Si Lias dan Ayu nak diraikan sekali lagi, kali ni besar2 besaran la sikit... bila dah dijemput ni nak jugak la datang, nasib baik ada rombongan dari Johor nak pergi, dapat la menumpang..
8 julai 2006
Rombongan dari Johor tiba di Melaka, 2 kereta lagi... kita orang jumpa kat rumah Helmi, walaupun si Helmi ni tak pergi tapi selamba bodo jer menonong ke rumah dia.. kalau datang rumah si Helmi ni, mesti mak dia masak best2, laksa, mee goreng dan yang pasti ada ialah ABC special Che' Long..
lepas tu kami (Zihan, Pauzan, Azlan, Sidah, Hawe, Dijah, Pizah, iemah dan diri sendiri laa) bergerak ke Damansara untuk menginap di Damansara Hill, nama tmpt tu macam best jer kan.... tapi hampeh sbb banyak nyamuk laa..
9 julai 2006
tiba di rumah Ayu jam 10 pg, awal gila.. last2 kita orang pakat nak jalan pergi Bandar Rawang dulu, tapi yang pergi satu kereta jer laa (Azlan, Sidah, Pau, Hawe dan Tony yang macho, hehehe).. sampai rumah Ayu semula, lebih kurang jam 12 lebih, memang time sesuai la ni, terus la melantak makan...
ramai jugak kenalan yang dapat jumpa, member2 lama, Abang man, Abang Em dengan isteri dan anak dia, Utz Solihin dengan isterinya juga si Samil yg montel... paling tak sangka ialah jumpa keluarga angkat Ayu dan Lias dari Pelabuhan Kuantan.. terus teringat semula pada keluarga angkat sendiri yg dah lama tak dihubungi... tak patut betul kan...
petang gerak balik dan Lan turnkan kat plaza tol Alor Gajah jer, nasib baik ada si Helmi yg berguna sbb dia nak ambik kat plaza tol tu, kalau tak mati menapak la jawabnya.... ok lah, untuk Ayu dan Alias, selamat menimang cahaya mata diucapkan.. hehehe......
No comments:
Post a Comment