Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, August 20, 2010

majlis berbuka puasa koperasi

    BismiLLah..

    AlhamduliLLah bulan puasa ni banyak rezeki datang mencurah.. salah satunya adalah majlis berbuka puasa ni.. selain berbuka puasa bersama, majlis ni juga adalah salah satu program koperasi maktab utk raikan bekas2 koopers yg dah berkhidmat sepanjang penggal yg lepas..



    "Majlis berbuka puasa di Medan Ikan Bakar Muara Sugai Duyung."


    "macam2 ada... sotong, udang, kupang, ketam, ikan.."


    "semua dah redy nak berbuka puasa.."

      Saturday, August 07, 2010

      pesta buah2an tempatan

        BismiLLah..
        Akhirnya minggu aktiviti sem ni berakhir juga.. dan program terakhir untuk minggu aktiviti kali ialah pesta makan buah2an tempatan.. puas la budak2 ni makan buah, sampai dah tak larat nak habiskan buah2 ni....

        macam2 buah ada, berbakul2 banyaknya.. lepas ni maktab kena anjurkan banyak lagi pesta makan2 mcm ni, sebab budak2 maktab memang suka makan.. hehe.. apakata lepas ni buat pesta makan makanan laut.. mesti best kan..??


        "buah durian yg berbakul2 banyaknya.."


        "buah dukong pun ada. manis.."


        "buah rambutan yang menyelerakan"


        "berhempas pulas membuka durian utk anak homeroom..."


        "makan betul2.. habiskan semua buah2 tu yer..."

          Friday, August 06, 2010

          The Operations of Chicken Run - 2010



            BismiLLah..
            Program dwi tahunan ini kembali lagi.. dan seperti tahun2 lepas, aktiviti ni hanya melibatkan pelajar2 tingkatan 4 & 5.. bagi budak2 besar sembelih ayam, tu pun ramai yg tak berani.. takut tengok darah, geli nak cabut bulu ayam.. mengada2 betul korang ni...

            selain beri pendedahan pasal sembelihan, kami juga beri pengalaman pada budak2 ni utk tangkap ayam sendiri, menyembelih dan menguruskan ayam... dari proses celup ayam dalam air panas, cabut bulu, potong2 sampailah memerap ayam utk buat BBQ mlm nanti...

            Firman ALLah yang bermaksud: "Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang Yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang Yang disembelih kerana selain dari Allah"... [al-Maidah ayat 3]


            "ayam siap sedia utk dilepaskan.. semua siap sedia !!"


            "berjaya juga budak2 ni tangkap ayam"


            "jangan lupa baca BismiLLah..."


            "cabut bulu ayam tu sampai bersih OK.."


            "betul !! sapa cabut bulu paling cepat boleh dapat hadiah..."


            "lepas ni jangan lupa kutip bulu2 ni, faham semua !!"


            "kita gaul dan gaul.. biar budak2 ni rasa air tangan kita Wan."


            "BBQ time.. setelah penat lelah memproses ayam"


            "Chicken Run diiktiraf program paling best sepanjang hayat hehe"

              Thursday, August 05, 2010

              rehlah ilmiah [2] ON AIR di ruang udara ikim.fm



                BismiLLah..
                diberi peluang untuk merakamkan promo ikim.fm adalah detik manis bagi rehlah kali ini.. AlhamduliLLah kami juga diberi kesempatan untuk bertemu DJ2 ikim fm seperti Cik Maslina Alias, Mahathir Shaharuddin dan gandingan dua DJ glamour iaitu utz Mohd Erwan & Ust Mohd Tony..hehe

                paling teruja apabila 2 orang wakil rehlah ni, iaitu Saed Owairan dan Sarah Ilyin dipanggil ke konti penyiaran untuk keudara di ikim.fm.. seronok sangat la budak2 ni ada kat ikim, terima kaseh tidak terhingga buat ikim.fm atas layanan yg diberikan...

                "teruskan bersama saya, DJ Mohd Tony di frekuansi 89.5fm di Melaka.. dengar dengarkanlah IKIM FM.." berlakon jadi dj kejap..hehe.. sampai jumpa di Rehlah Ilmiah tahun depan..


                "Saed dan Sarah ON AIR bersama DJ Mahathir Shaharuddin"


                "welcome drink dari pihak ikim.fm"


                "bergambar di luar konti penyiaran"


                "taklimat dr pengarah radio ikim.fm"


                "detik manis bersama DJ ustaz Erwan...DJ ikim.fm"


                "diberi peluang untuk mengendalikan ruang konti ikim.fm"


                "bersama DJ Mahathir Shaharuddin"


                "berebut budak2 ni nak bergambar dgn DJ Ust Tony & Ust Erwan"


                "guru2 unit Agama bersama Ust Erwan"

                  Wednesday, August 04, 2010

                  rehlah ilmiah [1] ke Muzium Kesenian Islam & Masjid2



                    BismiLLah..
                    sesi tampuk kepimpinan naqib & naqibah sesi kali ni dah nak sampai ke penghujungnya, dan sebagai menghargai jasa naqib & naqibah yg dah banyak membantu kami dlm menjalankan program di surau terutamanya usrah, kami bawa geng2 ni makan angin ke Kuala Lumpur..

                    memang kami tahu semua naqib & naqibah ikhlas menjalankan tugas, tp insentif sebegini pastinya akan memberikan semangat kepada mereka dan kepimpinan yg akan datang...

                    terima kaseh semua, hanya ALLah sahaja sebenarnya yg mampu membalas segala kebaikan yg telah anda berikan... Firman ALLah yang bermaksud:.."Dan apa sahaja kebajikan yang mereka kerjakan, maka mereka tidak sekali-kali akan diingkari (atau disekat dari mendapat pahalanya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertakwa." (surah Ali-Imran -115)


                    "para naqib bergambar di hadapan kiswah kaabah"


                    "dan ni pula adalah barisan naqibah Terendak"


                    "bergambar dgn ketua rombongan, syeh Shahril"






                    "destinasi post akan datang ialah radio IKIM.fm"

                      Tuesday, August 03, 2010

                      kem kecemerlangan form 3

                        BismiLLah..
                        Minggu ni merupakan Minggu Aktiviti Sem II, jadi banyaklah juga aktiviti2 yg Unit Pendidikan Islam & Bahasa Arab anjurkan dan kena uruskan.. antaranya ialah proram surau yang memang dinanti2kan oleh ahli2 rumah sukan.. tema aktiviti surau tahun ni ialah "Toy Story 3" hehe...

                        dan 3 hari kami berkampung di Kompleks Balai Cerap Khawarizmi untuk sama2 uruskan Kem Kecemerlangan Form 3.. unit mengekalkan tradisinya buat "Trasure Hunt".. tercungap2 budak2 ni kami kerjakan.. mudah2an PMR Terendak tahun ni kembali ke tangga atas semula...


                        "kumpulan yg berjaya sampai ke penamat chek point trasure hunt"


                        "kami bertanggungjawab mengendalikan slot trasure hunt"


                        "anak2 homeroom yg sama2 dalam kem.."

                          Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...