Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, October 29, 2005

bahau N9

    dari 24-28 hb November yang lalu, kami tlh berjaya menguruskan kursus B. Arab untuk pelatih2 Polis di PULAPOL Bahau N9.

    di sini kami tak sebebas di Bakri, kami dilarang menjalankan aktiviti dewan spt slot pengisian Ramadhan, Nasyid2 arab pun tak boleh, bukan itu sahaja, lagu tema kursus (selawat turki) pun dilarang sama sekali.. mungkin ni adalah cabaran untuk kami menjalankan dakwah di sini.


    arahan ni keluar dr pengetua di situ, alasan yg diberikan sbb ramai non muslim yang sama2 dlm kursus ni. tp kami tak mudah lemah semangat, dalam kelas mcm biasa setiap pg kami buat tazkirah dulu. budak2 ni suka klu kita bercerita, jadi ni la peluang, kita cerita pasal istimewanya Islam..

    Kami diberikan penginapan selesa, Mes Pegawai, sebilik dgn Bern, bilik aircond, selesa amat laa. makan untuk sahur dan buka pun boleh tahan... cuma peserta2 di Bahau ni tak semesra mcm budak2 di Bakri, tak tahu kenapa, mungkin semua dah tak masuk nak belajar sbb abis je kursus semua nak balik kampung bercuti raya,


    ada budak kata kepala dia dah ingat kampung je sbb dah 6 bulan tak balik, alahai... kita dulu 2 tahun kat Jordan tak pernah balik tau...

    pengalaman memang tak boleh dijual beli, biar semuanya kekal di memori.

      No comments:

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...