15hb Mac 2007
Lawatan diteruskan ke kampus Pondok Pesantren Darunnajah, walaupun nama dia pondok, tapi tempat ni moden, siap ada makmal komputer, dewan kuliah, perhubungan luar negara menerusi internet, dan sistem pembelajaran yg baik. dan paling menarik, pelajar disini diwajibkan bertutur dalam bahasa arab ataupun inggeris sahaja, jika tidak mereka akan dihukum, dahsyatkan.. tapi benda ni mendatangkan kesan yg sangat baik...
lepas tu, kami ke Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia, kalau kat Malaysia, dewan ni sama berperanan macam JAKIM.. tapi kat sana semua banyak berkorban, gaji bukan kerajaan bayar macam kat sini, mereka tepaksa mencari inisiatif untuk mendapatkan sumber kewangan sendiri, kena mujahadah betul ni... dari sana kami terus bergerak ke Bandung, perjalanan selama 3 jam...
16hb Mac 2007
selepas sarapan kat hotel, kami dibawa untuk melawat kawah gunung berapi yang terletak di Tangkuban Perahu, tapi cuaca agak berkabus, jadinya pandangan tak berapa clear.. lepas tu kami turun untuk mandi air panas yg keluar dari kawah ni, dan dalam perjalaan sempat gak singgah makan jagung bakar kat tepi kebun teh.. petang sebelum balik hotel singgah ke kawasan shoping golongan elit di Bandung ni..
No comments:
Post a Comment