minggu ni johor dilanda gelombang banjir kali kedua, dan kali ni lagi teruk dari gelombang yg pertama hari tu..
masa gunting rambut kat kedai tadi, jumpa ustaz yg mengajar masa kat sekolah agama dulu, ustaz kata johor ni dah kotor sangat, sbb tu Allah turunkan air banyak, nak kena cuci, kiasan yg sungguh dalam maknanya..
Alhamdulillah rumah tak naik air, air setakat kat laman rumah jer, paras buku lali.. tapi kat rumah sepupu dalam betul, tolong2 la jugak angkat barang, budak2 paling seronok, berpesta air la diaorang ni... mudah2an apa yg berlaku kita jadikan pengajaran, renunglah apa yg berlaku pada kaum Nabi Nuh satu ketika dulu..
No comments:
Post a Comment