Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, August 02, 2013

Majlis Khatam al-Quran, Ceramah Nuzul & Iftar Jamie 2013

    BismiLLah
    Kemuncak Ihya' Ramadhan di MRSM Terendak kami raikan dengan Majlis Khatam al-Quran, Ceramah Nuzul al-Quran dan juga Iftar Jamie yang berlangsung di Surau al-Isyraq..

    Terima kasih kepada penceramah jemputan, Ustaz Khairul Nizam dari MRSM Alor Gajah yg mampu menyuntik semangat Lailatul Qadar kepada kami semua..

    Firman Allah yang bermaksud: "Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan." (3: Surah al-Qadar)

    "Ustaz Wahab mengetuai Majlis Khatam al-Quran"

    "Suasana tenang di dalam Surau al-Isyraq"

      Monday, July 08, 2013

      Mencerap Anak Bulan Ramadhan 1434H

        BismiLLah
        Salah satu aktiviti Persatuan Remaja Islam (PRISMA) pada setiap tahun adalah untuk menghadiri taklimat dan melihat sendiri proses mencerap anak bulan Ramadhan..

        dan AlhamduliLLah, Jabatan Mufti Negeri Melaka telah menerima permohonan kami untuk hadir ke Balai Cerap, Kompleks Falak al-Khawarizmi, Tanjung Bidara Melaka untuk menimba ilmu dan pengalaman yang jarang2 mampu diperolehi ini...

        selain PRISMA, ahli2 homeroom C1A juga turut serta ke program ni.. heehhh, budak comel si Ulfah Aliya pun ada juga lah...

        Hadis Nabi S.A.W yang bermaksud: “Berpuasalah kalian apabila melihat hilal (anak bulan), dan berbukalah (berhari raya) kalian apabila melihat hilal. Dan jika hilal itu tertutup dari (penglihatan) kalian, maka sempurnakanlah (genapkanlah) bilangan bulan Sya’ban itu 30 hari.” [HR Bukhari dari Abu Hurairah].

        "tak sabar nak tengok anak bulan di Balai Cerap"

        "Ulfah Aliya di celah kakak2 yang nak gi tengok anak bulan"

        "cuba tengok gaya Ulfah Aliya posing.. sangat sopan, hehe"

        "Ahli2 PRISMA 2013, Persatuan Remaja Islam Maktab"

          Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...