Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, March 27, 2011

bila siren polis berbunyi..



    BismiLLah..
    Lokasi: Masjid Jamek Tanjung Bidara, Melaka

    sempena sambutan Hari Polis Kebangsaan hari ni, mimbar mengajak para jemaahnya untuk bersama2 pihak polis mencegah kemungkaran yang semakin berleluasa hari ini..

    Islam dah lama sentuh isu ni, Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah diubah dengan tangannya, jika tidak berupaya hendaklah diubah dengan lisannya, dan jika tidak berupaya juga hendaklah diubah dengan hatinya dan yang sedemikian itu selemah-lemah iman.” (Hadis riwayat Muslim)


    dimana juga kita berada, tugas berat ni adalah tugas bersama.. bila anak didik kita melakukan kesalahan, ditangkap berkhalwat, tak tutup aurat, menghisap rokok, tak solat berjemaah di surau, datang lambat ke sekolah, janganlah hanya menuding jari ke para ustaz sahaja..

    celik hati dan tanya pada diri sendiri, apa tanggungjawab kita ??

    Firman Allah yang bermaksud: “Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang baik dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.” (Surah Ali-Imran, ayat 110)


      Monday, March 21, 2011

      comelnya Syarah Bte Mohd Shahrin


        "bersama cahaya mata tersayang, Syarah..."

        BismiLLah..
        perjalanan pulang ke Melaka, kami singgah ziarah Sahrin dan keluarganya di Rantau, Negeri Sembilan, kebetulan mereka balik ke kampung... kami datang nak tengok baby girl Sahrin yang comel ni.. Syarah namanya..

        rasanya, semenjak raya tahun lepas kami tak jumpa, AlhamduliLLah dapat ketemu lagi.. semoga ukhwah yg terbina ni kekal sampai bila2 yer Rin... terima kaseh sudi terima kunjungan kami, InsyaALLah panjang umur jumpa lagi..

        selamba ana tanya kat Sahrin sebelum gerak balik tadi: "Rin, bila enta nak ada akaun faebook ni??? "...


        "hey, adik manis dah pandai la dukung baby..hehe.."


        "kami pun dah tak sabar nak ada baby..... !!"

          Sunday, March 20, 2011

          syawarma 3rabie Jalan Bukit Bintang

            BismiLLah..
            Malam ke-tiga kami di KL, nak cari menu yg agak lain dari biasa.. kami sepakat nak nikmati selera padang pasir.. menyusuri Jalan Bukit Bintang, mcm ni rupanya gaya hidup orang KL malam2...

            sampai di sebuah restoran arab, bertanya dgn telo arab yg dah semakin hilang ni, "ammu, fie syawarma 3rabie ??".. AlhamduliLLah, rezqi baby dalam perut, malam ni kami makan syawarma 3rabie yg memang terhibur dan sehidangan nasi mandie kambing..

            hampir 5 tahun tak rasa syawarma... bentuk dia lain sikit dari versi Irbid Jordan, tapi rasa dia memang sama.. rindu utk kembali ke Irbid, memori yang sentiasa segar dalam inagatan...


            "kami berdua jer Melayu dlm restoran malam ni..."


            "syawarma 3rabie.. dah hampir 6 tahun tak makan.."


            "nasi mandie laham (kambing).. sedap tak hengat.. !!"


            "AlhamduliLLah.. dah kenyang makan makanan arab.."

              Saturday, March 19, 2011

              sate Kajang & char kuew teow Wangsa Maju

                BismiLLah..
                sepanjang kami di KL beberapa hari ni, kami amik peluang utk cari tempat makan yang best2.. dan akhirnya kami pilih untuk makan sate kajang Hj Samuri.. kuah kacang dia memang tak leh tahan.. marvellous !!!...

                satu lagi tempat yang kami memang nak pergi sangat, Mali conner di Wangsa Maju.. pekena CharKuew Teow nya yang sangat terhibur.... dah makan, sempat plak adik manis ni bungkus nasi lemak ayam.. serius, sambal dia memang best...

                Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammmad): "Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka? Katakanlah: Dihalalkan bagimu yang baik-baik" (Al-Ma'idah: 4)


                "sate kajang Hj Samuri yg sedap banget.."


                "jom makan dengan kami.."


                "Char Kuew Teow Wangsa Maju yg sememangnya terhibur.."


                "dah tak sabar nak makan.. jom !!"

                  Friday, March 18, 2011

                  berehat di Marriott Putrajaya



                    BismiLLah..
                    kebetulan cuti sekolah sekarang ni, dapat ar berehat di hotel kat Putrajaya.. Puan Rusyi ada training kat PERMATA Bangi, jadi kita tumpang la sekaki.. hehe

                    sebelum check-in hotel, kami sempat ke Majlis kawen Syuk dan Cek Pah di Salak Selatan.. jalan KL memang mati kutu, tapi kehadiran GPS Garmin di Nokia E66 ni amat la membantu..


                    "beramai2 bergambar dengan raja sehari"


                    "bunga2 cinta di Marriott Putrajaya"




                    "posing di loby hotel..."

                    Diriwayatkan oleh Tarmizi Nabi saw bersabda : "Sesiapa sahaja yang bersolat sunat dhuha dengan rutin, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan."

                      Thursday, March 17, 2011

                      sukan tahunan, mansur juara lagi..

                        BismiLLah..
                        dah berminggu kami sibuk di padang, dari ujian tara sampailah ke acara kemuncak hari ni, kejohanan sukan tahunan...

                        Firman Allah ayat bermaksud: “Dialah (Allah ) yang telah menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi serta menghendaki kamu memakmurkannya...” (Surah Hud, ayat 61)

                        ingat, kita bersukan kat atas padang ni lagi lama dari kita bersolat atas sejadah, jadi kena pastikan riadah yg kita buat ni jadi sebahagian daripada ibadah juga yer..


                        "kami teknikal yg serba oren"


                        "acara guru dan staff, 4 X 20 meter... kejang kaki bro.."


                        "PKBM mengetuai acara tabik hormat.."


                        "Mansur juara lagi tahun ni.."


                        "Mozac di tempat ke-dua dengan penuh bangga.."


                        "Mahmud cool di tempat ke-tiga.."


                        "Alau ke-empat.. ok la, merentas desa hari tu dah JUARA kan.."

                          Monday, March 07, 2011

                          cuti2 ke Padang - Bukit Tinggi (siri akhir)

                            BismiLLah..
                            antara pengalaman yg tak leh lupa di percutian ni:
                            1: peraih teksi dan avanza sewa bergaduh kat airport.. depan mata kami..
                            2: dapat naik angkut2 di Bukit Tinggi..
                            3: menikmati jagung bakar yang pedas.. kalau kat m'sia kan manis..
                            4: bilik hotel tanpa kipas dan aircond di Bukit Tinggi, tapi sejukkkk...

                            Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W. bersabda, "Lihatlah kepada orang yang lebih bawah daripada kamu, dan janganlah kamu melihat orang yang lebih tinggi daripada kamu; ianya lebih wajar, agar kamu tidak memperkecilkan nikmat Allah " (HR Muslim)

                            dan pengalaman yg memang tak leh lupa adalah kena Diarea sejurus sampai ke M'sia.. dan terpaksa amik cuti MC.. tak dapat la anugerah "tanpa cuti sakit" tahun ni.. huhua


                            "makanan kat sini mesti dihidangkan bersama keropok"


                            "menikmati jagung bakar pedas & pisang bakar kat atas jambatan"


                            "ni la rupa pisang bakar, di penyekkan + sari kelapa + coklat urai + susu + chese.. sedapppp!!."


                            "sedia utk berlepas pulang"


                            "Padang & Bukit Tinggi kekal dlm memori"

                              Sunday, March 06, 2011

                              cuti2 ke Padang - Bukit Tinggi (siri 2)

                                BismiLLah..
                                percutian budget tak banyak belanja, cuma kena bijak tawar menawar jika ke Padang & Bukit Tinggi ni..

                                400k rupiah - avanza dari airport ke Bukit Tinggi + jalan2 sampai sore..
                                100k rupiah - sewa hotel (hotel d'enam).. duit M"sia dalam RM 35 je..
                                320k rupiah - unser dr bkt tinggi ke Padang + jalan2. pemandu best!
                                150k rupiah - sewa hotel di Padang.. kalau 200k ada aircond..
                                100k rupiah - naik teksi dari hotel ke airport..
                                100k rupiah - tax nak keluar dari indonesia..

                                makan2 dan bershoping tu bergantung la pada kita, kalau dah makan banyak, shoping sampai tak muat beg, memang la belanjanya sampai berjuta2 rupiah pak..

                                sapa2 nak ke Padang & Bukit Tinggi lepas ni, leh contack Ricky.. dia pemuda berhemah yg kami leh cadangkan.. sangat baik dan tak berkira orangnya...


                                "ess apocat memang tak pernah miss tiap kali makan kat sini"


                                "martabak Mesir.. boleh tahan gak rasanya."


                                "adik manis tengah menawar harga.."


                                "macam2 jenis sulaman ada kat Pasar Atas Bukit Tinggi"


                                "Jam Gadang, mercu tanda Bukit Tinggi"


                                "pengalaman naik angkut2.. cuma 2000 rupiah je..."


                                "singgah makan sekali lagi masa balik ke Padang...."

                                  Saturday, March 05, 2011

                                  cuti2 ke Padang - Bukit Tinggi (siri 1)

                                    BismiLLah..
                                    AlhamduliLLah setelah hampir setahun membeli tiket, hari ni kami dapat terbang ke Padang Indonesia untuk bercuti...

                                    masa beli tiket ni baby lum ada dalam perut lagi tau, bayangkan lamanya tiket tambang murah ni dah kami beli, untuk dua orang, hanya RM68.00 sahaja (belum termasuk tax)

                                    Percutian 3 hari 2 malam ni kami redah bersama Fairuz dan isterinya Anum, tak pakai pakej pun, AlhamduliLLah semuanya berjalan lancar, lebih2 lagi bila Anum terer speaking bahasa Minangkabau, keh2... jumpa lagi dalam siri 2 nanti yer....


                                    "Baru medarat di airpot Minangkabau Padang, Indonesia"


                                    "segar di air terjun Lembah Anai.."


                                    "makan tengahari di Restoran Nasi Padang Pak Datok"


                                    "panorama indai di Ngarai Sianok."


                                    "di hadapan Lubang Japang, peninggalan kubu zaman Jepun"


                                    "tugu peringatan tentera jepun..."


                                    "istimewa, 1st time jumpa, cendol durian...."


                                    "mendodoikan baby.. selamat tidur.. hehe.."

                                      Thursday, March 03, 2011

                                      kami bersantai di Ganu

                                        BismiLLah..
                                        hari ni kami habiskan masa bersama, menghirup udara segar sambil berjalan2 makan angin.. naik bot, makan ikan & sotong celup tepung, minum air kelapa susu, pas tu duduk2 tepi laut..

                                        Allah SWT berfirman: "Katakanlah: Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira".
                                        ( QS.Yunus: 58 ).

                                        kami kongsikan kegembiraan kami utk semua.. doakan kami terus istiqamah utk membina keluarga bahagia.. kami juga doakan kalian perolehinya juga..ameen..


                                        "adik manis berposing dgn baju mengandungnya yg baru."


                                        "gambar ni nak hantar kat majalah PaMa.. boleh menang tak agak2?.."


                                        "bergambar selepas jalan2 naik bot kat tepi pasar payang.."


                                        "kami berdua budak kaca mata.. hehe."


                                        "ni la ikan & sotong celup tepung yg segar...."


                                        "selera kan tengok ikan ni..."

                                          Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...