Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, March 31, 2007

ke konsert Malam Sinar Maulidurrasul

    malam tadi kami sebahagian warga maktab telah ke konsert Malam Sinar Maulidurrasul di MMU Kampus Melaka.. dapat la tengok kumpulan NowseeHeart, Firdaus, FarEast dan DJ Irwan dari IKIM.fm, tapi kesian kat kami sebab tak sempat nak tengok persembahan Wahidah, driver bas dah bising ajak balik, kecoh betul ar pakcik driver ni...


    "persembahan dari kumpulan Far East"

    Masa kat konsert tu sempat berkenalan dengan Ustaz Zaidi dari MRSM TGB. bagus dia ni, walau baru mula kerja dengan MARA tapi banyak pengalaman dia ada, seronok la dapat kenal dengan ustaz ni..

    konsert ni ok la, tapi pengurusan perlu ditegur sikit la sbb pengurusan masa agak lemah, dalam tentatif mula pukul 8.30mlm, tapi dah pukul 9.15 tak mula2 lagi, MC banyak membebel dan syok sendiri lengahkan masa sbb nak tunggu VIP..

    ni konsert la, bukan persembahan amal, tak yah la tunggu diaorang tu sebab kami ni dah bayar tiket, hangin jer rasa... hangin gak kat pakcik bas yang tak leh nak tunggu kejap jer lagi sampai habis konsert, dia kata: "dah lambat ni, cikgu kena keluar gak dari dewan tu sekarang jugak!!"... sepatutnya cikgu ikut cakap driver ker, atau driver yang kena ikut permintaan cikgu?? cuba jawab....





      Friday, March 30, 2007

      Minggu Aktiviti Sem 1 - 2007

        sepanjang minggu ni kelas takda, maktab sedang mengadakan minggu aktiviti untuk pelajar2 ni menjalankan pelbagai jenis aktiviti... dan antara aktiviti2 yg berlangsung sepanjang minggu ni ialah Hari Tamat Latihan, Malam Rentak budaya, Pesta Type III, Sukaneka, dan macam2 lagi sampai tak larat nak sebut kat sini..

        dan cikgu2 la paling gembira, bila budak2 yang kendalikan buat aktiviti, kita cikgu2 ni cuma pantau jer la.. budak2 ni sebenarnya masing2 kreatif, bila diberi peluang macam ni baru lah kita tahu dia orang ni sebenarnya boleh mengendalikan satu2 program, boleh mengorganisasi, dan kritis dengan idea yang baru...

        kat bawah ni ada la beberapa gambar yg sempat diambil sepanjang minggu aktiviti sem 1 ni berlangsung.....



        "cikgu2 di Majlis perasmian"


        "di pameran pojek SEM"


        "dgn sebahagian pelajar di pameran SEM"

          Sunday, March 25, 2007

          anak sedara baru - Nur Siti Fatimah

            Alhamdulillah, bertambah lagi anak sedara.. abang Zaki baru dapat seorang lagi cahaya mata, baby girl yang diberi nama Nur Siti Fatimah...

            hujung minggu hari tu sempat ke johor baharu dengan mak dan nenek sebab mak nak tengok cucu baru dia ni... biasa la, baby kalau baru lahir muka sepeten jer kan, belum nampak iras wajahnya.. ingat bila dah sampai JB ni nak jumpa si Sahrin ataupun Ijam, tapi masing2 ada kerja, orang sibuk la katakan, takpa laa, lain kali kita jumpa yer...

            masa on the way balik ke kampung semula, singgah pontian tengok Adik Indah yang sekarang ni belajar kat Maahad Pontian.. masa ada kat situ, dapat jumpa Ustaz Turijan, ustaz yang pernah mengajar masa zaman belajar kat maahad ni dulu, sekitar tahun 1997-2000. pastinya memori yang akan kekal abadi.....




            "anak sedara baru, Nur Siti Fatmah"


            "mak happy dgn cucu barunya"

              minggu jiwang - edisi 2

                minggu jiwang - edisi 2

                kalau sesapa perasan, setiap kali tibanya bulan Mac, aspirasiku akan meraikan satu minggu yg penuh istimewa, kami gelarkan ianya "minggu jiwang" hehehe.. harap jangan jeles ok..

                dan minggu ni, edisi kedua kembali dengan harapan kehidupan yang mendatang akan sentiasa dirahmati dengan haruman bunga2 cinta yang kembang menghiasi taman... pi weet...

                gambar merah kat atas ni adalah gambar masa minggu jiwang edisi pertama tahun lalu, klik untuk view post lalu...

                  Tuesday, March 20, 2007

                  jakarta & bandung Indonesia [siri 3]

                    17hb Mac 2007
                    hari ni merupakan hari untuk bershoping, macam biasa la macam2 tempat shoping dilawatnya, memang agak murah la kat sini, tapi beratus-ratus ribu gak habis, bukan ringgit, tapi rupiah, hehehe... sampai malam kami shoping, gila betul, lepas tu balik hotel nak packing barang, nasib baik beg berat tak lebih 15KG lagi, kira memadai la ni kan...

                    18hb Mac 2007
                    bergerak ke Jakarta untuk berangkat pulang ke Malaysia jam 3 ptg, sebelum tu sempat lagi cari makan di kota penuh sesak Jakarta..

                    Bapak Ardi, pemandu pelancong kami..bergambar di dataran airport Jakarta..
                    perjalananku masih terlalu jauh..beberapa gambar memori di Indonesia..

                    seseronok mana negara orang, seronok lagi negara sendiri. banyak benda kita dapat bila ke negara luar ni, dan yg pasti kita kena betul2 bersyukur sbb lahir sebagai rakyat Malaysia. Alhamdulillah....

                    pergilah melancong, dan ambil iktibar dari apa yang kita dapat lihat dengan mata hati, Firman Allah dalam surah al-Hajj ayat 46 yang bermaksud: "Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada"...

                      Monday, March 19, 2007

                      jakarta & bandung Indonesia [siri 2]

                        BismiLLah..

                        15hb Mac 2007
                        Lawatan diteruskan ke kampus Pondok Pesantren Darunnajah, walaupun nama dia pondok, tapi tempat ni moden, siap ada makmal komputer, dewan kuliah, perhubungan luar negara menerusi internet, dan sistem pembelajaran yg baik. dan paling menarik, pelajar disini diwajibkan bertutur dalam bahasa arab ataupun inggeris sahaja, jika tidak mereka akan dihukum, dahsyatkan.. tapi benda ni mendatangkan kesan yg sangat baik...

                        lepas tu, kami ke Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia, kalau kat Malaysia, dewan ni sama berperanan macam JAKIM.. tapi kat sana semua banyak berkorban, gaji bukan kerajaan bayar macam kat sini, mereka tepaksa mencari inisiatif untuk mendapatkan sumber kewangan sendiri, kena mujahadah betul ni... dari sana kami terus bergerak ke Bandung, perjalanan selama 3 jam...

                        16hb Mac 2007
                        selepas sarapan kat hotel, kami dibawa untuk melawat kawah gunung berapi yang terletak di Tangkuban Perahu, tapi cuaca agak berkabus, jadinya pandangan tak berapa clear.. lepas tu kami turun untuk mandi air panas yg keluar dari kawah ni, dan dalam perjalaan sempat gak singgah makan jagung bakar kat tepi kebun teh.. petang sebelum balik hotel singgah ke kawasan shoping golongan elit di Bandung ni..

                        ni lah bapak pengarah Dewan Dakwah islamiah Indonesia..di kawah gunung berapi..
                        kenangan bersama deligasi yg lain..dihadapan airport Bandung..

                          Sunday, March 18, 2007

                          jakarta & bandung Indonesia [siri 1]

                            dari 14 sampai 18hb yg lalu, berkesampatan ikut rombongan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Negeri Melaka ke Jakarta dan Bandung, Indonesia.. Seronok juga bila dapat berjalan macam ni, tapi paling tak suka masa kapal terbang nak turun, sakit telinga...

                            14hb Mac 2007
                            menaiki penerbangan Air Asia ke Jakarta jam 9.15pg. lepas tu semua 40 orang deligasi dibawa makan di restoran nasi padang, antara makanan glomour kat Indonesia ni.. petang kami diajak menikmati keindahan Taman Mini Indah Indonesia dan ke Masjid Istiqlal, masjid terbesar di Asia Tenggara..



                            "kenangan di Taman Mini Indonesia Indah kata mereka"


                            "bersama ust Shahrel yg nampak hensem jer"


                            "lawatan rasmi ke Darunnajah"

                              Wednesday, March 14, 2007

                              konvensyen pemikiran hadhari

                                BismiLLah..
                                dah dua hari kat PJ ni, menghadiri Konvensyen Pemikiran Hadhari untuk semua guru2 pendidikan Islam di Institut Pendidikan MARA.. 

                                dapat la jumpa Hazwan dan Azlan yang dah lama tak jumpa... Zihan takda plak, dia tak kena panggil sebab dia guru baru lagi, kerja pun lum ada 3 bulan..

                                Ok gak bila dapat jumpa macam ni, dapat tambah kenalan, pengisian pun kira ok, banyak benda baru kita dapat kat sini ni... tapi paling seronok bab makan ar, maklum la duduk kat hotel, Eastin Hotel, taraf 4 bintang lagi, macam2 makanan ada, sampai tak tahu nak makan apa,



                                "di bilik seminar.. duduk sebaleh Ust Ajis.."



                                "kenangan bersama Ust Hazwan dari MRSM Pontian.."



                                "berjalan2 waktu petang di sekitar hotel.."



                                "dengan Ust Hazwan lagi.. member baik ni.."

                                  Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...