Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, August 30, 2011

majlis aqiqah Ulfah Aliya



    BismiLLah...
    AlhamduliLLah hari ni umur Aliya dah genap 40 hari... dan petang tadi kami adakan Majlis Aqiqah untuk baby comel ni...

    doakan Aliya jadi anak yang solehah, mendengar kata, baik akhlaknya dan berjaya dalam hidupnya dunia dan akhirat...

    terima kaseh pada semua yg hadir ke majlis tadi...


    "sebuah keluarga bahagia, ayah, ummi dan baby comel, hehe.."


    "keluarga dari belah ayah Aliya.. tengok, opah pun ada tu....."


    "Kak Dib yg lama teringin nak ada baby girl... teruskan usaha Kak Dib, hehe..."


    "Untie Nani, Untie Sidah dan Uncle Daus yg datang agak lewat...."

    Seorang datang kepada Nabi Saw dan bertanya, " Ya Rasulullah, apa hak anakku ini?" Nabi Saw menjawab, "Memberinya nama yang baik, mendidik adab yang baik, dan memberinya kedudukan yang baik (dalam hatirnu)." (HR. Aththusi).

      Monday, August 29, 2011

      kambing putih untuk Ulfah Aliya

        BismiLLah...
        hari ni ayah bawa Aliya dan ummi gi tengok kambing kat kandang, kambing putih ni Aliya punya tau, ummi nk mintak pakcik ni masakkan untuk majlis aqiqah Aliya nanti...

        Ummi Kurz al-Ka‘biyyah brkata, maksudnya: "Aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan anak perempuan seekor kambing." (Hadis riwayat Abu Daud)


        "embeeekkk, ni Aliya punya kambing..."


        "kambing putih dah kena ikat....."


        "aqiqah sebagai tanda sukur kelahiran Aliya.."


        "mcm mana nak tengok kambing kalau tidur macam ni.."

          Sunday, August 28, 2011

          Lawatan Naqib & Naqibah (Nasi Arab Damsyik Senawang)

            BismiLLah...
            Dari Muzium Kesenian Islam, kami singgah makan dan mengerjakan solat jamak di Masjid Besi Putrajaya... selesai solat, sempat juga kami ke Alamanda pusing2 kat situ..

            dan paling best, masa on the way pulang ke maktab, kami singgah dinner di Restoran Nasi Arab Damsyik kat Senawang.. memang sedap banget nasi arab kat sini, mengembalikan nostalgia masa ada kat bumi Jordan dulu..

            sapa2 yg memag teringin makan nasi arab dengan kepuasan sebenar, jangan lupa singah Senawang dan cari restoran ni ok.. terima kaseh dan tahniah buat Ust Zaid kerana anjurkan rehlah ilmiah ni....


            "berkenangan di depan Masjid Besi."


            "para naqib dah tak sabar nak nikmati kesedapan nasi arab.."


            "kami beempat oder lauk ayam dan kambing.. ada berani ??."


            "bukan main berselera lagi orang tu makan.."


            "para naqibah seronok di belanja makan nasi arab."

              Saturday, August 27, 2011

              Lawatan Naqib & Naqibah (Muzium Kesenian Islam)



                BismiLLah..
                hari ni kami pusing2 KL dengan para naqib & naqibah, dia orang ni semua dah nak pass batton pada adik2 perintis yang baru.. ini sebagai tanda terima kasih kerana bantu Unit Agama menggerakkan usrah kat maktab kita..

                sebenarnya tak terbalas jasa korang semua, ALLah jualah yg membalasya..

                Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman: “Apabila hamba-Ku merencanakan sesuatu kebaikan, tetapi tiada dikejakannya, Aku catitkan baginya satu kebajikan. Jika terus dikerjakannya, Aku catitkan baginya sepuluh kebajikan, berganda pula kepada tujuh ratus kali..."(Riwayat Bukhari dan Muslim)


                "kami berlima sama2 turun KL.. ni kat Muzium Kesenian Islam."


                "rindu rasanya nak ke Masjid Nabawi lagi..."


                "sempat tengok rakaman tazkirah ramadhan Bank Muamalat utk Buletin Utama TV3."


                "lepak kejap, dah letih round muzium ni..."


                "mana kita nak pergi lepas ni ustaz ???."

                  Saturday, August 13, 2011

                  Malam Harapan Untukmu Gaza bersama UNIC (siri 2)

                    BismiLLah..
                    terima kasih dan tahniah kami ucapkan kepada semua yg menjayakan konsert julung kali bersama UNIC ni... Mudah2an konsert ni menjadi permulaan untuk kita terus hulurkan bantuan ke bumi Gaza..

                    apakata tahun depan kita bawa Maher Zain plak ke Terendak... hehe..


                    "BWP sebagai Jawatankuasa induk konsert.."


                    "kami berkenangan bersama UNIC dan HALUAN Palestin.."


                    "kami bertiga pun peminat UNIC juga.."


                    "para peminat nak mintak autograf dari UNIC..."


                    "siapa paling hensem antara kami.. hehe."

                      Friday, August 12, 2011

                      Malam Harapan Untukmu Gaza bersama UNIC (siri 1)



                        BismiLLah..
                        Dah 5 tahun bekerja di MRSM Terendak, akhirnya tercapai juga hajat untuk buat konsert di Dewan Budiman, buat pertama kalinya kami jemput UNIC datang buat persembahan di bumi Terendak...

                        selain berhibur, kutipan jualan tiket kami salurkan untuk saudara2 di Bumi Gaza melalui HALUAN palestin.. AlhamduliLLah, kami berjaya mengutip RM 1600.oo untuk Gaza..


                        "Minul & Fitri, MC malam ni bersama UNIC.."


                        "persembahan dari UNIC yang dinantikan pelajar."


                        "UNIC nak bagi hadiah pada pelajar..."


                        "Kutipan untuk Gaza RM1600.00 melalui HALUAN Palestin."

                          Wednesday, August 10, 2011

                          Makan Malam Terima Kaseh Warden

                            BismiLLah..
                            Malam ni kami warden2 berkumpul di Medan Ikan Bakar Alai untuk majlis makan malam meraikan geng2 yg nak pindah iaitu Azizul dan Faizal..

                            Seronok bila sesekali berkumpul dan makan2 macam ni, apatah lagi bila makan free kan... hehe.. tahniah buat Ust Tajul Aarif sebab naik jadi Ketua Warden baru menggantikan Cikgu Irawan..


                            "bersama2 menikmati makan malam best...."


                            "mantan ketua warden, Cikgu Irawan...."


                            "aikk.. adik manis ni pun ada...."

                              Sunday, August 07, 2011

                              amali ibadah haji...

                                BismiLLah..
                                salah satu aktiviti yg Unit Agama anjurkan untuk Minggu Aktiviti Sem 2 ni ialah "Program Amali Ibadah Haji".. program dengan kerjesama Tabung Haji Masjid Tanah ni berjalan lancar, AlhamduliLLah....

                                dan seronoknya amali haji tahun ni, kami jemput brother2 dari Angkatan Tentera untuk join sekali.. mudah2an program ni menjadi memori indah pada budak2 ni, dan dijadikan pengalaman bermakna utk menjalani ibadah haji atau umrah sebenar nanti...


                                "pelajar2 dah siap memakai ihram utk praktikal haji...."


                                "mengutip batu di Muzdalifah utk melontar jamrah...."


                                "pelajar2 mengelilingi replika ka'bah kat padang...."


                                "sebahagian anggota Angkatan Tentera yang sama2 bertawaf...."


                                "bersai'e dari Bukit Safa kat hujung padang menuju Marwa...."


                                "orang2 kuat Amali Haji... geng2 ustat......"

                                  Saturday, August 06, 2011

                                  nikmat durian dusun damai



                                    BismiLLah..
                                    lepas Ijam tengok baby Aliya, kami berdua pergi ke Dusun Damai nak cari durian.. AlhamduliLLah, rezqi nak puasa, kami dapat nikmati macam2 jenis durian kat dusun ni...

                                    Musang king atau disebut "raja kunyit" paling best, warna kuning dengan isi yg tebal... maverlessss tak hengat !!!!.. lepas tu, pakcik dusun ni belahkan kami durian dr jenisD24, 88, I0I, raja udang, semuanya sedaaaaaapppp !!....


                                    "tengah menikmati durian musang king....."


                                    "memang pantang jumpa buah durian.."


                                    "Ijam pun pencinta durian gak sebenarnya...."

                                      Wednesday, August 03, 2011

                                      uncle Ijam jumpa baby Aliya

                                        BismiLLah..
                                        petang tadi uncle Ijam datang jumpa baby Ulfah Aliya.. "terima kaseh uncle Ijam bawak kan hadiah utk saya" kata Aliya dengan happy... hehe

                                        Aliya dan famili selalu tunggu kad kawen uncle Ijam... cepat2 la yer....


                                        "bersama uncle Ijam..."


                                        "dah layak sangat tu Jam... kea cepat2 kawen tu..."

                                          Tuesday, August 02, 2011

                                          kem kecemerlangan PMR 2011

                                            BismiLLah..
                                            hujung minggu ni kami dengan anak2 tingkatan 3 yg nak amik PMR tahun ni berkhemah kat Kem Anjung Tasik, Durian Tunggal, Melaka...klik sini

                                            Kem dua hari ni, nak bagi motivasi pada calon2 PMR tahun ni biar lebih terus bersemangat nak amik exam yg tinggal beberapa hari jer lagi... caiyok !!! lagi gambar kat sini


                                            "ni macam cikgu2 yg lagi bersemangat jer..."


                                            "peserta masa pendaftaran.. terima kaseh abang2 fesy !!..."


                                            "bergambar sebelum mandi.. jangan terjun tasik tu ok !!."


                                            "suasana tasik kat sini memang best....."


                                            "kalau dapat baling joran ni mesti seronok kan Jal......"

                                              Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...