang ni... kebetulan diaorang pun cikgu, sama2 cuti.....

      Friday, May 26, 2006

      budak nasyid

        malam tadi budak2 nasyid sekolah dijemput untuk membuat persembahan nasyid di Majlis Penutup Pertandingan Tilawah al-Quran di Kem Terendak..

        jadi selaku guru penasihat nasyid, kena la menunjuk2kan muka datang ke majlis tu.. best jugak suara budak2 ni, kira boleh diketogorikan tahap merdu laaa, siap dapat pujian lagi.. lepas ni sapa2 nak jemput untuk buat persembahan boleh je...


        naik cuti nanti ada pertandingan nasyid di Penang, jom jalan2.... hehehe
        ...

        bergambar dengan budak2 nasyid MRSM Terendak..dia orang ni ada gaya la kan, kira boleh tahan apa..

          Tuesday, May 23, 2006

          persaraan guru cemerlang

            petang tadi pergi hotel lagi, kali ni di Hotel City Bay View Melaka, sempena jamuan majlis persaraan Ustaz Basiron (Guru Cemerlang di MRSM Terendak).. asyik ke hotel jer cikgu2 MRSM ni kan...

            sebenarnya majlis bersama pelajar akan dibuat lusa, tapi hari ni majlis diadakan oleh Jabatan Sains Sosial... hahaha, suruh makan sapa yang tanak, tapi kali ni tak la sampai tahap melantak, cuma sampai tahap makan yg agak banyak jer, hehehe..


            masa Ketua jabatan berucap, dia kata Ustaz Basiron adalah abang Long kat jabatan, dan terkasima bila dia cakap "Ustaz Tony adalah ucu sebab dia cikgu paling muda kat MRSM kita".... ahaaa, naik la saham macam ni...

            walaupun kita bertemu seketika jer ustaz Basiron, namun tunjuk ajar yang ustaz berikan tiada nilai bandingannya... syukran ya ustaz
            ...

            suka hati sbb kenyang perut lepas makan macam2..dari kiri: ustaz Basiron, Pen. Pengetua dan Pengetua..
            Ustaz Basiron memberikan ucapan..suasana di dalam ruang makan hotel ni....

              Sunday, May 21, 2006

              full house

                biasanya hujung minggu, mesti tunggu satu cerita kat tv 8, drama korea "Full House"..

                agak best jugak la drama ni sebab tak pernah miss dari siri 1 sampai lah sekarang siri yg ke 12.. drama ni adalah drama cinta yang kelakar, memang best laaa..


                dan yang paling suka dlm drama ni ialah rumah tu, cantik betul.. teringin nak ada rumah macam "Full House"...

                  Friday, May 19, 2006

                  bakal MC

                    minggu ni budak2 sekolah dah mula exam untuk 1st semester.. jadi agak rileks laaa. banyak masa di guna untuk menanda kertas jer, melambak jugak ni...

                    tadi ada sorang guru bahasa jumpa, dia nak suruh jadi pengerusi majlis untuk majlis anugerah pelajar akhir sem 2 nati, dia kata "suara ustaz sedap, sesuai jadi MC".... agak kembang masa ni, hehehe.

                    tak kisah jer nak jadi MC tu, lagi pun dah ada pengalaman la sikit.. wat ever pun, tunggu jer la hasilnya sem depan ok, cau
                    ...

                      Tuesday, May 16, 2006

                      guru2...


                        pengalaman kali pertama meraikan hari guru mungkin tak dilupa sampai bila2.. tp sayang sbb terlupa bawak kamera.. hampeh betul..

                        tadi guru2 semua berkumpul di hotel Straits Meridian Melaka, untuk bersama2 meraikan hari guru.. majlis petang ni memang diadakan khas untuk guru2 jer, dan majlis bersama pelajar akan dibuat lepas naik cuti sekolah nanti..

                        kena baca doa tadi, biasa lah ustaz baru... lepastu masa pengetua bagi ucapan, beliau sempat mengucapkan selamat datang kepada ustaz baru ni ke MRSM Terendak.. segan sebab jadi tumpuan seketika, hehehe..

                        paling best masa makan, bukan makan tapi melantak, mana taknya, segala jenis makanan dibedal, nasi campur, otak2, mee sup, cendol, kuih muih, buah2an, dan juga ais krim... alhamdulillah, kenyang betul perut ni...

                        pesanan untuk diri sendiri: "makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang" bukannya "makan tak berhenti2 walaupun dah kenyang"
                        ...

                          Monday, May 15, 2006

                          selamat hari guru

                            esok 16 Mei.. Selamat Hari Guru buat semua guru2 di Malaysia (termasuk diri sendiri, sbb skrg pun dah bergelar guru, hehehe)..

                            Ucapan istimewa buat guru2 yang pernah mendidik di:
                            1. Sekolah Tadika KEMAS Parit Othman : 1986
                            2. Sekolah Kebangsaan Seri Maimon : 1987 - 1993
                            3. Sekolah Agama Seri Maimon : 1988 - 1994
                            4. Darjah Khas Seri Maimon : 1995
                            5. Sekolah Menengah Agama Parit Sulong : 1994 - 1996
                            6. Maahad Pontian : 1997 - 1999
                            7. Kelas Tusyen SDAHA : 1998
                            8. Maahad Johor : 2000

                            buat guru2 yang pernah mendidik diri kerdil ini, terima kasih di atas segala ilmu dan didikan yang telah dicurahkan, jasamu tetap ku kenang...

                              Sunday, May 14, 2006

                              selamat hari ibu


                                tak tahu macam mana nak balas budi baik dan kasih sayang yang telah mak dan abah curahkan pada anak2....

                                terima kasih mak dan abah, semoga mak dan abah dipanjangkan umur dalam keadaan yang sihat untuk terus melakukan ibadah kepadaNya di samping menjalani kehidupan bahagia bersama anak2 dan cucu2 semua...


                                mak.. tony akan sentiasa suka dengan masakan mak sampai bila2... tak siapa dapat tandingi masakan mak tu walaupun bakal isteri tony sendiri...


                                abah... semua tunjuk ajar abah akan tony ingat, tony suka dengar cerita2 abah masa muda dulu, tony tak kan jemu... percayalah..


                                Selamat Hari Ibu (dan ayah jugak, boley??..)
                                ... lagu istimewa untukmu...

                                  Thursday, May 11, 2006

                                  anak sedara baru

                                    kak Maz baru selamat melahirkan anak ke tiganya, dapat baby perempuan... Bang Em mesti suka sbb dia memang nak anak pompuan, dah 2 orang anak laki, mestilah nak anak pompuan plak kan...

                                    mak dan abah siap datang melaka sebab nak tengok cucu baru mereka ni, suka bukan main lagi... rasanya ini adalah cucu mak dan abah yang ke 13 kot... tak ingat laa, dah ramai anak sedara sampai tak ingat..

                                    dapat belikan hadiah bedak baby jer, kira ok la tu kan...
                                    ...

                                    ni la orang baru dalam keluarga kami.. baby pompuan..baby ni nak bergambar dengan uncle dia yg hensem ni, hehehe..
                                    mak dan abah bergambar bersama cucu barunyaMak Usu pun sibuk nak bergambar jugak yer..

                                      Monday, May 08, 2006

                                      guru di MRSM

                                        hari ni adalah di antara hari yang bersejarah untuk diri sendiri.. hari melapor diri sebagai seorang guru di MRSM Terendak, Melaka...

                                        biasalah, hari pertama kat tempat baru memang agak bingung, banyak benda yang tak sama macam kat tempat yang pernah kerja sebelum ni... Pengetua suruh jadi warden, ikut jer laaa, dia kata warden tak cukup lagi walaupun sekarang ni dah ada 12 orang, ramai tu...

                                        2 minggu lagi baru duduk quaters, buat masa sekarang ni masih berulang alik dari Batu Berendam ke tempat kerja baru, agak jauh gak, 25 minit perjalanan dengan motor baru..

                                        klik sini untuk lebih mengetahui mengenai MRSM Terendak

                                          Sunday, May 07, 2006

                                          memori students kolej

                                            memori di kolej pastinya tak kan di lupa sampai bila2... jika berpisah jangan cakap "selamat tinggal", tapi ucapkanlah "semoga berjumpa lagi"...

                                            buat semua studen2 ustaz, semoga maju jaya dan selamat menghadapi final, all the best ok!!.. pantun orang lama2...

                                            kalau ada sumur diladang................kalau ada jarum yang patah,
                                            boleh saya menumpang mandi,.........jangan disimpan di dalam peti,
                                            kalau ada umur yang panjang,..........kalau ada silap dan salah,
                                            InsyaAllah kita akan berjumpa lagi.....janganlah disimpan di dalam hati.

                                            sampai jumpa !!!
                                            ......

                                            memori P.Islam bersama pelajar2 Automotif 1A - sem 1 2006..memori P.Islam bersama pelajar2 Automotif 1B - sem 1 2006..
                                            memori P.Islam bersama pelajar2 fesyen & pakaian - sem 1 2006..memori P.Islam bersama pelajar2 hotel & katering - sem 1 2006..
                                            memori P.Islam bersama pelajar2 eletrik 1A - sem 1 2006..memori P.Islam bersama pelajar2 eletrik 1B - sem 1 2006..
                                            memori P.Moral bersama pelajar2 sem 1 2006..memori Pembangunan Diri bersama pelajar2 Automotif 2C - sem 2 2006..
                                            memori Pembangunan Diri bersama pelajar2 Hotel & Katering 2B - sem 2 2006..memori Pembangunan Diri bersama pelajar2 Eletrik 2A - sem 2 2006..

                                              Saturday, May 06, 2006

                                              mas & mariam

                                                pagi tadi datang opis jap sebab nak siapkan markah students2, ni adalah tugasan terakhir yang tak siap semalam....

                                                walaupun dah berhenti tapi masih ke kolej, macam tak logik jer kan... tengahari Mastura dengan Mariam ajak keluar makan kat KFC, dia orang nak belanja, untung la macam ni..

                                                Si Mastura dengan Mariam ni rakan setugas yang saing masa mula2 masuk kerja dulu. cuma Mastura ajar Matematik, Mariam plak ajar Sains.. walaupun lain bidang tapi kita orang boleh buat kerja sama2...

                                                ok la Mas dan Mariam, terima kasih bebanyak sebab belanja tadi, lain kali belanja la lagi, hehehe. dia orang suruh jemput kalau kawin nanti, InsyaAllah, hahaha tapi lama lagi laaa....
                                                ...

                                                  Friday, May 05, 2006

                                                  last day di kolej

                                                    hari ni adalah hari terakhir bertugas di Kolej Komuniti Bukit Beruang, tiada lain perasaan yang dirasakan selain sedih dan terharu...

                                                    sedih sebab nak tinggalkan kolej dan terharu sebab pensyarah2 kat situ buat majlis ringkas ( kat pantry room di opis ) sempena perpisahan ini... walaupun dia orang cuma sediakan kek je, tapi majlis tu tetap bermakna. Siap suruh bagi ucapan lagi, tak tau nak cakap apa sebenarnya laaa.....


                                                    lepas semua aminkan doa yang dibaca, kita orang pun makan kek.. Semoga ukhwah yang terbina kekal abadi selamanya....amin


                                                    ribuan teima kasih kepada semua... tu jer lah yg mampu diucapkan..semua pensyarah mengaminkan doa yang dibaca..
                                                    memotong kek perpisahan.....kak nani dan kak nana yg tolong bahagi2kan kek...

                                                      Thursday, May 04, 2006

                                                      geramnya...

                                                        geramnya budak2 ni (segelintir jer la, tak semua), dah hari last baru terhegeh2 nak hantar laporan kem.. padahal bagi masa dah tiga minggu.. geram betul, geram tapi sayang, hehehe..

                                                        bukannya apa, menyusahkan nak kira markah, ustaz ni dah nak pindah, kang tak pasal2 kena datang kolej balik untuk siapkan kerja... kalau tanak terima hasil kerja yg budak2 ni buat kesian la pulak, tak sampai hati...

                                                        herghhhhhhh (bunyi keluhan yang agak panjang sebab mesih menanda laporan student, walhal esok last day kat sini...)
                                                        ...

                                                          Tuesday, May 02, 2006

                                                          sibuknya rasa

                                                            minggu ni rasa macam sibuk jer... mana taknya, kena habiskan semua syllabus (sukatan) pelajaran dan dalam masa yang sama kena buat amali untuk subjek Pendidikan Islam dan kena update FRP...

                                                            tapi Alhamdulillah, semuanya hampir beres.. adalah dua tiga kerja tak beres lagi, (tapi sebenarnya banyak lagi laaaa..) mudah2an semua kerja dapat di settlekan sebelum tamat perkhidmatan pada 6hb ni.. doakan lah yer..


                                                            budak2 semua mesti dah gembira sebab ustaz diaorang ni nak pindah, minggu depan dah takda kelas la jawabnya kalau pensyarah yang nak ganti tak sampai lagi.. enjoy sakan la budak2 ni semua.. korang kena ingat, final dah dekat!!!

                                                            terharu sebab dah ada budak2 yang bagi hadiah.. bukan hadiah yang diharapkan, tapi kalau ada lagi la baik, hehehe.. yang penting korang kena berjaya cemerlang final nanti ok..
                                                            ...

                                                              Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...