sepanjang 2 minggu cuti ni, kami2 yang diklafikasikan sebagai guru baru ni memang ada kat Bangi buat kali terakhir utk menamatkan sesi diploma Pendidikan MARA - UPSI.. kalau semua perkara berjalan lancar insyaALLah bulan 8 ni konvo, walhal exam final untuk semester ni belum lagi kita orang duduki..
salah satu kursus yg kami amik kali ni ialah "isu2 dalam Pendidikan Islam".. satu isu yang menarik nak kongsi kat sini: perlukah kita marah budak2 kat sekolah tu?.. bila ingat balik, takda la marah sangat, tapi hangin dan geram jer kat budak2 ni (marah jugak la agaknya ni).. mana taknya, suruh mengapal dia orang kata tak ingat, maghrib diaorang tak pergi surau, pergi kelas lewat, macam2 lagi laa .. rupa2nya kita tak perlu marah, tapi kena ada cara untuk mendekati mereka..
Anas Bin Malik menceritakan:.. pernah suatu hari Rasulullah menyuruh aku ke pasar, sebelum berangkat aku bermain dulu dengan anak anak lain dijalan, dan aku belum pergi ketempat yang disuruh Rasulullah. Dan ketika sedang asyik bermain, aku merasakan ada seseorang yang berdiri dibelakangku sambil memperhatikanku dan memegang bajuku, lantas aku menoleh kearahnya, dan ternyata Rasulullah S.A.W.
Sambil tersenyum baginda bertanya "kenapa belum berangkat, wahai Unais?. Maka sambil tergopoh gopoh akupun menjawab," ya, aku akan berangkat sekarang wahai Rasulullah", Demi Allah, sungguh aku telah mengkhidmahi beliau selama sepuluh tahun, dan belum pernah beliau mengatakan apa yang aku lakukan dgn kata2 "kenapa engkau lakukan ini", dan apa yang tidak aku lakukan "kenapa engkau tidak lakukan itu"..
dari kisah ni kita tahu bahawa Nabi tak pernah marah kepada anak-anak, sebab mereka masih budak lagi.. tapi hari ni budak2 bukan lagi seperti Anas Bin Malik atau seperti Saidina Ali, isu ni amat seronok kalau kita sama2 bincangkan secara ilmiah, mungkin kawan2 ada penyelesaian yang lebih baik lagi untuk mengatasi isu ini, kita lihat pro dan kontranya, sama2 lah kita fikirkan..
soalan untuk diri sendiri: bila balik ke maktab nanti boleh ke tahan hangin dengan budak2 ni? mungkin seminggu dua boleh tahan lagi sbb masih ingat kisah Nabi dan Anas Bin Malik td.. takut2 lepastu bara menjadi api, mati la budak2 ni.. kesimpulan: jangan buat ustaz korang ni hangin ok, tp dah namanya pun budak !!
2 comments:
wah....nie yg takot sy time form 5 dlu...gambo 3 org ustaz yg bantai sy n rakan A20 dlu....tp mcm kurang lagi sorang ustaz la...
mana ada kita orang bantai, tapi kita orang belai.. hehe
Post a Comment