Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, July 07, 2011

hadiah buat Ulfah Aliya



    BismiLLah..
    Terima kasih kepada semua yang bagi hadiah pada Aliya... bukan main suka lagi si Aliya bila tengok banyak hadiah untuknya...

    “Tidaklah berterima kasih kepada Allah sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia!” Demikian sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dengan sanad yang sahih dalam al-Adab al-Mufrad, hadis no: 218....


    "Pengetua beri hadiah untuk Aliya dari Kelab Guru MRSM Terendak"


    "Terima kasih geng baik di balai pengawal.. ada hadiah untuk Aliya nampaknya tuuu"

      Friday, July 01, 2011

      Birtday pertama sebagai suami dan ayah..

        BismiLLah..
        bila sampai meja kat bilik guru tadi, pelbagai jenis air soya ada atas meja.. soya botol, soya kotak, soya tin.. semua ni hadiah dr students sempena ulangtahun kelahiran hari ni... terima kaseh atas doa dan koleksi air soya ni yer..

        ni adalah birthday kali pertama sebagai seorang suami dan juga ayah.. terima kaseh buat isteri tersayang yg buat suprise kek dan bunga masa abang balik kerja tadi... dan Ulfah Aliya adalah hadiah yg cukup sempurna buat kita...









        Daripada Abi Bakrah daripada bapanya, sesungguhnya seorang lelaki telah bertanya Rasulullah S.A.W, katanya: Wahai Rasulullah manusia bagaimanakah yang baik sifatnya? Sabda Rasulullah S.A.W, "siapa yang panjang umurnya dan baik amalannya. Lelaki itu bertanya lagi: Manusia bagaimanakah yang buruk sifatnya? Sabda Baginda: Siapa yang panjang umurnya dan buruk amalannya. (Riwayat Imam Ahmad).

          Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...