Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, March 31, 2007

ke konsert Malam Sinar Maulidurrasul

    malam tadi kami sebahagian warga maktab telah ke konsert Malam Sinar Maulidurrasul di MMU Kampus Melaka.. dapat la tengok kumpulan NowseeHeart, Firdaus, FarEast dan DJ Irwan dari IKIM.fm, tapi kesian kat kami sebab tak sempat nak tengok persembahan Wahidah, driver bas dah bising ajak balik, kecoh betul ar pakcik driver ni...


    "persembahan dari kumpulan Far East"

    Masa kat konsert tu sempat berkenalan dengan Ustaz Zaidi dari MRSM TGB. bagus dia ni, walau baru mula kerja dengan MARA tapi banyak pengalaman dia ada, seronok la dapat kenal dengan ustaz ni..

    konsert ni ok la, tapi pengurusan perlu ditegur sikit la sbb pengurusan masa agak lemah, dalam tentatif mula pukul 8.30mlm, tapi dah pukul 9.15 tak mula2 lagi, MC banyak membebel dan syok sendiri lengahkan masa sbb nak tunggu VIP..

    ni konsert la, bukan persembahan amal, tak yah la tunggu diaorang tu sebab kami ni dah bayar tiket, hangin jer rasa... hangin gak kat pakcik bas yang tak leh nak tunggu kejap jer lagi sampai habis konsert, dia kata: "dah lambat ni, cikgu kena keluar gak dari dewan tu sekarang jugak!!"... sepatutnya cikgu ikut cakap driver ker, atau driver yang kena ikut permintaan cikgu?? cuba jawab....





      Friday, March 30, 2007

      Minggu Aktiviti Sem 1 - 2007

        sepanjang minggu ni kelas takda, maktab sedang mengadakan minggu aktiviti untuk pelajar2 ni menjalankan pelbagai jenis aktiviti... dan antara aktiviti2 yg berlangsung sepanjang minggu ni ialah Hari Tamat Latihan, Malam Rentak budaya, Pesta Type III, Sukaneka, dan macam2 lagi sampai tak larat nak sebut kat sini..

        dan cikgu2 la paling gembira, bila budak2 yang kendalikan buat aktiviti, kita cikgu2 ni cuma pantau jer la.. budak2 ni sebenarnya masing2 kreatif, bila diberi peluang macam ni baru lah kita tahu dia orang ni sebenarnya boleh mengendalikan satu2 program, boleh mengorganisasi, dan kritis dengan idea yang baru...

        kat bawah ni ada la beberapa gambar yg sempat diambil sepanjang minggu aktiviti sem 1 ni berlangsung.....



        "cikgu2 di Majlis perasmian"


        "di pameran pojek SEM"


        "dgn sebahagian pelajar di pameran SEM"

          Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...