Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, September 10, 2015

Lahirnya Anak Syurga ke-tiga Kami

    BismiLLah..
    Tiada ungkapan yang lebih indah selain "AlhamduliLLah", kini kami sudah berlima, lahir seorang lagi cahaya mata yang pastinya akan menambah keceriaan keluarga kecil kami..

    Terima kasih buat isteri tersayang atas pengorbanan hebat semasa mengandung dan saat melahirkan anak syurga kita yang ke-tiga ini, sayang kamu selamanya..

    "baby boy.. member ngan abang Anas Rifqi"

    "Selepas diazankan.. anak ke tiga kami""

    "Kakak Aliya dan Abang Anas tengok baby""

    "baby dah sampai kat rumah nenek..""

      Sunday, August 16, 2015

      Permata Hati @ April 2015

        BismiLLah..
        Gambar2 permata hati kami di Bulan April 2015..

        "beradu di pangkuan ummi ku sayang.."

        "Anak lelaki & Vespa Arwah Atok.."


        "Ulfah berposing dgn tudung baharu.. tanks ummi !!"

        "gaya + rambut = cantikkk !!"

          Friday, June 19, 2015

          Permata Hati @ Mei 2015

            BismiLLah..
            Gambar2 permata hati kami di Bulan Mei 2015..

            "ni kakak saya punya kerja.. ayah! tengok kakak ni..huhu!!. "

            "teman bergaduh dan teman bermanja.. Anas & Aliya... "


             "Anas Rifqi dan pantai "

            "Geram betul la kakak dengan pipi Anas ni..!!"

              Sunday, January 19, 2014

              Pertukaran Pelajar Korea di MRSM Terendak

                BismiLLah..
                Ahlan wasahlan!! MRSM Terendak telah menerima tetamu istimewa di awal2 minggu persekolahan ni, deligasi dari "Munsan Sueok Middle School, South Korea".. ini adalah kesinambungan dari program pertukaran pelajar antara MRSM Terendak dan sekolah di Korea ni..

                Sepanjang seminggu mereka di sini, macam2 program kami susun untuk memastikan mereka seronok dan juga dapat mengenali budaya Malaysia.. kehadiran mereka merupakan satu sejarah baharu buat kami di bumi Terendak..

                "deligasi Korea sdg memperkenalkan diri..."

                "bersama budak2 K-pop.. original made in Korea..hehe"


                "menunjukkan cara menganyam ketupat..."

                "Kakak Aliya tak lepas peluang bergambar dgn kakak2 dari Korea.."

                  Tuesday, October 29, 2013

                  Kakak Aliya sayang Adik Anas

                    BismiLLah..
                    Sebulan sudah Anas Rifqi bersama kami, dan keluarga kami semakin ceria dengan karenah anak2 comel kami ni.. kehadiran Anas menambahkan lagi suasana kegembiraan kami sekeluarga..

                    nak tau, Ulfah Aliya adalah seorang kakak yang baik.. dia la paling awal akan lari2 pergi ke adik dia ni bila adik dia menangis.. "baby janganlah nangis, Kakak Aliya kan ada".. ayat yg selalu Kakak Aliya sebut bila adik dia menangis..

                    "Kakak Aliya membisikkan sesuatu kat adiknya.."


                    "tengoklah aksi2 comel mereka berdua ni.."


                    "Sayang Adik Anas..!!.."

                    "Opah, Kakak Tini dan Kakak Tina datang jenguk Anas.."

                      Thursday, October 03, 2013

                      Anas Rifqi Nama Diberi

                        BismiLLah..
                        “Setiap anak (yang lahir) dipelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ke tujuh, lalu diberi nama dan dicukur rambutnya.” (Hadis Riwayat Tirmidzi. Disahihkan oleh al-Albani. Lihat: Sahihul Jami’ oleh al-Albani, no. 4184)

                        Hari ke-7 baby bersama kami, dan AlhamduliLLah petang tadi baby dapat dicukur rambutnya.. pengalaman mencukur rambut bayi adalah sesuatu yang istimewa utk semua bapa. jadi jangan lepaskan peluang untuk memperolehi pengalaman ni..

                        "ANAS RIFQI BIN MOHD TONY"..semoga anak ayah ummi menjadi cinta, kemesraan dan pendamping hidup kami dunia akhirat..ameen

                        insyaALLah aqiqah akan kami buat kemudian, mencari masa yang sesuai agar teman2 dapat sama2 datang ke majlis tu nanti.

                        "Anas mula dicukur rambutnya.. tidur lena."


                        "memang kena sangat berhati2 bila mencukur rambut baby.."


                        "Anas tersenyum  tengok surat beranaknya..hehe."

                          Monday, September 30, 2013

                          Baby kena kuning juga !!

                            BismiLLah..
                            Seperti anak sulung kami, Ulfah Aliya.. baby ke-dua ni pun kena juga kuning klik sini.. jadi untuk beberapa hari ni terpaksa bawa baby ke Poliklinik di Ayer Keroh untuk cek darah.. doakan agar kuning baby cepat beransur kurang yer...

                            macam2 petua kami dapat utk kurangkan kuning baby ni.. harap2 dgn usaha yg kami buat ni dapat cepat redakan kuning baby..

                            "baby dan umminya dah keluar dari hospital.."


                            "baby di hari ke-empat.. santai2 waktu petang.."


                            "baby dimandikan dengan air ubat utk kurangkan kuning"

                              Sunday, September 29, 2013

                              Ulfah Aliya dah jadi kakak


                                BismiLLah..
                                AlhamduliLLah, hari ni merupakan hari yg begitu bermakna buat kami sekeluarga.. ahli keluarga kami bertambah seorang lagi.. baby boy seberat 3.08 kg yg selamat lahir jam 10:48 malam td @ Pantai Hospital Ayer Keroh..

                                walaupun ini pengalaman kali ke-dua di labour room, namun perasaan gemuruh maseh ada terutamanya saat2 baby dilahirkan.. terima kasih buat isteri tersayang, Syarifah Noor Rusydiah yg begitu bersemangat masa melahirkan tadi...hehe

                                sesungguhnya kami bersyukur atas segala nikmatMu Ya Rabb..Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Maka ingatlah Aku nescaya Aku akan mengingatimu dan syukurilah atas nikmat-Ku dan janganlah sekali-kali kamu kufuri nikmat-Ku.” (Surah al-Baqarah, ayat 152).

                                "ni baby Kakak Aliya punya, jangan ambik !!"

                                "sayang baby.. janganlah nangis, Kakak Aliya kan ada"

                                  Monday, September 23, 2013

                                  Berziarah ke Nogori Sombilan

                                    BismiLLah..
                                    AlhamduliLLah, kami sekeluarga sempat berziarah dan jalan raya ke Nogori Sombilan.. selain memenuhi undangan perkahwinan sahabat lama, Dr. Che Anas di seremban, sempat juga kami berjalan raya ke rumah Ust Zaid di Kuala Pilah..

                                    masa on the way pulang ke Melaka, kami singgah pula ke rumah sahabat baik, ust Sahrin yg baru sahaja menimang cahaya mata ke-dua.. kalau nak tahu sapa nama anak ke-duanya ni, kena la tanya dia sendiri ok..hehe

                                    "Ulfah happy makan2 dengan kakak Sumaiyah & abg Hanzalah."

                                    "meraikan perkahwinan bekas Pres Badar 2007 di Seremban"

                                    "bersama Ust Shahrin yg baru menerima cahaya mata ke-dua.."

                                    "Ulfah bergambar dengan baby."

                                    روى الإمام أحمد وأبو داود عن عليٍّ رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يقول: «إذا عاد الرجل أخاه المسلم مشى في خرافة الجنة حتى يجلس فإذا جلس غمرته الرحمة، فإن كان غدوة صلى عليه سبعون ألف ملك حتى يمسي، وإن كان مساء صلى عليه سبعون ألف ملك حتى يصبح».
                                    · المسند (612، 22273)، وأبو داود (3098، في معناه)، وابن ماجه (1442)، انظر "السلسلة الصحيحة" (1367).
                                    Imam Ahmad dan Abu Dawud meriwayatkan dari Ali r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: " Apabila seseorang telah menziarahi saudara seislamya, sebenarnya dia telah berjalan-jalan memetik buahan syurga sehinggalah dia duduk. Apabila dia duduk maka rahmat menaunginya. Jika di di waktu pagi maka 70, 000 malaikat berselawat ( berdoa memohon ampun ) untuknya sehingga waktu petang. Jika di waktu petang, maka 70,000 berselawat ( berdoa memohon ampun ) untuknya sehingga waktu pagi "

                                      Wednesday, September 11, 2013

                                      Ukhwah Persahabatan Di Aidilfitri

                                        BismiLLah..
                                        Peluang dapat bertemu sahabat2 seperjuangan masa zaman belajar dulu adalah satu nikmat hebat yang ALLah beri.. ukhwah ni sangat indah dan sangat berharga bagi yang mengerti nilainya...

                                        Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)

                                        Walaupun ramai lagi sahabat yang tak dapat kami ziarahi di Aidilfitri yang lalu atas faktor masa dan tempat, percayalah bahawa kalian sentiasa dalam ingatan. Kami doakan semua sentiasa di bawah naungan kasih sayang Allah.

                                        "Keluarga H menziarahi kami di Parit Sulong"

                                        "Sahabat selamanya; Waklan, Hazwan & Zainal.."

                                        "dapat bertemu famili Akmal dan famili Zamri"

                                        "Bahrin dan famili datang menziarahi kami"

                                          Monday, September 09, 2013

                                          Raya Yang Penuh Gembira

                                            BismiLLah..
                                            kegembiraan di Aidilfitri lagi terasa bila budaya ziarah menziarahi dapat diamalkan.. bertepatan dengan hadis RasuluLLah yang bermaksud:
                                            "Sesiapa yang menziarahi orang sakit, atau menziarahi saudaranya kerana Allah, dia akan diseru malaikat dengan seruan: Alangkah bagusnya engkau, alangkah bagusnya perjalananmu, sudah tersedia untukmu sebuah rumah di dalam syurga." (Hadis riwayat at-Tirmizi)

                                            paling seronok bila ajak berziarah ni pastinya Ulfah Aliya & anak2 kecil yg sebaya dengannya, memang dari usia mereka nilah kita kena biasakan dengan akhlak sunnah nabi ni.

                                            Nabi bersabda yang bermaksud: "Barang siapa yang mahu diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia menyambung silaturahim." (Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim). 

                                            "kami dah jadi Tok Teh dan Nek Teh.. bersama cucu saudara"

                                            "Ulfah Aliya bersama Mak Gana, kakak Quza & kakak Piqa"

                                            "Kami redy utk berziarah di Aidilfitri Ke-dua"

                                            "Comel sangat anak ayah ni.."

                                              Sunday, August 25, 2013

                                              warna warni Aidilfitri 1434H

                                                BismiLLah..
                                                HIJAU, BLACK & KUNING.. warna2 pilihan keluarga kami tahun ni.. hijau takda kaitan dengan Parti Islam Semalaysia, black pula takda kaitan dengan BLACKOUT 505.. dan kuning takda kaitan langsung dgn BERSIH 3.0.. hohoooo !!!

                                                Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga, mudah2an kita masih dapat meneruskan & beristiqamah melakukan amal ibadah yang telah kita amalkan dalam Madrasah Ramadhan yang baru kita lalui.. dan jangan lupa merebut ganjaran hebat puasa 6..

                                                Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata: Rasulullah saw bersabda:
                                                (( مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ)) . 
                                                Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih Muslim hadis no: 1164]. 

                                                Jom tengok gambar2 raya di kampung...




                                                  Wednesday, August 07, 2013

                                                  Berbuka di Restoran Terapung Port Supai

                                                    BismiLLah..
                                                    Hari ni kami sekeluarga berpeluang ke Kuala Linggi untuk berbuka puasa bersama anak2 yatim dan pelajar miskin MRSM Terendak di Restoran Terapung Port Supai...

                                                    Majlis Mahabbah ni merupakan aktiviti tahunan yang Unit Pendidikan Islam anjurkan bersempena dengan Program Ihya' Ramadhan.. Terima kasih kepada semua penyumbang yang terdiri dari guru2, staf2 dan tak ketinggalan bekas2 pelajar melalui ANSARA Terendak.

                                                    tahun ni Majlis Mahabbah kami gabungkan dengan jamuan berbuka Unit Pendidikan Islam sekali.. Unit dapat untung banyak jual buku hafazan, tu yang boleh belanja kami sefamili makan besar malam ni..hehe..

                                                    "bukan main lawa lagi senyum tu yer.. manis je.."

                                                    "malam ni kami berbuka di Restoran Ikan Bakar Terapung Port Supai"

                                                    "kami berdua pun sebahagian famili Unit Pendidikan Islam.."

                                                      Tuesday, August 06, 2013

                                                      Ulfah Aliya Menjadi Ahli Falak

                                                        BismiLlah...
                                                        Hari ni ayah bawak Ulfah gi tengok proses mencerap anak bulan Ramadhan.. Ulfah seronok sangat, dapat jumpa abang, kakak dan kawan.. dan yg paling best dapat naik bas.. hehe

                                                        Ayah kata, kat Malaysia ni kaedah "rukyah & hisab" digunakan untuk tentukan awal puasa & awal hari raya.. maksudnya, kalau anak bulan nampak petang ni, maka esok puasa & kalau tak nampak, maka dicukupkan bulan tu ke 30 hari...

                                                        wohaa!! Ulfah dapat ilmu & pengalaman baru hari ni...
                                                        "Seronok sangat anak ayah ni dapat naik bas"

                                                        "tengoklah, Ulfah meneroka semua kawasan kat balai cerap ni"

                                                        "Ulfah, ni la alat moden utk tengok anak bulan"

                                                        "pemegang mohor besar raja2 cilik..hehe"

                                                          Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...