Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, December 24, 2006

perkahwinan Azhar de banjir

    BismiLLah..
    mlm smlm hantar member sekampung, Azhar Hasan nikah kat Mesjid Bentara Luar di bandar Batu Pahat. Alhamdulillah majlis berjalan dgn baik, hanya dgn sekali lafaz saja, tlh pun terijab bahawa pasangan Azhar dan Rina sebagai suami isteri yg sah..

    dan siang tadi berlangsung pula majlis persandingan di umah lelaki, majlis ni paling meriah r, nak tahu kenapa, sebab sekelilling rumah pengantin digenangi air banjir, seumur hidup inilah kali pertama jumpa situasi mcm ni...

    tak pasal2 tetamu yg pakai kasut cantik2 terpaksa berkaki ayam, memang tiada logika tp itulah yg berlaku... dan paling mengharukan, pengantin pun kena bukak kasut untuk meredahi banjir tu.. nasib baik r tak dalam, paras buku lali jer.. nak citer panjang pun tak guna, tengok sendiri r gambar2 kat bwh ni yer...



    "Azhar selamat diijabkabulkan.. tahniah !!.."


    "kami ramai2 amik berkat pengantin.."


    "InsyaALLah pas ni nak ikut jejak langkah kawan kita ni.. ameen..."


    "pengantin baru meredah air banjir.."


    "pasti majlis perkahwinan ni mereka ingat sampai bila2 kan..

      Friday, December 22, 2006

      tahniah kawan2 dapat j-Qaf & KPLI

        klik sini untuk semak nama anda..
        Tahniah kepada kawan2 yg dapat j-Qaf dan KPLI, berikut adalah senarai kawan2 yg berjaya untuk kita sama2 kongsi kegembiraan..

        j-Qaf
        1) Alias Bin Mohamed Naim - Sk Tanah Putih Baru, Kuantan Pahang
        2) Azuran Bin Abdullah - Sk Kok Pauh, Rantau Panjang Kelantan
        3) Helmirizal Bin Che Long - Sk Tebong, Alor Gajah Melaka
        4) Marini Bt Abd Aziz - Sk Brumas, Tawau Sabah
        5) Mohd Sahrin Bin Samsuri - Sk Taman Anggerik, Johor Bahru Johor
        6) Noor Afiza Binti Noh - Sk Api Api, Pontian Johor
        7) Noor Azlini Binti Yusoff - Sk Kpg Jepak, Bintulu Sarawak
        8) Norhidayu Binti Sadri - Sk Bukit Sekilau, Kuantan Pahang
        9) Nur Fatimah Binti Rofien - Sk Tengku Muhammad Fakhry Petra, Gua Musang
        10) Saripah Binti Abd Ghani - Sk Pekan Keningau Ii, Keningau Sabah
        11) Shahzihan Bin Mohd Noor - Sk Taman Kota Jaya, Kota Tinggi Johor
        12) Siti Aisyah Binti Zainal Abidin - Sk Tasek Dermawan, Ipoh Perak
        13) Siti Noraisyah Binti Salahudin - Sk Kelar, Pasir Mas Kelantan
        14) Siti Rokiah Binti Idris - Sk Seri Senang Hati, Benut Pontian Johor
        15) Ummi Qais Binti Abdullah - Sk Sura, Dungun Terengganu

        dan KPLI
        1) Akmal Hakim Bin Hadi Munir - Institut Perguruan Islam, Kajang , Selangor
        2) Mohd Azlan Bin Bunasir - Institut Perguruan Islam, Kajang , Selangor

        bagi mereka yg belum lg menyemak, anda boleh semak dengan hanya klik pada baner di atas tu ok..

          Wednesday, December 20, 2006

          banjir di Johor


            Banjir makin buruk
            KUALA LUMPUR 20 Dis. – Banjir yang melanda Johor, Melaka dan Negeri Sembilan bertambah buruk dengan bilangan penduduk yang dipindahkan meningkat 24,594 orang petang ini....
            utusan online


            kat luar rumah mesih hujan lagi skrg ni, ni lah yg berlaku skrg kat selatan tanah air, banjir yg tak disangka2, AlamduliLlah sbb rumah belum naik air lagi, mudah2an keadaan akan bertambah baik... Biasanya bulan 12 ni yg banjir Kelantan den Terengganu kan, kenapa agaknya Johor plak yg banjir yer? fonomena yg tak pernah berlaku semenjak 1969..

            Fonomena yg tak pernah berlaku ni biasanya sebagai petanda, cuma kita ni jer sedar ke tak sebenarnya.. bala !!! ngeri kalau dengar kan, tapi tu r hakikatnya. Allah ada menyebut di dalam al-Quran mengenai hikmah yg terkandung di dlm kejadian bala bencana yg berlaku kpd manusia ni.. antaranya ialah seperti berkut

            1) sebagai balasan Allah Ta‘ala kepada orang yang tidak beriman dan mengkufuri nikmatNya, seperti perisitiwa banjir besar pada zaman Nabi Nuh dan angin ribut kencang yang menimpa kaum Nabi Hud. rujuk : Surah Al-‘Ankabut, ayat 40


            2) Adakalanya bencana yang berlaku itu untuk menjadi alat pengukur atau batu ujian bagi membezakan di antara orang-orang yang benar-benar beriman dengan yang sebaliknya. tujuk : Surah Al-‘Ankabut, ayat 2-3

            3) Kadang2 bencana yang berlaku itu diundang oleh kerosakan yang dilakukan oleh manusia itu sendiri. rujuk : Surah Ar-Rum, ayat 41


            4) dan dakalanya pula bencana itu terjadi untuk menjadi salah satu cara, bagi membersihkan diri orang-orang yang beriman dan sabar daripada segala kesalahan dan dosa serta untuk melipat gandakan pahala mereka. rujuk : Surah Al-Baqarah, ayat 155-157

            tapi yg pasti, rahsia dan hikmah yang sebenarnya di sebalik apa yang berlaku hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui dan Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya. mudah2an apa yg berlaku akan sentiasa menggoncangkan hati kita kerana gerun, gementar dan takut kepada Allah dan memantapkan lagi keimanan... Tinggalkan r maksiat ok.

              Monday, December 18, 2006

              Konvokesyen Bang Ngah.. Tahniah !!

                BismiLLah..
                kami sekeluarga hadir di majlis konvokesyen abang Ngah kat PWTC semalam, dah alang2 sampai kat KL tu, kita orang sekeluarga jalan2 sekali ke KLCC.. ingat nak pergi Aquaria tp orang ramai betul, lain kali je r pegi lg..

                masa on the way balik, singgah Putrajaya. mak tu nak sangat pergi, lagi pun ada sedara kat situ... lepas mandi dan makan kat rumah sedara tu, terus gerak balik Mlka, sampai lbh krang pkl 8 mlm, dlm pkl 9 terus gerak balik BP.. penat woo drive..



                "anak kak Yong di Rawang.."


                "bergambar di depan suria KLCC.."


                "sementara menunggu Majlik Konvo selesai.. mak ngan adik jer masuk.."


                "pusing2 di PWTC.."


                "tahniah Bang Ngah, habis gak akhirnya belajar.."


                "rehat di Putrajaya.."

                  Friday, December 15, 2006

                  hikmah dari filem Titanic

                     

                    BismiLLah..
                    malam tadi tengok citer Titanic kat tv3, seronok jalan citer dia, walhal dah berbelas kali tengok... perbezaan dua darjat antara kaya dan miskin, percintaan yg berlaku dalam sekelip mata, dan akhirnya berlanggar dgn ice besar walau amaran tentang wujudnya ice tu dah diberi...

                    mcm tu jugak hidup kita ni, si kaya jangan pandang rendah pada si miskin, sewajarnya mengamalkan sikap tidak ada perbezaan di antara satu sama lain. Rasulullah saw sentiasa meminta dijauhkan daripada sifat takbur dan rasa bangga diri. Dalam hal ini Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Tidak akan dimasukkan ke dalam syurga orang yang dalam hatinya ada sebesar zarrah sifat takbur." (Hadis Riwayat Muslim)

                    mcm mana cinta boleh berlaku dalam sekelip mata?.. mencintai wanita, memang itu dah fitrah, cuma batasnya perlu diselarikan dgn syariat.... teringat plak lagu Irwan Shah, pencinta wanita.. oh ya, korang dah tengok ke filem CINTA? nak tengok jugak la rasanya, dalam tv kata ni filem WAJIB tonton tahun ni, ye r tu...

                    ‏حدثنا ‏ ‏محمد بن عبد الله بن نمير ‏ ‏حدثنا ‏ ‏أبي ‏ ‏حدثنا ‏ ‏زكرياء ‏ ‏عن ‏ ‏الشعبي ‏ ‏عن ‏ ‏النعمان بن بشير ‏ ‏قال, ‏ "قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏مثل المؤمنين في توادهم وتراحمهم وتعاطفهم مثل الجسد إذا ‏ ‏اشتكى ‏ ‏منه عضو تداعى له سائر الجسد بالسهر والحمى" ‏
                    ‏حدثنا ‏ ‏إسحق الحنظلي ‏ ‏أخبرنا ‏ ‏جرير ‏ ‏عن ‏ ‏مطرف ‏ ‏عن ‏ ‏الشعبي ‏ ‏عن ‏ ‏النعمان بن بشير ‏ ‏عن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏بنحوه ‏


                    Hadis Nu'man bin Basyir r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: "Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal berkasih sayang dan saling cinta-mencintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggotanya mengadu kesakitan, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasa sakit"

                    dan balasan yg menimpa walau amaran dah diberi.. sapa je yg tak tahu dengan adanya balasan syurga dan neraka di akhirat nanti, tapi kita mcm buat2 tak tahu jer kan, maksiat tetap jugak buat hari2... hem, sebenarnya nasihat ni untuk diri sendiri, kalau ada yg baik ambik lah, takda apa nak citer, sbb ni cuma jalan citer filem Titanic tu jer, cuma katanya...

                      Thursday, December 14, 2006

                      seminar pengukuhan akidah


                        "bersama dengan bakal mufti Johor, Ust Ijam..."

                        BismiLLah...
                        Ancaman Liberalisme dan Plurelisme... Bid'ah dan Wahabi.. benda ni lah yang dibentangkan masa seminar pengukuhan akidah yang berlangsung di KUiTTHO, Batu Pahat Johor... 

                        Akmal kata nak ikut, tp dia takda msg pun.. last2 pergi sorang jer, kat sana jumpa Ijam, biasa lah, klu majlis anjuran Jabatan Agama Johor ni mestilah dia ada, diakan pegawai..

                        Sebenarnya tak berani sangat nak mengulas pasal benda2 yg dibincangkan, yg penting Liberalisme dan Plurelisme memang kena benteras, tak boleh nak biarkan. Wahabi plak kena kaji semula, banyak benda yg mesih tak jelas pasal wahabi ni, tapi kalau dengar pembentangan tu, memang akidah diaorang ni pun tak betul juga, manakala dalam bab ibadah perlu pendetailan yang jelas..

                        Imam as-Syafie membahagikan bid'ah kepada 2, bid'ah mahmudah & bid'ah mazmumah (riwayat abu Nu'aim).. taksub pada mazhab syafie? mana ada, semua mazhab betul kan, jadi tak salah berpegang dengan pandangan mereka... dan di sebut bahawa penakrifan al-Shatibi mengenai bid'ah adalah pentakrifan yang bercanggah dengan jumhur ulama' (al-Ghumari. Itqan al-Son'ah fi tahqiq ma'na al-bid'ah. m/s 14).. waLlahua'lam.

                          Saturday, December 09, 2006

                          Selamat Jadi Pengantin Wardah & Anuar


                            "Selamat Pengantin Baru Wardah & Anuar.."

                            BismiLLah..
                            Tiada ucapan selain ungkapan "Selamat Pengantin Baru" buat Suzana (Wardah) dan pasangannya Anuar, semoga kekal hingga ke akhir hayat... 

                            masa majlis kat Terengganu tak dapat datang, jadi kena datang jugak majlis kat Ulu Tiram Johor ni, nasib baik Wardah dapat orang Johor, kalau tak jauh juga nak ke Terenganu tu...

                            what ever pun, semoga berbahagia hendaknya, lepas ni boleh la doakan kawan2 yg masih bujang ni cepat2 dapat jodoh ye Wardah... 



                            "geng bujang amik gambar dengan pengantin.."


                            "semoga kekal bahagia ke anak cucu.."


                            "geng bujang... sapa yang kawen dulu antara kami ??.."

                              Thursday, December 07, 2006

                              kursus di Shah Alam

                                perjalanan ke Shah Alam, agak bosan sebab lupa nak bawak mp3, sepanjang dalam bas tidor jer laaa. pukul 11 dah sampai kat hotel UiTM, lepas chek in terus lepak kat bilk, selesa betul bilik besar mcm ni duduk sorang2 jer...

                                lepas pendaftaran jam 2.30 ptg, kursus pun bermula, kursus ni berkaitan hospitality, semua benda2 yg berkaitan topik ni disentuh, cara nak basuh tandas, mcm mana nak kemas katil, perlaksanaan jadual kebersihan, alat2 mencuci dan mcm2 lagi laaa.

                                biasa la, kalau kat hotel, selain bilik tidor yg selesa, makan nya pun sedap2, pelbagai pilihan, perut sampai tak boleh isi.. pagi breakfast, pastu ada minum pagi, pastu lunch, minum petang, dinner, dan akhir sekali minum malam, kalau tiap2 hari la macam ni la, boleh gemuk la badan..

                                pg Khamis check out dan terus gerak balik Melaka. oh ya, masa kat Uitm ada jumpa sorang pelajar masa jadi pensyarah kat Kolej Komuniti dulu, dia praktikel kat situ, mesih ingat lagi dia (walhal tak mengajar dia pun), amat terharu...


                                bilik hotel yg selesa banget..pemandangan dari bilik hotel..
                                satu sudut di lobi hotel..mamat hensem ni lagi..
                                suasana di bilik kursus..menerima sijil tauliah..

                                  Sunday, December 03, 2006

                                  Syukri kawin

                                    letih betul hari ni, pagi tadi gerak naik motor ke pontian, sebab nak pergi jemputan kawin Syukri, member berbasikal masa kat Maahad Pontian dulu.. sampai kat Pontian terus mencangok tunggu Ijam kat tepi pantai, lambat betul la orang tua ni..

                                    lepas Ijam sampai terus je gi Giant beli hadiah, tak patut plak kalau pergi tangan kosong jer, takda la nak beli yang mahal2 pun, yg penting ikhlas tu... lepas borak2 dengan pengantin terus gerak pergi rumah Wak Lan, kawan paling baik la dia ni, macam2 hidangan isteri dia sediakan sampai tak larat perut...

                                    lepas hantar Ijam gi bus stand, terus balik BP.. tengok sponge bob jap dan terus gerak balik Melaka, esok pagi nak gi kursus... baju tak kemas lagi ni wei...


                                    mudah2an dapat berkat raja sehari..

                                      Saturday, December 02, 2006

                                      suasana

                                        macam biasa la time cuti macam ni, macam2 benda kita nak buat kan sbb nak isi masa lapang, kata orang masa itu emas, kalau tak di guna dengan baik, rugi la jawabnya.. ni la untungnya jadi cikgu, bila anak murid cuti, cikgunya pun ikut cuti sekali, pastu tak tahu nak buat apa, hemm, nak berkebun pun bukannya reti sangat..

                                        Ustaz Din jemput pergi sekolah tahfiz malam ni, dia suruh bagi kuliah magrib. boleh, no hal punya, sebab dah lama gak tak jenguk budak2 kat sana, rindu dengan suasana kat sana tu, suasana dalam hutan, takda gangguan pape, tv pun seminggu sekali jer boleh tengok..

                                        suasana macam ni memang sesuai untuk budak2 tahfiz ni, kuranglah sikit maksiat.. macam puisi popular al-Imam Syafi’e berhubung petua hafalan yg diberikan oleh guru beliau iaitu al-Imam Waki’ bin Jarrah:

                                        شكوت إلى وكيع سوء حفظى
                                        فأرشدنى إلى ترك المعاصى
                                        وأخبرنى بأن العلم نور
                                        ونور لا يهدى لعاصى


                                        maksudnya:
                                        Aku telah mengadu kepada Waki’ mengenai buruknya hafalanku,
                                        Dia membimbingku agar meninggalkan segala maksiat,
                                        Dia memberitahuku bahawa ilmu itu adalah cahaya,
                                        Dan cahaya ALLAH tidak memberi petunjuk kepada pelaku maksiat

                                        rujukan [Ruh al-Ma’ani, jil: 6, ms: 90 – al-Alusi]

                                          Tuesday, November 28, 2006

                                          bersama form 5 - 2006

                                            malam ni malam terakhir bersama budak2 form 5 sbb esok nak balik kampung, ketua warden yg suruh balik, tapi isnin depan kena pergi kursus kat Shah Alam gantikan dia..

                                            budak2 ni la jadi kawan kat sini.. bila tengok gelagat dia orang ni, teringat masa zaman kita belajar dulu, lebih kurang sama jer perangai, tapi baik sikit la, hehe.. entah mana pergi member2 masa SPM dulu, amik tahun 1998 di Maahad Pontian, yg mesih still berhubung tak ramai.. sebab tu nasihatkan budak2 ni supaya dia orang jaga betul2 ukhwah ni, kalau tak menyesal nanti..


                                            lebih kurang sama jer ustaz dengan anak murid kan..bdk2 ni kalau ajak bergambar suka aje..
                                            wajah2 ceria..pasti kekal dalam memori..

                                              Monday, November 27, 2006

                                              kamera & bas baru

                                                ahaaa, ni kamera baru, yang lama dah bagi kat adik sebab dia nak guna, beli jenama sony cyber-shot, memang dah lama mengidam nak beli kamera macam ni, alhamduliLlah, adalah rezki sikit...

                                                sementalahan tu, maktab baru jer dapat bas baru Jumaat lepas, mesih bau kedai lagi, baru2 pun belum boleh jalan ke mana pun sebab surat beranak dia belum siap lagi, hehe.. budak2 form 5 yang mesih ada kat maktab sakit hati jer tengok, mana taknya, dia orang dah nak tamat belajar, bas baru pun sampai, padan korang..

                                                bagi menyakitkan lagi hati korang tu, ni ustaz ada post kan gambar ustaz berposing di depan bas baru, ahaks...


                                                ni la kamera baru tu..boleh tahan la bas ni..
                                                lampu bas ni macam kening orang jepun kan..berposing di depan bas baru..

                                                  Thursday, November 23, 2006

                                                  Q 2006

                                                    semalam berlangsung majlis anugerah Qualiti, biasa la mana2 badan kerajaan pun mesti ada buat majlis macam ni.. dan yang paling tak disangka2, boleh dapat anugerah tu, anugerah pekerja yang tidak pernah mengambil cuti sakit, amat bangga, wal hal ramai jugak yang dapat..

                                                    lepas penyampaian anugerah, ada ceramah "Qualiti dari pespektif Islam" yang disampaikan oleh Imam Besar Mesjid Negeri Melaka.. best jugak la, dapat memahami semua isi dengan baik, apa tidaknya kena jadi pencatit, terpaksalah mendengar dengan tekun... petangnya ada lagi ceramah, tentang apa yer? tak ingat la, sbb ngantuk masa tu...


                                                    backdroop hari Qualiti tahun ni..nampak agak tekun kan..
                                                    jangan jeles yer sapa yg tak dapat anugerah tu..bersungguh2 mencatat..

                                                    dan pagi tadi berlangsung plak kursus pemantapan untuk staf kat hotel Sri Costar Melaka.. memang best betul pencaramah ni, Tn Hj Hushim Bin Hj Salleh, salah sorang kounsler berdaftar kat M'sia, kalau korang perasan, dia selalu keluar dalam rancangan motivasi pagi kat tv3.. esok semua guru mula cuti, tapi warden belum lagi ok, harap maklum...

                                                    ni la rupa penceramah tu..jom makan !!..

                                                      Monday, November 20, 2006

                                                      perpisahan kali ini

                                                        petang ni ada majlis perpisahan kat hotel city bay view, ada lebih kurang 7 orang cikgu akan berpindah termasuklah mentor pendidikan Islam Ustaz Puad Md Lip. lepas ni hilang lah tempat nak rujuk, biasanya kalau ada apa2 masaalah akan rujuk dia dulu..

                                                        biasa la, kalau kat hotel ni makannya yang sedap, melantak tak hengat punya.. sekali tu masa Ustaz Puad berucap ada bunyi kuat, 'kelentang !!" ada cina pompuan tua jatuh tertiarap, pinggan yang dia pegang jatuh berderai, kesian betul... nasib baik dia takda pape, tp cina tu terus jer pergi dengan cucu dia yang baru 2 tahun agaknya, may be dia malu kot, mana taknya orang ramai, kat hotel plak tu..

                                                        motif: jangan la korang memalukan diri bila makan kat tempat standard macam hotel tu..

                                                        buat cikgu Jamaluddin, cikgu Baharom, Ustaz Puad, Cikgu Azam, Dr Hamzan, Kak Zuliana dan Kak Sukarni, selamat menjalankan tugas di tempat baru, dan jangan lupa kat kami di Terendak ni ok.

                                                        Kalau ada sumur di ladang,
                                                        Boleh hamba menumpang mandi,
                                                        Kalau ada umur yang panjang,
                                                        InsyaAllah kita berjumpa lagi...

                                                        guru2 yg akan berpindah..mamat hensem ni ada jer kat mana2 kan....

                                                          Sunday, November 19, 2006

                                                          buah mangga

                                                            tak tahu la napa hari ni teringin sangat nak makan buah mangga, macam mengidam pulak.. terpaksa jugak keluar nak cari buah mangga, habis satu pekan Sungai Udang pusing cari kedai jual buah mangga tapi takda juga, dan akhirnya dapat jugak beli, itupun jauh kat pasar malam Tanjung Kling..

                                                            lega betul bila dapat makan, malam ni memang tak makan nasi, makan buah mangga je sampai 4 biji.. puas tak terkata... apa entah motif post ni? saja nak kempen, makanlah buat tempatan, ahaks....


                                                            melaka delight, jenis mangga yg berkualiti..tengah makan mangga, selera tul..

                                                              Saturday, November 18, 2006

                                                              daging akikah

                                                                hari ni Bang Ngah buat majlis kesyukuran dan open house sempena hari raya. Majlis Kesyukuran tu sebab dia kan baru dapat baby baru, jadi dia buat akikah sekali utk anak kecik dia tu (dah umur 6 bln)..

                                                                malam tadi balik kampung sebab nak ambik lauk dan mak sekali, lauk masak kat batu pahat sebab beriani batu pahat ni memang terkenal kat mana2 pun.. sampai kat Melaka lbh kurang jam 2 ptg.. Orang mula datang dari pukul 3 lagi sampai la ke malam, dapat la jumpa kenalan lama masa kerja kat kolej hari tu.

                                                                kat sini timbul lagi satu masaalah diajukan, Bang Ngah tanya: boleh ke nak kasi makan daging akikah ni kat orang kafir??, sebab sederet rumah dia tu ada jugak orang bukan Islam duduk.. kalau boleh, dia nak jemput sekali suruh dia orang datang makan.. apa nak jawab?

                                                                Boleh hukumnya, berdasarkan Firman Allah Taala yang bermaksud: "Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu, Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil". Surah al-Mumtahanah, ayat 8.

                                                                Pembahagiannya terpulanglah kepada kita mengikut maslahah. Madzhab Hanbali adalah paling longgar dalam hal pengagihan daging ibadah sunnat spt akikah (Syaikh Mut'al jabari, al'Adh'iyah, Dar al Sahwah, Cairo, 1985)... manakala mengikut ibnQayyim, dibolehkan memberi daging pada kafir Zimmiy yg menjadi kenalan kerana ibadah sunnat tidak menghalang sampai pada mana-mana manusia termasuk orang kafir..

                                                                mudah2an bila kita jemput orang kafir ni makan sekali dapat la 2 pahala, pahala bersedekah dan juga pahala menjaga adab berjiran.. semoga ibadah kita semua diterima Allah.. amin.

                                                                Fatini pakai tudung, cute jer..dah pandai meniarap la dia..
                                                                pipi tembam sgt sampai layut..suasana rumah terbuka..

                                                                  Wednesday, November 15, 2006

                                                                  tanda paper exam

                                                                    bdk2 form 4 dan form 2 dah amik exam pendidikan Islam, sekarang ni sibuk menanda kertas dia orang, dari pagi sampai la ke malam, tak juga siap2, perut pun kenyang jer makan kertas bdk2 ni, hehehe..

                                                                    uppm plak asyik sibuk tanya, mana markah? mana markah? sabor la kalau yer pun, lg pun last date untuk masukkan markah kan hari jummat ni... minggu ni plak penuh dengan mesyuarat, dah nak cuti ni lagi busy nampaknya.. budak2 start balik kampung esok (hari khamis), tapi cikgu2 kena tunggu sampai mggu depan sbb ada kursus, sesapa yg jadi warden tu plak, harap sedar diri ok, tak bleh balik kampung dulu selagi bdk2 SPM lum habis. erm.. mcm ni tak leh la nak gi melancong, malahaan melantong.. hehe.

                                                                    petang tadi sempat jugak iring pelajar ke rumah guru homeroom dia orang sbb ada open house, walhal kertas lum siap tanda, tapi takpa, kita makan dulu...


                                                                    e-kem dan kawan2nya..budak2 berposing poyo..
                                                                    imej lelaki sejati, hahaha..yg ni agak sopan..

                                                                      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...