Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, March 30, 2006

forum di MMU

    tadi kena bawak budak ke forum perdana kat MMU, tajuknya "Keluarga Bahagia, Kini Tinggal Nama"...

    tajuk sedap, ahli panel pun ok, Dr Syarifah Hayati (UM), Ustaz Farid Ravi (KUIS) dan Ustaz Syeikh Ismail (YADIM)... tapi tajuk ni macam tak sesuai sebab ramai pendengar forum ni adalah students, siap ada rombongan budak2 sekolah lagi, kalau budak2 kolej ni dah kira ok lah, tapi yang ramainya budak2 sekolah menengah...


    tak kira lah apa pun, yang penting mudah2an kita semua dapat ambik dan kutip sesuatu yang berharga dari forum ni... tak sangka ramai jugak budak kolej yang nak ikut, sekalung penghargaan untuk korang.. lain kali ikut lagi yer.....
    ...

    kita orang duduk kat bahagian belakang dewan sbb depan dah penuh dengan budak2 sekolah..ni la sebahagian budak2 lelaki kolej yang ikut, dia orang amat alim kan.....

      Wednesday, March 29, 2006

      tulisan khat

        tadi hantar students ke pertandingan khat di Multimedia University, Melaka.... sempena Karnival Keluarga Bahagia yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar University tu...

        daripada tercangok tunggu budak ni, lebih baik daftar nama jugak lah, paling kurang boleh dapat sijil nanti.. hehehe memang buat pakai cincai jer, tak cantik langsung, budak2 ni buat lagi cantik, siap bewarna2 border khat yang dia orang buat tu.. (kalau Akmal tengok hasil karya tu mesti dia gelak tergolek2 punya..)

        tapi sungguh tak disangka, bila keputusan diumumkan untuk kategori lelaki, dapat nombor 2, hahahaha, mati budak2 ni tak puas hati, dia orang kata tak aci ustaz punya menang, hahahaha, padan korang.... (mesti Akmal tergolek sekali lagi sbb terperanjat)...

        tak sangka ada jugak budak2 kolej niyang boleh tulis khat, tahniah buat students untuk kategori pompuan yang dapat no 2 dan 3.. untuk budak2 yang kalah tu, janganlah korang putus asa, cuba lagi akan datang yer, lepas ni ustaz tak masuk dah, hehehe...


        ni kat dalam dewan peperiksaan MMU, tempat pertandingan khat dijalankansedang menulis khat, walhal tak reti sangat seni khat ni..
        bergambar dengan sebahagian budak kolej yang sama2 menyertai pertandingan ni..ni lah hasil karya yang ditampal setelah berjaya mendapat tempak kedua... heheheh..

          Monday, March 27, 2006

          MARA online

            hemmm, kalau berminat nak menjadi tenaga pengajar di MRSM atau di Institut Kemahiran MARA atau di Kolej Profesional MARA, layarilah laman web MARA...

            manalah tahu dapat kerja dengan MARA, seronok jugak kan... janganlah lepaskan peluang ni ok, tarikh tutup: 10 April 2006... sila klik pada baner MARA kat atas tu...
            ...

              Saturday, March 25, 2006

              edisi minggu jiwang

                minggu ni adalah minggu jiwang (buat diri sendiri lah, hehehe...) janganlah korang jeles yer...

                sempena minggu jiwang edisi diri sendiri ni, dipaparkan sekali lagi gambar yang pernah di post masa mula2 aspirasiku bertapak dulu... istimewa buatmu ..??..


                  Thursday, March 23, 2006

                  tahlil perdana

                    magrib tadi Unit Pengajian Am kat kolej buat majlis Tahlil Perdana dan Ceramah Islam Hadhari, program ni memang setiap sem dibuat, dan kali ni budak2 sem 4 wajib kena hadir...

                    lepas solat magrib, mengetuai bacaan yasin dan tahlil, pastu penceramah yang dijemput khas terus memberikan ceramah yang bertajuk "Kesedaran terhadap Bencana Yang Berlaku Dewasa Ini Bagi Menjana kekuatan Diri Menjadi insan Yang Cemerlang, Gemilang Dan Terbilang"... panjang betul tajuknya kan...

                    seronok jugak bila ada program macam ni, kebetulan Ustaz Ridhwan (penceramah tadi laa) mengajar kat sekolah menengah agama, jadi boleh la layan bahasa arab yang dah lama tak diasah ni... (sbb kat kolej langsung tak bercakap arab... kesian kan..)

                    semoga usaha yang sedikit ni, dapat diterima Allah sebagai satu ibadah, InsyaAllah
                    ...

                    Ustaz Ridhwan sedang memberi ceramah, dia yang nak duduk jer..antara budak2 yang turut serta, mudah2an dia orang ni ikhlas....

                      Wednesday, March 22, 2006

                      lawan badminton

                        petang tadi ada perlawanan persahabatan badminton antara kolej dan jugak kolej komuniti Ledang, perlawanan berlangsung kat Kompleks Belia dan Sukan, Ayer Keroh, Melaka...

                        sebagai seorang atlit yang aktif (cewah...), maka telah terpilih untuk mewakili kolej (selaku tuan rumah)..masa lawan regu pertama tadi, nasib baik lah menang, tapi hampa selepas tewas apabila berlawan dengan regu kedua.. kira ok lah sekali menang dan sekali kalah, kang kalau menang jer riak pulak, hehehe.....

                        seronok bila join perlawanan persahabatan macam ni, dapat saling kenal mengenali.. tak tahu bila agaknya kita orang nak turun Ledang plak...

                        lepas ni nak buat perlawanan untuk lawan kolej Jaiputra plak, nak tak Bang Man?... tak pun kolej tempat Bern mengajar...
                        ...

                          Sunday, March 19, 2006

                          kembara nur iman

                            akhirnya perkhemahan Kembara Nur Iman yang terpilih untuk pengisian program hujung minggu ni. memang tertarik nak join kem ni, sbb nak cuba bergaul dengan budak2 kolej lain (budak2 Kolej Yayasan Melaka).. lagi pun dah lama tak bercamping dan mandi air terjun...

                            petang Sabtu tiba di Hutan rekreasi Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri 9.. rupanya bukan bagi tazkirah, kena bagi ceramah pengisian malam la pulak, tajuk "Kepimpinan Rasulullah dan Para Sahabat".. apa lah budak2 ni, kalau yer pun bagi tahu lah awal2, tak lah gabrah sangat.. tapi boleh jer, no hal lah...


                            nasib baik la ceramah tu dimulakan lewat sikit sbb budak2 nak buat aktiviti night walk dulu, sempat jugak la karang isi... (takda gambar masa ni sebab kamera tertinggal dalam beg), tengah berceramah baru teringat sebab ada budak yang ambik gambar.. kira glamour jugak la ni, hehehe

                            sebenarnya budak2 ni jemput melalui En. Zaimin, bekas pensyarah dia orang (sekarang bertugas kat kolej komuniti gak).. walaupun mereka ni bukan belajar dalam bidang agama, tapi fikrah mereka untuk agama tetap ada, baguskan macam ni...

                            siangnya budak2 ni buat aktiviti LDK, sambil dia orang buat aktiviti, kita orang mandi air terjun, seronok wooooo...
                            ...

                            suasana air terjun yang menyamankan..ni la En. Zaimin, dia amat 3lim...
                            sarapan bersama pegawai dari Jabatan Ketua Menteri Melaka yang dijemput sama dalam kembara ni..sebahagian peserta lelaki program ni..
                            gaya poyo...jom mandi, sejuk betul air ni..
                            masa majlis penutup, duduk bersama tetamu jemputan yang lain..bergambar beramai2...
                            posing yang dikira amat bergayaambik gambar kat kain rentang dengan budak2 ni sebagai bukti, hehe..

                              Saturday, March 18, 2006

                              umno & kolej

                                Pagi tadi ada majlis bersama Ketua Menteri Melaka, Dato' Ali Rostam.. Majlis Pelancaran Program Kerjasama Sosial dan Kemasyarakatan di antara Umno Cawangan Bukit Tinggi, Taman Bukit Beruang Utama Melaka dengan kolej Komuniti Bukit Beruang...

                                Pihak majlis memberi penghormatan untuk membaca doa, baca jer lah.. (tapi sayang gambar takda, sbb takda sapa nak ambikkan... sedih).. sebenarnya persediaan dah dibuat dari minggu lepas lagi, jadi majlis tu nampak agak meriah jugak la, macam majlis kenduri kahwin la pulak, sbb ada bunga manggar, kompang dan tak lupa deretan bendera Umno..

                                Semua pensyarah dan staf kolej diarahkan untuk berbatik biru, sebab orang2 Umno dah berbatik merah.. tapi dengan selamba memakai batik hijau, pengetua dah jeling jer.. hehehe... bukan tanak pakai, tapi hijau jer yang ada, tak kan lah nak beli baru....

                                Satu persoalan nak dilontarkan, majlis ni kerjasama dengan Umno, kalau lah ada parti lain (contohnya parti PAS) nak buat program kerjasama macam ni, agak2 lah, boleh jadi ker?

                                bergambar kat meja di bilik pensyarah, nampak tak macam berlakon, hehe..depan PC, cek email dulu sebelum turun ke majlis..
                                di antara pensyarah yang kena menyambut tetamu..deretan pensyarah Unit Eletrik yang hampa sbb montaj pelancaran tak berjalan dengan lancar..padan korang..

                                  Friday, March 17, 2006

                                  yang mana satu?

                                    tak tahu mana satu nak pilih untuk program Ahad ni... keputusan kena buat hari ni jugak, masa dah terlalu suntuk...

                                    pilihan pertama: dapat tiket berharga RM500 untuk tengok F1 di Sepang secara percuma, sambil menjadi pensyarah pengiring bagi mengiringi pelajar2 kolej yang akan pergi hari tu.

                                    pilihan kedua: dijemput untuk menyampaikan tazkirah di Kem Kembara Nur Iman, anjuran Kelab Pembangunan Insan, Kolej Yayasan Melaka (kolej ni bawah kerajaan negeri Melaka, tak sama macam Kolej Komuniti)

                                    mana nak pilih sekarang? nak tengok F1 ker, atau nak pergi perkhemahan tu? agak bingung..
                                    ...

                                      Wednesday, March 15, 2006

                                      assigment

                                        minggu ni adalah minggu last budak2 ni kena hantar assigment. biasa lah budak2 ni, dah last2 minit baru nak buat, walhal bagi tempoh 2 minggu...

                                        kadang2 kesian jugak kat budak2 ni, dia orang pun ada banyak assigment kena buat untuk subjek2 lain.. lantak la, tu dah tanggungjawab dia orang sebagai pelajar, yer tak?. kalau nak rileks jer lebih baik tak payah jadi pelajar. (sindiran yang agak sinis.. hehe)

                                        bagus budak2 ni, walaupun banyak kerenahnya, hantar jugak assigment tu kat atas meja, rasa macam nak kasi markah penuh jer semua, tapi mana boleh macam tu, kita kena la jugak nilai hasil kerja diaorang ni. tak kan la sama, budak yang buat betul2 baik, dengan budak yang buat pakai cincai jer?

                                        tapi yang jenis2 malas tu, tiada maaf la bagimu (nada yang agak tegas)... kalau nak berjaya kena la rajin berusaha ok..

                                          Monday, March 13, 2006

                                          sahabat

                                            mana seronok? zaman belajar ker atau masa kerja sekarang ni?

                                            dah tentulah masa belajar lagi seronok.. banyak beza bila dah kerja ni, sekarang terpaksa pikir pasal duit, nak beli itu ini, (dan terpikir jugak pasal duit nak kawin, hehehe).... masa belajar tak terpikir pun pasal benda tu, yang penting tiap2 bulan duit masuk...

                                            sekarang susah nak cari kawan2 yang serasi macam masa belajar dulu, nilai kasih persahabatan yang tiada bandingnya.. percayalah sahabat2ku, korang lah yang mewarnai perjalanan kehidupan ini masa belajar dulu, biar warna2 tu kekal abadi selamanya, tak sanggup nak tengok warnanya semakin pudar...

                                            memang ianya akan pudar ditelan zaman dan masa (sebab hati dah mula dapat rasakan)..., tapi sama2 lah kita gilapkan warnanya kembali, walaupun kini semua dengan haluan perjalanan tersendiri... biar jauh di mata, tapi dekat di hati.

                                            plz msg me ok, miss u all !! (6-012-787 1945)
                                            ...

                                            memori..bersama kengkawan bergambar kat kedai qurem, irbid jordan..memori..semasa musim salji di jordan..
                                            memori.. masa majlis konvo di universiti Yarmouk, Jordanmemori.. ketika berziarah ke rumah abu toriq, pakcik arab yang amat baiknya..

                                              Friday, March 10, 2006

                                              ISO

                                                memang meleceh la ISO ni, banyak kerja kita kena buat, minggu ni ada audit dalaman untuk cek FRP (Fail Rekod Pensyarah), banyak benda tak setel lagi ni, BANYAKNYA KERJA!!!!!

                                                untuk pengetahuan semua, setiap pensyarah perlu menyediakan FRP masing2. dalam FRP ni ada macam2 benda kena letak... antaranya rancangan mengajar semester (RMS), rancangan mengajar terperinci (RMT), rekod kehadiran modul, markah penilaian berterusan (PB) dan melambak lagi... sekarang ni mengajar 3 modul, jadinya benda2 tu semua terpaksa dibuat sebanyak 3 kali, banyak wooo...


                                                jangan ingat senang bila nak dapat dan diiktiraf ISO, semua benda kena teliti dan ikut prosedur yang betul, tak boleh pakai hentam jer... walaupun banyak benda kena buat, tapi semua tu adalah pengalaman untuk kita timba masa kita kerja ni kan!!.


                                                teringat pada pensyarah2 di IKIP dulu, selalu sibuk untuk proses ISO... sekarang kena balas kat diri sendiri, hahaha padan..

                                                  Tuesday, March 07, 2006

                                                  AA = Alias dan Ayu

                                                    masa kat ofis tadi, tiba2 jer handset berbunyi, nama Alias terpapar kat skrin... mimpi apa la si Lias call ni? terdetik dalam hati...

                                                    rupanya saja nak tanya khabar berita, dia dah jadi pensyarah kat Kampus IKIP 5, Kolej IKIP di Kuantan sekarang ni.. untung la ko Lias dapat menabur jasa kat tempat kita belajar dulu... kirim salam pada pensyarah2 kita dulu yang masih mengajar kat IKIP yer...

                                                    sebenarnya Lias call sebab nak menyampaikan berita gembira, hehehe. dia nak akad nikah hujung minggu ni, dengan sapa lagi kalau tak dengan awek dia laaa, tapi majlis besar-besaran akan dibuat pada bulan 7 nanti.. Tahniah Lias dan Ayu, semoga kekal hingga ke anak cucu. InsyaAllah bulan 7 nanti akan naik ke Kuantan untuk menghadiri majlis perkahwinan korang...

                                                    Tony bila lagi? lama lagi la wei, hehehehe.......
                                                    ...

                                                      Sunday, March 05, 2006

                                                      picnic

                                                        petang tadi sempat picnic kat tepi tasik Ayer Keroh dengan Kak Mas dan 2 orang anak dia... Bang Em takda sebab pergi kursus kat KUiTHO..

                                                        seronok jugak bila dapat berehat macam ni, rasa tenang jer, nyaman dan menyegarkan... ingatkan nak joging, tapi terus tak jadi sebab Kak Mas dah beli makanan masa singgah McD tadi.. makan jer lah...

                                                        yang seronoknya budak2 ni lah, dapat main buai sbb buai kat taman depan rumah tu dah rosak... minggu depan kita start joging ok... (mudah2an bukan sekadar angan2 jer, hehehe)


                                                        pemandangan yang sungguh menyamankangaya poyo selepas makan burger McD, kenyang ni.. hehe
                                                        posing cantik untuk bergambar2 orang anak sedara yang sibuk nak terjun mandi dalam tasik..

                                                          Saturday, March 04, 2006

                                                          jumpa nenek

                                                            semalam lepas habis temuduga terus ke Rawang naik KTM komuter, nak ziarah nenek yang ada kat rumah paksu...

                                                            bila ajak si Sarin, dia nak ikut, ok lah jugak ada kawan.. sampai kat rumah paksu terus mandi dan lepak tengok tv, sampai terlelap maybe sebab letih banget (banget adalah bahasa indon yang bermaksud: sangat)

                                                            selepas sehari kat rumah paksu, kita orang pun mintak diri nak balik dulu, Sarin la sibuk nak balik, dia dah teringat kat anak2 muridnya yang baru jer ditinggal 2 hari... warden lah katakan... kalau tak nak jer balik esok.... tapi takpalah, kalau panjang umur kita boleh jumpa lagi yer "nek"....

                                                            kita orang naik bas pkl 4, bas sarin jalan dulu, tapi dia sampai JB tetap lambat sbb dari KL ke Melaka cuma 2 jam jer, hahaha
                                                            .....

                                                            ni lah tiket LRT yang dapat dibawa keluar dan tiket bas dari KL ke Melaka

                                                              Friday, March 03, 2006

                                                              temuduga MARA

                                                                hari ni terpaksa ambik cuti lagi sbb nak hadiri temuduga kat MARA jam 8.30 pagi.. bertolak dari Melaka dgn tranasional jam 5.00 pagi.. sembahyang subuh kat surau plaza tol sungai buluh..

                                                                Sahrin dan Azlan pun ada rupanya... kira susah jugak la temuduganya, siap ada 2 sesi... sesi pertama temuduga lisan, dan sesi kedua dia orang nak tengok cara kita mengajar... iyer lah, dah tentu temuduga untuk jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah, mestilah dia orang nak tengok cara2 kita mengajar kan...

                                                                ramai jugak persaingannya, semua hebat2 belaka.. ramai dari Kelantan dan Terengganu.. tak tahulah dapat ke tidak, sebab masa temuduga lisan tu agak susah jugak... macam2 benda ditanya...

                                                                minggu depan ada lagi satu group untuk ditemuduga, dengarnya nama Hazwan ada untuk sesi temuduga tu.. tak tahu sapa lagi yang dipanggil.. mudah2an lah semua dapat, sama2lah kita berdoa yer...
                                                                ..

                                                                bergambar dengan Lan Tel di bawah Ibu Pejabat MARA lepas habis temudugani plak si Sarin yg sentiasa bergaya dengan beg narutonya walau dimana berada..

                                                                  Thursday, March 02, 2006

                                                                  minyak naik @ naik minyak?

                                                                    pagi2 dah dapat sms dari Wak Lan... sms nya berbunyi begini..: "Akum, sihat hari ni? kna tambah sikit lagilah nampaknya duit hantaran sbb smua dah naik"...

                                                                    ni semua angkara harga minyak yang naik tiba2 sebanyak 30 sen seliter... kat kolej pun kecoh, masing2 dah bengang dan ada pensyarah yang buat lawak, kata lepas ni nak datang kolej naik basikal jer.. hahaha, pastinya sampai kolej baju basah berpeluh..

                                                                    kenapa minyak naik jugak? bukan ke Pak Lah dah jamin takda kenaikkan harga minyak, kalau yer pun nak naik patut bagi tahulah dulu kat masyarakat... ini tak, tahu2 jer harga dah naik...

                                                                    tapi rakyat Malaysia tetap baik, walau ditindas dan ditekan macam mana pun, mereka tetap akan memangkah BN jugak, betul tak? cuba kita bangkang sikit, mesti diaorang tak berani nak buat sesuka hati kat masyarakat kan...

                                                                    mungkin orang2 yang bergaji besar tak terasa, tapi orang2 kampung, orang2 yang bergaji rendah... kan kesian mereka tu... apa2 pun, pandai2 lah nak pilih parti mana pada pilihanraya akan datang ok. Takbir, Allahuakbar.


                                                                    ilustrasi oleh mr tony.. hehehe

                                                                      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...