BismiLLah..
selepas letih menguruskan majlis perasmian pg tadi, mlmnya kami ke MITC untuk makan2 bersama ANSARA.. agak hebat juga majlis mlm tu, namun ada beberapa kekurangan yg rasanya perlu diperbaiki.. wat ever pun, trimas kpd ANSARA kerana sudi menjamu kami guru2 ni, (termasuk la guru baru)..
budak nasyid maktab ada gak menyelit membuat persembahan, klu nak tahu, tali tai yg budak2 ni pakai kami beli minggu lepas kat Dataran Pahlawan, agak sedondon.. lihat sajo gayo mereko di bawah ni..
terpasa menunggu makan yang dihidang step by step (gaya hidang orang cina).. mula2 pembuka mulut, sup, pastu ayam, pastu baru nasik, lepas nasik baru ikan, pastu udang.. mmm, leceh sungguh makan cara begini.. oleh kerana perut dah lapor, terpaksa menanti juga.. huhu..
daripada hadis yang bermaksud: ...“Apabila hidangan makan malam telah datang (disediakan) dan solat sudah dibunyikan iqamatnya, maka mulailah dengan makan malam dulu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)....
2 comments:
Salam,
kami di pihak ANSARA merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kerana Ustaz dan rakan-rakan sudi membantu kami... dan sudi menjayakan majlis sambutan jubli perak ini bersama-sama...
salam... sama2
Post a Comment