Banjir makin buruk
KUALA LUMPUR 20 Dis. – Banjir yang melanda Johor, Melaka dan Negeri Sembilan bertambah buruk dengan bilangan penduduk yang dipindahkan meningkat 24,594 orang petang ini.... utusan online
kat luar rumah mesih hujan lagi skrg ni, ni lah yg berlaku skrg kat selatan tanah air, banjir yg tak disangka2, AlamduliLlah sbb rumah belum naik air lagi, mudah2an keadaan akan bertambah baik... Biasanya bulan 12 ni yg banjir Kelantan den Terengganu kan, kenapa agaknya Johor plak yg banjir yer? fonomena yg tak pernah berlaku semenjak 1969..
Fonomena yg tak pernah berlaku ni biasanya sebagai petanda, cuma kita ni jer sedar ke tak sebenarnya.. bala !!! ngeri kalau dengar kan, tapi tu r hakikatnya. Allah ada menyebut di dalam al-Quran mengenai hikmah yg terkandung di dlm kejadian bala bencana yg berlaku kpd manusia ni.. antaranya ialah seperti berkut
1) sebagai balasan Allah Ta‘ala kepada orang yang tidak beriman dan mengkufuri nikmatNya, seperti perisitiwa banjir besar pada zaman Nabi Nuh dan angin ribut kencang yang menimpa kaum Nabi Hud. rujuk : Surah Al-‘Ankabut, ayat 40
2) Adakalanya bencana yang berlaku itu untuk menjadi alat pengukur atau batu ujian bagi membezakan di antara orang-orang yang benar-benar beriman dengan yang sebaliknya. tujuk : Surah Al-‘Ankabut, ayat 2-3
3) Kadang2 bencana yang berlaku itu diundang oleh kerosakan yang dilakukan oleh manusia itu sendiri. rujuk : Surah Ar-Rum, ayat 41
4) dan dakalanya pula bencana itu terjadi untuk menjadi salah satu cara, bagi membersihkan diri orang-orang yang beriman dan sabar daripada segala kesalahan dan dosa serta untuk melipat gandakan pahala mereka. rujuk : Surah Al-Baqarah, ayat 155-157
tapi yg pasti, rahsia dan hikmah yang sebenarnya di sebalik apa yang berlaku hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui dan Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya. mudah2an apa yg berlaku akan sentiasa menggoncangkan hati kita kerana gerun, gementar dan takut kepada Allah dan memantapkan lagi keimanan... Tinggalkan r maksiat ok.
No comments:
Post a Comment