Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, November 30, 2005

cosmo JB

    hari ni pergi JB dengan Zam, Akmal dan juga Helmi. Sahrin yang dah kat rumah aku 2 hari pun tumpang sama balik, kita orang naik kete Zam...

    bukannya pergi JB sesaja, tapi nak daftar kelas BI kat Cosmopoint, pembelajaran percuma malahan dapat elaun RM500 sebulan, tp skim ni untuk siswazah yang belum bekerja lagi lah...Hazwan pun daftar jugak cuma dia kirim borang jer, dia tak dapat ikut sama sbb ada hal dengan keluarga katannya. Paling sedih sbb Bern tak dapat join sama, ada hal yang menyebabkan dia tak dapat sama mendaftar saing kita orang..huhuhu.

    budak2 lain dah daftar kelmarin, Zihan, Pau, Ijam dan jugak sahrin.. nasib baik tadi Sahrin ada sama, boleh la dia tunjuk jalan, kita orang ni bukannya paham sangat jalan kat JB ni... ptg tu terus balik batu pahat, akmal dan helmi tidur rumah sbb sampai batu pahat dah magrib, lagi pun hujan kan.....


    bergambar di depan Kota Raya, lepas solat dan makan berlatar belakangkan bangunan lama di Johor Bahru Akmal dan Helmi nak berkonvoi balik selapas semalaman kat rumah

      Sunday, November 27, 2005

      kabel putus

        dah lebih 10 hari ( dari 27 Nov hingga 7 Dis ) rumah takda line telefon, ni semua disebabkan oleh kabel telefon di depan kampung putus akibat tersangkut lori tinggi...bukannya tak report, dah siap pergi office TM kat pekan tu, tapi tindakan susulan begitu lambat dibuat, hangin betul...

        bila takda line telefon, bermakna tak boleh la nak online.. tak tahu kenapa TM mengambil masa yang terlalu lama nak menyambung kembali kabel yg terputus tu.. pape pun sekarang semuanya dah selesai diuruskan..Alhamdulillah


          Friday, November 25, 2005

          jalan2 cari makan

            pada 23 dan 24hb, bersama Akmal, Bern dan Helmi telah pergi berziarah raya ke sekitar Johor. seronok juga dapat jumpa kawan2 ni, sambil jalan2 cari makan, sbbnya perut sentiasa kenyang, ada saja hidangan yang disediakan, rezeki jangan di tolak...

            hari pertama: ketibaan Akmal, Bern dan Helmi di rumah. Kemudian bertolak ke rumah Ijam di Kulai. Lepas tu Ke Johor Bahru untuk ke rumah Sahrin, Najib (student Mesir) dan juga Khatijah Jesa, dari sana terus ke Felda Air Tawar 2 untuk beraya dan bermalam di rumah Zihan.

            hari kedua: lepas sarapan bertolak ke Kluang, rumah Wahidah dan Fizah Noh. kemudian balik ke Batu Pahat dan dalam perjalanan singgah ke rumah Hidayat (UKM), Rizal Manaf (KUIM) dan akhir sekali rumah Zamri. sampai rumah lebih kurang jam 8.30 mlm.

            budak2 terus balik ke Muar, ajak tidur rumah tanak, sbb masing2 ada kerja lain esok... semoga ukhwah yang terbina kekal abadi selamanya. kat bawah ni ada beberapa keping gambar yang sempat diambil:....



              Tuesday, November 22, 2005

              hujan

                sekarang dah start musim tengkujuh agaknya, hari ni satu hari hujan dari pagi... masa ke pekan beli top up pun masih gerimis lagi...tadi hantar borang ke SPA Johor, takda iklan keluar pun, tp sesaja hantar...

                sejuk2 macam ni takda apa yang seronok dibuat selain tidor kan....

                  Friday, November 18, 2005

                  petik kopi

                    hari ni tolong mak dan abah petik kopi di kebun darat, dah bertahun tak tolong petik kopi... dapat dua baldi penuh dah tak larat, pada hal bukan la kerja berat sangat, pokok kopi pun rendah2 jer, tak payah nak memanjat, tapi letih jugak, berpeluh2 badan...

                    sayangnya takda orang melayu yang nak beli kopi2 ni, terpaksa la jual dengan cina, untungkan orang cina jer kan, tapi nak buat mcm mana, memang inilah keadaanya kat negara kita ni... ekonomi semua cina pegang...

                    dulu mak ada geleng sendiri kopi ni, buat kopi sendiri, tapi dah berzaman dulu la, mesinnya pun dah terbongkang kat bawah rumah. mak kata kopi yang buat sendiri tak sesedap kopi cap kapal api, kurang kawwww... hehehehe.

                    persoalan: korang tahu ke rupa pokok kopi macam mana?

                      Monday, November 14, 2005

                      makan sate

                        tadi ajak mak, ayah, adik dan Nita (anak sedara) keluar dinner, belanja makan sate..sedap jugak, selera betul makan tadi, lagi pun dah lama tak makan sate ni...

                        sesekali nak belanja makan, wal hal duit elaun mengajar Bahau (II) belum masuk lagi, may be awal bulan nanti baru masuk, sbb elaun dibayar pakai sistem gaji...

                        esok pagi adik dan Nita nak ke JB, nak pergi rumah abang Long (ayah Nita), lagipun sekarang ni kan cuti sekolah...selamat bercuti...

                          Saturday, November 12, 2005

                          bahau N9 (II)

                            Alhamdulillah, kursus B.Arab di PULAPOL Bahau dah selesai dengan jayanya, walaupun kali ni ramai pengajar baru, tp kursus tetap berjalan dengan baik malahan lebih baik dari yang lalu.. may be laaa

                            bilamana dipilih untuk mengetuai kursus kali ni dan diberi tanggungjawab untuk mencari pengajar2 baru, siapa lagi yang dicari kalau bukan member2 sendiri, ni bukan kroni, tp nak memberi peluang bagi dia orang untuk merasai pengalaman yang sama...mereka2 tu ialah: Akmal, Bern, Helmi, Zihan, Sahrin, Ijam, Khirman, Azlan, dan Amin (budak KUIM).. lagi pun dia orang ni semua belum kerja tetap lagi.

                            pada hari terakhir di sana, kami sempat round2 satu kem, sempat la melawat kandang burung unta dan rusa, luas betul rupanya kawasan PULAPOL ni...

                            semoga kerja yang sedikit ini diterima oleh Yang Esa sebagai satu dakwah dan juga ibadah, amin...


                            di PULAPO Bahau N9..

                            baris sedia..

                            kenangan di PULAPOL....

                            polis berbaris..

                            bersama burung unta..

                            kat kereta polis hiasan..

                              Friday, November 11, 2005

                              pengantin

                                Selamat Pengantin Baru....semoga rumahtangga yang dibina kekal abadi selamanya... ini jer lah yang dapat diucapkan kepada pasangan mempelai Ummi Qais Abdullah dan Ahmad Sabri Md Harun.

                                maaf lah Ummi sbb tak dapat datang ke majlis tu, bukan sengaja tanak datang tp sedang bertugas ketika tu. hadiah pun tak sempat nak beli, nantilah klu ada masa untuk jalan2 ke Terngganu, akan dibelikan hadiah, InsyaAllah....

                                persoalan: kenapa orang terengganu dan kelantan suka buat majlis hari Khamis @ Jumaat? adakah nak ambik sunat malam Jumaat tu? katanya kat sana ada majlis walimah dukhul, betul ker? mesti ada pape ni...hehehehe

                                  Tuesday, November 01, 2005

                                  hari raya

                                    Selamat hari raya..tahun ni seronok juga bila pagi raya dapat bersalaman dengan keluarga tercinta. dapat jumpa sanak saudara, dan makan masakan mak di pagi raya, nikmatnya.....

                                    tp yang tak bestnya terpaksa keluar duit untuk bagi duit raya kat anak2 sedara, takpalah walaupun kerja belum tetap lagi, tp rezki adalah sikit... malam raya hari tu beli kamera digital baru, jenama BENQ ( klik utk pic ), kira boleh lah, nak beli yang mahal2 sangat takda duit, lg pun nak kumpul duit sekarang ni, nak buat kawin, hehehehe

                                    akhir kata, ku susun sepuluh jari memohon ampun dan maaf dr tangan ke hati, tangan bersalaman, hati memaafkan, selamat berhari raya.... klik pics untuk full images:-


                                    bersama keluarga Wak Long dari Sabah..

                                    berhari raya bersama..

                                    kat depan rumah..

                                      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...