Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, June 30, 2009

anak sedara baru lagi.. Helmi+Hawe=Hamiema

    jangan kacau Arfa nak tidor..

    BismiLLah..
    Tahniah buat Helmi dan Hawe yg kini sudah bergelar Papa dan Mama.. pastinya kelahiran Arfa merupakan saat bahagia yg dinanti2 kan oleh semua kan..

    Buat Helmi dan Hawe, selamat diucapkan.. nanti ada masa ana datang rumah enta kat Alor Gajah tu.. sama2 duduk Melaka tapi jarang jumpa, maklum jer la Mie, sibuk banget...

    dan buat adik comelku Arfa, jgn lupa doakan uncle ok, doakan cepat dapat jodoh, cepat berumahtangga, dan dapat baby comel cam Arfa.. hehe, bye...

    Arfa menggeliat manja..

      Friday, June 26, 2009

      arak dan judi, mengapa diulang lagi..



        BismiLLah..
        Lokasi: Masjid Jame' Tanjung Bidara, Melaka..

        apa khabar semua, harapan agar semua sehat disamping orang2 tercinta, tadi masa sembahyang Jumaat, Pak Imam telah membincarakan perkara yang sudahpun diketahui hukumnya iaitu "arak dan judi"..

        dan kali ni bingkisan khutbah bukannya nak menghuraikan tajuk yang dibicarakan, tapi ingin membuka minda semua, pentingnya mengulang2 peringatan kepada manusia walaupun perkara tu sudah diketahui..

        kalau kat maktab ni, budak2 sering tanya; "apasal lah ust asyik cerita pasal aurat dan dating jer? dah takda idea lain ker?"

        bukan takda idea, sebelum korang mempertikaikan apa yang ust ulang2 selalu ni, berani ker korang mempertikaikan perkara2 berikut?:
        1. mengapa kita perlu mengulang2 solat setiap hari?
        2. kenapa setiap rekaat solat mesti ulang balik baca surah al-Fatehah?
        3. dan kenapa setiap kali masuk waktu solat, azan diulang lagi dan lagi dan lagi..?

        begitu juga perihal perkara2 lain, solat yang diingatkan setiap waktu pun masih ramai tak buat, apatah lagi kalau tak diulang2 untuk diingatkan..

        harap korang semua boleh berfikir yer.. sekian bingkisan khutbah kali ni, sebelum berpisah, satu soalan untuk anda semua. agaknya kenapa Pak Imam masih ingin ingatkan lagi tentang pengharaman arak dan dadah walaupun semua dah tahu hukum, kesan, dan balasannya jika dibuat ?

          Saturday, June 20, 2009

          Busana Muslim in fesyen show

            BismiLLah..
            Dalam mengisi program dari Maghrib hingga ke Isya' hari ni, kami Unit Agama menganjurkan program yg pertama kali diadakan kat maktab ni iaitu "fesyen show" bertemakan Busana Muslim...

            Terima kasih kepada model2 dari setiap form yg begitu sporting memperagakan pakaian yg menepati kehendak syara'.. mudah2an program ni dapat membuka minda pelajar bahawa banyak gaya dan stail kita boleh gunakan untuk menutup aurat...

            walaupun ini show, kami tidak keberatan untuk mencari pemenang yg terbaik dari segi penampilan, sporting dan juga kreativiti.. terimas buat Ust Azari dan Cikgu Firdaus sbb sudi luangkan masa utk jadi hakim mlm ni...tak tahu apsal ayat tibe2 jadi skema

            Firman ALLah dalam surah al-A'raf ayat 26 yg bermaksud: "Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup ‘aurat kamu, dan pakaian perhiasan. Dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya.”


            "antara model yg turut serta.."


            "ketua warden sampaikan hadiah.."


            "Ust Azari dan Cikgu Firdaus selaku hakim yg best.."

              Thursday, June 18, 2009

              ni la anak Abdul Hadi

                BismiLLah..
                Kalau bulan lepas, kami paparkan kepada anda gambar cahaya mata pasangan Parameswara dan permaisurinya (Ajmal dan Dijah, hehe) kali ni giliran sorang lagi anak sedara ingin diperkenalkan kepada pengunjung2 setia aspirasiku..

                tima kasih kepada Abdul Hadi dan isteri kerana sudi mengirimkan gambar Hariz Syahin untuk menambah seri aspirasiku bulan ni..sebenarnya gambar ni dah dikirim bulan lepas lagi, maap la sbb ana lambat postkan yer.. paper pun kami doakan enta sekeluarga terus ceria, sehat dan bahagia dalam perlindungan dan rahmat Ilahi..

                lama sungguh tak jumpa enta Hadi, mesti dah berisi badan tu, mana taknya, hidup senang dan hepi di samping anak dan isteri..

                "enta bila lagi??" ana dah agak dah Hadi, mesti soalan ni yg enta akan tanya kat ana.. mcm biasa la, skema untuk jawapan ni ialah "kejap lagi Hadi", InsyaALLah, doakan yer...

                Firman Allah yg bermaksud: "Wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik pula” An-Nur:26

                permata hati Hadi dan isteri..

                  Wednesday, June 17, 2009

                  kelab rekreasi ke Melaka Tropical Fruit Farm

                    kat muzium padi..

                    bagi makan unta..

                    BismiLLah..
                    Petang tadi bersama ahli2 Kelab Rekreasi, kami buat lawatan ker Melaka Tropical Fruit Farm, saja nak lihat keindahan alam dan ciptaan Tuhan.. lagi pun ni kan musim buah.. mcm2 buah ada, dan ada gak buah yg pertama kali jumpa mcm buah tampoi dan buah sentul..

                    banyak lagi sebenarnya kita tak tahu, kata orang jauh perjalanan luas pengalaman.. lepas ni kalau orang tanya mcm mana buah sentul tu, dah tahu nak bayangkan mcm mana? jangan korang bayang buah lain dah ler, hehe.

                    kalau ikutkan, nak round penuh taman ni 2 jam tak cukup.. tapi kami dibawa dgn train yg dah nampak uzur tu, jadi tak la penat sangat dan masa dapat dijimatkan.. berhenti kat tempat2 tertentu jer, mcm kat tmn haiwan, tmn buah bidara dan paling best, tmn tenaga batin (tongkat ali, ubi jaga, kacip fatimah) hehe..

                    Firman ALLah yg maksudnya: "Dan tidaklah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya tercantum (sebagai benda yang satu), lalu kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?". Al-Anbiyaa (21):30)

                    naik belakang train..

                    budak2 dalam train..

                      Friday, June 12, 2009

                      sedangakan lidah lagi tergigit, inikan pula...



                        BismiLLah..
                        Lokasi: Masjid Jame' Kampung Parit Othman, Parit Sulong, Batu Pahat Johor..

                        Minggu ni mimbar Jumaat menyentuh sekali lagi pasal isu dalam rumahtangga, dan kali ni perkara yang disentuh adalah berkaitan perceraian.. Dalam rumahtangga perlunya ada kasih sayang, tolak ansur dan kerjasama daripada kedua-dua pihak, perkara ni bertujuan untuk mengelakkan berlakunya pergolakkan dalam rumahtangga tersebut..

                        Pak imam ada juga menyebut, bahawa perceraian boleh berlaku akibat 3 perkara utama, sebenarnya banyak jer pun puncanya, tapi ni yang utama..

                        1: kurang nya persediaan untuk menjadi suami isteri.. sbb tu la skrg ni ada kursus kahwin,
                        bila la agaknya aku nak amik kursus ni?

                        2. jahil dan tidak tahu tentang hukum hakam rumahtangga.. kalau suami sembahyang pun asyik tertinggal jer, mcm mana nak didik anak bini, mcm tu la perumpamaannya..

                        3. terpengaruh dengan kehidupan mewah dunia...

                        mana la tak terpengaruh,
                        masyarakat hari ni yang dijadikan idola bukannya nabi ataupun ulama.. tapi artis, betul tak?.. mana jer artis yang tak bercerai berai kat Malaysia ni?.. baru2 ni kes Ust Akhil Khai, sebelum tu Norman dan Abby, sebelum tu Ajai dan Nurul.. sebelum tu banyak lagi, dan yg pasti lepas ni akan ada lagi.. kita tunggu jer laa..

                        percayalah, tiada rumahtangga yg sentiasa aman tampa perselisihan.. sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.. tapi kita perlu bijak memikirkan cara pergaulan yg terbaik kepada isteri dan kepada suami.. Firman Allah Ta‘ala,
                        "Dan bergaullah dengan mereka dengan cara yang baik." (An-Nisa': 19).

                        nak tahu lebih lanjut pasal etika suami isteri,
                        klik sini

                          Wednesday, June 10, 2009

                          akibat tewas, ku berpleseran ke JB

                            BismiLLah..
                            mlm ni dah ada kat JB, petang tadi sampai dari Bandar Penawar.. saja nak jumpa Sahrin dan Ijam.. bila dah jumpa ni mcm2 la aktiviti kami buat, pertamanya mestilah mengebowl... dan antara kami bertiga, agak2 sapa yg paling banyak jatuhkan pin? hehe

                            lepas maghrib kami bergerak ker rumah Khadijah, nak tengok baby boy dia yg cute tu.. dah besar dah anak Dijah, mana taknya, dah pandai mintak adik, nak buat teman bermain katanya, hehe..

                            lepas tu kami gerak ke Bandar Baru Uda, sbb Sahrin dan Ijam nak belanja makan kat Mama Chop Papa Gril, walhal dah makan martabak kat rumah Dijah tadi.... sambil makan tu mcm2 perkara kami borakkan.. kerja, kahwin, tunang, usrah, buku, dan mcm2 lagi la.. tima kasih sbb belanja dinner mlm ni yer..

                            tima kasih Jam, sbb hadiahkan buku "Lembaran Hidup Ulama" tu, terharu rasanya.. pastinya akan ana baca dan gunakan sebaik mungkin...

                            memetik dari petikan kata-kata Imam Syafie: "aku cinta kepada orang-orang soleh padahal aku bukan termasuk dari golongan mereka. Barangkali aku boleh mendapat syafaat dari mereka"

                            mengebowl di danga city..

                            kita tembak perut anak Dijah..

                            Dijah dah jadi mak budak skrg..

                              Tuesday, June 09, 2009

                              wakil Melaka Petanque - SUKMA 09'

                                BismiLLah..
                                bermula dari hari ni sampailah Jumaat nanti, kami kontinjen MARA Melaka akan berada di Bandar Penawar, Kota Tinggi Johor untuk sertai pelbagai acara dalam SUKMA (Sukan MARA seMalaysia) 2009..

                                tahun ni merupakan tahun pertama menyertai SUKMA, mula2 tu nak masuk sukan lain, tp tak lepas masa pemilihan.. nasib baik lah terpilih untuk sukan Petanque.. ramai sebenarnya tak tahu apa benda permainan Petanque ni..

                                Petanque ni adalah sukan yg agak baru kat negara ni.. ianya lebih kurang sama macam main guli, cuma petanqu ni bola kita kena lontar ke sasaran yg ditetapkan.. sapa nak lebih tahu pasal Petanque ni, sila klik sini.

                                ada orang kata main Petanque ni permainan untuk OKU (orang kurang upaya), sedap2 jer korang cakap mcm tu, nak tahu upaya ke tak, meh la kita main dulu.. sukan ni mencabar minda dan fizikal sebenarnya, hanya jauhari yang kenal manikam..

                                tapi sayangnya, pasukan Melaka kalah dalam pusingan pertama, ramai lagi otai2 lama yg lebih hebat.. takpa lah, kita cuba lagi lain kali.. bila dah kalah ni, malas dah nak tunggu sampai majlis penutup, rasa macam nak cabut utk berpoya2 ker JB jer..

                                kalah pun takpa, daripada tak terpilih langsung, ayat nak sedapkan hati.. hehe.. tapi pengalaman menyertai SUKMA kali pertama ni pasti tak kan dilupa.. "jom la ust Shahril, ana temankan enta gi berlatih pukul bola golf"......

                                bergambar di gelanggang petanque..

                                hakim petanqe yg asyik mengukur..

                                dah kalah main etanque, kita main golf plak..

                                  tiada lagi sms "Hepi Besday" untuk Mar

                                    BismiLLah..
                                    hari ni merupakan ulangtahun kelahiran ALLahyarhamah Marini Abd Aziz atau dulu kami lebih mesra panggil arwah dengan nama "Mar"..

                                    Entah kenapa susah sangat nak menulis tentang memori bersama Mar, mungkin sebabnya adalah kerana memori ni tak leh nak digambarkan agaknya.. mmm, sapa yg kenal arwah, pastinya tahu bagaimana sikapnya yg tegas tu dan pandangannya selalu didengar dgn baik...

                                    Masa kat IKIP dulu, kami dan Mar merupakan barisan kepimpinan PMIY (Persatuan Mahasiswa IKIP Yarmouk).. dan satu ketika tu, kami geng2 nakal ni gelar Mar "rafidah aziz" iaitu seorang wanita yg pernah lantang bersuara dalam parlimen satu ketika dulu.. jahat kan kita orang..

                                    walaupun mcm tu, Mar senang didekati dan kadang2 tu melawak jugak dgn kami.. wat ever pun, ukhwah indah ni pastinya akan kekal terpahat dalam memori kami selamanya.. skrg dah takde lagi kiriman sms "hepi besday" untuk arwah Mar..

                                    tp mulai kini, mari kita kirimkan untuk Allahyarhamah Mar "al-Fatehah"

                                      Sunday, June 07, 2009

                                      Zack dah selamat sanding

                                        Zack membina istana..

                                        BismiLLah..
                                        Malam tadi Ijam ada kat Parit Sulong, sbb dia pergi jemputan kahwin member sepejabat dia kat Parit Yaani, terus datang sini.. sungguh rosmah ijam skrg ni, mengalahkan parameswara gamaknya..

                                        mcm biasa la bila Ijam ada kat sini, kami terus berpeleseran kat bandar Batu Pahat untuk test kad penguatkuasa Ijam ni.. maklum la, dia kan dah jadi ejen 360 mcm Mazidol Akmal Sidek.. tempayan mereka juga hampir sama, kehkeh2...

                                        Tengahari tadi Bern sampai dari Muar, dan kami bertiga bergerak ke Parit Raja untuk meriahkan majlis Perkahwinan Zack (junior kat Maahad Johor dulu).. Yunus, Tepu, Nazimi dan geng2 yg dah tak berapa kenal pun ada kat situ, seronok dapat jumpa member2 lama ni, time mcm ni jer la kita orang dapat bersuai kenal dan eratkan lagi rajoli persahabatan kami...

                                        ingatkan lepas majlis ni nak terbang ke medan bowling, utk meledakkan kehandalan silat dan tekwando kami.. tapi ijam ni plak sibuk nak cepat balik Johor, katanya memanda kayangan dah tak sabar nak jumpa dia kat JB..

                                        apa2 jer pun alasan ko Jam, kita orang tanamkan rumpunan terima kasih sbb masih sudi menjadi geng bas sekolah utk bergelandangan bersama kami hari ni...

                                        makan dengan geng..

                                        tiga bujang utk dilamar..

                                          Friday, June 05, 2009

                                          hukum walimatul urus



                                            BismiLLah..
                                            Lokasi: Masjid Jame' Kampung Parit Othman, Parit Sulong, Batu Pahat Johor..

                                            Tertarik dengan khutbah hari ni berkisarkan tetang hukum dan adab untuk buat majlis walimatul urus.. memang tak ngantuk mata bila dengar bab2 kahwin ni.. hehe..

                                            hukum buat majlis ni sunat muakad dan ada adab2 yg perlu dititikberatkan masa kita buat majlis ni, biar majlis yg asalnya dituntut ni tak berubah hukum menjadi haram.. antaranya ialah:
                                            1. buat majlis tadi bukan untuk bermegah2 atau riak

                                            2. tiada unsur2 atau perkara haram yang dianjurkan dalam majlis tu seperti minum arak, dan pergaulan tampa batasan apatah lagi kalau buat pesta buih, lagi la tak boleh

                                            3. dan tiadanya unsur pembaziran.. ada orang kata "takpa la, sbb kawin kan sekali seumur hidup".. mana ko tahu ko kawin sekali jer? kalau buatnya tetiba ko berkenan nak beristeri dua atau tiga, tak ker kawin lagi namanya? Firman Allah yg bermaksud "Janganlah kamu membazir secara melampau." (surah al-Isra': 26)

                                            masa keluar masjid tadi dapat gak jumpa dan berborak kejap dengan member lama. mcm biasalah persoalan yg sering aku terima, "bila nak kahwin ?".. dan skema jawapan untuk soalan tu ialah "kejap lagi lah".. macam la aku dah ada calon menantu buat mak.. hehe..

                                            rasanya khutbah hari ni memang bertepatan dengan iklim cuti sekolah sekarang ni, sbb banyak gak pasangan yg bersatu hati memetrai janji.. lagi pun musim cuti sekolah dikenali juga dengan nama "musim mengawan" kehkehkeh..

                                              Tuesday, June 02, 2009

                                              percutian anak-anak burung

                                                BismiLLah...
                                                Minggu ni dah kat kampung, maklum la cuti sekolah kan dah mula.. lagipun cuti kali ni tak gi mana2 pun, sbb semua program percutian yg dah dirancangkan tak dapat laksanakan last2 minute..

                                                tapi paper pun tahniah buat Ijam, sbb dah dapat jawatan tetap dan kena lapor diri dengan bos baru kat jabatan agama tu pada tarikh sama program riang ria cuti sekolah yg kita rancangkan tu.. huhu, sedih dalam gumbira..

                                                klik sini untuk tengok gambar Ijam dengan Mazidol Akmal Sidek 360 - tv3

                                                petang tadi masa lepak2, terperasan ada burung keluar masuk dari pokok kat depan rumah ni, dah menetas rupanya anak burung ni.. tak sangka kan ada burung yg nak buat sarang dekat dgn rumah orang, ni la seri ciptaan Allah..

                                                Rasulullah S.A.W melarang menahan haiwan untuk dibunuh dengan sabdanya yang bermaksud: "Barangsiapa yang menyakiti ini (burung) dengan anaknya; kembalikan anaknya padanya.” [Diriwayatkan Muslim] Rasulullah S.A.W bersabda seperti di atas, karena melihat burung terbang mencari anak-anaknya yang diambil salah seorang sahabat dari sarangnya.

                                                apa kaitan burung dgn rancangan cuti ni sebenarnya? bye......

                                                kat pokok ni la sarang burung tu..

                                                mari menganga besar2..

                                                  Monday, June 01, 2009

                                                  Jep dan ustatnya

                                                    BismiLLah..
                                                    Hari Jumaat lepas kan hari last sebelum cuti, dan benda ni semua tahu terutamanya budak2 sekolah dan cikgu2 yg tak sabar nak beriang ria cuti sekolah.. masa sibuk nak siapkan tanda paper last day ni la datang budak2 kacau, dan salah sorangnya si Husaini atau nama glomour dia Jep..

                                                    dia datang nak mintak maap sbb naik cuti nnti dia dah takda kat maktab lagi, nak pindah ke MRSM Kulim, ko nak pindah ker atau kena pindahkan Jep?.. dia kata dia selalu sakitkan hati ustaz dia ni, selalu tak pegi surau, selalu buat masaalah, memang pun, "jangan la ustaz kecik hati dan bengang dengan saya yer"...

                                                    percayalah Jep, ustaz tak pernah simpan dalam hati pun, bukan dengan awak jer, malahan dengan semua budak pun sama, apa hasil kalau ustaz ni bengang dgn korang? tapi cikgu2 pun ada hati dan perasaan jugak, ,jgn la sakitkan hati dan buat mereka marah yer..

                                                    lagi satu awak kena ingat Jep, cikgu2 tu semua tak sama mcm ustaz awak ni !!! ustaz kan guru paling popular.. hehehe... ustaz yakin awak akan rindu terendak sbb terendak berbeza dgn tempat lain......

                                                    kenangan bersama Jep..

                                                      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...