Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, September 30, 2013

Baby kena kuning juga !!

    BismiLLah..
    Seperti anak sulung kami, Ulfah Aliya.. baby ke-dua ni pun kena juga kuning klik sini.. jadi untuk beberapa hari ni terpaksa bawa baby ke Poliklinik di Ayer Keroh untuk cek darah.. doakan agar kuning baby cepat beransur kurang yer...

    macam2 petua kami dapat utk kurangkan kuning baby ni.. harap2 dgn usaha yg kami buat ni dapat cepat redakan kuning baby..

    "baby dan umminya dah keluar dari hospital.."


    "baby di hari ke-empat.. santai2 waktu petang.."


    "baby dimandikan dengan air ubat utk kurangkan kuning"

      Sunday, September 29, 2013

      Ulfah Aliya dah jadi kakak


        BismiLLah..
        AlhamduliLLah, hari ni merupakan hari yg begitu bermakna buat kami sekeluarga.. ahli keluarga kami bertambah seorang lagi.. baby boy seberat 3.08 kg yg selamat lahir jam 10:48 malam td @ Pantai Hospital Ayer Keroh..

        walaupun ini pengalaman kali ke-dua di labour room, namun perasaan gemuruh maseh ada terutamanya saat2 baby dilahirkan.. terima kasih buat isteri tersayang, Syarifah Noor Rusydiah yg begitu bersemangat masa melahirkan tadi...hehe

        sesungguhnya kami bersyukur atas segala nikmatMu Ya Rabb..Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Maka ingatlah Aku nescaya Aku akan mengingatimu dan syukurilah atas nikmat-Ku dan janganlah sekali-kali kamu kufuri nikmat-Ku.” (Surah al-Baqarah, ayat 152).

        "ni baby Kakak Aliya punya, jangan ambik !!"

        "sayang baby.. janganlah nangis, Kakak Aliya kan ada"

          Monday, September 23, 2013

          Berziarah ke Nogori Sombilan

            BismiLLah..
            AlhamduliLLah, kami sekeluarga sempat berziarah dan jalan raya ke Nogori Sombilan.. selain memenuhi undangan perkahwinan sahabat lama, Dr. Che Anas di seremban, sempat juga kami berjalan raya ke rumah Ust Zaid di Kuala Pilah..

            masa on the way pulang ke Melaka, kami singgah pula ke rumah sahabat baik, ust Sahrin yg baru sahaja menimang cahaya mata ke-dua.. kalau nak tahu sapa nama anak ke-duanya ni, kena la tanya dia sendiri ok..hehe

            "Ulfah happy makan2 dengan kakak Sumaiyah & abg Hanzalah."

            "meraikan perkahwinan bekas Pres Badar 2007 di Seremban"

            "bersama Ust Shahrin yg baru menerima cahaya mata ke-dua.."

            "Ulfah bergambar dengan baby."

            روى الإمام أحمد وأبو داود عن عليٍّ رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يقول: «إذا عاد الرجل أخاه المسلم مشى في خرافة الجنة حتى يجلس فإذا جلس غمرته الرحمة، فإن كان غدوة صلى عليه سبعون ألف ملك حتى يمسي، وإن كان مساء صلى عليه سبعون ألف ملك حتى يصبح».
            · المسند (612، 22273)، وأبو داود (3098، في معناه)، وابن ماجه (1442)، انظر "السلسلة الصحيحة" (1367).
            Imam Ahmad dan Abu Dawud meriwayatkan dari Ali r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: " Apabila seseorang telah menziarahi saudara seislamya, sebenarnya dia telah berjalan-jalan memetik buahan syurga sehinggalah dia duduk. Apabila dia duduk maka rahmat menaunginya. Jika di di waktu pagi maka 70, 000 malaikat berselawat ( berdoa memohon ampun ) untuknya sehingga waktu petang. Jika di waktu petang, maka 70,000 berselawat ( berdoa memohon ampun ) untuknya sehingga waktu pagi "

              Wednesday, September 11, 2013

              Ukhwah Persahabatan Di Aidilfitri

                BismiLLah..
                Peluang dapat bertemu sahabat2 seperjuangan masa zaman belajar dulu adalah satu nikmat hebat yang ALLah beri.. ukhwah ni sangat indah dan sangat berharga bagi yang mengerti nilainya...

                Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)

                Walaupun ramai lagi sahabat yang tak dapat kami ziarahi di Aidilfitri yang lalu atas faktor masa dan tempat, percayalah bahawa kalian sentiasa dalam ingatan. Kami doakan semua sentiasa di bawah naungan kasih sayang Allah.

                "Keluarga H menziarahi kami di Parit Sulong"

                "Sahabat selamanya; Waklan, Hazwan & Zainal.."

                "dapat bertemu famili Akmal dan famili Zamri"

                "Bahrin dan famili datang menziarahi kami"

                  Monday, September 09, 2013

                  Raya Yang Penuh Gembira

                    BismiLLah..
                    kegembiraan di Aidilfitri lagi terasa bila budaya ziarah menziarahi dapat diamalkan.. bertepatan dengan hadis RasuluLLah yang bermaksud:
                    "Sesiapa yang menziarahi orang sakit, atau menziarahi saudaranya kerana Allah, dia akan diseru malaikat dengan seruan: Alangkah bagusnya engkau, alangkah bagusnya perjalananmu, sudah tersedia untukmu sebuah rumah di dalam syurga." (Hadis riwayat at-Tirmizi)

                    paling seronok bila ajak berziarah ni pastinya Ulfah Aliya & anak2 kecil yg sebaya dengannya, memang dari usia mereka nilah kita kena biasakan dengan akhlak sunnah nabi ni.

                    Nabi bersabda yang bermaksud: "Barang siapa yang mahu diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia menyambung silaturahim." (Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim). 

                    "kami dah jadi Tok Teh dan Nek Teh.. bersama cucu saudara"

                    "Ulfah Aliya bersama Mak Gana, kakak Quza & kakak Piqa"

                    "Kami redy utk berziarah di Aidilfitri Ke-dua"

                    "Comel sangat anak ayah ni.."

                      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...