Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, March 31, 2008

minggu aktiviti

    BismiLLah...
    minggu lepas kita orang semua tak masuk kelas sbb berlangsung minggu aktiviti.. agak releks sikit, tp letih uruskan aktiviti pelajar...

    abis jer minggu aktiviti, pensyarah dari UPSI nak datang, nak buat obsev, maklum ar tengah praktikum ni.. banyak lagi benda tak lengkap. mati ar mcm ni....

    di majlis perasmian Type III..

    cuba untuk mencanting batik..

      Thursday, March 27, 2008

      dah besar dah dia !!

        BismiLLah..
        tadi bukak email.. dan ada email istimewa untuk semua kawan2 dari abu khaulah (abu_khaulahazwar@yahoo.com.my)... dia send gambar anaknya yg skrg ni dah berumur setahun.. tapi mana gambar mak dan ayahnya? nak tengok jugak.. sama macam dulu ker? atau pun si bapa dah semakin membesar? hehe..

        kalau semua masih ingat, aspirasiku ada post masa Khaulah lahir dulu.. sila klik sini.. bukan tu jer, masa mak dan bapak dia kawin pun ada.. klik sini dan klik sini..

        tanks Alias dan Ayu kerana sudi kongsi kegembiraan dengan kawan2.. walaupun korang sekeluarga jauh di Kuantan tu, namun bila kita sering berinteraksi di sini, rasa dekat jer kan.. bila khaulah nak dapat adik? hehe..

        Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w :
        Yang bermaksud : “Jika seorang anak Adam meninggal dunia, putuslah segala amalannya kecuali dari tiga perkara, sadaqah jariyah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang saleh yang mendoakannya”. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)....


        khaulah azwar..

          Tuesday, March 25, 2008

          Kita Berselawat

            BismiLLah..
            Macam biasalah, tiap2 tahun pastinya pihak sekolah akan anjurkan majlis untuk memperingati kelahiran Nabi Junjungan Muhammad S.A.W.. sebagai salah seorang penyelaras program, beberapa idea telah dilontarkan untuk memeriahkan sambutan kali ni..

            malam kita sama2 baca berzanji dan berselawat.. pastu ada tayangan filem kartun animasi "Ashabul Kahfi".. walaupun kartun, tapi yg penting mesej yg nak disampaikan tu yg paling penting..

            siangnya ada persembahan nazam oleh bdk2 form 4, pastu ceramah dari Ustaz Abd. Halim Bin Maidin, seronok ustaz ni bagi ceramah, pandai dia ambil perhatian bdk2 ni utk terus dengar... mudah2an usaha yg sedikit ni, akan menambah kecintaan kita kepada Nabi Pilihan seterusnya mengamalkan ajaranNya..

            Boleh ke sambut Maulidurrasul?

            Upacara sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. Malah jika pengisian sambutan itu ada unsur ilmu dan ibadah ia tetap diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT.

            Upacara memperingati hari kelahiran Rasulullah saw ini telah dilakukan sejak 300 tahun sesudah Rasulullah wafat. Diantara pembesar yang menganjurkan sambutan ini ialah Malik Muzhaffar Abu Sa'id penguasa Irbil, Iraq. Dan seterusnya ia terus berkembang sehinggalah sekarang...

            Said Ahmad Zaini Dahlan dalam kitabnya `Siratun Nabawiyah'. Antara lain beliau menyatakan bahawa; "masyarakat telah terbiasa berdiri tegak ketika mendengar riwayat kelahiran Rasulullah saw. Berdiri tegak menghormati kelahiran baginda adalah baik dan cara-cara seperti ini telah ditiru oleh cerdik cendikiawan lainnya." ... klik sini utk maklumat tambahan.....

            bersama berselawat kepada Baginda..

            bersama bdk2 laki form 5 selepas majlis..

              Saturday, March 22, 2008

              Majlis di Holiday Inn Hotel

                pagi tadi berlangsung satu majlis anjuran MUAFAKAT sekolah untuk meraikan guru2 sbb hari tu PMR dapat no 1 seluruh Malaysia.. makan2 kat Holiday Inn Hotel Melaka, makan sapa yang taknak..

                kat majlis tu ada slot ceramah dari Dr Sidek Baba, dia cerita pengalaman masa dia belajar dan mengajar dulu.. nampak betul keikhlasan dia dalam mendidik anak bangsa.. nak menitis la air mata dengar.. memang kita nak cari kerja yang senang, tapi kerja apa yang senang? cuba ar bagi tahu..!!

                budak nakal biasa duduk kat belakang, hehe..

                semanis senyuman seorang yg bergelar guru..

                  Sunday, March 16, 2008

                  johan rekacipta PKP

                    akhirnya menang jugak budak2 ni, walaupun hanya guru penasihat untuk projek rekacipta diaorang, tetap bangga gak bila tandas megnetic yang diaorang cipta dipilih sebagai johan untuk Pesta Type III yang berlangsung masa minggu aktiviti ni..

                    sebenarnya letih bila jadi penasihat ni, macam2 benda budak ni nak buat.. sapa lagi diaorang nak mintak tolong kalau tak kita kan.. tahniah sekali lagi untuk anak2 buah ustaz, John, Asrul dan Adib.. dari sekarang dah boleh packing barang untuk ke Tunas Saintis tahun ni..

                    bersama anak2 buah PKP 2008..

                      Friday, March 14, 2008

                      Dr Nur Abdi

                        bersama Dr Nur di KUIS..

                        hari ni memang betul2 hari yang indah, dapat bertemu semula dengan Dr Nur Abdi bagaikan mimpi, AlhamduliLLah rasanya dah dekat 5 tahun tak jumpa dia dan ptg tadi lepas solat Jumaat, kami bergerak ke KUIS untuk bertemu lecture yg pernah mencurah bakti di bumi IKIP dulu..

                        "masyaAllah Tony, maza kul-ta? enta samien al-ann" tu lah perkataan yg mula2 keluar dari mulut Dr Nur tadi.. habis budak2 ni gelak jer, hampeh tul... dah lama tak berbicara arab sebegini, petang yg penuh kedamaian..

                        lepas Dr Nur belanja makan, dia bawak jalan2 satu KUIS, panorama yang cukup baik, tenang dan selesa, patut la Dr Nur pindah ke sini.. kat bilik dia mcm2 perkara kita borakkan.. pasti petang ini menjadi satu lagi titik permulaan utk menggilap ukhwah yg hampir pudar...

                        dua bangsa yang berbeza namun akidah kita serupa..

                        di bawah rimbunan pohon bambu..

                          Thursday, March 13, 2008

                          kerinduan dan kemesraan

                            akhirnya perancangan untuk bertemu Bang Rahim dan Adni berjaya juga, rindu sangat kat mereka ni.. sebelum ni ada jumpa gak Bang Rahim, tapi si Adni baru kali ni semenjak balik dari Jordan.. mcm2 perkara kita orang borak, politik, kerja, pengalaman kat Jordan dan yang paling tak tahan persoalan: "Bila nak kahwin?".. huhu, korang kena doakan supaya ana cepat dapat jodoh ye..

                            kami ada gak bincang pasal nak buat reunion bekas2 pelajar IKIP - Yarmouk. benda ni perlukan perancangan namun tak mustahil untuk dilaksanakan.. sesiapa yang menyokong pelaksanaan program ni, sila beri respond kepada kami ok....

                            bergambar setelah menikmati sate kajang Hj Samuri..

                              Sunday, March 09, 2008

                              Imam selamat diijab kabulkan

                                siang tadi gi jemputan kahwin member se-ma'ahad iaitu Imam (Rizal Manaf) kat Batu pahat dengan Shahrin, Ijam dan Akmal. Selamat Pengantin Baru Mam, tak sangka enta dah kawin Mam, muka mesih macam budak2 lagi pun dah kawin, rasa tercabar betul...

                                pape pun semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat, jangan lupa doakan ana plak yer mam.. hehe ....

                                pasangan merpati sejoli..

                                bergambar bersama pengantin..

                                  Saturday, March 08, 2008

                                  jom mengundi

                                    hari ni merupakan hari bersejarah sbb pertama kali mengundi, masa nak memangkah tadi memang berdebar2.. takut tersalah pangkah, hehe.. undi anda adalah rahsia, jadi jangan tanya2 pangkah yang mana ok..

                                    malamnya tak tidur sampai pkl 3 pagi, tunggu keputusan pilihanraya, Pak Lah tak mampu nak tubuhkan lagi kerajaan, sbb 4 negeri kini di tadbir kerajaan baru.. suatu yang menarik untuk dibancangkan.. Pak Lah Perdana Menteri bagi Malaysia, tapi dia adalah pembangkang di negeri sendiri (Penang), huhu..
                                    ....

                                    suasana di depan kampung..

                                      Sunday, March 02, 2008

                                      anak homeroom baru

                                        sekarang ni dah dapat anak homeroom baru, bdk2 tingkatan 1 baru daftar hari tu, nasib baik dia orang ni tak banyak kerenah sangat, kira ok laa.. sebelum ni 9 orang, dan yang baru ni pun 9 orang gak.. semoga kita menjadi keluarga bahagia, hehe.......

                                        anak homeroom ku yg baru..

                                          Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...