Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, November 30, 2009

cuti2 Bali : [siri 7] Bali in memori

    BismiLLah..
    sebelum kami berangkat pulang, sempat juga berendam membuang daki2 Bali kat kolam renang hotel ni, pastinya percutian kali ni adalah percutian yang tak kan dilupakan..

    sebelum mengakhiri siri cuti2 Bali ni, nak citer pengalaman masa sampai di LCCT.. masa pergi hari tu En hata yg hantar ke LCCT sbb kereta kami parking kat Kolej Mara Banting.. tapi masa balik takda sapa nak ambik sbb maseng2 dah kat kampung nak beraya korban..

    akhirnya kami bertekad utk naik bas, sbb teksi mahal yang amat.. rupanya ada bus stand kat bawah KLIA tu, baru lah kami tahu.. dgn hya RM4.00 seorang, kami dapat sampai ke Kolej Mara Banting dengan selamat..


    "bermandi manda di kolam renang hotel"


    "kan best kalau belakang rumah ada kolam camni"


    "terbang pulang meninggalkan Bali"

      Sunday, November 29, 2009

      cuti2 Bali : [siri 6] Sejadah di bumi Bali

        BismiLLah..
        adakah anda tahu betapa susahnya utk mencari tempat solat di Bali? kalau di Msia, kemana ceruk pasti akan jumpa Masjid, surau dan paleng kurang ada tempat solat di Petronas.. tapi di Bali anda tak kan juma semua ni, banyaknya pura (kuil) sama macam banyaknya masjid di M'sia..

        di Pertamina (stesen minyak) lagilah takda tempat solat, dan semalam masa bersama Mr Dana, kami hamper saja bersembahyang di kaki lima.. AlhamduliLLah semasa di Tanah Lot, ada disediakan ruangan kecil utk solat.. jika anda ingin berjalan seharian di Bali, bawalah tikar kecil dan kompas utk persediaan awal mendirikan tanggungjawab menjamakkan solat..



        kami bertekad, di hari terakhir ni, kami nak cari Masjid yg ada kat Bali ni.. dan hari ni kami sewa motor jer, dgn berpandukan pada peta dan keramahan bertanya sebagai modal, akhirnya setelah berpusing2 dan sesat barat, kami menemui Musolla yg juga masjid di kawasan Marlboro..

        mengikut jemaah yg bersolat di situ, ia dinamakan musolla sbb semasa dibangunkan sebagai masjid, banyak tentangan dan halangan.. namun saiz musolla ini besar bagaikan masjid malahan solat jumaat juga didirikan di sini..

        kami terus berpleseran dengan motor ke Sanur, dan di sini kami jumpa sebuah lagi Masjid iaitu masjid al-Ihsaan.. dan ketika itu jemaah masjid sedang sibuk menguruskan ternakan kurban disebelah masjid..


        "ni la motor yg kami sewa utk ronda2 Bali"


        "dari lensa di sekitar musolla dan masjid"

        dari Sanur kami terus berjalan ke Nusa Dua utk melihat kawasan VVIP pelancung, mmg hebat tempat tu.. hebat pemandangannya kan Ust Sharil. kalau tiada keperluan, rasanya tak perlulah anda ke Nusa Dua ni... seketika hilangkan dahaga dgn ess kelapa, dan skrg jom kita balik ke Jayakrta Hotel.. tuan motor ni mesti dah ternanti2..


        "cantek sungguh pantai di Nusa Dua ni kan"


        "agak2 apa la ada kat dlm club ni ye?"


        "ess kelapa yg menyegarkan"


        "merempit di jalanan Bali"


        "selamat tiba di hadapan hotel"

          Saturday, November 28, 2009

          cuti2 Bali: [siri 5] phenomena Bali

            BismiLLah..
            Mr Dana ni adalah seorang hindu, kami banyak bertukar2 maklumat mengenai bahasa, budaya, tradisi dan juga agama.. bila kami cakap yg lelaki muslim perlu berkhatan @ potong.. Mr Dana kata, di Bali lelaki tidak bisa potong itunya, yang dipotong adalah gigi atasnya.. sbb tu gigi lelaki Bali semuanya rata..

            sementara kami selidiki apakah pekdahnya memotong gigi? ada ker gigi.. kita teruskan lagi perjalanan ke destinasi seterusnya yer.. jom...

            DESTINASI 5: GUNUNG BERAPI KINTAMANI
            dengan udaranya yg sejuk dan menyegarkan, pasti selera utk makan siang di puncak gunung ni.. berhadapan dgn pemandangan gunung berapi yg masih aktif dan Danau Batur sememangnya sungguh mempersonakan...


            "nak makan siang di puncak Kintamani"


            "berlatarbelakang kan gunung berapi dan danau indah"


            "bersama Mr Dana yg rata gigi depannya.."

            DESTINASI 6: SRI BATU
            Sri Batu maseh lagi berada di kawasan pergunungan Kintamani, cuacanya yg nyaman menjadikan kawasan ini subur. di sini terdapatnya perkebunan kopi dan rempah ratus Bali.. kami berhenti utk menikmati Luwak Kopi. Luwak bermakud musang..

            mereka membela luwak dan buah kopi segar menjadi hidangannya.. najis yg dihasilkan berupa buah kopi yg siap diproses, kemudian dikeringkan, dibersihkan, digoreng dan terhasillah luwak kopi.. Ust Shahril tak lalu nak minum sbb terbayang2 katanya.. hehe.. memang kowwww !!!


            "proses menggoreng biji kopi yg keluar dari luwak"


            "terhasil lah luwak kopi yg betul2 kawww.."


            "silakan mas, diminum luwak kopinya.."

            DESTINASI 7: TANAH LOT
            Tanah Lot merupakan destinasi terakhir kami hari ni, di sinilah terletaknya pura yg terletak di atas bongkahan batu karang tepi samudera, senang cakapnya "kuil terapung"... pemandangan laut kat sini memang cantek banget, lagi2 dekat nak maghrib ni..


            "di batu perasmian Tanah Lot"


            "belakang kami tu lah terletaknya pura terapung"


            "pemandangan lautnya cantek kan"


            "indahnya ciptaan Ilahi. takbir !!"

              Friday, November 27, 2009

              cuti2 Bali : [siri 4] asyiknya pulau Bali

                BismiLLah..
                terbit je matahari hari ke-dua, kami terus keluar hotel untuk mencari kereta sewa dan tourist guard.. di depan hotel kami bertemu dgn Mr Dana dan kereta avanzanya yg sanggup membawa kami berjalan selama 14 jam dgn bayaran yg cukup berpatutan..

                DESTINASI 1: PASAR SENI SUKAWATI
                Sukawati adalah sebuah pasar utk membeli pelbagai cenderamata kenang2an.. ingat, kena pandai tawar menawar mcm Ust Sharil.. dia menawar sampai orang kedai tu menangis.. hehe.. banyak jer tempat jual cenderamata kat Bali ni, tp dari pengalaman kami, di pasar seni ni lah yg paling murah..


                "bersama pakar tawar menawar Syeh Sharil di Sukawati"


                "nampak tak patung2 tu, ini pemandangan biasa di Bali"

                DESTINASI 2: BATUBULAN
                di Batubulan kita akan melihat persembahan tarian barongan dan keris mengikut kepercayaan hindu masyarakat Bali.. mcm karut jer, tp inilah tradisi yg menjadi keagungan di Bali..


                "benda berbulu tebal tu lah yg dipanggil barongan"

                DESTINASI 3: UBUD
                ubud ni plak adalah kawasan yg dipenuhi dgn hasil kerja kerajinan penduduk Bali.. kat sini ada Desa Dewa Putu yg menempatkan hasil art & design, ada Desa Celuk yg menghasilkan barangan emas dan perak, dan ada juga desa2 yg mengeluarkan produk ukiran kayu dan batu..


                "melihat sendiri barangan perak sedang dihasilkan"


                "Ust Sharil setelah berjaya menawar cincin perak tulen, hebattt"


                "di hadapan pusat kerajinan art & desgn"

                DESTINASI 4: TEGALALANG
                cantik sungguh pemandangan terasering sawah padi bukit kat Tegalalang ni.. berhati2 sbb ramai penjual jalanan menjual barangan kat sini, jangan termakan pujuk rayu diaorang yer.. tp kalau nak beli juga, jangan lupa utk menawar harga..


                "terpesona dgn keindahan sawah padi bukit"


                "amat cantik kan.."

                bersambung di siri 5.. nantikan..

                  Thursday, November 26, 2009

                  cuti2 Bali : [siri 3] nasi goreng Bali

                    BismiLLah..
                    walaupun penduduk Bali ni ramai yang hindu, tapi rupa paras dia orang ni tak tumpah macam orang indonesia yg selalu kita jumpa, jadi susah nak bezakan agama melalui paras rupa..

                    nak cari makanan halal adalah salah satu lagi perkara yg perlu dipikirkan.. kat restoran yg ada tulis "halal food" pun ada jual bir dan arak dalam peti ais minuman mereka. restoran nasi padang yg ada frame tulisan ayat Quran kat dinding pun sama 2 X 5 juga..



                    jadi jangan malu untuk bertanya mengenai status makanan yg hendak dipesan.. malu bertanya sesat jalan.. ingat, "mencari yang halal itu fardhu bagi setiap mukmin" mcm iklan ubat gigi mukmin la plak..

                    kalau di M'sia kita boleh nampak makcik2 jual ayam golek kat tepi jalan, jangan pelik bila sampai sini, jumpa makcik2 Bali kat tepi jalan jual "babi guling".. hoho...


                    "ni la rupa nasi goreng Bali + satay lilit"


                    "satay ayam dan kuah kacang ala Bali"


                    "makan siang di restoran asi padang"

                      Wednesday, November 25, 2009

                      cuti2 Bali : [siri 2] pantai Bali memang cantek


                        "di pantai Kuta... salah satu pantai popular di Bali"

                        BismiLLah..
                        memang kalau sebut Bali jer, pasti semua terbayang pantainya yg cantek kan.. mmg betul, malahan apa yg didengar mengenai apa yg ada di pantai juga benar.. lalala !! tapi jangan silap, Bali bukannya hanya ada pantai.. banyak jer tempat menarik yg kita boleh pergi..

                        majoriti penduduknya pula beragama hindu, hanya lebeh kurang 0.01% sahaja yg muslim.. fakta ni dari Mr Dana, siapa Mr Dana? tengok iklan kat tepi tu.. jadi tak pelik jika di setiap ceruk Bali pasti ada patung hiasan, mcm2 bentuk dan rupanya..

                        Jam di Bali sama macam Kuala Lumpur, cuma lambat 10 minit.. jangan lupa kalau ke Bali, cari dulu waku solat tempatan, biar tak tertanya2 mcm kami, tanya orang kat situ manalah diaorang tahu, kan ramai hindu... naseb baik tahu website utk cari waktu solat.. klik sini.

                        tak dengar azan ker? nnti kami sambung citer lagi.. tengok la dulu gambar2 pantai kat bwh nie..


                        "seronok kan kalau dapat meluncr mcm tu.."


                        "masa untuk berjemur.. hitam la kulit mcm nie"


                        "pantai Kuta ni kat belakang hotel kami jer pun"

                          Tuesday, November 24, 2009

                          cuti2 Bali : [siri 1] gaya kami, bercuti ke Pulau Bali


                            "siap sedia berlepas ke Ngurah Rai, Bali"

                            BismiLLAh..Rasa macam tak caya jer masa nak naik pesawat Air Asia dari LCCT ke Ngurai Rai Airport, Bali Indonesia..

                            perjalanan lebih kurang 2 jam 40 minit ni merupakan muqaddimah percutian kami kali ni, he2.. walaupun kami berdua tak ambik mana2 pakej pelancongan, tapi kami memberanikan diri untuk belajar melancong dengan gaya kami sendiri. boley? ayat tak boleh blah kan..

                            tiket Air Asia ke Bali pergi balik = RM 225.00 seorang
                            Hotel (lengkap mcm rumah) utk 3 hari 2 malam = RM 450.00

                            Percutian bajet ni tambah seronok bila dalam poket ada nilai duit yang besar, berjuta2.. tapi jutaan rupiah la, kalau RM, dah kayo pakcik ni !!, hehe...

                            insyaALLah dalam beberapa siri post berkaitan cuti2 Bali ni, kami akan cuba ceritakan pengalaman yg kami lalui sepanjang di Bali, tunggu yer..


                            "suasana dalam hotel kami ada dapur n ruang tamu"


                            "siap ada set sofa lagi.. klass gitu"


                            "bergambar kat depan Jayakarta Bali Hotel"


                            "belakang tu bilik hotel tmpt kami meginap"

                              Monday, November 23, 2009

                              Hari Quality di bilik seminar

                                BismiLLah..
                                pagi tadi sempat lagi untuk ke Majlis Hari Qualiti tahun ni, walaupun kena berkejar ke LCCT sbb fligt pukul 5 petang.. nak ke mana? tunggu post akan datang yer..

                                seperti biasa, anugerah yang diterima setiap tahun ialah "anuerah tiada cuti sakit".. orang sehat la katakan.. agak kesal siket tahun ni sbb majlis buat kat dalam maktab jer..

                                Majlis ni bukan tiap2 bulan, setahun sekali, apa lah salahnya raikan kat tempat best sikit, cam kat hotel ker.. harap2 ada la mana2 pehak pengurusan maktab baca keluhan ni.. rasanya tiap orang harapkan benda yg sama, nasib ko la labu..

                                petikan dari kata2 Dr HM Tuah Iskandar al-haj: "hati seseorang yang bodoh terletak di mulutnya, tapi mulut seseorang yang bijak terletak di hatinya"


                                "bersama otai unit agama.. Ust Wahab"


                                "bersama Pejal dan Azari di meja paleng belakang"

                                  Saturday, November 21, 2009

                                  semoga kita berjumpa lagi



                                    BismiLLah..
                                    semenjak ust lapor diri di Terendak, ust dah mula bersama korang dalam kelas PAI, masa tu korang baru form 2, maseh hingusan lagi.. sampai la sekarang ni dah besar dan dah pun jadi bujang..

                                    sampai saatnya kaki perlu melangkah pergi.. tinggalkan kami di Terendak ni, sbb langkah itulah mulanya satu lagi kehidupan yang lebeh hebat utk ditempuhi.. Good luck ust ucapkan kpd semua calon2 SPM 09, ust yakin semua mampu berjaya dgn cemerlang..

                                    korang bukan sekadar student ust kat sini, tapi korang juga kawan2 ust, keluarga ust dan warna warni ust di terendak ni.. sampai jumpa lagi !!.

                                      Tuesday, November 17, 2009

                                      jumpa Ijam di A-Famosa Resort

                                        BismiLLah..
                                        dalam kesibukan pelbagai program kat maktab ni, mlm tadi sempat jugak luangkan masa ke A-Famosa resort, tempat Zainizam Hassan dan konco2nya menghabiskan duit kerajaan.. ntah apa dibuatnya kat situ, katanya kursus.. caya jer lah cakap YB nie...

                                        sory la Jam, tak sempat aku nak bawak ko gi jalan2 kat Melaka kali nie, masa yg ada terlalu terhad.. lain kali ko datang lagi yer, nnti kita boleh round satu Melaka ni.. dapat jumpa mcm ni pun dah rasa seronok sangat kan..

                                        trimas utk Syeh Shahril dan Syeh Zaid yg sudi temankan ana ke A-Famosa tu mlm2 mcm ni, kalau gi sorang2 takut gak sbb jalan dari masjid tanah tu sunyi sikit...


                                        "bersama YB Zainizam Hasan.. he2"

                                          Friday, November 13, 2009

                                          annual dinner form 5



                                            BismiLLah..
                                            Malam ni giliran Form 5 plak wat jamuan annual dinner, sbb minggu depan dah start SPM, tak mahu kacau waktu exam..

                                            tp mood mlm ni lain mcm sikit, tak tahu apahal.. tak mcm masa dgn form 3 hari tuh.. maybe sbb suasana jamuan ni hampir sama kot.. tp ttp gak meriah...

                                            rezqi tak baik ditolak.. jom makan !! Dari Abu Hurairah R.A dia berkata: Rasulullah S.A.W bersabda : mafhumnya: "Allah berfirman: Wahai orang-orang yang beriman, makanlah yang baik-baik dari apa yang Kami rizkikan kepada kalian." [riwayat muslim]


                                            "lepas kenyang makan"


                                            "Cikgu Sabariah dan anak2 bujangnya"


                                            "post istimewa.. homeroom ust Azari"


                                            "Jijie dan kawan2.. gaya anak org asli, hehe"



                                            "ok, posing cepat!! nnti ust letak dlm blog !!"



                                            "kawan lama, amir n patol"


                                            "salah satu persembahan mlm ni, nasyeed dari VOTE"

                                              Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...