Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, May 29, 2011

cuti sekolah musim raja sehari

    BismiLLah..
    memang betul lah, musim cuti sekolah ni banyak sangat dapat jemputan kenduri kahwen, ramai jadi raja sehari..

    kami berdua sempatlah jugak memeriahkan beberapa majlis kawan2 ni.. antaranya pasangan Chai & Ikhwan yg kawen sebelum cuti sekolah hari tu, dan Ust Tajul & Syarzie pada awal cuti sekolah...

    mana kad jemputan Ijam ni, dengarnya dah tak lama lagi, kenapa tak sampai2 lagi yer.. eh, Akmal pun dengarnya tahun ni juga !!





    Dalam nas Hadis sebagaimana sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud: "Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku" (riwayat Al-Bukhari)

      Saturday, May 28, 2011

      hadiah pengantin dari Unit Agama

        BismiLLah..
        hari ni merupakan hari terkahir sekolah untuk sem ni, cuti panjang dua minggu ni mesti lah semua orang tunggu2... ada yg nak khatankan anak, nak gi berjalan2 makan angin, dan ada juga yg nak jadi pengantin...

        tadi kami di Unit Agama meraikan bakal raja sehari, cuti ni dua orang cikgu na naik pelamin... Ust Tajul majlis pada 29 Mei dan Cikgu Mai pada 4 Jun nanti.. Selamat Pengantin baru kami ucapkan, semoga rumahtangga yang dibina kekal bahagia hingga akhirnya..

        بارك الله لكما وبارك عليكما
        وجمع بينكما في خير



        "hadiah pengantin untuk Ust Tajul Aarif.."


        "ni plak hadiah utk Kak Mai..."

          Tuesday, May 24, 2011

          celebrate bakal pengantin - Nani & Busu

            BismiLLah..
            petang tadi kami ke KLCC utk celebrate pasangan yg nak kawen tak lama lagi, Nani & Busu... dia orang berdua berkenan nak belanja kami semua makan, terbaekk !!...

            sebenarnya Nani & Busu nak bagi kad jemputan sekali.. insyaALLah kalau ibu mengandung ni tak bersalin lagi, kami sampai ke majlis resepsi tu nanti... semoga semuanya selamat yer..

            Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga." (riwayat Abu Hurairah) ...


            "berposing di luar Trades Hotel.. tunggu buggy sampai"


            "atas buggy utk ke KLCC.. cepat naik, nnti kena tinggal.."


            "geng2 yang join program makan2 ngan bakal pengantin"

              Sunday, May 22, 2011

              Nasi Lemak Antarangsa Kampung Bharu

                BismiLLah..
                beberapa hari kami berada di Traders Hotel memang menyeronokkan.. dan bila dapat peluang ada kat KL ni, kami tak kan lupa utk cari tempat makan2 best..

                malam ni kami ke restoran Nasi Lemak Antarabangsa kat Kampung Bharu... patut la ramai orang suruh cuba nasi lemak ni, rupanya memang benar apa dikata, marvellous dan terbaekk !!!...





                  Tuesday, May 17, 2011

                  terima kasih cikgu

                    BismiLLah..
                    selepas diraikan pelajar kat Dewan siang tadi, malam ni kami semua berkumpul di PWTC bersama ANSARA (bekas2 pelajar) dalam Majlis Terima Kasih Cikgu... kebanyakan bekas2 pelajar ni lebih tua dari kami cikgu2 baru ni, namun kami tetap dapat layanan 1st class.. borak2 sambil makan2...

                    gambar2 di Majlis Terima Kasih Cikgu, PWTC Kuala Lumpur...










                      Monday, May 16, 2011

                      sambutan hari guru 2011



                        BismiLLah..
                        Selamat Hari Guru buat semua pendidik... tadi di Dewan Budiman, kami di raikan dengan sambutan yang betul2 meriah... rasanya semenjak berada kat TDK ni, ni la sambutan Hari Guru paling grand...

                        terhibur sangat dgn persembahan budak2 tadi, terutamanya lakonan form 3 yg buat cikgu2 pecah perut ketawa.... kami cikgu2 pun buat persembahan gak, maklum la, cikgu serba boleh katakan...

                        dinobatkan utk menerima anugerah "guru paling ceria"... harap2 hidup kita semua terus ceria selamanya... geng2 ustaz yg lain pun dapat gak, Ust Azari "guru paling sopan"... Ust Zaid "guru paling penyayang"... dan Ust Tajul "guru paling tenang"....

                        credit to Asy-Raf utk gambar2...


                        "menerima anugerah guru paling creia."


                        "geng2 unit yg sama2 dapat anugerah.."


                        "persembahan lagu 1 2 3 4.. terbaekk!! ."


                        "geng2 Jbtn Sains Sosial yg sama2 buat pesembahan"

                          Saturday, May 14, 2011

                          SUZON's @ MRSM Tun Ghazali Syafie

                            BismiLLah..
                            hujung minggu ni kami berkampung di MRSM TGS Kuala Lipis utk Sukan Guru & Staff Zon Selatan... credit to ex student SPM 2008, cikgu Redhzwan Ariff sbb tolong carikan hotel utk ust & isteri..

                            setelah berhempas pulas dari pagi sampai ke petang, kami berjaya merangkul perak utk bola tampar... malam main badminton dah tak larat, tp maseh kira ok la sbb di tempat ke-empat, kaki dah injured..

                            pepatah arab ada menyebut yang bermaksud: “Minda yang cerdas bermula dari badan yang sihat.”


                            "aksi menark masa lawan bola tampar..."


                            "penyokong setia, isteri tercinta dan baby in womb.."


                            "team bola tampar TDK yang digeruni..."

                              Monday, May 09, 2011

                              pesta rugby MRSM se-Malaysia

                                BismiLLah..
                                dari 6 sampai 9 hb ni, Terendak jadi tuan rumah Pesta Rugby MRSM se-Malaysia.. semua berkampung kat maktab dan MasyaALLah, kami semua sibuk amatttt...

                                dah hampir 5 tahun jadi cikgu kat sini, baru kali ni lah paham kiraan mata dan tahu serba sikit tentang game rugby ni... sebelum ni tak ambik tahu pun, yang penting rebut jer bola tu kan...

                                ramai cakap.. "perasmian pesta kali ni adalah yang paling grand"... mana taknya, siap ada payung terjun dan dentuman meriam... nak gugur jantung !!


                                "semua kagum sebab penerjun ni turun depan mata..."


                                "kami pun tak lepas peluang saksikan penerjun.."


                                "berdentam dentum padang maktab dengan bunyi bom.."


                                "salah satu persembahan di malam penutup.."


                                "meriah baju cikgu2 ni..."

                                sedikit peringatan dari Ketua AJK Kebersihan.. “Diriwayatkan dari Malik Al Asy’ari dia berkata, Rasulullah saw. bersabda : Kebersihan adalah sebagian dari iman...." (HR. Muslim)

                                  Tuesday, May 03, 2011

                                  lawatan koperasi ke Kota Kinabalu [3]

                                    BismiLLah..
                                    selepas penat mendaki gunung, kami dibawa pula untuk sesi terapi kaki di Sungai Luanti... terapi dengan ikan kelah yg besar2 kat sungai ni... tak leh gambarkan seronoknya.. kena tengok rakaman kat bawah tu k...

                                    dan sebelum terbang pulang, sempat untuk lepak seharian di rumah Pak Long (abang sulong mak) yg dah lama menetap di KK ni... ada rezki nnti kami sekeluarga plak nak datang sini...


                                    "seronok bagi ikan makan.. terapi gigit kaki.."


                                    "best dapat bagi ikan makan mcm ni.."




                                    "besama Pak Long & Mak Long, smg kita berjumpa lagi.."

                                      Monday, May 02, 2011

                                      lawatan koperasi ke Kota Kinabalu [2]


                                        "bermemori dengan pengetua di MRSM KK"

                                        BismiLLah..
                                        lawatan kerja kami di KK ni 3 hari, tapi melawat koperasi dan sekitar MRSM KK ni tak lah ambik masa 3 hari... ada masa tu kami jalan2 la sekali...

                                        selepas melawat hampir setiap ceruk MRSM KK, kami ke Kundasang nak panjat gunung.. dapat naik sampai kat check point "pondok kadis".. ketinggian 1981 meter dari paras laut.. teka, siapa lahir tahun 1981? satu kebetulan yg hebat !!!..


                                        "geng2 cikgu yg sama2 nak panjat gunung Kinabalu.."


                                        "ni buktikami panjang gunung ok, jangan tak caya !!"


                                        "letih woooo.... ni tak sampai puncak lagi ni.."


                                        "gambar saja2... hehe"

                                          Sunday, May 01, 2011

                                          lawatan koperasi ke Kota Kinabalu [1]

                                            BismiLLah..
                                            sempena cuti hari pekerja, Koperasi MRSM Terendak berbesar hati nak bawa ALK guru dan pekeja2nya ke Negeri Di Bawah Bayu, lawatan kerja untuk tengok Koperasi MRSM Kota Kinabalu...

                                            segala kemudahan dari pengangkutan sampailah ke penginapan kami tempah dari Koperasi MRSM KK jer, sebab mereka ada sediakan pekej percutian.. sapa2 nak ke Sabah dengan percutian bajet, boleh ambil pekej ni..

                                            hari pertama sampai, kami jalan2 sekitar bandar KK dan shoping sakan di Filipino market..


                                            "mahal gila benatang ni, RM 680 sekilo...."


                                            "di mercu tanda Sabah... Menara Batang Balak.."


                                            "di Institut Boilogi dan pemuliharaan UMS.."


                                            "terkenagkan orang rumah jauh ditinggalkan...."

                                              Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...