Macam biasalah, tiap2 tahun pastinya pihak sekolah akan anjurkan majlis untuk memperingati kelahiran Nabi Junjungan Muhammad S.A.W.. sebagai salah seorang penyelaras program, beberapa idea telah dilontarkan untuk memeriahkan sambutan kali ni..
malam kita sama2 baca berzanji dan berselawat.. pastu ada tayangan filem kartun animasi "Ashabul Kahfi".. walaupun kartun, tapi yg penting mesej yg nak disampaikan tu yg paling penting..
siangnya ada persembahan nazam oleh bdk2 form 4, pastu ceramah dari Ustaz Abd. Halim Bin Maidin, seronok ustaz ni bagi ceramah, pandai dia ambil perhatian bdk2 ni utk terus dengar... mudah2an usaha yg sedikit ni, akan menambah kecintaan kita kepada Nabi Pilihan seterusnya mengamalkan ajaranNya..
Boleh ke sambut Maulidurrasul?
Upacara sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. Malah jika pengisian sambutan itu ada unsur ilmu dan ibadah ia tetap diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT.
Upacara memperingati hari kelahiran Rasulullah saw ini telah dilakukan sejak 300 tahun sesudah Rasulullah wafat. Diantara pembesar yang menganjurkan sambutan ini ialah Malik Muzhaffar Abu Sa'id penguasa Irbil, Iraq. Dan seterusnya ia terus berkembang sehinggalah sekarang...
Said Ahmad Zaini Dahlan dalam kitabnya `Siratun Nabawiyah'. Antara lain beliau menyatakan bahawa; "masyarakat telah terbiasa berdiri tegak ketika mendengar riwayat kelahiran Rasulullah saw. Berdiri tegak menghormati kelahiran baginda adalah baik dan cara-cara seperti ini telah ditiru oleh cerdik cendikiawan lainnya." ... klik sini utk maklumat tambahan.....
No comments:
Post a Comment