jangan sedih atas apa yang berlaku, setiap ujian itu pasti ada rahmatnya tersendiri yang tidak kita ketahui. mungkin ini adalah satu pengajaran terbaik untuk menjadikan diri semakin matang, dalam merenteti kehidupan yang mendatang.
Semoga berjaya ustaz ucapkan, dalam apa jua bidang yang diceburi. Ingatlah, sesungguhnya Allah sentiasa dekat bagi mereka yang selalu dekat kepadanNya... biarlah kita tergolong dalam golongan yang akan dinaungi Ilahi semasa di hari perhitungan nanti, iaitu mereka yang bertemu dan berpisah semata2 keranaMu, Ya Allah.... Selamat berjuang dan semoga kita berjumpa lagi di puncak kejayaan !!!
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw, sabdanya yang bermaksud, "Allah swt. akan memberikan naungan kepada tujuh golongan manusia pada hari kiamat, di mana tidak ada naungan ketika itu kecuali naungan Allah : Imam (pemimpin) yang adil, Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Allah, Seseorang yang hatinya terpaut di masjid. Dua orang yang saling mengasihi kerana Allah; mereka berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah, Seorang lelaki yang dirayu untuk berbuat keji oleh seorang wanita yang cantik, lantas ia menolak dengan berkata lembut, "Aku takut kepada Allah", Seorang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi, sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang telah diberikan oleh tangan kanannya, Seorang yang mengingat Allah waktu bersunyi-sunyi, lantas meleleh air matanya." (hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)
No comments:
Post a Comment